Manikam Kalbu

Antara buah tangan yang dibawa balik dari pesta buku antarabangsa yang diadakan di PWTC KL tempoh hari ialah novel Manikam Kalbu tulisan Faisal Tehrani. Setelah mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan novel tersebut di sini cik awan memetik beberapa perenggan daripada novel tersebut untuk dikongsi bersama. Antara perenggan- perenggan yang dipetik ialah seperti berikut:

"Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah, sesiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.’

Sultan Muhammad Syah menghafaz tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.

‘Syarat kedua busana Melayu itu pantang terlalu nipis. Kerana apabila berkain baju terlalu tipis, disitulah tempat setan dan iblis, apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang, sesiapa memakai tembus mata, tanda dirinya di dalam nista.’

Sultan Muhammad Syah amat teruja.

‘Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia terlalu ketat. Tak boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai terlalu ketat, agamanya hilang binasa adat. Sesiapa berbaju terlalu sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang sekali berbaju ketat atau tanda orang teguh beriman pakaian sempit dia jauhkan.’

Sultan Muhammad Syah bersuara, ‘Adapun ayahanda Tuan Guru, kita bermimpi anakanda kita memakai baju entah apa-apa. Gusar sungguh kita. Hendak dikatakan kafir macam Melayu hendak dikatakan Melayu macam kafir laku. Astaghfirullah.’

‘Itulah syarat keempat busana Melayu. Pantang ia mengada-ada. Kerana membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Bila memakai baju tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai baju elok menurut adat supaya tidak membawa mudarat. Ingatlah jika memakai baju elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.’

‘Apakah ada yang lain Tuan Guru?’

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banyak pengetahuan yang didapati daripada novel ini seperti hukum menutup aurat, cara berpakaian mengikut Islam, ilmu fesyen, ilmu menjahit dan banyak lagi. Seronok menikmatinya.

Read Users' Comments ( 2 )

Pulau kapas

Pulau Kapas adalah antara pulau-pulau yang indah dan cantik di Terengganu. Dalam banyak -banyak pulau, Pulau kapas adalah pulau yang paling dekat dengan daratan. Mengambil masa dalam 20 minit sahaja dari jeti marang.

BAgi mereka yang ingin menghirup udara segar Pulau Kapas bolehlah segera ke sana kerana disana terdapat banyak resort yang disediakan. BAnyak aktiviti yang dapat dilakukan termasuklah berkayak, snokerling, mencandat sotong dan bermacam-macam lagi. Yang pastinya akan meninggalkan satu kenangan manis yang tidak dapat dikecap di tempat lain.

Pada kesempatan yang ada, cik awan bersama 8 rakan setia memancing yang lain telah pergi memancing disekitar pulau kapas. Laut yang tenang menggalakkan lagi aktiviti memancing kami.

Sekarang musim mencandat sotong. Jadi kami tak mau untuk tidak mencandat sotong. Sebelum memancing , aktiviti mencandat sotong dahulu dilakukan. Dalam pukul 10 malam baru akviti memancing berjalan.

Cik awan sangat bertuah pada trip kali ini kerana trip ini dapat menaikkan ikan cermin dalam 2 kilo lebih. Antara ikan yang paling besar yang dapat dinaikkan dalam trip ni. Alhamdulillah. Mitak trip yang lain dapat ikan yang lebih besar lagi.

Ini ialah ikan cermin. Berat dalam 2 kilo lebih. mempunyai daya juang yang tinggi. memerlukan ketahanan kepada pemancing. Skill drag amat diperlukan.

Read Users' Comments ( 2 )

Pelakar....

pekabo semua?
harap sihat belako?

TAdi tengok berita kul 8.00 malam ada menyebut mangsa mati kena petir ketika mencandat sotong. Terkejut gajah cik awan dibuatnya. mujurlah cik awan telah membatalkan trip mencandat sotong yang dirancang pada esok hari.

Memanglah dalam masa dua tiga hari cuaca hujan dan ribut-petir, tidak sesuai untuk aktviti ke laut. walaubagaimanapun cik awan akan merancang juga untuk trip kelaut dalam masa terdekat ni bergantung kepada cuaca lah. kalu cuaca baik kita akan ke laut.

Read Users' Comments ( 3 )

Kata-kata semangat..

mmm.. lama dah tak apdet blog. member-member suruh apdet. xpolah arini ambo apdet sket.

ni ada kata-kata semangat untuk kita tatapi bersama.

"Gunakanlah akal fikiran, kerana ia adalah kehidupanyang dengannya hati akan benar-benar hidup" - Sayidina Hasan bin Ali.

"Berfikirlah dan berbuatlah sesuatu sesuai tujuan penciptaanmu kerana Allah tidak menciptakan dirimu secara sia-sia" - Ali Zainal Abidin bin Husein

" Ada tiga perkara yang akan menghancurkan. Orang yang menganggap banyak amal perbuatannya, lupa akan dosa yang dilakukannya dan berasa kagum dengan pendapatnya sendiri." - Muhammad Baqir bin ali Zainal Abidin

"Barang siapa yang keliru dalam sasaran yang dituju, maka segala daya upayanya menjadi sia-sia." - Muhammad Jawad bin Ali

-dipetik dari buku Karya Nan Indah: Faisal Tehrani

*Gambar adalah hiasan

Read Users' Comments ( 0 )

Candat Trip March 2009

Alhamdulillah Cik Awan telah selamat pergi dan pulang untuk candat trip pada 28 mac yang lalu. Di sini Cik Awan nak berkongsi dengan pengunjung setia blog ni tentang trip tempoh hari.

Untuk pengetahuan semua musim candat sotong bermula pada bulan 3 hingga bulan 7. Untuk peringkat awal iaitu pada bulan tiga, sotong tidak banyak sangat. Waktu kemuncak sotong banyak ialah pada bulan 6. JAdi hasil yang dapat tidaklah banyak sangat. Walaupun begitu CikAwan berpuas hatii dengan trip kali ni.

Pada petang tersebut hari sudah mendung. Kelihatan awan hitam yang tebal sudah berarak memenuhi angkasa tanah daratan. Namun ia tidak memudarkan semangat Cik Awan untuk meneruskan trip ini.

Pukul 5 petang, Cik Awan bersama 14 orang rakan yang lain berlepas dari pengkalan bukit tunggal.

Kami menaiki bot nelayan jenis A.

Kelihatan masjid kristal yang tersergam indah

Sementara sampai ke tempat mencandat persediaan dilakukan seperti memasang mata candat, joran, memasang mata kail dan sebagainya.

KAmi telah sampai di lokasi mencandat. Kelihatan banyak bot kecil sedang melakukan aktiviti mencandat sotong. Sungguh meriah. Pada waktu malam nanti bot-bot ini akan memasang lampu untuk menarik perhatian sotong. Cahaya lampu akan berada dimana-mana dan suasananya seperti pasar malam. Pasar malam di tengah laut.

Cik Awan dan rakan-rakan sedang melakukan akviti mencandat. HMMM besstnyer.

Antara sotong yang berjaya diangkat. MMM besar juga. Lebih panjang dari selipar saiz 8. Sotong ni dipanggil sotong jarum. Antara sotong yang banyak dicandat. Hati-hati ! Sotong ni suka menyembur dakwatnya. Jadi apabila kita mengangkat sotong pastikan ia habis menyembur dakwatnya dulu baru letak atas bot. Jika tidak, hitam lah pakaian kita dipenuhi dakwat mereka.

Ni lah nasib sotong yang dicandat tadi. Sudah digoreng celup tepungkan. MMmm best rasanya dapat makan sotong yang fresh.

Read Users' Comments ( 9 )

Fishing in Memory

Pejam celik pejam celik sudah 5 tahun Cik Awan berada di bumi terengganu ni. Pelbagai pengalaman dan kenangan telah ditimba dan dilalui. Teringat kenangan -kenangan lama semenjak berada di sini. Terutamanya aktiviti memancing.

Memancing bersama teman seperjuangan

Dapat Ikan pari di pantai tok Jembal
di
pantai tok jembal.

Bergambar dengan penyu yang terdampardi pantai Merang.

Trip kali pertama memancing di laut lepas.

Memancing dalam kampus UMT - dapat ikan bulan

Wall paper memancing khas untuk pengunjung blog CikAwan

Read Users' Comments ( 6 )

Mencari "Gewe"

Tengokkan sahabat cik awan membeli aksesori baru pancing membuatkan cik awan teringat akan hobi yang dah lama tak buat iaitu memancing. Kekangan masa menyebabkan cikawan tidak dapat keluar memancing.

Teringat kepada "gewang" cik awan yang terletak dalam beg pancing. Sudah lama tidak menengoknya. Entah apa dah jadi.

Orang kelantan panggil "gewe". Gewang ni digunakan untuk "memancing" ikan.

Cik Awan beli gewang bukan sekadar untuk memancing tapi sebagai koleksi untuk perhiasan kerana ia mempunyai bentuk yang comel dan menarik.

Setiap bentuk dan warna gewang mempunyai fungsi yang tersendiri. Teknik pancingan yang berbeza memerlukan gewang yang berbeza.

Sasaran ikan bergantung kepada jenis gewang yang digunakan.

Apa yang penting! Gewang ni comel dan cik awan suka untuk buat koleksi.

Read Users' Comments ( 4 )

Warisan Kita

"Guna bahasa Inggerislah" itulah cabaran Pak Samad kepada calon BN untuk pilihanraya kecil yang hampir ni untuk berkempen. Kita tengok sejauh manakah calon BN ni berkempen. Bolehkah mereka meraih sokongan rakyat? Kita tengok nanti.

*Gambar ni dipetik dari blog http://tehranifaisal.blogspot.com/

Read Users' Comments ( 0 )

Tahniah!

Tahniah Kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal atas kejayaannya mendapat 20 A dalam SPM yang lalu. Dengan segala kekangan kehidupan beliau dapat juga dapat 20 A. Sungguh menakjubkan.

Orang lain dengan segala kemudahan pun tidak dapat keputusan tersebut. Tahniah sekali lagi. Ia memberi suntikan motivasi dan semangat kepada Cik Awan untuk berusaha lebih lagi untuk mengecapi kejayaan.

Ia mengajar Cik Awan bahawa kesempitan hidup bukan halangan untuk berjaya. Ia bergantung kepada usaha kita. Jika kita berusaha, InsyaAllah Allah akan mengurniakan kejayaan kepada kita.
Jika kita tidak dapat apa yang kita nak walaupun kita telah usahakan, itu hanyalah ujian Allah kepada kita sejauh mana usaha atau ikhtiar kita. Allah hanya menangguhkan sekejap kejayaan tersebut. Mungkin Allah akan beri pada masa lain atau Allah akan mengurniakan kejayaan tersebut pada hari akhirat kelak.

Allah akan beri cuma lambat bangat sahaja. Kerja kita ialah usaha dan Ikhtiar.

