Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Read Users' Comments ( 0 )

Bersama kita berdoa

Read Users' Comments ( 0 )

Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya

Pn Rohayah Bt Yahaya
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Suka Cik awan nak berkongsi maklumat dengan saudara - saudari tentang ceramah yang di sampaikan oleh Pn Rohayah yang bertajuk "Membina Budaya Membaca" di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) UMT.

Ceramah tersebut sempena penutup minggu Kenali PSNZ yang telah berlangsung selama tiga hari. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk pameran jabatan perpustakaan, pesta buku, kuiz dan banyak lagi.

Cik Awan juga tidak ketinggalan untuk menyertai kuiz kenali PSNZ dan alhamdulillah dapat hadiah. Terima kasih kepada pihak PSNZ. Lain kali kalu cik awan masuk bertanding, bagilah menang.

Balik kepada ceramah "Membina Budaya membaca" tadi beberapa point penting yang dapat cik awan tangkap ialah:

Definisi Budaya Membaca
Amalan membaca apa-apa jenis bahan samada di dalam bentuk cetak/digital di mana-mana jua dari dalam bas, keratapi, kapal terbang, klinik mahupun di tempat-tempat formal seperti perpustakaan, bilik kuliah dan pejabat.

Budaya membaca adalah berkait rapat dengan budaya ilmu kerana proses pembacaan akan turut mematangkan fikiran seseorang individu.

Dalam ceramah tersebut Pn Rohayah menjelaskan mengapa masih menjadi masalah untuk membaca kerana:

1. Belum wujud budaya membaca dalam masyarakat kita dan penumpuan lebih kepada budaya
chatting dan lepak.
2. Pengaruh kuat media elektronik ke atas budaya ingin membaca yang telah mengalih
perhatian daripada membaca kepada ingin menonton.
3. Sikap kebanyakkan masyarakat Malaysia sangat berkira jika hendak membeli bahan
bacaan, tetapi tidak pula begitu semasa membeli bahan-bahan mewah.
4. Membaca dianggap sebagai suatu prosesyang terlalu intelektual khusus untuk satu
golongan tertentu sahaja dan bukan untuk semua golongan.
5. Mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang sentiasa membuang masa dengan berbual-bual
kosong serta lain-lain aktiviti yang tidak bermanafaat .
6. Kurangnya perpustakaan awam yang mudah dikunjungi.
7. Harga buku yang mahal serta tidak meminati bahan bacaan yang serius.
8. Cabaran era ICT mendedahkan ahli masyarakat terutama golongan remaja kearah menonton
televisyen, pergi ke supermarket, menggunakan telefon bimbit, menunggang motosikal serta
melepak bersama-sama rakan-rakan.

Faedah Membaca

1. Mampu meningkatkan daya pemikiran dan keintelektualan seseorang individu.
2. menjadikan individu itu lebih matang dan mampat serta dapat berdaya saing.
3. Mempunyai keterampilan, personality yang menawan dan mantap serta berkeyakinan
diri yang tinggi.
4. Menghaluskan budi pekerti serta mengeluarkan kata-kata yang boleh boleh menjadi penawar
kepada mereka yang sedang berduka.
5. Boleh membuat keputusan yang tidak boleh diperkotak-katikkan lagi.
6. Berinovatif serta terbuka kepada idea baru.
7. Kehidupan tidak seperti katak di bawah tempurung kerana sentiasa mengikuti perkembangan
semasa.
8. Mempunyai tahap emosi yang kuat kerana mereka yang membaca dengan penuh penghayatan akan
mempunyai jiwa yang tenang dan stabil.

Read Users' Comments ( 0 )

Syurga ada 8 Pintu

Beberapa hari lepas satu sms sampai ke dalam hanset Cik Awan. Mmmm sms dari sahabat yang lebih muda daripada Cik Awan bertanyakan tentang hadis yang berkaitan dengan ramadan.

Hadis tersebut ialah :

Apabila tibanya Ramadhan, terbukalah segenap pintu syurga, tertutup rapatlah segala pintu neraka dan syaitan dibelenggu kesemuanya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Cik awan tambah lagi bahawa Allah akan buka kesemua 8 pintu syurganya dan menutup 7 pintu nerakanya.

