Besar harapan supaya kematian ini menjadi satu titik tolak kepada kita yang masih hidup kearah yang lebih baik. Nabi pernah bersabda, " Orang yang bijak ialah orang yang selalu mengingati mati..". Jelaslah kepada kita kematian itu sebenarnya adalah peringatan kepada kita yang masih masih hidup.
Di bawah ini sedikit panduan solat jenazah buat peringatan kita yang sering terlupa.
LAFAZ NIAT
1. Mayat lelaki:
( Sahaja aku sembahyang atas ini lelaki empat takbir fardu kifayah menjadi makmum(imam) kerana Allah Taala).
( Sahaja aku sembahyang atas ini perempuan empat takbir fardu kifayah menjadi makmum(imam) kerana Allah Taala).
(Sahaja aku sembahyang atas mayat yang disembahyangkan oleh imam menjadi makmum, kerana Allah Taala).
3. Berdiri Betul - Sembahyang dikerjakan dengan berdiri lurus tanpa sebarang rukuk dan sujud atau sebagainya.
4. 4 kali takbir termaksuk takbiratul ihram - tidak perlu mengangkat tangan selain daripada takbir yang pertama sahaja.
5. Membaca Al-Fatihah - Membaca Al-Fatihah sesudah takbir pertama
6. Selawat ke atas Nabi - Membaca selawat sesudah takbir kedua, sekurang-kurangnya bacaan Selawat ialah:
7. Doa bagi jenazah - Membaca doa sesudah takbir ketiga, sekurang-kurangnya ialah
Doa khusus bagi si mayat juga buat seluruh kaum muslim yang Dibaca oleh rasulullah WAS sebagaimana dalam hadis dari Abu Hurairah, katanya rasulullah SAW berdoa sewaktu menyembahyangkan jenazah. Doanya ialah :
Ertinya : "Ya Allah, ampunilah dosa kami semua, yang masih hidup dan yang sudah mati, orang kecil dan besar, lelaki dan wanita dan yang hadir serta yg ghaib. Ya Allah orang-orang yang Engkau hidupkan di antara kami, hidupkan dalam agama Islam, dan yang Engkau matikan di antara kami, matikanlah dalam iman. Ya Allah, janganlah terhalang kami dari pahalanya dan janganlah kami disesatkan sepeninggalnya ." (Riwayat Ahmad Dan Ashab Al-sunan)
Kalau yang disembahyangkan itu anak-anak hendaklah dibacakan
Ertinya : " Ya Allah, jadikanlah dia bagi kami titipan dan simpanan." (Riwayat Bukhari dan Al_Baihaqi)
8. Memberi salam - Sudahi sembahyang jenazah dengan salam sekali ke kiri dan sekali ke kanan sesudah keempat. Lafaznya
1 ulasan:
mati itu pasti, sedang hidup itu insyaALLAH..
yg pntg..biarlah hidup dan mati istiqamah d jln ALLAH..
tsabbit qulubana ala dini' wa jihadifisabili'...amiin
Catat Ulasan