Tahniah sekali lagi kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal

Read Users' Comments ( 0 )

Bantah PPSMI

Read Users' Comments ( 0 )

SAH KE TAK SAH?

Mmmm poning kepale den...

speaker kata sidang DUN sah, umno kata tak sah.

speaker kata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) tak perlu perkenan sultan..
umno kata kena perkenan sultan dulu..

mmm poning,, poning..

yang mana betul ni PT ke umno ni..

Read Users' Comments ( 0 )

UMNO N THE KING

Read Users' Comments ( 0 )

Lets Unite!

Read Users' Comments ( 0 )

Dai'e Business Minded

Apabila kita sebut business atau perniagaan maka akan terbayang dalam minda kita
duit, barang dagangan, pelanggan, keuntungan dan lain lagi.Memang begitulah realiti
dunia perniagaan ada pelanggan, barang dagangan dan wang. Bergantung kepada diri
kita sebagai peniaga untuk menjana perniagaan untuk menghasilkan seberapa
banyak jualan dengan menarik minat pelanggan kepada kita.Seperti yang telah disebutkan tadi elemen utama dalam perniagaan dalam pengamatan
saya dalam beberapa hari saya membuka gerai sempena minggu JKPP UMT ialah peniaga,
pelanggan wang dan barang dagangan. Elemen ini juga boleh disebut sebagai rukun dalam
perniagaan.

Sebagai mana yang kita tahu dakwah juga mempunyai beberapa rukun yang ada persamaan dengan
rukun perniagaan tersebut. Rukun dakwah ialah dai'e (pendakwah), mad'u, maudhu' (tajuk) dan
uslub (gaya).Disini kita nampak persamaannya. Pendakwah sama dengan peniaga, mad'u sama
dengan pelanggan, tajuk sama dengan barang dagangan dan uslub sama dengan wang.

Apakah kepentingan dai'e business minded ini? Adakah dai'e yang pandai berniaga?
Disini kita nak mengambil pendekatan berniaga dalam berdakwah.

Kenapa menggunakan pendekatan berniaga? Kita semua tahu kita terlibat dengan perniagaan,
selalunya kita akan membuatnya dengan bersungguh-sungguh.Jika kita buat cincai-cincai saja
ia tidak menjadi dan menyumbang kepada kerugian. Peniaga pantang kalau sebut rugi-rugi ni.

Biasanya kita akan bersungguh-sungguh untuk menarik pelanggan supaya membeli barang kita. Kita
memujuk mereka dengan menyatakan kebaikan barang kita dan kenapa mereka harus membelinya.
Bergantung kepada kemahiran peniaga untuk mempengaruhi pelanggan untuk membeli barang.

Jika pelanggan yakin dengan penerangan dan kualiti barang kita, insyaAllah mereka akan beli
barang kita. Begitu juga dalam berdakwah mad'u adalah pelanggan kita. Kita akan beri full
service kepada mereka. Maudhu' adalah barang dagangan kita. Kita mesti tahu kualiti dan kelebihan
barang kita. Kita akan memberi penerangan kepada pelanggan sehingga puas hati.

Uslub atau gaya adalah wang atau tawaran harga yang ditawarkan kepada pelanggan.
Jika ia memuaskan hati, pelanggan akan membelinya. Jika mad'u mengikut kata kita maknanya
dakwah kita berkesan seperti mana berkesannya kita memujuk pelanggan setelah mereka membeli
barangan kita.

Selain daripada itu peniaga tidak memilih pelanggan mereka. Semua orang adalah adalah sasaran mereka.
Yang penting barang habis dijual. Jika kita membuat demikian maknanya kita menyempitkan ruang lingkup
pelanggan kita Begitu juga kita sebagai dai'e, hendaklah tidak memilih
sasaran dakwah kita.

Semua orang adalah sasaran dakwah kita. Jangan kita dakwah hanya kepada orang yang sama fikiran
kita sahaja.Sasaran kita ialah semua orang disekeliling kita tidak ia kecil atau besar, tua atau muda,
orang kampung atau orang bandar islam atau non muslim.

Sasaran dakwah tidak menjadi masalah, yang penting uslub atau gaya dakwah mesti betul. Sesungguhnya
kita memahami suasana di tempat kita. InsyaAllah kita tahu caranya. Itu atas kebijakan kita.
Kita lebih tahu macamana hendak mengaplikasikan ''hikmah'' dalam berdakwah di tempat kita.

Dalam beberapa tahun saya melibatkan diri dalam perniagaan, banyak benda telah dipelajari.
Belajar teori dalam kelas tidak sama dengan praktikal di medan sebenar. Praktikal mengajar
saya banyak perkara. Banyak saya belajar dari ilmu perniagaan. Ilmu kemanusiaan banyak terdapat
dalam perniagaan.Sebab itu Allah taala mentarbiah nabi pada peringkat awal dengan berniaga.

Berniaga melatih kita berfikir untuk memajukan diri dari semasa ke semasa. Peniaga akan
meletakkan diri mereka pada tahap yang paling maksimum. Begitu juga kita sebagai pendakwah,
pejuang agama Allah taala mestilah meletakkan Islam pada kedudukan yang paling atas.

Harapan saya agar tulisan ini dapat memberi sumbangan idea unuk sama berfikir kearah
menjadi pendakwah, peniaga, dan pendakwah busines minded.

Read Users' Comments ( 2 )

PERGAULAN DALAM ISLAM

Oleh : Ustaz Husairi Husin, UM

PERGAULAN DALAM ISLAM

(1) Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan Dalam Masyarakat.

1. Pengertian pergaulan.

Gaul atau campur dalam Bahasa Arab disebut “khalato” ( خلط ) . Bercampur atau bergaul disebut
( اختلاط ) yakni, apabila sesuatu itu bercampur dengan yang lain. Pergaulan antara lelaki dan perempuan
bermaksud apabila lelaki dan perempuan, mahram atau ajnabi, bercampur atau bergaul dalam satu tempat,
bilik, ruang atau dewan yang pada kebiasaannya mereka akan bertemu muka, berhadapan, berinteraksi, bercakap,
bertegur sapa antara satu sama lain. Namun demikian perbincangan di sini akan memfokuskan kepada pergaulan
antara lelaki ajnabi dengan perempuan.

Perkataan ajnabi bermaksud lelaki yang halal berkahwin dengan seseorang perempuan, sama ada halal sekarang

atau akan halal pada masa akan datang.

2. Hukum asal pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi .

Apakah hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dengan wanita diharuskan atau ditegah ?. Untuk menjawab
soalan ini kita perlu menjawab satu soalan lain. Soalan itu ialah: Apakah pergaulan perempuan dengan lelaki

ajnabi sama sahaja dengan pergaulan lelaki dengan lelaki lain. Jawabnya tentu tidak, kerana amat jauh bezanya
pergaulan lelaki sesama lelaki dengan pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi. Oleh kerana ia tidak sama maka
hukumnya juga tidak sama. Dan oleh kerana hukum asal pergaulan antara lelaki dengan lelaki adalah diharuskan maka
hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dan perempuan adalah tidak diharuskan. Yakni ditegah.

Tiada dalil syarak yang sahih menunjukkan hukum pergaulan lelaki dan perempuan ditegah. Tegahan hanya dapat
dirumuskan berdasarkan dalil-dalil syarak dalam kes-kes lain. Kes-kes itu ialah:

2.1.Wanita ditegah musafir tanpa mahram dan tegahan khalwat.
Rasulullah (s) bersabda: لاتسافر المرأة إلا مع ذى محرم ولا يدخل عليها رجل إلا ومعها ذو محرم
Baginda bersabda lagi: لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم
Kedua dua hadis ini menegah wanita musafir dan berkhalwat dengan lelaki ajnabi tanpa mahram. Hukum ini telah
disepakati oleh para fukaha. Tidak ada perbezaan antara khalwat semasa solat dan di luar solat. Selain daripada
itu para fukaha juga sepakat mengecualikan tegahan pergaulan ini atas alasan darurat atau hajah. Pengecualian ini
menunjukkan bahawa hukum asalnya ialah ditegah. Kalau ia tidak ditegah apa perlunya ia dikecualikan semasa darurat
dan hajah.

Kesimpulannya, nas syarak ini membuktikan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dengan wanita adalah ditegah.

3. Bergaul dalam keadaan tertentu.

Walau pun hukum asal pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah, tetapi ia dibolehkan atas alasan darurat,
hajah syar`iyyah, maslahat syar`iyyah atau kerana kebiasaan adat setempat yang syar`ie.

3.1.Boleh bergaul kerana darurat.
Boleh bergaul lelaki dan perempuan ajnabi atas alasan darurat. Contohnya lelaki lari bersama perempuan ajnabiyah
(bukan mahram) untuk mengelakkannya daripada diperkosa.

3.2.Boleh bergaul kerana hajah.

a) Boleh bergaul kerana urusan muamalat yang syar`ie seperti jual beli dan lainnya dengan syarat tidak berkhalwat.

b) Boleh bergaul kerana melaksanakan tugas kehakiman dan perbicaraan. Dalam Mazhab Hanafi wanita boleh jadi hakim
dalam kes-kes bukan hudud, malah Mazhab al-Zahiri berpendapat boleh dalam semua kes. Tugas hakim memerlukan wanita bergaul
dengan lelaki.

c) Boleh bergaul kerana wanita perlu mengemukakan kesaksian dalam perbicaraan. Wanita memang boleh jadi saksi.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 282:
فإن لم يكونا رجلين فرجل وامرأتان ممن ترضون من الشهداء
“jika keduanya (saksi) bukan dua lelaki maka ia hendaklah terdiri dari seorang lelaki dan dua orang perempuan dari
kalangan saksi yang kamu reda”.

d) Boleh bergaul kerana wanita menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan. Umar bin al-Khattab telah melantik al-Syifa’
sebagai pegawai penguat kuasa di majlis perbandaran.

e) Boleh bergaul untuk tujuan memberi khidmat kepada tetamu ajnabi jika suami turut hadir bersama. Bukhari
meriwayatkan, apabila Abu Usaid berkahwin dia menjemput Rasulullah (s) dan sahabat. Tiada siapa yang menyedia dan
menghidangkan makanan kecuali isterinya Ummu Usaid. Dia membasahkan tamar dan meletakkannya ke dalam bekas diperbuat
dari batu. Kejadian itu berlaku waktu malam. Apabila Baginda selesai makan Ummu Usaid Mengesat tangan Baginda dan
memberinya minum. Dia melayan Baginda dengan baik. Jelas hadis ini menunjukkan Ummu Usaid berada bersama suaminya memberi
khidmat kepada Rasulullah (s) sebagai tetamu. Bagi saya, kedudukan Baginda sebagai Rasul perlu diambil kira.

