Di sini suka saya untuk berkongsi resepi bersama pembaca sekalian. ok. mula-mula sediakan 'awas'. awas dia terdiri daripada:
1. 1 biji bawang besar
2. 3 ulas bawang putih
3. lengkuas 1 inci
4. halia 1 inci
5. ketumbar
6. lada burung 10 biji
7. bawang jeruk 1 biji
-kisar semua bahan awas diatas.
-ikan siakan 400 gram.
- sos cili
-sos tiram
- nanas dipotong dadu
Cara memasak:
1. Goreng ikan siakap sehingga garing
2. tumiskan bawang putih
3. masukkan awas tadi, sos tiram dan sos cili
4. biarkan sampai masak
5. turapkan kuah tadi atas ikan siakap yang digoreng garing tadi
6. taburkan daun ketumbar atas ikan mengikut kreativiti anda. siap!
sedia untuk diamakan.
ok selamat mencoba. Jangan lupa baca bismillah.
2. GST dikenakan ke atas bekalan yang di cukai iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan.
3. Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.
4. Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.
5. Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).
6. Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.
7. Beban akhirnya ialah pengguna.
*gambar hiasan
Jadi jika empunya barang minta balik barangnya cepat-cepat beri balik jangan sampai tuannya berdoa, sembahyang hajat dan sebagainya. Nanti kalau dah buncit perut susah nak berubat.
2. Jika berada di luar perairan kelantan kenapa dapat wang ehsan? Wang ehsan pun sepatutnya tidak dapat kerana kelantan tidak layak kerana ia bukan hak kelantan untuk menerimanya.
3. Begitu juga negeri terengganu yang kawasan galian berada di luar perairan terengganu dan menyebabkan negeri tersebut hanya layak untuk menerima wang ehsan sahaja bukan wang royalti.
4. Walaubagaimanapun, terengganu mendapat wang ehsan tahun 1999 selepas terengganu diperintah oleh PAS. Sebelum itu, pada masa pemerintahan UMNO terengganu molek-molek ada mendapat wang royalti.
5. Walaupun sekian lama mendapat wang royalti dan juga wang ehsan daripada hasil galian petroleum, terengganu masih menggungguli tempat pertama negeri termiskin di semenanjung Malaysia, dan tempat kedua termiskin di Malaysia selepas Sabah. Statistik ini pernah dikeluarkan pada tahun 2006.
6. Ini menunjukkan kelemahan pentadbiran UBN dalam menguruskan hasil mahsul negeri dan negara yang mana kita sedia maklum mengalami ketirisan dalam setiap pengurusannya.
7. Walaupun hasil yang diterima oleh Terengganu banyak tetapi rakyatnya masih miskin. Siapa yang kaya? Ya. tentulah pemimpin UBN yang kaya. Buktinya kita boleh melihat kepada projek-projek pembangunan yang kononnya ingin membasmi kemiskinan seperti Masjid hadhari yang semakin runtuh satu persatu, Stadium yang paling canggih di pantai timur, pun dah runtuh, dan banyak lagi kita dah dengar kerana sudah di gegerkan dalam media massa dan juga media cetak.
8. Setiap keruntuhan sedikit sebanyak membuktikan bahawa setiap projek yang dibawa masuk mengalami ketirisan. Perkara ini terbukti di negeri Terengganu.
9. Perkara yang sama akan dibwa ke Kelantan. Wang ehsan akan disalurkan melalui projek pembangunan atau untuk membasmi kemiskinan. Sejauh manakah kebenaran ini?
10. Adakah nasib yang diterima oleh terengganu akan berlaku kepada negeri Kelantan juga?
1. Penjanaan ekonomi untuk semua rakyat akan diberikan tumpuan khusus terutamanya galakan usahawan.
2. Pembinaan Insan Kamil yang berteraskan taqwa akan dibuat memalui pembangunan modal insan dan perkongsian penderitaan melalui pembelaan golongan daif, miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas.
3. Memacu pembelaan kepada golongan daif, miskin, orang kurang upaya, armalah dan warga emas
sumber : harakahdaily.net
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Institut Intergriti Pengundi Kebangsaan (NIEI) mencadangkan empat perkara bagi memulihkan pilihan raya di negara ini kerana apa yang ada sekarang mencemarkan pilihanraya.
Ini kerana, pilihan raya yang berlaku di Bagan Pinang telah tercemar. Ia sepatutnya telus, bebas dan adil.
Apa yang berlaku adalah,
1) ketidak telusan pengundian pos;
2) rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji,
3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi; dan
4) Perbelanjaan berkempen.
Demikian kenyataan yang dibuat NIEI dalam satu kenyataan medianya berdasarkan pemerhatian mereka dalam pilihan raya kecil itu baru-baru ini.
Berikut adalah kenyataan penuh NIEI:
National Institute for Electoral Integrity (NIEI) telah memantau perjalanan pilihanraya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Bagan Pinang (N 31) bermula dari hari penamaan calon pada 3 Oktober sehinggalah berakhirnya proses pengundian pada 11 Oktober 2009.
Didalam pemantauan pilihanraya, terdapat dua kaedah yakni stationary monitoring (pemantau ditugaskan untuk tunggu disetiap tempat mengundi) dan mobile monitoring (pemantau bergerak).
NIEI menggunakan kaedah mobile monitoring dimana pemantau-pemantau NIEI bergerak untuk memantau perjalanan pilihanraya di dalam kawasan N 31 bermula dari proses penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.