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah:
Berikut ialah mengenai Neraka:

Nama-nama pintu neraka

Neraka tempat penyiksaan itu kemudian banyak disebut orang dengan nama Jahannam. Jahannam itu memiliki 7 pintu, setiap pintu (tingkat), telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari para makhluk-Nya. Pintu (tingkat) neraka yang disebutkan didalam Al Qur'an adalah:

  • Hawiyah
    Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, yaitu mereka yang selama hidup didunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslim laki dan perempuan yang tidak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan jilbab, bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutra dan emas, mencari rejeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. Surah Al-Qari'ah.
  • Jahiim
    Neraka sebagai tempat penyiksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan disiksa oleh para sesembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah, karena syirik berarti menganggap bahwa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan bisa pula menganggap bahwa ada Tuhan selain Allah. Surah Asy-Syu'ara' dan Surah As-Saffat.
  • Saqar
    Neraka untuk orang munafik, yaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka mengetahui bahwa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. Surah Al-Muddassir.
  • Lazhaa
    Neraka yang disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mau bersedekah, membayar zakat, atau bahkan memasang muka masam apabila ada orang miskin datang meminta bantuan. Surah Al-Ma’arij.
  • Huthamah
    Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak atau platina, mereka yang serakah tidak mau mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan kepada manusia pengumpul harta. Surah Al-Humazah.
  • Sa'iir
    Neraka yang diisi oleh orang-orang kafir dan orang yang memakan harta anak yatim. Surah Al-Ahzab, Surah An-Nisa', Surah Al-Fath dan Surah Luqman.
  • Wail
    Neraka yang disediakan untuk para pengusaha atau pedagang yang licik, dengan cara mengurangi berat timbangan, mencalokan barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat-lipat. Barang dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan kedalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. Surah Al-Tatfif dan Surah At-Tur.

Neraka dipegang (ditahan) oleh tujuh puluh ribu tali, dan setiap talinya di pegang oleh tujuh puluh ribu malaikat.

Perkhabaran mengenai syurga dan neraka telah termaktub dalam Quran dan juga hadis. Harapannya ia akan memberi kesan kepada tahap ketakwaan dan keimanan kita. InsyaAllah ia akan memberi kesan kepada orang yang beriman.

Ramadan akan tiba. Selamat menghadapi bulan ibadat. Selamat beribadat.

Read Users' Comments ( 2 )

Pendekar Laut

Tahniah kepada dua ahli baru team pendekar laut. TAhniah kerana dapat menharungi ombak gelombang yang memeningkan kepala dan meloyakan tekak.

Read Users' Comments ( 0 )

Masa untuk Sahabat

Alhamdulillah, Tuhan memberikan masa untuk berjumpa sahabat-sahabat walaupun sibuk dengan kerja dan tanggungjawab. Bersama-samalah kita merafa' kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah taala.

Cik Awan bersyukur kerana tidak untuk memberi alasan untuk tidak menghadirinya. Alhamdulillah. Teringat tazkirah yang disampaikan oleh bro Amin al-magneti yang bertajuk "Ukhuwah terbina, Generasi Perkasa" banyak memberi kesan. Ia menceritakan betapa ukhuwah memberi impak yang besar kepada sesuatu generasi dakwah.

Antara mutiara ilmu yang dikutip daripada tazkirah tersebut ialah kita sebagai generasi dakwah mesti proaktif. Proaktif. Setiap generasi dakwah mesti mempunyai sikap proaktif. Barulah dakwah kita terkedepan dan dapat meminpin zaman.

Selain daripada itu generasi dakwah mesti pandai membuat keputusan. Membuat keputusan bukan mencipta alasan. Banyak gerak kerja dakwah sekarang tidak berjaya sekarang kerana pendakwah suka untuk mencipta alasan. Buatlah keputusan sebaik-baiknya dan jangan sesekali mencipta alasan. Insyaallah segala perancangan kita berjaya.

Pagi: masih berkelambu

Bersama-sama kita menghayati lagu Raihan yang bertajuk Bersatu. Hayatilah sebikatanya. InsyaAllah ada hikmah di sebaliknya.

