SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).- Utusan Malaysia
Sebak hati cik Awan apabila membaca berita pembunuhan jemaah masjid tersebut. Sebenarnya konflik di Thailand tidak pernah surut semenjak ia bermula 2-3 puluh tahun yang lalu. Cuma media yang tidak highligthkannya.
Sebenarnya isu di Thailand ni ataupun cik Awan lebih suka panggil Siam ni adalah isu penghapusan etnik umat Islam di tanah siam. Ia bukan semata-mata konflik antara kaum tapi kerajaan Siam yang hendak menghapuskan umat Islam di tanah Siam. Ia sama juga seperti isu Israel yang membunuh rakyat Palestin, Puak Serb membunuh umat Islam di Bosnia dan banyak lagi tempat di dunia ni tapi kita tidak mengambil peduli.
Buktinya tentera yang membunuh rakyat bukannya sesetengah kaum lain yang membunuh umat Islam. Jadi sekarang umat Islam di Siam sedang menghadapi sebuah kerajaan. Mampukah mereka? Mesti kita akan menjawab, tidak mampu.
Begitulah juga yang berlaku di Palestin tapi apa tindakan kita sebagai umat Islam. Hanya mampu untuk memberi sedikit sumbangan kewangan dan diiringi dengan doa. Mungkin itu sahaja yang dilakukan oleh kita atas capacity kita orang perseorangan. Tapi apa pula yang dilakukan OIC yang mana kita sedia maklum, ia adalah satu organisasi Islam yang memperjuangkan hak negara umat Islam. Apakah tindakan Malaysia dalam menangani
"Sesungguhnya orang-orang beriman i
tu bersaudara.Sebab itu damaikanlah

isu umat Islam di peringkat antarabangsa. Tambah lagi Malaysia adalah ketua negara OIC.
"Sesungguhnya orang-orang beriman i
tu bersaudara.Sebab itu damaikanlah
(perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu
dan
bertakwalah kepada Allah,
supaya kamu mendapat rahmat."
(Al-Hujurat: 10)
Umat Islam beruntung kerana diikat ikatan
akidahyang mana lebih kuat daripada ikatan
darahketurunan.Ikatan ini tidak putus. Ikatan
ini hinggake akhirat. Umat Islam sudah lama
tidak mengambilberat antara satu sama lain
selepas kejatuhan khilafah Turki Uthmaniah. Ini
yang menyebabkan
umat Islam lemah. Sudah tiba masa kita untuk
mencipta satu formula baru supaya semua umat
Islam di dunia untuk bersatu kembali. Bersatu
adalah salah satu cara untuk mengembalikan darjat Islam iaitu di tempat yang paling tinggi.
Jangan tunggu lebih ramai umat Islam dibunuh baru kita melatah nak mencari formula untuk
menenangkan keadaan. Cukup. Tragedi-tragedi yang berlaku sebelum sudah cukup memeritkan
kita.
0 ulasan:
Catat Ulasan