Di dalam pemantauan NIEI di kerusi N 31, terdapat beberapa perkara yang telah mencemarkan PRK yang seharusnya telus, bebas dan adil.
Diantaranya ialah:
1) Ketidak telusan pengundian pos
Terdapat dakwaan bahawa senarai pengundi pos tentera yang diwartakan dan diberikan kepada calon-calon yang bertanding berbeza dari senarai pengundi pos tentera yang dipaparkan pada hari mengundi pos 8 dan 9 Oktober 2009. Selain daripada itu, terdapat juga dakwaan bahawa terdapat pengundi-pengundi pos yang didaftarkan lebih dari satu kem serta persara-persara tentera masih lagi terdapat dalam daftar pengundi pos.
Yang lebih menyedihkan lagi, SPR langsung tidak mengendahkan syak wasangka ini dan tidak membersihkan nama mereka dan maruah sebagai badan penggendali pilihanraya tidak dipertahankan.
Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengundian pos tidak lagi dipertikaikan pada masa akan datang, NIEI mencadangkan agar kaedah dan prosedur pengundian pos hendaklah dikaji semula dan diubah supaya ianya telus dan diyakini oleh rakyat.
Dari pengalaman pemerhatian NIEI di luar negara, Thailand dan Filipina yang mengalami konflik ganas, pengundian secara normal digunakan bagi anggota tentera mereka. Pusat pengundian yang dikendali sepenuhnya oleh SPR � serta hak-hak yang sama bagi agen parti, pemantau tempatan dan pemerhati antrabangsa � dibuka di dalam kem-kem tentera.
Jika terdapat undi pos tentera, ianya akan dikendalikan sepenuhnya oleh SPR negara tersebut. Tidak timbul langsung kontraversi senarai nama pengundi anggota tentera di sana.
2) Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji
Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji masih lagi berleluasa dalam PRK N 31 Bagan Pinang. Pemberiaan projek-projek kerajaan kepada penduduk Bagan Pinang semasa tempoh berkempen dilakukan secara berleluasa. Banyak kementerian-kementerian seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna digunakan untuk memberikan �rasuah politik� kepada pengundi Bagan Pinang secara terbuka.
Selain daripada itu, penyalahgunaan jentera kerajaan turut dilakukan secara berleluasa. Kedua-dua pihak yang bertanding dilihat menyalahgunakan harta rakyat terutama kenderaan milik kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Manakala UMNO-BN memonopoli dewan orang ramai, sekolah, KEMAS dan JKKK sebagai markas parti.
Amalan ini adalah satu kesalahan besar kerana seharusnya harta milik kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh digunakan bagi parti-parti politik yang bertanding semasa berkempen dalam pilihanraya.
Untuk memastikan pilihanraya akan datang adil kepada semua pihak yang bertanding, NIEI mencadangkan agar politik wang, janji peruntukan projek, projek kilat, salahguna jentera negara dan salahguna kemudahan awam hendaklah dihapuskan.
Di negara-negara jiran, terutamanya Thailand, Nepal dan Taiwan amalan ini diharamkan. Kesalahan bersabit dengannya akan diambil tindakan keras, iaitu SPRnya akan membatalkan calon bersalah daripada bertanding, atau dibatalkan kemenangan mereka.
Untuk menghapuskan amalan ini, undang-undang anti rasuah politik dan penyalahgunaan harta awam hendaklah digubal seperti yang dilaksanakan di Thailand dan Taiwan.
3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi
Amalan merayu undi dan tukang sorak telah menyebabkan ketegangan berlaku pada hari mengundi. Apabila perayu-perayu undi dari kedua-dua parti politik bersaing untuk merayu undi berhampiran dengan tempat pembuangan undi, ianya menggangu pengundi-pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Selain daripada itu kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik untuk mengangkut pengundi turut menyesakkan keadaan dihadapan tempat pembuangan undi yang biasanya dilaksanakan di sekolah.
Bagi memastikan pengundi-pengundi dapat berfikir dengan tenang sebelum masuk ke tempat pembuangan undi, NIEI menyarankan agar amalan merayu undi, tukang sorak dan penyediaan kemudahan pengangkutan untuk mengangkut pengundi dihapuskan.
Sebagai ganti, tempoh berkempen bolehlah diperpanjang seperti dua minggu bagi pilihanraya kecil dan sebulan bagi pilihanraya umum. Parti-parti politik bukan kerajaan yang sering tidak mendapat tempat di media arus perdana aktif berkempen pada hari mengundi oleh kerana tidak mendapat liputan yang adil oleh media arus perdana dan tempoh berkempen yang singkat, jika tempoh berkempen diperpanjangkan, semua pihak akan mendapat masa yang cukup untuk berkempen.
Selain daripada itu, SPR bolehlah menyediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi seperti van, kereta dan motosikal sebagai alternatif kepada kenderaan-kenderaan yang disediakan oleh parti politik.
4) Perbelanjaan berkempen
Dalam PRK Bagan Pinang, dapat disimpulkan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk berkempen bagi calon BN, Tan Sri Isa Samad telahpun melebihi had yang ditetapkan iaitu RM 100,000 bagi calon DUN. Menurut Seksyen 19(1) (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum hendaklah berbelanja tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu untuk calon Parlimen RM200,000 dan calon DUN RM100,000.
Akta ini harus digubal semula dan harus menyatakan bahawa ianya termasuklah kepada parti politik yang menyokong sesuatu calon tersebut. Kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) bolehlah dilakukan untuk memperketatkan lagi pemantauan perbelanjaan kempen.