f) Boleh bergaul kerana menghormati tetamu. Dalam Sahih Muslim dikesahkan tentang seseorang telah datang menemui
Rasulullah (s). Baginda lantas bertanya para sahabat, siapa yang sanggup menerima lelaki tersebut sebagai tetamu. Seorang
sahabat dari al-Ansar mengatakan “saya ya Rasulullah”. Setelah itu dia pun beredar balik ke rumah bertanyakan isterinya
“kamu ada sesuatu ”. Yakni untuk dimakan. Jawab isterinya “tidak, kecuali untuk makanan anak-anak saya”. Jawab lelaki itu
“lengah-lengahkan mereka dengan sesuatu, apabila tetamu kita datang padamkan lampu dan perlihatkan seolah-olah kita makan.
Apabila dia mula makan kamu berdiri dan padamkanlah lampu”. Suami isteri tersebut duduk bersama tetamu mereka yang terus
makan.. Apabila subuh, lelaki itu berjumpa Rasulullah (s), Baginda bersabda kepadanya “ Allah kagum terhadap apa yang kamu
lakukan kepada tetamu kamu malam tadi”. Hadis ini menunjukkan isteri Ansari tersebut berada bersama suaminya melayan tetamu
mereka makan.

g) Boleh bergaul dalam kenderaan awam kerana hajah/keperluan menggunakannya. Wanita dibenarkan keluar untuk menunaikan
keperluan yang syar`ie seperti menziarahi keluarga, mendapat rawatan di hospital dan lainnya. Ini membuatkannya terpaksa

menggunakan kenderaan awam. Mungkin berlaku pergaulan dalam kenderaan awam atau semasa menunggu untuk mendapat rawatan

doktor atau semasa mengambil ubat di farmasi. Pergaulan wanita dan lelaki ajnabi dalam bentuk ini diharuskan atas dasar
hajah dan keperluan syar`ie dan dengan syarat mematuhi hukum-hukum dan adab-adab Islam lain.

h) Boleh bergaul kerana tujuan berjihad fi sabilillah. Ini telah berlaku apabila sahabiyat turut serta dalam medan
perang memberikan rawatan kepada mereka yang luka, menyediakan makanan dan menghantar pulang mereka yang syahid ke Madinah.
Kegiatan ini menuntut wanita dan lelaki ajnabi bercampur , tetapi ia dibolehkan kerana menyempurnakan tuntutan syarak.
Rabi`e Binti Mu`awiz berkata: “kami bersama Rasulullah (s) memberi minum dan merawat mereka yang luka dan menghantar
pulang mereka yang terkorban ke Madinah”.

i) Boleh bergaul lelaki dan perempuan ajnabi untuk tujuan mendapat nasihat, teguran dan bimbingan. (mendengar ceramah
agama dalam konteks hari ini) Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas: Pada (satu) hari raya Baginda keluar dan solat dua
rakaat. Baginda tidak solat sebelum dan sesudahnya. Kemudian baginda menghala kepada kumpulan kaum wanita dan mengarahkan
mereka supaya bersedekah. Mereka pun menyerahkan gelang dan rantai. Hadis ini jelas menunjukkan kaum wanita turut berada
dalam majlis tersebut.

4. Pergaulan ajnabi masa kini.

Di antara pergaulan lelaki dan perempuan ajnabi yang berlaku masa kini ialah pergaulan semasa ziarah
menziarahi keluarga, kawan dan sahabat handai. Pergaulan juga berlaku dalam majlis-majlis rasmi atau tak resmi; mesyuarat,
kenduri kendara, sambutan hari tertentu dan lainnya. Dalam ziarah dan majlis seperti ini biasanya akan berlaku pergaulan
antara wanita dan lelaki ajnabi dalam satu bilik, ruang, makan bersama dalam satu hidangan, atau mesyuarat di satu meja.
Sudah pasti berlaku interaksi, perbualan dan sebagainya.

Pergaulan seperti ini adalah diharuskan dengan syarat semua pihak yang hadir mestilah berpegang teguh dengan hukum-hukum
syarak yang berkaitan dengan pakaian, percakapan dan pandang memandang antara lelaki dan wanita. Mereka yang hadir mestilah
menutup aurat dengan sempurna. Wanita tidak boleh menampakkan tubuhnya walau sedikit pun kecuali muka dan tapak tangan.
Pakaian yang mereka pakai juga mestilah tidak nipis, tidak ketat sehingga menjelaskan susuk tubuh mereka. Tidak bertabarruj.
Percakapan mereka juga mestilah berlaku seperti biasa, tidak dimanja-manja dan dilunak-lunakkan. Pandang memandang mestilah
tidak ada unsur nafsu dan syahwat, berperaturan, tidak berlaku khalwat, tidak bercampur aduk melampau yang tiada batas.
Jika hukum, peraturan, adab dan tata susila ini tidak dapat dipatuhi pergaulan itu adalah ditegah.

5. Pergaulan di dalam konteks berorganisasi/jemaah/program-program

Pergaulan di dalam konteks berjemaah juga mempunyai asas dan dasar hukum yang sama, bahkan dasar dan hukum ini adalah
terpakai untuk semua bentuk pergaulan yang bermatlamatkan kebaikan dan kemashlahatan ummah. Ini bermakna pergaulan di
dalam konteks berjemaah ataupun berprogram masih lagi tertakluk kepada tiga keperluan sebagaimana yang telah dihuraikan
sebelum daripada ini. Tiga keperluan tersebut adalah :

a) darurah
b) hajiah syar’iyyah
c) maslahah syar’iyyah / adat setempat yang diterima oleh hukum syara’.

Syarat-syarat pergaulan ini tetap tertakluk kepada beberapa syarat yang telah digariskan. Antaranya ialah:

i) Aman daripada fitnah
ii) Tidak berdua-duaan
iii) Sempurna menutup aurat bagi perempuan mahupun lelaki
iv) Tidak melunakkan suara bagi perempuan
v) Berhubung pada sekadar keperluan sahaja
vi) Pandangan yang tidak menaikan syahwat atau ghairah
vii) Tidak bercampur dalam konteks yang melampaui batas

Oleh yang demikian, tiada alasan yang boleh menghalalkan percampuran/atau pergaulan bagi perempuan dan lelaki yang
ajnabiyy walaupun bersama-sama di dalam bekerja ke arah kebaikan islam. Bahkan, bagi seorang da’ie atau muslimat
mahupun muslimin jemaah, menundukkan pandangan, aurat dan pergaulan perlu dijaga dengan lebih ketat lagi kerana
mereka adalah pembawa risalah dan da’wah islam. Tidak halal bagi sesiapa sahaja untuk mengharuskan pergaulan tanpa
memenuhi kehendak dan batasan-batasan hukum syara’ sebagaimana yang telah digariskan. Program-program jemaah seharusnya
diatur dengan mengelakkan percampuran yang melampau daripada lelaki dan perempuan bagi mengelakkan fitnah serta memberi
ruang kepada syaitan untuk berbuat fitnah dan kerosakan.

Ini bukanlah bermakna pandangan seumpama ini merupakan pandangan yang ortodoks atau jumud, tetapi Islam menganjurkan konsep
“mencegah lebih baik daripada merawat”. Kita mengakui bahwa pada zaman kontemporari ini, percampuran dan pergaulan di
antara lelaki dan perempuan adalah menjadi satu keprluan, lebih-lebih lagi di dalam konteks jemaah kampus pada hari ini.
Cuma sebagaimana yang telah ditekankan bahawa percampuran dan pergaulan itu perlulah selari dengan apa yang telah
digariskan oleh hukum syara’ supaya ianya tidak menjadi fitnah yang lebih besar kepada islam dan jemaah Islam itu sendiri.
Profesor Dr. Yusof Al-Qardhawi pernah menyatakan bahawa manusia tidak boleh dipercayai di dalam hubungan yang berlainan
jantina kerana ianya merupakan permulaan kepada fitnah yang lebih besar. Ungkapan “sepinggan pahala berulam dosa”
seharusnya diteliti, difahami maksudnya oleh para penggerak perjuangan islam supaya perjuangan ini tetap berada pada
landasan yang suci dan benar.

KESIMPULAN

Islam bukanlah satu agama yang jumud. Islam mengatur kehidupan umatnya untuk menghasilkan kebaikan dan mashlahah
keseluruhan di dalam kehidupan manusia. Sistem sosial masyarakat islam jika baik aturannya mengikut acuan al-Quran
dan As-Sunnah pasti mengundang keberkatan dan dilimpahkan sepenuh kebaikan daripada Allah. Islam memahami keperluan
naluri dan fitrah manusiawi kerana islam itu datangnya daripada Allah yang merupakan pencipta kepada manusia.Bagi
penggerak kepada harakah islamiyyah, haruslah difahami bahawa setiap fitrah itu berlu hadir dan dikawal dengan hidayah,
kerana tanpa hidayah, fitrah tersebut akan menjadi fitnah!

Rujukan :

1. Artikel Ust Alias Othman-Pergaulan Silang Jantina dalam masyarakt masa Kini
2. Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi – Fatwa-fatwa Kontemporari Jilid II
3. Fiqh Malaysia-Akademi Pengajian Islam, UM

Read Users' Comments ( 3 )

Ciri-ciri Orang-Orang yang Solatnya Khusyu'

1. Sangat menjaga waktunya, dia terpelihara daripada perbuatan dan perkataan
sia-sia apa lagi maksiat. Jadi, orang-orang yang mensia-siakan waktu suka
berbuat maksiat bererti solatnya berkualiti atau belum khusyu'.

2. Niatnya ikhlas, jarang kecewa terhadap pujian atau penghargaan, dipuji
atau tidak dipuji, dicaci atua tidak dicaci, sama sahaja.

3. Cinta kebersihan kerana sebelum solat, orang harus wudhu' terlebih dahulu
untuk menyucikan diri daripada kotoran atau hadas.

4. Tertib dan disiplin, kerana solat sudah diatur waktunya.

5. Selalu tenang dan toma'ninah, toma'ninah merupakan kombinasi antara tenang
dan konsentrasi.

6. Tawadhu' dan rendah hati, tawadhu' merupakan akhlak Rasulallah.

7. Tercegah dari perbuatan keji dan mungkar, orang lain aman daripada keburukan
dan kejelekannya.

Read Users' Comments ( 1 )

Kek Untuk bulan 11

Read Users' Comments ( 3 )

Mawaddah wa Rahmah

Alhamdulillah dengan segala nikmat dan kurnianya kita dapat pelbagai nikmat termasuklah nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman.

Semalam cik Awan mengikuti satu forum yang bertajuk Nikah Tunai yang dipanelkan oleh ahli panel yang tidak asing bagi kita iaitu YB Senator Hjh Mumtaz Md Nawi, ahli dewan Negara dan Ustaz Hasrizal Mohd Jamil (SaifulIslam.com), penceramah bebas. Forum tersebut berlangsung di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, bermula kira-kira jam 10.00 malam dan berakhir 2 jam selepas itu.