Menjadi harapan untukku menyaksikan

Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Buangkan yang keruh ambillah yang jernih

Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan

Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara

Saling bertolong bantu berkasih mesra

Agar generasi kita di masa hadapan

Bangga dengan apa yang kita wariskan

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

Yang berat sama dipikul

Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat

Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan

Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara

Saling bertolong bantu berkasih mesra

Agar generasi kita di masa hadapan

Bangga dengan apa yang kita wariskan

Read Users' Comments ( 4 )

Pembunuhan beramai-ramai

SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).- Utusan Malaysia

Sebak hati cik Awan apabila membaca berita pembunuhan jemaah masjid tersebut. Sebenarnya konflik di Thailand tidak pernah surut semenjak ia bermula 2-3 puluh tahun yang lalu. Cuma media yang tidak highligthkannya.

Sebenarnya isu di Thailand ni ataupun cik Awan lebih suka panggil Siam ni adalah isu penghapusan etnik umat Islam di tanah siam. Ia bukan semata-mata konflik antara kaum tapi kerajaan Siam yang hendak menghapuskan umat Islam di tanah Siam. Ia sama juga seperti isu Israel yang membunuh rakyat Palestin, Puak Serb membunuh umat Islam di Bosnia dan banyak lagi tempat di dunia ni tapi kita tidak mengambil peduli.

Buktinya tentera yang membunuh rakyat bukannya sesetengah kaum lain yang membunuh umat Islam. Jadi sekarang umat Islam di Siam sedang menghadapi sebuah kerajaan. Mampukah mereka? Mesti kita akan menjawab, tidak mampu.

Begitulah juga yang berlaku di Palestin tapi apa tindakan kita sebagai umat Islam. Hanya mampu untuk memberi sedikit sumbangan kewangan dan diiringi dengan doa. Mungkin itu sahaja yang dilakukan oleh kita atas capacity kita orang perseorangan. Tapi apa pula yang dilakukan OIC yang mana kita sedia maklum, ia adalah satu organisasi Islam yang memperjuangkan hak negara umat Islam. Apakah tindakan Malaysia dalam menangani
isu umat Islam di peringkat antarabangsa. Tambah lagi Malaysia adalah ketua negara OIC.

"Sesungguhnya orang-orang beriman i
tu bersaudara.Sebab itu damaikanlah

(perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu
dan
bertakwalah kepada Allah,
supaya kamu mendapat rahmat."
(Al-Hujurat: 10)

Umat Islam beruntung kerana diikat ikatan
akidahyang mana lebih kuat daripada
ikatan
darahketurunan.Ikatan ini tidak putus. Ikatan
ini hinggake akhirat.
Umat Islam sudah lama
tidak mengambilberat antara satu sama lain
selepas kejatuhan
khilafah Turki Uthmaniah. Ini
yang menyebabkan
umat Islam lemah. Sudah tiba masa kita
untuk
mencipta satu formula baru supaya semua umat
Islam di dunia untuk bersatu
kembali. Bersatu
adalah salah satu cara untuk mengembalikan darjat Islam iaitu
di tempat yang paling tinggi.
Jangan tunggu lebih ramai umat Islam dibunuh baru kita melatah nak mencari formula untuk

menenangkan keadaan. Cukup. Tragedi-tragedi yang berlaku sebelum sudah cukup memeritkan

kita.

Read Users' Comments ( 0 )

Macam Raya dah

Fuh! banyak sungguh kereta atas jalan raya. Jem dibuatnya. Mujurlah Cik Awan dah bawa roti dalam kereta. Macam hari raya dah..

Alhamdulillah, walaupun jalan raya sesak Cik Awan berjaya juga pergi ke dua tempat majlis perkahwinan. Ada empat jemputan semuanya, tapi hanya sempat pergi dua aje. Di Kuala Krai dua, satu di Pasir Mas dan satu di Peringat. Sempat pergi Kuala Krai dan PAsir Mas jer. Minta maaf lah kepada member kerana tak sempat pergi.

Tahniahlah kepada sahabat-sahabat Cik Awan yang telah mengakhiri zaman bujangnya. Kita berdoa agar bahagia buat selama-lamanya.

Pasangan bahagia : En. Shahril dan Pn. Shamsiah

Dari kiri En. Izzat, En. Amre, Encik Zulkifli dan pengantin

Di suatu majlis perkahwinan yang lain. Bersama keluarga En. Khairil Amri.

Read Users' Comments ( 6 )

DAULAT TUANKU!

Read Users' Comments ( 0 )

Pukullah Tabuh..!