NIEI berharap agar isu-isu yang dibangkitan akan diambil perhatian serius oleh SPR agar perjalanan pilihanraya di Malaysia dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Semua parti politik yang bertanding diseru agar bekerjasama bagi memastikan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia menjadi lebih adil, telus dan saksama. Pilihanraya yang berkredibiliti akan meyakinkan lagi rakyat dengan amalan demokrasi di Malaysia._
1. Bulan bahasa adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai satu bahasa atau 1bahasa untuk mencapai perpaduan serta bahasa komunikasi.
2. Kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dirancakkan lagi sepanjang bulan ini (Oktober) supaya penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat akan melata.
3. Kerajaan juga akan mulai memperkenalkan Anugerah Tokoh Ilmuwan Negara iaitu sebagai satu pengiktirafan kepada ilmuwan negara yang memberikan komitmen dalam usaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa budaya tinggi.
Cik Awan berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh pelajar yang terlibat mengenai produk masing-masing. Produk biasa tapi apabila ditambah nilai akan meningkatkan lagi harga produk tersebut.
Antara yang menarik perhatian ialah produk yang dijual oleh syarikat Dodol enterprise. Dodol yang biasa dijual dikedai berperisa pandan dan durian sahaja, tapi di gerai tersebut terdapat dodol berperisa strawberi, pisang dan oren. Susah nak dapat tempat lain.
Alhamdulillah kita telah berjaya menghadapi Ramadan al-mubarak dan kita meraikannya dengan merayakan Aidilfitri yang mulia.
Apabila kita merayakan Aidilfitri bermakna kita telah berjaya membersihkan diri dari segala kekotoran yang ada pada diri kita dengan tarbiah ramadan dan kita telah kembali kepada fitrah kita iaitu bersih dari segala dosa seperti kita mula-mula lahir ke dunia dahulu.
Jadi jangan kita cemarkan diri kita yangh bersih ini dengan tabiat buruk kita sebelum ini. Dalam Ramadan lalu pelbagai amalan pembersih jiwa seperti membaca koran, sembahyang sunat, zikir, sedekah dan banyak lagi kita lakukan yang mana menjadikan kita lebih bersih dan kembali kepada fitrah kita yang asal iaitu bersih.
Jadi, jangan biarkan ia berlalu bersama ramadan yang meninggalkan kita, jadikan amalan tersebut sebagai amalan kita walaupun ramaan meninggalkan kita. Sepertimana kita melakukan amalan tersebut dalam bulan ramadan lakukan juga dalam bulan -bulan yang lain. Jika kita dapat meneruskan dalam bulan yang lain, menandakan ramadan sebelum ini dapat mentarbiahkan diri kita. Ini adalah satu kejayaan yang besar bagi kita.
Marilah kita meneruskan amalan baik kita dalam Ramadan dalam bulan-bulan yang lain.
ke arah membina "1 UMMAH"
Alhamdulillah kita telah masuk dalam fasa ke-3 dalam bulan Ramadan. Fasa pembebasan dari api neraka, juga terkandung malam laitul qadar.
Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang maksud-Nya: Dan sesiapa yang bangun mendirikan lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu. (riwayat Bukhari)
Kita suka suka untuk menyebut tentang tanda-tandanya sahaja, bahkan kalau tanya kanak-kanak hingusan pun tahu tanda-tanda lailatul qadar ini. Nak bagi tahu kepada kita bahawa tersohornya lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Tapi berapa ramai yang mengejar atau nak mengutip keberkatan malam tersebut? Senario yang biasa berlaku di tempat kita ialah ramai yang suka mengunjungi masjid ataupun surau pada awal ramadan sahaja. semakin lama ramadan semakin kurang yang berada di masjid.
Kebanyakannya lebih suka menghabiskan masa malamnya untuk membuat kuih, shopping beli baju raya dan sebagainya. Memanglah semua perkara ni penting, tapi bahagikanlah masa malam kita untuk mengutip segala keberkatan ramadan. Amatlah rugi bagi kita jika terlepas semua kebaikan dan ganjaran ramadan tersebut. Nak tunggu ramadan akan datang? Tidak tentu kita dapat menemui ramdan akan datang.
JAdi bersama-sama lah kita memanfaatkan ramdan yang berbaki beberapa hari lagi ni. Teringat slogan ramadan zaman muda-muda dulu " Tiap-tiap malam, malam lailatul qadar".
Selamat ramadan, dan selamat hari raya.
*gambar hiasan
Bersama Reduan dan Muha cik Awan sempat bersolat terawih di masjid kristal. Masjid Kristal adalah antara destinasi solat terawih cik Awan.
Cahaya yang terpancar daripada lampu yang pelbagai warna menanbahkan lagi keindahan masjid ini. Siapa yang yang belum pernah kesini mesti terpegun.
Bacaan al-Quran yang lancar dan merdu dari imam yang diimpot khas dari Mesir, menambahkan lagi tahap kekhusukkan CikAwan. Tambah lagi hawa sejuk yang dihasilkan oleh penghawa dingin menjadikan suasana sangat selesa.
Harapnya bukan dalam Bulan ramadan sahaja masjid ini diimarahkan. Bulan-bulan lain juga begitu.
Ceramah tersebut sempena penutup minggu Kenali PSNZ yang telah berlangsung selama tiga hari. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk pameran jabatan perpustakaan, pesta buku, kuiz dan banyak lagi.