Banyak isu panas dan menarik yang dikupas oleh ahli panel termasuklah tentang mahar atau maskahwin, hantaran, adat bersanding dan pelbagai lagi isu-isu tentang perkahwinan yang menjadi kontroversi sekarang ini. Pelbagai tip persedian sebelum kahwin dan penerusan kebahagiaan rumah tangga juga dihurai dengan lanjut.

Jika kita mengambil pengajaran dan iktibar dari forum tersebut insyaallah perkahwinan akan menjadi institusi yang bahagia. Masalah penceraian juga akan dapat dikurangkan.

Di sini suka Cik Awan untuk berkongsi dengan pembaca tentang pandangan yang diutarakan oleh Ustaz Hasrizal tentang mawaddah dan rahmah. Mawaddah dan Rahmah adalah kurniaan Allah selepas perkahwinan. Bila hadirnya Mawaddah dan rahmah ini?

Mengikut Ustaz Hasrizal, ulamak menyatakan ada 6 peringkat untuk terhasilnya mawaddah. Pertama, Bulan madu. Pada masa ini semuanya indah. Apa yang dilakukan suami cantik, apa yang dilakukan oleh isteri semuanya bagus.

Kedua, bulan bawang. Bulan air mata. Selepas 3-4 tahun berkahwin, warna-warna sebenar suami -isteri kelihatan. Perangai sebenar suami isteri sudah dikenalpasti. Pada waktu ini mulalah. Itu tak kena, ini tak kena dan bermacam-macam objek terbang yang dikenalpasti mendarat.

Ketiga, proses rundingan. Pada peringkat ini suami isteri akan mengenalpasti kesilapan dan kelemahan masing-masing. Suami mengaku kesilapan dan kelemahan dia, isteri juga begitu.

Keempat, penyesuaian. Apabila suami-isteri telah mengetahui kelemahan dan kesilapan masing-masing, segala kekurangan tersebut akan dilengkapi oleh kedua-dua belah pihak. Jika suami yang pandai masak, suami yang tolong masakkan dan jika isteri rajin berkemas, isteri yang yang tolong kemaskan.

Kelima, proses peningkatan. Pada peringkat ini suami-isteri berusaha untuk menjadikan hubungan lebih mesra dan dan bahagia.

Dan yang keenam, pemantapan. Pada peringkat ini suami-isteri akan berusaha untuk memantapkan hubungan mereka. Selepas enam peringkat inilah maka lahirlah mawaddah iaitu kasih sayang antara suami isteri.

Mawaddah akan hadir bersama Rahmah. Rahmah ialah belas ihsan antara suami isteri. Rahmah inilah yang mengukuhkan lagi kasih sayang suami-isteri yang menjadikan hubungan kekal lama walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang memungkinkan hubungan terputus.

Itulah sedikit bingkisan daripada forum "Nikah Tunai" yang dapat kita kongsikan bersama. Bersama-samalah kita membuat persediaan yang secukupnya daripada segi ilmu untuk berkahwin bagi yang belum berkahwin dan bagi yang telah berkahwin tambahlah ilmu untuk proses peningkatan, sesungguhnya ilmu Allah itu luas.

Read Users' Comments ( 2 )

Kata Pujangga untuk direnungi

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang

lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Read Users' Comments ( 0 )

Hadis Hari ini

Mari kita pakat menghafal hadis. Sehari satu hadis, Insyaallah.

حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى التميمي ‏ ‏وأبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏ومحمد بن العلاء الهمداني ‏ ‏جميعا ‏ ‏عن ‏ ‏أبي معاوية ‏ ‏واللفظ ‏ ‏ليحيى ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏أبو معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏إبراهيم ‏ ‏عن ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال ‏
‏كنت أمشي مع ‏ ‏عبد الله ‏ ‏بمنى ‏ ‏فلقيه ‏ ‏عثمان ‏ ‏فقام معه يحدثه فقال له ‏ ‏عثمان ‏ ‏يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏ألا نزوجك ‏ ‏جارية ‏ ‏شابة لعلها تذكرك بعض ما مضى من زمانك قال فقال ‏ ‏عبد الله ‏ ‏لئن قلت ذاك لقد قال لنا رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يا ‏ ‏معشر ‏ ‏الشباب من استطاع منكم ‏ ‏الباءة ‏ ‏فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له ‏ ‏وجاء ‏
‏حدثنا ‏ ‏عثمان بن أبي شيبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏جرير ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏إبراهيم ‏ ‏عن ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال ‏ ‏إني ‏ ‏لأمشي مع ‏ ‏عبد الله بن مسعود ‏ ‏بمنى ‏ ‏إذ لقيه ‏ ‏عثمان بن عفان ‏ ‏فقال ‏ ‏هلم ‏ ‏يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏قال ‏ ‏فاستخلاه ‏ ‏فلما رأى ‏ ‏عبد الله ‏ ‏أن ليست له حاجة قال قال لي تعال يا ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال فجئت فقال له ‏ ‏عثمان ‏ ‏ألا نزوجك يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏جارية ‏ ‏بكرا لعله يرجع إليك من نفسك ما كنت تعهد فقال ‏ ‏عبد الله ‏ ‏لئن قلت ذاك ‏ ‏فذكر بمثل حديث ‏ ‏أبي معاوية ‏

Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra.:

Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu

Read Users' Comments ( 0 )

Selamat Hari Lahir

Dalam musim final exam ni Cik Awan ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat sahabiah yang menyambut hari lahir dalam bulan oktober ini. Semoga panjang umur dan dimurahklan rezeki.

Bagi yang akan menghadapi final exam, selamat menghadapi final exam. Pastikan kita telah membuat persiapan yang rapi. Selalulah minta doa kepada Allah supaya kita dipermudahkan dalam setiap urusan. Amin..

Read Users' Comments ( 5 )

Mabruk Elaikum..

Tahniah kepada sahabat cik awan, kak Nor Syuhada Jopri dengan suaminya abg Husni yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 25 Oktober 2008 lalu. Tahniah. Semoga berbahagia ke anak cucu.

Read Users' Comments ( 0 )

erti persahabatan...

luahan rasa daripada seorang sahabat...

erti persahabatan...

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa,

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu, tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungkanlah…

Read Users' Comments ( 0 )

Permata untuk Isteriku

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Read Users' Comments ( 2 )

Selamat pengantin baru..

''Welcome to the club!'' biasanya cik awan ucapkan kepada sahabat yang menamatkan zaman bujangnya walaupun cik awan sendiri belum berkahwin. bila agaknya dapat kahwin ni. mmmm bila ek?.

Kita doakan supaya yang belum kahwin tu, cepat-cepat kahwin. Jangan tangguh-tangguh. ada peluang segera kahwin. Insyaallah banyak hikmahnya.

tahniah kepada sahabat cik awan- ayuni dan suaminya kerana sekamat diijab-kabulkan pada hari ini. Tahniah, semoga bahagia ke anak cucu.

Ni ada sedikit pantun unuk yang menjadi baru, pengantin lama dan yang akan menjadi pengantin...

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan

Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai

Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang

Read Users' Comments ( 0 )

al-Qadr

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa
segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Read Users' Comments ( 0 )

Karnival Ramadhan al-Mubarak

Tingkatkan amal..
Tingkatkan ibadah..
Tingkatkan kesabaran..
Tingkatkan Iman..
Karnival Ramadhan..

Read Users' Comments ( 0 )

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan 1429 h.

Read Users' Comments ( 0 )

PTPTN 1 %

Nampaknya Kerajaan Malaysia lebih bertimbang rasa. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Malaysia kerana menurunkan kadar riba daripada 3% kepada 1%.

Situasi pelajar sekarang amat berbeza dengan situasi pelajar dahulu. Sekarang pelajar dibebani pelbagai tekanan. Selain daripada tekanan akademik, pelajar juga dibebani dengan bebanan kos pengajian yang tinggi berikutan kenaikkan harga barang seterusnya menaikkan taraf hidup.

Taraf hidup semakin tinggi, namun kadar pinjaman tidak naik. Pinjaman PTPTN hanya dapat menampung separuh daripada kos pengajian yakni termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup yang asas. Kekurangan ini memaksa mahasiswa untuk mencari pendapatan tambahan dengan mencari kerja sementara.

Pelbagai cara mereka lakukan. Ada yang berniaga kecil-kecilan, menyertai jualan langsung dan pelbagai lagi. Yang sedihnya ada yang terlibat dalam aktiviti pelacuran. Apa peranan pihak universiti untuk mengatasi masalah ini? Di sini Cik Awan mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya menaikkan kadar pinjaman dan menukar status pinjaman kepada biasiswa. Ini baru sejahtera aman dan makmur.

Read Users' Comments ( 0 )

Takkan Melayu di Dunia

'' Takkan Melayu Hilang di Dunia'', kata-kata yang pernah dilaungkan oleh lagenda Laksamana Hang Tuah. Sampai bilakah ungkapan ini akan bertahan?

Dengan situasi yang tidak menentu sekarang ini Melayu dah semakin terhakis di tanah tumpah darah sendiri. Puak yang memperjuangkan bangsa Melayu sendiri pun menafikan hak Melayu. Biasiswa untuk pelajar Melayu sudah lama ditarik walaupun hak tersebut termaktub dalam perlembagaan, kuota-kuota untuk Melayu dalam pelbagai medan termasuk institusi pendidikan, sektor kerajaan juga dikecilkan.

Kerajaan perlu mengkaji balik sebelum membuat keputusan yang berkaitan hak bangsa melayu. Kerajaan perlu mengkaji tanap kemampuan bangsa Melayu dalam menyaingi bangsa-bangsa lain. Semakin lama Melayu terkebelakang tidak mampu untuk bersaing denagn bangsa lain.

Kerajaan perlu menyediakan formula atau mekanisma untuk membangunkan danmemperkasakan bangsa. Sudah banyak program yang dijalankan kerajaan, tapi seauh mana kesan dan pemantuan yang dilakukan?

Sekarang banyak isu yang timbul yang menghakis hak Melayu dan secara tidak langsung mengganggukan kedaulatan Raja-Raja.

''Forum Memeluk Islam'' yang dianjurkan oleh Bar Council sedikit sebanyak menggangu-gugat hak dan maruah orang Melayu dan Islam. Apa hak mereka untuk memincangkan hak orang Islam yang jelas termaktub dalam perlembagaan.

Semakin hari mereka (non muslim) telah berani membincang perkara yang bukan urusan mereka. Apa tindakan kerajaan yang kononya memperjuangkan hak bangsa Melayu dalam isu ini.

Walupun begitu, ada juga pihak yang baru membuka mata. Beberapa NGO melayu bangun untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka termasuklah Gabungan Pelajar Melayu Semenanung (GPMS). Alhamdulillah GPMS masih lagi ada kesedaran mengenai Islam.

