Tengokkan sahabat cik awan membeli aksesori baru pancing membuatkan cik awan teringat akan hobi yang dah lama tak buat iaitu memancing. Kekangan masa menyebabkan cikawan tidak dapat keluar memancing.
Teringat kepada "gewang" cik awan yang terletak dalam beg pancing. Sudah lama tidak menengoknya. Entah apa dah jadi.
Orang kelantan panggil "gewe". Gewang ni digunakan untuk "memancing" ikan.
Cik Awan beli gewang bukan sekadar untuk memancing tapi sebagai koleksi untuk perhiasan kerana ia mempunyai bentuk yang comel dan menarik.
Setiap bentuk dan warna gewang mempunyai fungsi yang tersendiri. Teknik pancingan yang berbeza memerlukan gewang yang berbeza.
Sasaran ikan bergantung kepada jenis gewang yang digunakan.
Apa yang penting! Gewang ni comel dan cik awan suka untuk buat koleksi.
4 ulasan:
gewang vs gewe...yang penting pilih yang bukan hanya cantik diluar shj ya cik awan...
gewang ni memang dicipta untuk memperdaya.
ikan yang terpedaya akan menjadi mangsa gewang ni...
gewe plg baik adalah paling berkilau dan warna paling menonjol..biasenyer warna hijau la..hehhe
Gewe kawe comel....
Catat Ulasan