Cik Awan juga tidak ketinggalan untuk menyertai kuiz kenali PSNZ dan alhamdulillah dapat hadiah. Terima kasih kepada pihak PSNZ. Lain kali kalu cik awan masuk bertanding, bagilah menang.
Balik kepada ceramah "Membina Budaya membaca" tadi beberapa point penting yang dapat cik awan tangkap ialah:
Definisi Budaya Membaca
Amalan membaca apa-apa jenis bahan samada di dalam bentuk cetak/digital di mana-mana jua dari dalam bas, keratapi, kapal terbang, klinik mahupun di tempat-tempat formal seperti perpustakaan, bilik kuliah dan pejabat.
Budaya membaca adalah berkait rapat dengan budaya ilmu kerana proses pembacaan akan turut mematangkan fikiran seseorang individu.
Dalam ceramah tersebut Pn Rohayah menjelaskan mengapa masih menjadi masalah untuk membaca kerana:
1. Belum wujud budaya membaca dalam masyarakat kita dan penumpuan lebih kepada budaya
chatting dan lepak.
2. Pengaruh kuat media elektronik ke atas budaya ingin membaca yang telah mengalih
perhatian daripada membaca kepada ingin menonton.
3. Sikap kebanyakkan masyarakat Malaysia sangat berkira jika hendak membeli bahan
bacaan, tetapi tidak pula begitu semasa membeli bahan-bahan mewah.
4. Membaca dianggap sebagai suatu prosesyang terlalu intelektual khusus untuk satu
golongan tertentu sahaja dan bukan untuk semua golongan.
5. Mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang sentiasa membuang masa dengan berbual-bual
kosong serta lain-lain aktiviti yang tidak bermanafaat .
6. Kurangnya perpustakaan awam yang mudah dikunjungi.
7. Harga buku yang mahal serta tidak meminati bahan bacaan yang serius.
8. Cabaran era ICT mendedahkan ahli masyarakat terutama golongan remaja kearah menonton
televisyen, pergi ke supermarket, menggunakan telefon bimbit, menunggang motosikal serta
melepak bersama-sama rakan-rakan.
Faedah Membaca
1. Mampu meningkatkan daya pemikiran dan keintelektualan seseorang individu.
2. menjadikan individu itu lebih matang dan mampat serta dapat berdaya saing.
3. Mempunyai keterampilan, personality yang menawan dan mantap serta berkeyakinan
diri yang tinggi.
4. Menghaluskan budi pekerti serta mengeluarkan kata-kata yang boleh boleh menjadi penawar
kepada mereka yang sedang berduka.
5. Boleh membuat keputusan yang tidak boleh diperkotak-katikkan lagi.
6. Berinovatif serta terbuka kepada idea baru.
7. Kehidupan tidak seperti katak di bawah tempurung kerana sentiasa mengikuti perkembangan
semasa.
8. Mempunyai tahap emosi yang kuat kerana mereka yang membaca dengan penuh penghayatan akan
mempunyai jiwa yang tenang dan stabil.
Hadis tersebut ialah :
“Apabila tibanya Ramadhan, terbukalah segenap pintu syurga, tertutup rapatlah segala pintu neraka dan syaitan dibelenggu kesemuanya.”
Cik awan tambah lagi bahawa Allah akan buka kesemua 8 pintu syurganya dan menutup 7 pintu nerakanya.
Tingkatan dan nama-nama syurga ialah:
- Jannatul Firdaus yaitu surga yang terbuat dari emas merah.
- Jannatul 'Adn yaitu surga yang terbuat dari intan putih.
- Jannatun Na'iim yaitu surga yang terbuat dari perak putih.
- Jannatul Khuldi yaitu surga yang terbuat dari marjan yang berwarna merah dan kuning.
- Jannatul Ma'wa yaitu surga yang terbuat dari zabarjud hijau.
- Darus Salaam yaitu surga yang terbuat dari yaqut merah.
- Darul Jalal yaitu surga yang terbuat dari mutiara putih.
- Darul Qarar yaitu surga yang terbuat dari emas merah.
Nama-nama pintu neraka
Neraka tempat penyiksaan itu kemudian banyak disebut orang dengan nama Jahannam. Jahannam itu memiliki 7 pintu, setiap pintu (tingkat), telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari para makhluk-Nya. Pintu (tingkat) neraka yang disebutkan didalam Al Qur'an adalah:
- Hawiyah
Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, yaitu mereka yang selama hidup didunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslim laki dan perempuan yang tidak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan jilbab, bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutra dan emas, mencari rejeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. Surah Al-Qari'ah. - Jahiim
Neraka sebagai tempat penyiksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan disiksa oleh para sesembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah, karena syirik berarti menganggap bahwa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan bisa pula menganggap bahwa ada Tuhan selain Allah. Surah Asy-Syu'ara' dan Surah As-Saffat. - Saqar
Neraka untuk orang munafik, yaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka mengetahui bahwa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. Surah Al-Muddassir. - Lazhaa
Neraka yang disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mau bersedekah, membayar zakat, atau bahkan memasang muka masam apabila ada orang miskin datang meminta bantuan. Surah Al-Ma’arij. - Huthamah
Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak atau platina, mereka yang serakah tidak mau mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan kepada manusia pengumpul harta. Surah Al-Humazah. - Sa'iir
Neraka yang diisi oleh orang-orang kafir dan orang yang memakan harta anak yatim. Surah Al-Ahzab, Surah An-Nisa', Surah Al-Fath dan Surah Luqman. - Wail
Neraka yang disediakan untuk para pengusaha atau pedagang yang licik, dengan cara mengurangi berat timbangan, mencalokan barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat-lipat. Barang dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan kedalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. Surah Al-Tatfif dan Surah At-Tur.