Kenapa sekarang? Isu ini sudah lama timbul. Ia timbul dengan penubuhan InterFaith Comission (IFC) beberapa tahun dulu tapi Perdana Menteri hadhari pada waktu itu hanya mengatakan ''Kita tangguh dulu''. Tengok sekarang mereka sudah berani melakukan tindakan sesuka hati mereka. Bar Caouncil adalah sebahagian dari IFC.

Kalau kita ulangkaji balik banyak perkara yang dituntut oleh IFC pada awal penubuhannya. Antaranya ialah menghapuskan perkataan Islam pada mykad. Apabila perkataan itu dihapuskan maknanya semua orang sama. Kita tidak akan mengetahui agamanya berdasarkan kad pengenalan mereka.

Lupakan ideologi perjuangan parti masing-masing, sekarang kita Umat Islam mesti bersatu atas dasar Islam untuk memperjuangkan hak dan maruah Islam. Hanya Islam yang menjamin kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Perjuangan Islam adalah perjuangan universal. Semua orang boleh menyertai perjuangan Islam. Menjadi kewajipan semua orang Islam untuk bersatu untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

Read Users' Comments ( 0 )

Isnin, 25 Mei 2009

Manikam Kalbu

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:51 PTG 2 ulasan
Antara buah tangan yang dibawa balik dari pesta buku antarabangsa yang diadakan di PWTC KL tempoh hari ialah novel Manikam Kalbu tulisan Faisal Tehrani. Setelah mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan novel tersebut di sini cik awan memetik beberapa perenggan daripada novel tersebut untuk dikongsi bersama. Antara perenggan- perenggan yang dipetik ialah seperti berikut:

"Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah, sesiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.’

Sultan Muhammad Syah menghafaz tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.

‘Syarat kedua busana Melayu itu pantang terlalu nipis. Kerana apabila berkain baju terlalu tipis, disitulah tempat setan dan iblis, apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang, sesiapa memakai tembus mata, tanda dirinya di dalam nista.’

Sultan Muhammad Syah amat teruja.

‘Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia terlalu ketat. Tak boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai terlalu ketat, agamanya hilang binasa adat. Sesiapa berbaju terlalu sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang sekali berbaju ketat atau tanda orang teguh beriman pakaian sempit dia jauhkan.’

Sultan Muhammad Syah bersuara, ‘Adapun ayahanda Tuan Guru, kita bermimpi anakanda kita memakai baju entah apa-apa. Gusar sungguh kita. Hendak dikatakan kafir macam Melayu hendak dikatakan Melayu macam kafir laku. Astaghfirullah.’

‘Itulah syarat keempat busana Melayu. Pantang ia mengada-ada. Kerana membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Bila memakai baju tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai baju elok menurut adat supaya tidak membawa mudarat. Ingatlah jika memakai baju elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.’

‘Apakah ada yang lain Tuan Guru?’

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banyak pengetahuan yang didapati daripada novel ini seperti hukum menutup aurat, cara berpakaian mengikut Islam, ilmu fesyen, ilmu menjahit dan banyak lagi. Seronok menikmatinya.

Ahad, 24 Mei 2009

Pulau kapas

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:13 PTG 2 ulasan
Pulau Kapas adalah antara pulau-pulau yang indah dan cantik di Terengganu. Dalam banyak -banyak pulau, Pulau kapas adalah pulau yang paling dekat dengan daratan. Mengambil masa dalam 20 minit sahaja dari jeti marang.

BAgi mereka yang ingin menghirup udara segar Pulau Kapas bolehlah segera ke sana kerana disana terdapat banyak resort yang disediakan. BAnyak aktiviti yang dapat dilakukan termasuklah berkayak, snokerling, mencandat sotong dan bermacam-macam lagi. Yang pastinya akan meninggalkan satu kenangan manis yang tidak dapat dikecap di tempat lain.

Pada kesempatan yang ada, cik awan bersama 8 rakan setia memancing yang lain telah pergi memancing disekitar pulau kapas. Laut yang tenang menggalakkan lagi aktiviti memancing kami.

Sekarang musim mencandat sotong. Jadi kami tak mau untuk tidak mencandat sotong. Sebelum memancing , aktiviti mencandat sotong dahulu dilakukan. Dalam pukul 10 malam baru akviti memancing berjalan.

Cik awan sangat bertuah pada trip kali ini kerana trip ini dapat menaikkan ikan cermin dalam 2 kilo lebih. Antara ikan yang paling besar yang dapat dinaikkan dalam trip ni. Alhamdulillah. Mitak trip yang lain dapat ikan yang lebih besar lagi.

Ini ialah ikan cermin. Berat dalam 2 kilo lebih. mempunyai daya juang yang tinggi. memerlukan ketahanan kepada pemancing. Skill drag amat diperlukan.

Isnin, 11 Mei 2009

Pelakar....

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:27 PG 3 ulasan

pekabo semua?
harap sihat belako?

TAdi tengok berita kul 8.00 malam ada menyebut mangsa mati kena petir ketika mencandat sotong. Terkejut gajah cik awan dibuatnya. mujurlah cik awan telah membatalkan trip mencandat sotong yang dirancang pada esok hari.

Memanglah dalam masa dua tiga hari cuaca hujan dan ribut-petir, tidak sesuai untuk aktviti ke laut. walaubagaimanapun cik awan akan merancang juga untuk trip kelaut dalam masa terdekat ni bergantung kepada cuaca lah. kalu cuaca baik kita akan ke laut.

Isnin, 20 April 2009

Kata-kata semangat..

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 2:20 PTG 0 ulasan
mmm.. lama dah tak apdet blog. member-member suruh apdet. xpolah arini ambo apdet sket.

ni ada kata-kata semangat untuk kita tatapi bersama.

"Gunakanlah akal fikiran, kerana ia adalah kehidupanyang dengannya hati akan benar-benar hidup" - Sayidina Hasan bin Ali.

"Berfikirlah dan berbuatlah sesuatu sesuai tujuan penciptaanmu kerana Allah tidak menciptakan dirimu secara sia-sia" - Ali Zainal Abidin bin Husein

" Ada tiga perkara yang akan menghancurkan. Orang yang menganggap banyak amal perbuatannya, lupa akan dosa yang dilakukannya dan berasa kagum dengan pendapatnya sendiri." - Muhammad Baqir bin ali Zainal Abidin

"Barang siapa yang keliru dalam sasaran yang dituju, maka segala daya upayanya menjadi sia-sia." - Muhammad Jawad bin Ali

-dipetik dari buku Karya Nan Indah: Faisal Tehrani

*Gambar adalah hiasan

Isnin, 30 Mac 2009

Candat Trip March 2009

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:17 PTG 9 ulasan
Alhamdulillah Cik Awan telah selamat pergi dan pulang untuk candat trip pada 28 mac yang lalu. Di sini Cik Awan nak berkongsi dengan pengunjung setia blog ni tentang trip tempoh hari.

Untuk pengetahuan semua musim candat sotong bermula pada bulan 3 hingga bulan 7. Untuk peringkat awal iaitu pada bulan tiga, sotong tidak banyak sangat. Waktu kemuncak sotong banyak ialah pada bulan 6. JAdi hasil yang dapat tidaklah banyak sangat. Walaupun begitu CikAwan berpuas hatii dengan trip kali ni.

Pada petang tersebut hari sudah mendung. Kelihatan awan hitam yang tebal sudah berarak memenuhi angkasa tanah daratan. Namun ia tidak memudarkan semangat Cik Awan untuk meneruskan trip ini.

Pukul 5 petang, Cik Awan bersama 14 orang rakan yang lain berlepas dari pengkalan bukit tunggal.

Kami menaiki bot nelayan jenis A.

Kelihatan masjid kristal yang tersergam indah

Sementara sampai ke tempat mencandat persediaan dilakukan seperti memasang mata candat, joran, memasang mata kail dan sebagainya.

KAmi telah sampai di lokasi mencandat. Kelihatan banyak bot kecil sedang melakukan aktiviti mencandat sotong. Sungguh meriah. Pada waktu malam nanti bot-bot ini akan memasang lampu untuk menarik perhatian sotong. Cahaya lampu akan berada dimana-mana dan suasananya seperti pasar malam. Pasar malam di tengah laut.

Cik Awan dan rakan-rakan sedang melakukan akviti mencandat. HMMM besstnyer.

Antara sotong yang berjaya diangkat. MMM besar juga. Lebih panjang dari selipar saiz 8. Sotong ni dipanggil sotong jarum. Antara sotong yang banyak dicandat. Hati-hati ! Sotong ni suka menyembur dakwatnya. Jadi apabila kita mengangkat sotong pastikan ia habis menyembur dakwatnya dulu baru letak atas bot. Jika tidak, hitam lah pakaian kita dipenuhi dakwat mereka.

Ni lah nasib sotong yang dicandat tadi. Sudah digoreng celup tepungkan. MMmm best rasanya dapat makan sotong yang fresh.

Sabtu, 28 Mac 2009

Fishing in Memory

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:51 PG 6 ulasan
Pejam celik pejam celik sudah 5 tahun Cik Awan berada di bumi terengganu ni. Pelbagai pengalaman dan kenangan telah ditimba dan dilalui. Teringat kenangan -kenangan lama semenjak berada di sini. Terutamanya aktiviti memancing.

Memancing bersama teman seperjuangan

Dapat Ikan pari di pantai tok Jembal
di
pantai tok jembal.

Bergambar dengan penyu yang terdampardi pantai Merang.

Trip kali pertama memancing di laut lepas.

Memancing dalam kampus UMT - dapat ikan bulan

Wall paper memancing khas untuk pengunjung blog CikAwan

Jumaat, 20 Mac 2009

Mencari "Gewe"

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:35 PTG 4 ulasan

Tengokkan sahabat cik awan membeli aksesori baru pancing membuatkan cik awan teringat akan hobi yang dah lama tak buat iaitu memancing. Kekangan masa menyebabkan cikawan tidak dapat keluar memancing.

Teringat kepada "gewang" cik awan yang terletak dalam beg pancing. Sudah lama tidak menengoknya. Entah apa dah jadi.

Orang kelantan panggil "gewe". Gewang ni digunakan untuk "memancing" ikan.

Cik Awan beli gewang bukan sekadar untuk memancing tapi sebagai koleksi untuk perhiasan kerana ia mempunyai bentuk yang comel dan menarik.

Setiap bentuk dan warna gewang mempunyai fungsi yang tersendiri. Teknik pancingan yang berbeza memerlukan gewang yang berbeza.

Sasaran ikan bergantung kepada jenis gewang yang digunakan.

Apa yang penting! Gewang ni comel dan cik awan suka untuk buat koleksi.

Selasa, 17 Mac 2009

Warisan Kita

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:06 PG 0 ulasan

"Guna bahasa Inggerislah" itulah cabaran Pak Samad kepada calon BN untuk pilihanraya kecil yang hampir ni untuk berkempen. Kita tengok sejauh manakah calon BN ni berkempen. Bolehkah mereka meraih sokongan rakyat? Kita tengok nanti.

