Saya berpendapat adalah wajar graduan Melayu tidak membayar hutang kerana kewujudan PTPTN bercanggah denganPerlembagaan Negara- Salahuddin Ayub (siasah 1-7 Julai 2007)Begitulah ucapan pemimpin yang peka dan selalu mengambil berat tentang hal ehwal rakyat.
Sebagai kerajaan yang menjaga rakyat bukan rakyat yang menjaga kerajaan yang mana rakyat yang memilih kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan rakyatnya terutama para pelajar. Dengan kata lain kerajaan boleh dipanggil sebagai bapa dan rakyat adalah anak yang mana tidak boleh dipersoalkan lagi tanggungjawab bapa untuk menjaga kebajikan anaknya.
Seorang bapa tidak perlu berbangga-bangga bahawa mereka menjaga anak mereka dengan baik kerana memang tanggungjawabnya. Seorang bapa akan dikutuk atau dimaki jika tidak menjaga anak mereka kerana ia telah mengabaikan tanggungjawabnya.
Sebaliknya amat malang sekali sekarang bapa tidak menjalankan tanggungjawabnya iaitu menjaga anaknya. Sepatutnya pelajar Melayu mendapat biasiswa bukannya pinjaman. Tetapi si bapa ini masih mendabik dada bahawa mereka telah berjasa kepada rakyat menjaga kabajikan rakyat dan macam-macam kata-kata manis yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras dan bijak.
Sudah terang lagi bersuluh bahawa kerajaan telah melanggar Perlembagaan Negara iaitu yang berkaitan dengan Perkara 153 yang mana pelajar melayu mendapat biasiswa untuk belajar. Inilah hak orang melayu yang dinafikan oleh pemimpin Melayu sendiri.
Apakah yang diperjuangkan oleh mereka sedangkan kebajikan kaum sendiri terabai. Adakah ini dikatakan Perjuangan bangsa? Gunalah akal kita yang bijak ini untuk menilai yang mana yang betul dan yang mana yang salah.
Apakah alasan kerajaan untuk menafikan hak orang Melayu yang termaktub jelas dalam Perlembagaan Negara? Tiada duit? Tidak cukup peruntukan? Jika alasan itu diberikan memang wajib kerajaan sekarang disingkirkan kerana tidak pandai menguruskan kewangan.
Ini kerana kerajaan lebih rela bazirkan duit untuk perkara yang "ntah aper-aper" seperti sambutan hari merdeka yang menelan belanja jutaan ringgit yang tidak menyumbang sedikitpun kearah pembangunan modal insan. Itu salah satu contoh banyak lagi program yang diadakan oleh kerajaan yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat keseluruhan.
Siapa yang tak mahu senang? Lebih-lebih lagi hak kita. Jadi bersama-sama kita menilai semula adakah kerajaan sekarang masih relevan untuk memerintah negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan kita termakan budi yang sedikit kita mengatakan mereka baik dan menjalankan tanggingjawab.
Dengan mendapat RM500 kita mengatakan mereka baik sedangkan mereka mendapat ratusan ribu bahkan jutaan ringgit mereka songlapkan duit rakyat. Bersama kita mengkaji, dan buka minda kita dengan melakukan anjakan paradigma sesuai dengan zaman moden ini yang mempunyai pelbagai kemudahan yang cangih.
- Kerajaan merujuk kepada Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional
3 ulasan:
tidak wajar tidak bayar PTPTN..
tentu kita tau beza biasiswa n loan kan?
berterima ksehla pd org yg sudi meminjamkan sejumlah wang yg byk ketika kamu masi belaja d university..
mest ramai yg x bersetuju ngan saye, tp kalu saye tgk kwn2 saye yg dpt ptptn, duit tu d gunakan utk shoping n some(beli buku2 la)..
tp kalu tanak byr ptptn, wat pe apply ptptn, ta perlu gune duit ptptn or kalu dpt let say rm3500 1 sem. gune je la rm1000 ke rm2000 ke.
tp, ta kesahla kerane bagi saye ramai yg menggunakan ptptn, mest tanak byr kan. em.
so, struggle ur hard la utk mendptkan scholar!!!
kita terpaksa berhutang sedangkan hak kita ialah mendapat pendidikan yang percuma. kita nak yang paling baik. semua orang nak pendidikan secara percuma,..
dalam perlembagaan malaysia telah termaktub bumiputera mendapat biasiswa untuk belajar. hak itu telah dinafikan oleh kerajaan malaysia sekarang ini. menjadi hak kita untuk menuntut balik hak tersebut.
ptptn sekarang ni pun pelajar terpaksa membayar bukan yang mereka pinjam. mereka terpaksa membayar lebih dari mereka pinjam. adakah ini cara untuk menolong rakyat atau nak mencekik darah rakyat?
erm... kalo dah minjam... kena bayau balek... wajar x??? huhuhu...
Catat Ulasan