Neraka dipegang (ditahan) oleh tujuh puluh ribu tali, dan setiap talinya di pegang oleh tujuh puluh ribu malaikat.
Perkhabaran mengenai syurga dan neraka telah termaktub dalam Quran dan juga hadis. Harapannya ia akan memberi kesan kepada tahap ketakwaan dan keimanan kita. InsyaAllah ia akan memberi kesan kepada orang yang beriman.
Ramadan akan tiba. Selamat menghadapi bulan ibadat. Selamat beribadat.
Sabtu, 29 Mei 2010
Mari mengira Rokok
Khamis, 6 Mei 2010
Basuhlah pinggan itu
Sabtu, 1 Mei 2010
Siakap 3R terdampar di DS
Di sini suka saya untuk berkongsi resepi bersama pembaca sekalian. ok. mula-mula sediakan 'awas'. awas dia terdiri daripada:
1. 1 biji bawang besar
2. 3 ulas bawang putih
3. lengkuas 1 inci
4. halia 1 inci
5. ketumbar
6. lada burung 10 biji
7. bawang jeruk 1 biji
-kisar semua bahan awas diatas.
-ikan siakan 400 gram.
- sos cili
-sos tiram
- nanas dipotong dadu
Cara memasak:
1. Goreng ikan siakap sehingga garing
2. tumiskan bawang putih
3. masukkan awas tadi, sos tiram dan sos cili
4. biarkan sampai masak
5. turapkan kuah tadi atas ikan siakap yang digoreng garing tadi
6. taburkan daun ketumbar atas ikan mengikut kreativiti anda. siap!
sedia untuk diamakan.
ok selamat mencoba. Jangan lupa baca bismillah.
GST Rakyat
2. GST dikenakan ke atas bekalan yang di cukai iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan.
3. Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.
4. Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.
5. Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).
6. Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.
7. Beban akhirnya ialah pengguna.
*gambar hiasan
Jumaat, 23 April 2010
Adab Bermusafir
Ahad, 31 Januari 2010
Selamat Pengantin Baru
Jumaat, 29 Januari 2010
Membina Istana Idaman
Rabu, 27 Januari 2010
Khamis, 21 Januari 2010
Khamis, 14 Januari 2010
SABAR SEBAHAGIAN DARI IMAN : tribute untuk sahabat
Selasa, 5 Januari 2010
Jumaat, 1 Januari 2010
Selasa, 8 Disember 2009
Hilang Barang
Jadi jika empunya barang minta balik barangnya cepat-cepat beri balik jangan sampai tuannya berdoa, sembahyang hajat dan sebagainya. Nanti kalau dah buncit perut susah nak berubat.
Isnin, 23 November 2009
Ahad, 8 November 2009
Diskriminasi Diteruskan Ke atas Kelantan
2. Jika berada di luar perairan kelantan kenapa dapat wang ehsan? Wang ehsan pun sepatutnya tidak dapat kerana kelantan tidak layak kerana ia bukan hak kelantan untuk menerimanya.
3. Begitu juga negeri terengganu yang kawasan galian berada di luar perairan terengganu dan menyebabkan negeri tersebut hanya layak untuk menerima wang ehsan sahaja bukan wang royalti.
4. Walaubagaimanapun, terengganu mendapat wang ehsan tahun 1999 selepas terengganu diperintah oleh PAS. Sebelum itu, pada masa pemerintahan UMNO terengganu molek-molek ada mendapat wang royalti.
5. Walaupun sekian lama mendapat wang royalti dan juga wang ehsan daripada hasil galian petroleum, terengganu masih menggungguli tempat pertama negeri termiskin di semenanjung Malaysia, dan tempat kedua termiskin di Malaysia selepas Sabah. Statistik ini pernah dikeluarkan pada tahun 2006.
6. Ini menunjukkan kelemahan pentadbiran UBN dalam menguruskan hasil mahsul negeri dan negara yang mana kita sedia maklum mengalami ketirisan dalam setiap pengurusannya.
7. Walaupun hasil yang diterima oleh Terengganu banyak tetapi rakyatnya masih miskin. Siapa yang kaya? Ya. tentulah pemimpin UBN yang kaya. Buktinya kita boleh melihat kepada projek-projek pembangunan yang kononnya ingin membasmi kemiskinan seperti Masjid hadhari yang semakin runtuh satu persatu, Stadium yang paling canggih di pantai timur, pun dah runtuh, dan banyak lagi kita dah dengar kerana sudah di gegerkan dalam media massa dan juga media cetak.
8. Setiap keruntuhan sedikit sebanyak membuktikan bahawa setiap projek yang dibawa masuk mengalami ketirisan. Perkara ini terbukti di negeri Terengganu.
9. Perkara yang sama akan dibwa ke Kelantan. Wang ehsan akan disalurkan melalui projek pembangunan atau untuk membasmi kemiskinan. Sejauh manakah kebenaran ini?
10. Adakah nasib yang diterima oleh terengganu akan berlaku kepada negeri Kelantan juga?
Isnin, 26 Oktober 2009
Bajet 2010 : Memacu Dalam Hemat
1. Penjanaan ekonomi untuk semua rakyat akan diberikan tumpuan khusus terutamanya galakan usahawan.
2. Pembinaan Insan Kamil yang berteraskan taqwa akan dibuat memalui pembangunan modal insan dan perkongsian penderitaan melalui pembelaan golongan daif, miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas.