*Gambar ni dipetik dari blog http://tehranifaisal.blogspot.com/

Ahad, 15 Mac 2009

Tahniah!

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:05 PG 0 ulasan

Tahniah Kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal atas kejayaannya mendapat 20 A dalam SPM yang lalu. Dengan segala kekangan kehidupan beliau dapat juga dapat 20 A. Sungguh menakjubkan.

Orang lain dengan segala kemudahan pun tidak dapat keputusan tersebut. Tahniah sekali lagi. Ia memberi suntikan motivasi dan semangat kepada Cik Awan untuk berusaha lebih lagi untuk mengecapi kejayaan.

Ia mengajar Cik Awan bahawa kesempitan hidup bukan halangan untuk berjaya. Ia bergantung kepada usaha kita. Jika kita berusaha, InsyaAllah Allah akan mengurniakan kejayaan kepada kita.
Jika kita tidak dapat apa yang kita nak walaupun kita telah usahakan, itu hanyalah ujian Allah kepada kita sejauh mana usaha atau ikhtiar kita. Allah hanya menangguhkan sekejap kejayaan tersebut. Mungkin Allah akan beri pada masa lain atau Allah akan mengurniakan kejayaan tersebut pada hari akhirat kelak.

Allah akan beri cuma lambat bangat sahaja. Kerja kita ialah usaha dan Ikhtiar.

Tahniah sekali lagi kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal

Ahad, 8 Mac 2009

Bantah PPSMI

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:24 PG 0 ulasan

Isnin, 2 Mac 2009

SAH KE TAK SAH?

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:43 PTG 0 ulasan
Mmmm poning kepale den...

speaker kata sidang DUN sah, umno kata tak sah.

speaker kata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) tak perlu perkenan sultan..
umno kata kena perkenan sultan dulu..

mmm poning,, poning..

yang mana betul ni PT ke umno ni..

Khamis, 26 Februari 2009

UMNO N THE KING

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:29 PTG 0 ulasan

Lets Unite!

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:22 PTG 0 ulasan

Rabu, 4 Februari 2009

Dai'e Business Minded

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:08 PG 2 ulasan
Apabila kita sebut business atau perniagaan maka akan terbayang dalam minda kita
duit, barang dagangan, pelanggan, keuntungan dan lain lagi.Memang begitulah realiti
dunia perniagaan ada pelanggan, barang dagangan dan wang. Bergantung kepada diri
kita sebagai peniaga untuk menjana perniagaan untuk menghasilkan seberapa
banyak jualan dengan menarik minat pelanggan kepada kita.Seperti yang telah disebutkan tadi elemen utama dalam perniagaan dalam pengamatan
saya dalam beberapa hari saya membuka gerai sempena minggu JKPP UMT ialah peniaga,
pelanggan wang dan barang dagangan. Elemen ini juga boleh disebut sebagai rukun dalam
perniagaan.

Sebagai mana yang kita tahu dakwah juga mempunyai beberapa rukun yang ada persamaan dengan
rukun perniagaan tersebut. Rukun dakwah ialah dai'e (pendakwah), mad'u, maudhu' (tajuk) dan
uslub (gaya).Disini kita nampak persamaannya. Pendakwah sama dengan peniaga, mad'u sama
dengan pelanggan, tajuk sama dengan barang dagangan dan uslub sama dengan wang.

Apakah kepentingan dai'e business minded ini? Adakah dai'e yang pandai berniaga?
Disini kita nak mengambil pendekatan berniaga dalam berdakwah.

Kenapa menggunakan pendekatan berniaga? Kita semua tahu kita terlibat dengan perniagaan,
selalunya kita akan membuatnya dengan bersungguh-sungguh.Jika kita buat cincai-cincai saja
ia tidak menjadi dan menyumbang kepada kerugian. Peniaga pantang kalau sebut rugi-rugi ni.

Biasanya kita akan bersungguh-sungguh untuk menarik pelanggan supaya membeli barang kita. Kita
memujuk mereka dengan menyatakan kebaikan barang kita dan kenapa mereka harus membelinya.
Bergantung kepada kemahiran peniaga untuk mempengaruhi pelanggan untuk membeli barang.

Jika pelanggan yakin dengan penerangan dan kualiti barang kita, insyaAllah mereka akan beli
barang kita. Begitu juga dalam berdakwah mad'u adalah pelanggan kita. Kita akan beri full
service kepada mereka. Maudhu' adalah barang dagangan kita. Kita mesti tahu kualiti dan kelebihan
barang kita. Kita akan memberi penerangan kepada pelanggan sehingga puas hati.

Uslub atau gaya adalah wang atau tawaran harga yang ditawarkan kepada pelanggan.
Jika ia memuaskan hati, pelanggan akan membelinya. Jika mad'u mengikut kata kita maknanya
dakwah kita berkesan seperti mana berkesannya kita memujuk pelanggan setelah mereka membeli
barangan kita.

Selain daripada itu peniaga tidak memilih pelanggan mereka. Semua orang adalah adalah sasaran mereka.
Yang penting barang habis dijual. Jika kita membuat demikian maknanya kita menyempitkan ruang lingkup
pelanggan kita Begitu juga kita sebagai dai'e, hendaklah tidak memilih
sasaran dakwah kita.

Semua orang adalah sasaran dakwah kita. Jangan kita dakwah hanya kepada orang yang sama fikiran
kita sahaja.Sasaran kita ialah semua orang disekeliling kita tidak ia kecil atau besar, tua atau muda,
orang kampung atau orang bandar islam atau non muslim.

Sasaran dakwah tidak menjadi masalah, yang penting uslub atau gaya dakwah mesti betul. Sesungguhnya
kita memahami suasana di tempat kita. InsyaAllah kita tahu caranya. Itu atas kebijakan kita.
Kita lebih tahu macamana hendak mengaplikasikan ''hikmah'' dalam berdakwah di tempat kita.

Dalam beberapa tahun saya melibatkan diri dalam perniagaan, banyak benda telah dipelajari.
Belajar teori dalam kelas tidak sama dengan praktikal di medan sebenar. Praktikal mengajar
saya banyak perkara. Banyak saya belajar dari ilmu perniagaan. Ilmu kemanusiaan banyak terdapat
dalam perniagaan.Sebab itu Allah taala mentarbiah nabi pada peringkat awal dengan berniaga.

Berniaga melatih kita berfikir untuk memajukan diri dari semasa ke semasa. Peniaga akan
meletakkan diri mereka pada tahap yang paling maksimum. Begitu juga kita sebagai pendakwah,
pejuang agama Allah taala mestilah meletakkan Islam pada kedudukan yang paling atas.

Harapan saya agar tulisan ini dapat memberi sumbangan idea unuk sama berfikir kearah
menjadi pendakwah, peniaga, dan pendakwah busines minded.

Isnin, 12 Januari 2009

PERGAULAN DALAM ISLAM

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 1:03 PTG 3 ulasan
Oleh : Ustaz Husairi Husin, UM

PERGAULAN DALAM ISLAM

(1) Batas Pergaulan Lelaki dan Perempuan Dalam Masyarakat.

1. Pengertian pergaulan.

Gaul atau campur dalam Bahasa Arab disebut “khalato” ( خلط ) . Bercampur atau bergaul disebut
( اختلاط ) yakni, apabila sesuatu itu bercampur dengan yang lain. Pergaulan antara lelaki dan perempuan
bermaksud apabila lelaki dan perempuan, mahram atau ajnabi, bercampur atau bergaul dalam satu tempat,
bilik, ruang atau dewan yang pada kebiasaannya mereka akan bertemu muka, berhadapan, berinteraksi, bercakap,
bertegur sapa antara satu sama lain. Namun demikian perbincangan di sini akan memfokuskan kepada pergaulan
antara lelaki ajnabi dengan perempuan.

Perkataan ajnabi bermaksud lelaki yang halal berkahwin dengan seseorang perempuan, sama ada halal sekarang

atau akan halal pada masa akan datang.

2. Hukum asal pergaulan perempuan dan lelaki ajnabi .

Apakah hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dengan wanita diharuskan atau ditegah ?. Untuk menjawab
soalan ini kita perlu menjawab satu soalan lain. Soalan itu ialah: Apakah pergaulan perempuan dengan lelaki

ajnabi sama sahaja dengan pergaulan lelaki dengan lelaki lain. Jawabnya tentu tidak, kerana amat jauh bezanya
pergaulan lelaki sesama lelaki dengan pergaulan perempuan dengan lelaki ajnabi. Oleh kerana ia tidak sama maka
hukumnya juga tidak sama. Dan oleh kerana hukum asal pergaulan antara lelaki dengan lelaki adalah diharuskan maka
hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dan perempuan adalah tidak diharuskan. Yakni ditegah.

Tiada dalil syarak yang sahih menunjukkan hukum pergaulan lelaki dan perempuan ditegah. Tegahan hanya dapat
dirumuskan berdasarkan dalil-dalil syarak dalam kes-kes lain. Kes-kes itu ialah:

2.1.Wanita ditegah musafir tanpa mahram dan tegahan khalwat.
Rasulullah (s) bersabda: لاتسافر المرأة إلا مع ذى محرم ولا يدخل عليها رجل إلا ومعها ذو محرم
Baginda bersabda lagi: لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم
Kedua dua hadis ini menegah wanita musafir dan berkhalwat dengan lelaki ajnabi tanpa mahram. Hukum ini telah
disepakati oleh para fukaha. Tidak ada perbezaan antara khalwat semasa solat dan di luar solat. Selain daripada
itu para fukaha juga sepakat mengecualikan tegahan pergaulan ini atas alasan darurat atau hajah. Pengecualian ini
menunjukkan bahawa hukum asalnya ialah ditegah. Kalau ia tidak ditegah apa perlunya ia dikecualikan semasa darurat
dan hajah.

Kesimpulannya, nas syarak ini membuktikan bahawa hukum asal pergaulan antara lelaki ajnabi dengan wanita adalah ditegah.

3. Bergaul dalam keadaan tertentu.

Walau pun hukum asal pergaulan antara wanita dan lelaki ajnabi adalah ditegah, tetapi ia dibolehkan atas alasan darurat,
hajah syar`iyyah, maslahat syar`iyyah atau kerana kebiasaan adat setempat yang syar`ie.

3.1.Boleh bergaul kerana darurat.
Boleh bergaul lelaki dan perempuan ajnabi atas alasan darurat. Contohnya lelaki lari bersama perempuan ajnabiyah
(bukan mahram) untuk mengelakkannya daripada diperkosa.

