GST Rakyat

Cukai barangan dan perkhidmatan (bahasa Inggeris: goods and services tax, GST) atau cukai nilai tambah (bahasa Inggeris: value added tax, VAT) ialah sejenis cukai penggunaan (CT) yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang telah ditambahkan kepada sesuatu produk. Berbanding dengan cukai jualan, VAT/GST dilihat sebagai neutral terhadap bilangan aliran di antara pembuat dan pengguna akhir manakala cukai jualan dikenakan ke atas nilai setiap peringkat (walaupun di Amerika Syarikat dan banyak negara lain, cukai jualan dikenakan hanya pada jualan akhir kepada pengguna akhir, dan satu cukai pengguna hanya kepada pengguna akhir; di sana tidak terdapat cukai yang dibayar pada peringkat pemborongan atau pembuatan). Hasilnya adalah melata (cukai-cukai hiliran dikenakan pada cukai-cukai awal/hulu). VAT ialah sejenis cukai tak langsung, di mana cukai ini dikutip daripada pihak yang tidak menanggung keseluruhan kos cukai. - wikipedia.

Point tentang GST

1. Peniaga dikehendakki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan . GST yang dikutip dibayar kepada kerajaan.
2. GST dikenakan ke atas bekalan yang di cukai iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan.
3. Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.
4. Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.
5. Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).
6. Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.
7. Beban akhirnya ialah pengguna.

*gambar hiasan

0 ulasan:

Sabtu, 1 Mei 2010

GST Rakyat

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 1:04 PTG

0 ulasan on "GST Rakyat"