3. Memacu pembelaan kepada golongan daif, miskin, orang kurang upaya, armalah dan warga emas
sumber : harakahdaily.net
Selasa, 20 Oktober 2009
Selasa, 13 Oktober 2009
Empat perkara untuk pulihkan pilihanraya - NIEI
KUALA LUMPUR, 12 Okt: Institut Intergriti Pengundi Kebangsaan (NIEI) mencadangkan empat perkara bagi memulihkan pilihan raya di negara ini kerana apa yang ada sekarang mencemarkan pilihanraya.
Ini kerana, pilihan raya yang berlaku di Bagan Pinang telah tercemar. Ia sepatutnya telus, bebas dan adil.
Apa yang berlaku adalah,
1) ketidak telusan pengundian pos;
2) rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji,
3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi; dan
4) Perbelanjaan berkempen.
Demikian kenyataan yang dibuat NIEI dalam satu kenyataan medianya berdasarkan pemerhatian mereka dalam pilihan raya kecil itu baru-baru ini.
Berikut adalah kenyataan penuh NIEI:
National Institute for Electoral Integrity (NIEI) telah memantau perjalanan pilihanraya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Bagan Pinang (N 31) bermula dari hari penamaan calon pada 3 Oktober sehinggalah berakhirnya proses pengundian pada 11 Oktober 2009.
Didalam pemantauan pilihanraya, terdapat dua kaedah yakni stationary monitoring (pemantau ditugaskan untuk tunggu disetiap tempat mengundi) dan mobile monitoring (pemantau bergerak).
NIEI menggunakan kaedah mobile monitoring dimana pemantau-pemantau NIEI bergerak untuk memantau perjalanan pilihanraya di dalam kawasan N 31 bermula dari proses penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.
Di dalam pemantauan NIEI di kerusi N 31, terdapat beberapa perkara yang telah mencemarkan PRK yang seharusnya telus, bebas dan adil.
Diantaranya ialah:
1) Ketidak telusan pengundian pos
Terdapat dakwaan bahawa senarai pengundi pos tentera yang diwartakan dan diberikan kepada calon-calon yang bertanding berbeza dari senarai pengundi pos tentera yang dipaparkan pada hari mengundi pos 8 dan 9 Oktober 2009. Selain daripada itu, terdapat juga dakwaan bahawa terdapat pengundi-pengundi pos yang didaftarkan lebih dari satu kem serta persara-persara tentera masih lagi terdapat dalam daftar pengundi pos.
Yang lebih menyedihkan lagi, SPR langsung tidak mengendahkan syak wasangka ini dan tidak membersihkan nama mereka dan maruah sebagai badan penggendali pilihanraya tidak dipertahankan.
Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengundian pos tidak lagi dipertikaikan pada masa akan datang, NIEI mencadangkan agar kaedah dan prosedur pengundian pos hendaklah dikaji semula dan diubah supaya ianya telus dan diyakini oleh rakyat.
Dari pengalaman pemerhatian NIEI di luar negara, Thailand dan Filipina yang mengalami konflik ganas, pengundian secara normal digunakan bagi anggota tentera mereka. Pusat pengundian yang dikendali sepenuhnya oleh SPR � serta hak-hak yang sama bagi agen parti, pemantau tempatan dan pemerhati antrabangsa � dibuka di dalam kem-kem tentera.
Jika terdapat undi pos tentera, ianya akan dikendalikan sepenuhnya oleh SPR negara tersebut. Tidak timbul langsung kontraversi senarai nama pengundi anggota tentera di sana.
2) Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji
Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji masih lagi berleluasa dalam PRK N 31 Bagan Pinang. Pemberiaan projek-projek kerajaan kepada penduduk Bagan Pinang semasa tempoh berkempen dilakukan secara berleluasa. Banyak kementerian-kementerian seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna digunakan untuk memberikan �rasuah politik� kepada pengundi Bagan Pinang secara terbuka.
Selain daripada itu, penyalahgunaan jentera kerajaan turut dilakukan secara berleluasa. Kedua-dua pihak yang bertanding dilihat menyalahgunakan harta rakyat terutama kenderaan milik kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Manakala UMNO-BN memonopoli dewan orang ramai, sekolah, KEMAS dan JKKK sebagai markas parti.
Amalan ini adalah satu kesalahan besar kerana seharusnya harta milik kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh digunakan bagi parti-parti politik yang bertanding semasa berkempen dalam pilihanraya.
Untuk memastikan pilihanraya akan datang adil kepada semua pihak yang bertanding, NIEI mencadangkan agar politik wang, janji peruntukan projek, projek kilat, salahguna jentera negara dan salahguna kemudahan awam hendaklah dihapuskan.
Di negara-negara jiran, terutamanya Thailand, Nepal dan Taiwan amalan ini diharamkan. Kesalahan bersabit dengannya akan diambil tindakan keras, iaitu SPRnya akan membatalkan calon bersalah daripada bertanding, atau dibatalkan kemenangan mereka.
Untuk menghapuskan amalan ini, undang-undang anti rasuah politik dan penyalahgunaan harta awam hendaklah digubal seperti yang dilaksanakan di Thailand dan Taiwan.