3.2.Boleh bergaul kerana hajah.

a) Boleh bergaul kerana urusan muamalat yang syar`ie seperti jual beli dan lainnya dengan syarat tidak berkhalwat.

b) Boleh bergaul kerana melaksanakan tugas kehakiman dan perbicaraan. Dalam Mazhab Hanafi wanita boleh jadi hakim
dalam kes-kes bukan hudud, malah Mazhab al-Zahiri berpendapat boleh dalam semua kes. Tugas hakim memerlukan wanita bergaul
dengan lelaki.

c) Boleh bergaul kerana wanita perlu mengemukakan kesaksian dalam perbicaraan. Wanita memang boleh jadi saksi.
Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 282:
فإن لم يكونا رجلين فرجل وامرأتان ممن ترضون من الشهداء
“jika keduanya (saksi) bukan dua lelaki maka ia hendaklah terdiri dari seorang lelaki dan dua orang perempuan dari
kalangan saksi yang kamu reda”.

d) Boleh bergaul kerana wanita menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan. Umar bin al-Khattab telah melantik al-Syifa’
sebagai pegawai penguat kuasa di majlis perbandaran.

e) Boleh bergaul untuk tujuan memberi khidmat kepada tetamu ajnabi jika suami turut hadir bersama. Bukhari
meriwayatkan, apabila Abu Usaid berkahwin dia menjemput Rasulullah (s) dan sahabat. Tiada siapa yang menyedia dan
menghidangkan makanan kecuali isterinya Ummu Usaid. Dia membasahkan tamar dan meletakkannya ke dalam bekas diperbuat
dari batu. Kejadian itu berlaku waktu malam. Apabila Baginda selesai makan Ummu Usaid Mengesat tangan Baginda dan
memberinya minum. Dia melayan Baginda dengan baik. Jelas hadis ini menunjukkan Ummu Usaid berada bersama suaminya memberi
khidmat kepada Rasulullah (s) sebagai tetamu. Bagi saya, kedudukan Baginda sebagai Rasul perlu diambil kira.

f) Boleh bergaul kerana menghormati tetamu. Dalam Sahih Muslim dikesahkan tentang seseorang telah datang menemui
Rasulullah (s). Baginda lantas bertanya para sahabat, siapa yang sanggup menerima lelaki tersebut sebagai tetamu. Seorang
sahabat dari al-Ansar mengatakan “saya ya Rasulullah”. Setelah itu dia pun beredar balik ke rumah bertanyakan isterinya
“kamu ada sesuatu ”. Yakni untuk dimakan. Jawab isterinya “tidak, kecuali untuk makanan anak-anak saya”. Jawab lelaki itu
“lengah-lengahkan mereka dengan sesuatu, apabila tetamu kita datang padamkan lampu dan perlihatkan seolah-olah kita makan.
Apabila dia mula makan kamu berdiri dan padamkanlah lampu”. Suami isteri tersebut duduk bersama tetamu mereka yang terus
makan.. Apabila subuh, lelaki itu berjumpa Rasulullah (s), Baginda bersabda kepadanya “ Allah kagum terhadap apa yang kamu
lakukan kepada tetamu kamu malam tadi”. Hadis ini menunjukkan isteri Ansari tersebut berada bersama suaminya melayan tetamu
mereka makan.

g) Boleh bergaul dalam kenderaan awam kerana hajah/keperluan menggunakannya. Wanita dibenarkan keluar untuk menunaikan
keperluan yang syar`ie seperti menziarahi keluarga, mendapat rawatan di hospital dan lainnya. Ini membuatkannya terpaksa

menggunakan kenderaan awam. Mungkin berlaku pergaulan dalam kenderaan awam atau semasa menunggu untuk mendapat rawatan

doktor atau semasa mengambil ubat di farmasi. Pergaulan wanita dan lelaki ajnabi dalam bentuk ini diharuskan atas dasar
hajah dan keperluan syar`ie dan dengan syarat mematuhi hukum-hukum dan adab-adab Islam lain.

h) Boleh bergaul kerana tujuan berjihad fi sabilillah. Ini telah berlaku apabila sahabiyat turut serta dalam medan
perang memberikan rawatan kepada mereka yang luka, menyediakan makanan dan menghantar pulang mereka yang syahid ke Madinah.
Kegiatan ini menuntut wanita dan lelaki ajnabi bercampur , tetapi ia dibolehkan kerana menyempurnakan tuntutan syarak.
Rabi`e Binti Mu`awiz berkata: “kami bersama Rasulullah (s) memberi minum dan merawat mereka yang luka dan menghantar
pulang mereka yang terkorban ke Madinah”.

i) Boleh bergaul lelaki dan perempuan ajnabi untuk tujuan mendapat nasihat, teguran dan bimbingan. (mendengar ceramah
agama dalam konteks hari ini) Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas: Pada (satu) hari raya Baginda keluar dan solat dua
rakaat. Baginda tidak solat sebelum dan sesudahnya. Kemudian baginda menghala kepada kumpulan kaum wanita dan mengarahkan
mereka supaya bersedekah. Mereka pun menyerahkan gelang dan rantai. Hadis ini jelas menunjukkan kaum wanita turut berada
dalam majlis tersebut.

4. Pergaulan ajnabi masa kini.

Di antara pergaulan lelaki dan perempuan ajnabi yang berlaku masa kini ialah pergaulan semasa ziarah
menziarahi keluarga, kawan dan sahabat handai. Pergaulan juga berlaku dalam majlis-majlis rasmi atau tak resmi; mesyuarat,
kenduri kendara, sambutan hari tertentu dan lainnya. Dalam ziarah dan majlis seperti ini biasanya akan berlaku pergaulan
antara wanita dan lelaki ajnabi dalam satu bilik, ruang, makan bersama dalam satu hidangan, atau mesyuarat di satu meja.
Sudah pasti berlaku interaksi, perbualan dan sebagainya.

Pergaulan seperti ini adalah diharuskan dengan syarat semua pihak yang hadir mestilah berpegang teguh dengan hukum-hukum
syarak yang berkaitan dengan pakaian, percakapan dan pandang memandang antara lelaki dan wanita. Mereka yang hadir mestilah
menutup aurat dengan sempurna. Wanita tidak boleh menampakkan tubuhnya walau sedikit pun kecuali muka dan tapak tangan.
Pakaian yang mereka pakai juga mestilah tidak nipis, tidak ketat sehingga menjelaskan susuk tubuh mereka. Tidak bertabarruj.
Percakapan mereka juga mestilah berlaku seperti biasa, tidak dimanja-manja dan dilunak-lunakkan. Pandang memandang mestilah
tidak ada unsur nafsu dan syahwat, berperaturan, tidak berlaku khalwat, tidak bercampur aduk melampau yang tiada batas.
Jika hukum, peraturan, adab dan tata susila ini tidak dapat dipatuhi pergaulan itu adalah ditegah.

5. Pergaulan di dalam konteks berorganisasi/jemaah/program-program

Pergaulan di dalam konteks berjemaah juga mempunyai asas dan dasar hukum yang sama, bahkan dasar dan hukum ini adalah
terpakai untuk semua bentuk pergaulan yang bermatlamatkan kebaikan dan kemashlahatan ummah. Ini bermakna pergaulan di
dalam konteks berjemaah ataupun berprogram masih lagi tertakluk kepada tiga keperluan sebagaimana yang telah dihuraikan
sebelum daripada ini. Tiga keperluan tersebut adalah :

a) darurah
b) hajiah syar’iyyah
c) maslahah syar’iyyah / adat setempat yang diterima oleh hukum syara’.

Syarat-syarat pergaulan ini tetap tertakluk kepada beberapa syarat yang telah digariskan. Antaranya ialah:

i) Aman daripada fitnah
ii) Tidak berdua-duaan
iii) Sempurna menutup aurat bagi perempuan mahupun lelaki
iv) Tidak melunakkan suara bagi perempuan
v) Berhubung pada sekadar keperluan sahaja
vi) Pandangan yang tidak menaikan syahwat atau ghairah
vii) Tidak bercampur dalam konteks yang melampaui batas

Oleh yang demikian, tiada alasan yang boleh menghalalkan percampuran/atau pergaulan bagi perempuan dan lelaki yang
ajnabiyy walaupun bersama-sama di dalam bekerja ke arah kebaikan islam. Bahkan, bagi seorang da’ie atau muslimat
mahupun muslimin jemaah, menundukkan pandangan, aurat dan pergaulan perlu dijaga dengan lebih ketat lagi kerana
mereka adalah pembawa risalah dan da’wah islam. Tidak halal bagi sesiapa sahaja untuk mengharuskan pergaulan tanpa
memenuhi kehendak dan batasan-batasan hukum syara’ sebagaimana yang telah digariskan. Program-program jemaah seharusnya
diatur dengan mengelakkan percampuran yang melampau daripada lelaki dan perempuan bagi mengelakkan fitnah serta memberi
ruang kepada syaitan untuk berbuat fitnah dan kerosakan.

Ini bukanlah bermakna pandangan seumpama ini merupakan pandangan yang ortodoks atau jumud, tetapi Islam menganjurkan konsep
“mencegah lebih baik daripada merawat”. Kita mengakui bahwa pada zaman kontemporari ini, percampuran dan pergaulan di
antara lelaki dan perempuan adalah menjadi satu keprluan, lebih-lebih lagi di dalam konteks jemaah kampus pada hari ini.
Cuma sebagaimana yang telah ditekankan bahawa percampuran dan pergaulan itu perlulah selari dengan apa yang telah
digariskan oleh hukum syara’ supaya ianya tidak menjadi fitnah yang lebih besar kepada islam dan jemaah Islam itu sendiri.
Profesor Dr. Yusof Al-Qardhawi pernah menyatakan bahawa manusia tidak boleh dipercayai di dalam hubungan yang berlainan
jantina kerana ianya merupakan permulaan kepada fitnah yang lebih besar. Ungkapan “sepinggan pahala berulam dosa”
seharusnya diteliti, difahami maksudnya oleh para penggerak perjuangan islam supaya perjuangan ini tetap berada pada
landasan yang suci dan benar.

KESIMPULAN

Islam bukanlah satu agama yang jumud. Islam mengatur kehidupan umatnya untuk menghasilkan kebaikan dan mashlahah
keseluruhan di dalam kehidupan manusia. Sistem sosial masyarakat islam jika baik aturannya mengikut acuan al-Quran
dan As-Sunnah pasti mengundang keberkatan dan dilimpahkan sepenuh kebaikan daripada Allah. Islam memahami keperluan
naluri dan fitrah manusiawi kerana islam itu datangnya daripada Allah yang merupakan pencipta kepada manusia.Bagi
penggerak kepada harakah islamiyyah, haruslah difahami bahawa setiap fitrah itu berlu hadir dan dikawal dengan hidayah,
kerana tanpa hidayah, fitrah tersebut akan menjadi fitnah!

Rujukan :

1. Artikel Ust Alias Othman-Pergaulan Silang Jantina dalam masyarakt masa Kini
2. Prof. Dr. Yusof Al-Qardhawi – Fatwa-fatwa Kontemporari Jilid II
3. Fiqh Malaysia-Akademi Pengajian Islam, UM

Jumaat, 19 Disember 2008

Ciri-ciri Orang-Orang yang Solatnya Khusyu'

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 6:27 PTG 1 ulasan
1. Sangat menjaga waktunya, dia terpelihara daripada perbuatan dan perkataan
sia-sia apa lagi maksiat. Jadi, orang-orang yang mensia-siakan waktu suka
berbuat maksiat bererti solatnya berkualiti atau belum khusyu'.