3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi
Amalan merayu undi dan tukang sorak telah menyebabkan ketegangan berlaku pada hari mengundi. Apabila perayu-perayu undi dari kedua-dua parti politik bersaing untuk merayu undi berhampiran dengan tempat pembuangan undi, ianya menggangu pengundi-pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Selain daripada itu kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik untuk mengangkut pengundi turut menyesakkan keadaan dihadapan tempat pembuangan undi yang biasanya dilaksanakan di sekolah.
Bagi memastikan pengundi-pengundi dapat berfikir dengan tenang sebelum masuk ke tempat pembuangan undi, NIEI menyarankan agar amalan merayu undi, tukang sorak dan penyediaan kemudahan pengangkutan untuk mengangkut pengundi dihapuskan.
Sebagai ganti, tempoh berkempen bolehlah diperpanjang seperti dua minggu bagi pilihanraya kecil dan sebulan bagi pilihanraya umum. Parti-parti politik bukan kerajaan yang sering tidak mendapat tempat di media arus perdana aktif berkempen pada hari mengundi oleh kerana tidak mendapat liputan yang adil oleh media arus perdana dan tempoh berkempen yang singkat, jika tempoh berkempen diperpanjangkan, semua pihak akan mendapat masa yang cukup untuk berkempen.
Selain daripada itu, SPR bolehlah menyediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi seperti van, kereta dan motosikal sebagai alternatif kepada kenderaan-kenderaan yang disediakan oleh parti politik.
4) Perbelanjaan berkempen
Dalam PRK Bagan Pinang, dapat disimpulkan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk berkempen bagi calon BN, Tan Sri Isa Samad telahpun melebihi had yang ditetapkan iaitu RM 100,000 bagi calon DUN. Menurut Seksyen 19(1) (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum hendaklah berbelanja tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu untuk calon Parlimen RM200,000 dan calon DUN RM100,000.
Akta ini harus digubal semula dan harus menyatakan bahawa ianya termasuklah kepada parti politik yang menyokong sesuatu calon tersebut. Kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) bolehlah dilakukan untuk memperketatkan lagi pemantauan perbelanjaan kempen.
NIEI berharap agar isu-isu yang dibangkitan akan diambil perhatian serius oleh SPR agar perjalanan pilihanraya di Malaysia dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Semua parti politik yang bertanding diseru agar bekerjasama bagi memastikan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia menjadi lebih adil, telus dan saksama. Pilihanraya yang berkredibiliti akan meyakinkan lagi rakyat dengan amalan demokrasi di Malaysia._
Isnin, 12 Oktober 2009
Oktober : Bulan Bahasa Kebangsaan
1. Bulan bahasa adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai satu bahasa atau 1bahasa untuk mencapai perpaduan serta bahasa komunikasi.
2. Kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dirancakkan lagi sepanjang bulan ini (Oktober) supaya penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat akan melata.
3. Kerajaan juga akan mulai memperkenalkan Anugerah Tokoh Ilmuwan Negara iaitu sebagai satu pengiktirafan kepada ilmuwan negara yang memberikan komitmen dalam usaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa budaya tinggi.
Ahad, 11 Oktober 2009
Khamis, 8 Oktober 2009
Pelajar Usahawan
Cik Awan berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh pelajar yang terlibat mengenai produk masing-masing. Produk biasa tapi apabila ditambah nilai akan meningkatkan lagi harga produk tersebut.
Antara yang menarik perhatian ialah produk yang dijual oleh syarikat Dodol enterprise. Dodol yang biasa dijual dikedai berperisa pandan dan durian sahaja, tapi di gerai tersebut terdapat dodol berperisa strawberi, pisang dan oren. Susah nak dapat tempat lain.
Rabu, 30 September 2009
Pasca Ramadan
Alhamdulillah kita telah berjaya menghadapi Ramadan al-mubarak dan kita meraikannya dengan merayakan Aidilfitri yang mulia.
Apabila kita merayakan Aidilfitri bermakna kita telah berjaya membersihkan diri dari segala kekotoran yang ada pada diri kita dengan tarbiah ramadan dan kita telah kembali kepada fitrah kita iaitu bersih dari segala dosa seperti kita mula-mula lahir ke dunia dahulu.
Jadi jangan kita cemarkan diri kita yangh bersih ini dengan tabiat buruk kita sebelum ini. Dalam Ramadan lalu pelbagai amalan pembersih jiwa seperti membaca koran, sembahyang sunat, zikir, sedekah dan banyak lagi kita lakukan yang mana menjadikan kita lebih bersih dan kembali kepada fitrah kita yang asal iaitu bersih.
Jadi, jangan biarkan ia berlalu bersama ramadan yang meninggalkan kita, jadikan amalan tersebut sebagai amalan kita walaupun ramaan meninggalkan kita. Sepertimana kita melakukan amalan tersebut dalam bulan ramadan lakukan juga dalam bulan -bulan yang lain. Jika kita dapat meneruskan dalam bulan yang lain, menandakan ramadan sebelum ini dapat mentarbiahkan diri kita. Ini adalah satu kejayaan yang besar bagi kita.
Marilah kita meneruskan amalan baik kita dalam Ramadan dalam bulan-bulan yang lain.
ke arah membina "1 UMMAH"
Selasa, 15 September 2009
Sibuk Mencari Tanda
Alhamdulillah kita telah masuk dalam fasa ke-3 dalam bulan Ramadan. Fasa pembebasan dari api neraka, juga terkandung malam laitul qadar.
Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang maksud-Nya: Dan sesiapa yang bangun mendirikan lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu. (riwayat Bukhari)
Kita suka suka untuk menyebut tentang tanda-tandanya sahaja, bahkan kalau tanya kanak-kanak hingusan pun tahu tanda-tanda lailatul qadar ini. Nak bagi tahu kepada kita bahawa tersohornya lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Tapi berapa ramai yang mengejar atau nak mengutip keberkatan malam tersebut? Senario yang biasa berlaku di tempat kita ialah ramai yang suka mengunjungi masjid ataupun surau pada awal ramadan sahaja. semakin lama ramadan semakin kurang yang berada di masjid.
Kebanyakannya lebih suka menghabiskan masa malamnya untuk membuat kuih, shopping beli baju raya dan sebagainya. Memanglah semua perkara ni penting, tapi bahagikanlah masa malam kita untuk mengutip segala keberkatan ramadan. Amatlah rugi bagi kita jika terlepas semua kebaikan dan ganjaran ramadan tersebut. Nak tunggu ramadan akan datang? Tidak tentu kita dapat menemui ramdan akan datang.
JAdi bersama-sama lah kita memanfaatkan ramdan yang berbaki beberapa hari lagi ni. Teringat slogan ramadan zaman muda-muda dulu " Tiap-tiap malam, malam lailatul qadar".
Selamat ramadan, dan selamat hari raya.
*gambar hiasan
Ahad, 13 September 2009
Buka Puasa
Terawih
Bersama Reduan dan Muha cik Awan sempat bersolat terawih di masjid kristal. Masjid Kristal adalah antara destinasi solat terawih cik Awan.
Cahaya yang terpancar daripada lampu yang pelbagai warna menanbahkan lagi keindahan masjid ini. Siapa yang yang belum pernah kesini mesti terpegun.
Bacaan al-Quran yang lancar dan merdu dari imam yang diimpot khas dari Mesir, menambahkan lagi tahap kekhusukkan CikAwan. Tambah lagi hawa sejuk yang dihasilkan oleh penghawa dingin menjadikan suasana sangat selesa.
Harapnya bukan dalam Bulan ramadan sahaja masjid ini diimarahkan. Bulan-bulan lain juga begitu.
Selasa, 18 Ogos 2009
Sabtu, 1 Ogos 2009
Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya
Ceramah tersebut sempena penutup minggu Kenali PSNZ yang telah berlangsung selama tiga hari. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk pameran jabatan perpustakaan, pesta buku, kuiz dan banyak lagi.
Cik Awan juga tidak ketinggalan untuk menyertai kuiz kenali PSNZ dan alhamdulillah dapat hadiah. Terima kasih kepada pihak PSNZ. Lain kali kalu cik awan masuk bertanding, bagilah menang.
Balik kepada ceramah "Membina Budaya membaca" tadi beberapa point penting yang dapat cik awan tangkap ialah:
Definisi Budaya Membaca
Amalan membaca apa-apa jenis bahan samada di dalam bentuk cetak/digital di mana-mana jua dari dalam bas, keratapi, kapal terbang, klinik mahupun di tempat-tempat formal seperti perpustakaan, bilik kuliah dan pejabat.
Budaya membaca adalah berkait rapat dengan budaya ilmu kerana proses pembacaan akan turut mematangkan fikiran seseorang individu.
Dalam ceramah tersebut Pn Rohayah menjelaskan mengapa masih menjadi masalah untuk membaca kerana:
1. Belum wujud budaya membaca dalam masyarakat kita dan penumpuan lebih kepada budaya
chatting dan lepak.
2. Pengaruh kuat media elektronik ke atas budaya ingin membaca yang telah mengalih
perhatian daripada membaca kepada ingin menonton.
3. Sikap kebanyakkan masyarakat Malaysia sangat berkira jika hendak membeli bahan
bacaan, tetapi tidak pula begitu semasa membeli bahan-bahan mewah.
4. Membaca dianggap sebagai suatu prosesyang terlalu intelektual khusus untuk satu
golongan tertentu sahaja dan bukan untuk semua golongan.
5. Mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang sentiasa membuang masa dengan berbual-bual
kosong serta lain-lain aktiviti yang tidak bermanafaat .
6. Kurangnya perpustakaan awam yang mudah dikunjungi.
7. Harga buku yang mahal serta tidak meminati bahan bacaan yang serius.
8. Cabaran era ICT mendedahkan ahli masyarakat terutama golongan remaja kearah menonton
televisyen, pergi ke supermarket, menggunakan telefon bimbit, menunggang motosikal serta
melepak bersama-sama rakan-rakan.
Faedah Membaca
1. Mampu meningkatkan daya pemikiran dan keintelektualan seseorang individu.
2. menjadikan individu itu lebih matang dan mampat serta dapat berdaya saing.
3. Mempunyai keterampilan, personality yang menawan dan mantap serta berkeyakinan
diri yang tinggi.
4. Menghaluskan budi pekerti serta mengeluarkan kata-kata yang boleh boleh menjadi penawar
kepada mereka yang sedang berduka.
5. Boleh membuat keputusan yang tidak boleh diperkotak-katikkan lagi.
6. Berinovatif serta terbuka kepada idea baru.
7. Kehidupan tidak seperti katak di bawah tempurung kerana sentiasa mengikuti perkembangan
semasa.
8. Mempunyai tahap emosi yang kuat kerana mereka yang membaca dengan penuh penghayatan akan
mempunyai jiwa yang tenang dan stabil.
Selasa, 28 Julai 2009
Syurga ada 8 Pintu