2. Niatnya ikhlas, jarang kecewa terhadap pujian atau penghargaan, dipuji
atau tidak dipuji, dicaci atua tidak dicaci, sama sahaja.

3. Cinta kebersihan kerana sebelum solat, orang harus wudhu' terlebih dahulu
untuk menyucikan diri daripada kotoran atau hadas.

4. Tertib dan disiplin, kerana solat sudah diatur waktunya.

5. Selalu tenang dan toma'ninah, toma'ninah merupakan kombinasi antara tenang
dan konsentrasi.

6. Tawadhu' dan rendah hati, tawadhu' merupakan akhlak Rasulallah.

7. Tercegah dari perbuatan keji dan mungkar, orang lain aman daripada keburukan
dan kejelekannya.

Sabtu, 29 November 2008

Kek Untuk bulan 11

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:08 PG 3 ulasan

Khamis, 13 November 2008

Mawaddah wa Rahmah

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:13 PG 2 ulasan
Alhamdulillah dengan segala nikmat dan kurnianya kita dapat pelbagai nikmat termasuklah nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman.

Semalam cik Awan mengikuti satu forum yang bertajuk Nikah Tunai yang dipanelkan oleh ahli panel yang tidak asing bagi kita iaitu YB Senator Hjh Mumtaz Md Nawi, ahli dewan Negara dan Ustaz Hasrizal Mohd Jamil (SaifulIslam.com), penceramah bebas. Forum tersebut berlangsung di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, bermula kira-kira jam 10.00 malam dan berakhir 2 jam selepas itu.

Banyak isu panas dan menarik yang dikupas oleh ahli panel termasuklah tentang mahar atau maskahwin, hantaran, adat bersanding dan pelbagai lagi isu-isu tentang perkahwinan yang menjadi kontroversi sekarang ini. Pelbagai tip persedian sebelum kahwin dan penerusan kebahagiaan rumah tangga juga dihurai dengan lanjut.

Jika kita mengambil pengajaran dan iktibar dari forum tersebut insyaallah perkahwinan akan menjadi institusi yang bahagia. Masalah penceraian juga akan dapat dikurangkan.

Di sini suka Cik Awan untuk berkongsi dengan pembaca tentang pandangan yang diutarakan oleh Ustaz Hasrizal tentang mawaddah dan rahmah. Mawaddah dan Rahmah adalah kurniaan Allah selepas perkahwinan. Bila hadirnya Mawaddah dan rahmah ini?

Mengikut Ustaz Hasrizal, ulamak menyatakan ada 6 peringkat untuk terhasilnya mawaddah. Pertama, Bulan madu. Pada masa ini semuanya indah. Apa yang dilakukan suami cantik, apa yang dilakukan oleh isteri semuanya bagus.

Kedua, bulan bawang. Bulan air mata. Selepas 3-4 tahun berkahwin, warna-warna sebenar suami -isteri kelihatan. Perangai sebenar suami isteri sudah dikenalpasti. Pada waktu ini mulalah. Itu tak kena, ini tak kena dan bermacam-macam objek terbang yang dikenalpasti mendarat.

Ketiga, proses rundingan. Pada peringkat ini suami isteri akan mengenalpasti kesilapan dan kelemahan masing-masing. Suami mengaku kesilapan dan kelemahan dia, isteri juga begitu.

Keempat, penyesuaian. Apabila suami-isteri telah mengetahui kelemahan dan kesilapan masing-masing, segala kekurangan tersebut akan dilengkapi oleh kedua-dua belah pihak. Jika suami yang pandai masak, suami yang tolong masakkan dan jika isteri rajin berkemas, isteri yang yang tolong kemaskan.

Kelima, proses peningkatan. Pada peringkat ini suami-isteri berusaha untuk menjadikan hubungan lebih mesra dan dan bahagia.

Dan yang keenam, pemantapan. Pada peringkat ini suami-isteri akan berusaha untuk memantapkan hubungan mereka. Selepas enam peringkat inilah maka lahirlah mawaddah iaitu kasih sayang antara suami isteri.

Mawaddah akan hadir bersama Rahmah. Rahmah ialah belas ihsan antara suami isteri. Rahmah inilah yang mengukuhkan lagi kasih sayang suami-isteri yang menjadikan hubungan kekal lama walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang memungkinkan hubungan terputus.

Itulah sedikit bingkisan daripada forum "Nikah Tunai" yang dapat kita kongsikan bersama. Bersama-samalah kita membuat persediaan yang secukupnya daripada segi ilmu untuk berkahwin bagi yang belum berkahwin dan bagi yang telah berkahwin tambahlah ilmu untuk proses peningkatan, sesungguhnya ilmu Allah itu luas.

Rabu, 12 November 2008

Kata Pujangga untuk direnungi

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 1:18 PTG 0 ulasan
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang

lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Khamis, 6 November 2008

Hadis Hari ini

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:47 PG 0 ulasan
Mari kita pakat menghafal hadis. Sehari satu hadis, Insyaallah.

حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى التميمي ‏ ‏وأبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏ومحمد بن العلاء الهمداني ‏ ‏جميعا ‏ ‏عن ‏ ‏أبي معاوية ‏ ‏واللفظ ‏ ‏ليحيى ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏أبو معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏إبراهيم ‏ ‏عن ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال ‏
‏كنت أمشي مع ‏ ‏عبد الله ‏ ‏بمنى ‏ ‏فلقيه ‏ ‏عثمان ‏ ‏فقام معه يحدثه فقال له ‏ ‏عثمان ‏ ‏يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏ألا نزوجك ‏ ‏جارية ‏ ‏شابة لعلها تذكرك بعض ما مضى من زمانك قال فقال ‏ ‏عبد الله ‏ ‏لئن قلت ذاك لقد قال لنا رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يا ‏ ‏معشر ‏ ‏الشباب من استطاع منكم ‏ ‏الباءة ‏ ‏فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له ‏ ‏وجاء ‏
‏حدثنا ‏ ‏عثمان بن أبي شيبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏جرير ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏إبراهيم ‏ ‏عن ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال ‏ ‏إني ‏ ‏لأمشي مع ‏ ‏عبد الله بن مسعود ‏ ‏بمنى ‏ ‏إذ لقيه ‏ ‏عثمان بن عفان ‏ ‏فقال ‏ ‏هلم ‏ ‏يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏قال ‏ ‏فاستخلاه ‏ ‏فلما رأى ‏ ‏عبد الله ‏ ‏أن ليست له حاجة قال قال لي تعال يا ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال فجئت فقال له ‏ ‏عثمان ‏ ‏ألا نزوجك يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏جارية ‏ ‏بكرا لعله يرجع إليك من نفسك ما كنت تعهد فقال ‏ ‏عبد الله ‏ ‏لئن قلت ذاك ‏ ‏فذكر بمثل حديث ‏ ‏أبي معاوية ‏

Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra.:

Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu

Jumaat, 31 Oktober 2008

Selamat Hari Lahir

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:06 PTG 5 ulasan
Dalam musim final exam ni Cik Awan ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat sahabiah yang menyambut hari lahir dalam bulan oktober ini. Semoga panjang umur dan dimurahklan rezeki.

Bagi yang akan menghadapi final exam, selamat menghadapi final exam. Pastikan kita telah membuat persiapan yang rapi. Selalulah minta doa kepada Allah supaya kita dipermudahkan dalam setiap urusan. Amin..

Isnin, 27 Oktober 2008

Mabruk Elaikum..

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:46 PG 0 ulasan
Tahniah kepada sahabat cik awan, kak Nor Syuhada Jopri dengan suaminya abg Husni yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 25 Oktober 2008 lalu. Tahniah. Semoga berbahagia ke anak cucu.

Ahad, 26 Oktober 2008

erti persahabatan...

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 8:34 PTG 0 ulasan
luahan rasa daripada seorang sahabat...

erti persahabatan...

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa,

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu, tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungkanlah…

Rabu, 15 Oktober 2008

Permata untuk Isteriku

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:30 PTG 2 ulasan
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Khamis, 9 Oktober 2008

Selamat pengantin baru..

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 8:42 PTG 0 ulasan
''Welcome to the club!'' biasanya cik awan ucapkan kepada sahabat yang menamatkan zaman bujangnya walaupun cik awan sendiri belum berkahwin. bila agaknya dapat kahwin ni. mmmm bila ek?.

Kita doakan supaya yang belum kahwin tu, cepat-cepat kahwin. Jangan tangguh-tangguh. ada peluang segera kahwin. Insyaallah banyak hikmahnya.

tahniah kepada sahabat cik awan- ayuni dan suaminya kerana sekamat diijab-kabulkan pada hari ini. Tahniah, semoga bahagia ke anak cucu.

Ni ada sedikit pantun unuk yang menjadi baru, pengantin lama dan yang akan menjadi pengantin...

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan

Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai

Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang

Selasa, 23 September 2008

al-Qadr

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:12 PG 0 ulasan

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa
segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Sabtu, 13 September 2008

Karnival Ramadhan al-Mubarak

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:48 PG 0 ulasan

Tingkatkan amal..
Tingkatkan ibadah..
Tingkatkan kesabaran..
Tingkatkan Iman..
Karnival Ramadhan..

Khamis, 4 September 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:55 PG 0 ulasan
Selamat menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan 1429 h.

Khamis, 14 Ogos 2008

PTPTN 1 %

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 6:49 PG 0 ulasan

Nampaknya Kerajaan Malaysia lebih bertimbang rasa. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Malaysia kerana menurunkan kadar riba daripada 3% kepada 1%.

Situasi pelajar sekarang amat berbeza dengan situasi pelajar dahulu. Sekarang pelajar dibebani pelbagai tekanan. Selain daripada tekanan akademik, pelajar juga dibebani dengan bebanan kos pengajian yang tinggi berikutan kenaikkan harga barang seterusnya menaikkan taraf hidup.

Taraf hidup semakin tinggi, namun kadar pinjaman tidak naik. Pinjaman PTPTN hanya dapat menampung separuh daripada kos pengajian yakni termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup yang asas. Kekurangan ini memaksa mahasiswa untuk mencari pendapatan tambahan dengan mencari kerja sementara.

Pelbagai cara mereka lakukan. Ada yang berniaga kecil-kecilan, menyertai jualan langsung dan pelbagai lagi. Yang sedihnya ada yang terlibat dalam aktiviti pelacuran. Apa peranan pihak universiti untuk mengatasi masalah ini? Di sini Cik Awan mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya menaikkan kadar pinjaman dan menukar status pinjaman kepada biasiswa. Ini baru sejahtera aman dan makmur.

Rabu, 13 Ogos 2008