Cik Awan ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat-sahabat yang telah mengakhiri zaman bujang mereka. Sama-sama minta doa agar bahagia ke anak cucu.

Read Users' Comments ( 0 )

Tak usah hadkan subjek

Terbaru kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) nak hadkan pengambilan subjek untuk SPM akan datang. Tak usahlah. Batalkan niat tersebut. Lebih baik teruskan sahaja sistem yang sedia ada. Perabis duit rakyat sahaja.

Di sini cik Awan tidak nampak faedah yang diperolehi daripada penghadan pengambilan subjek tersebut melainkan kepentingan politik yang mahu dijaga oleh kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN).

Ini kerana dua tahun kebalakangan ini, pelajar yang menyandang untuk anugerah terbaik jatuh kepada pelajar sekolah yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu bukan sekolah kementerian Pelajaran. Kementerian terpaksa memansuhkan anugerah tersebut kerana tiada pelajar dari sekolah kementerian yang akan menggondol anugerah tersebut. Kayu ukur anugerah tersebut ialah jumlah subjek yang diambil pelajar. Dengan itu Pelajar sekolah KPM tidak akan mendapat anugerah kerana jumlah subjek sekolah YIK lebih banyak berbanding dengan sekolah KPM.

Ini memalukan kementerian kerana dengan segala kemudahan yang disediakan kepada sekolah mereka tak mampu melahirkan pelajar secemerlang pelajar sekolah YIK yang serba kekurangan.

Bagi menutup kelemahan mereka, KPM menghadkan subjek untuk SPM yang akan datang supaya semua pelajar di Malaysia mengambil jumlah subjek yang sama walaupun dalam aliran yang berbeza.

Survey yang telah dibuat oleh surat khabar tempatan hari ini menunjukkan ramai yang tidak bersetuju dengan sistem baru tersebut. Antara pendapat yang dikeluarkan ialah, Ia akan menyekat kebebasan pelajar untuk memilih subjek seterusnya membantutkan potensi pelajar.

Isu PPSMI pun belum selesai lagi KPM nak ubah sistem subjek SPM pula. Cadangan Cik Awan agar keseluruhan sistem pendidikan di Malaysia mesti dikaji semula. Sistem pendidikan Malaysia mestilah sesuai dengan kepelbagaian agama dan bangsa di Malaysia. Sistem Pendidikan yang digunakan sekarang ini ialah sistem pendidikan British yang ditinggalkan 50 tahun yang lalu.

Cik Awan tidak nampak sistem pendidikan British ini dapat melahirkan manusia yang bertamadun dan berakhlak mulia.

Read Users' Comments ( 0 )

Dah Runtuh dah..

Dalam pukul 9.30 pagi tadi kita dikejutkan dengan keruntuhan bumbung stadium terbuka Gong Badak. Walaupun bagaimanapun ia tidak melibatkan korban nyawa. Hanya sebuah kereta dan beberapa buah motor yang ditimbus.

Hari ini sudah setahun lebih umur stadium ini setelah dirasmikan pada 10 Mei tahun lalu. Kejadian ini sebenarnya tidak mengejutkan Cik awan kerana sudah dalam jangkaan kerana struktur bumbung yang tidak rata menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan binaan tersebut.

Semasa bergiat aktif dengan MAMPAT tahun lepas, Cik Awan telah membuat siasatan kenapa bumbung stadium tersebut tidak rata. Kita telah panjangkan kepada pihak yang berkuasa iaitu JKR dan kontraktor yang terlibat. Tapi tiada respon positif yang diperolehi.

Sekarang bumbung stadium sudah runtuh. Dengan kos RM 450 juta tidak sepatutnya runtuh dalam masa setahun lebih. Siapa yang patut dipertanggungjawabkan?

Read Users' Comments ( 2 )

Pancing!

Read Users' Comments ( 0 )

camry

Read Users' Comments ( 0 )

Etika Sukan Memancing

Ramai yang mengatakan bahawa memancing ialah untuk menangkap ikan seberapa banyak yang boleh. Itu adalah mitos semata-mata. Itu adalah satu pandangan yang sangat salah sekali.

Dalam sukan memancing (sport fishing) ada beberapa etika yang perlu diikuti oleh para pemancing. Etika inilah yang membezakan antara memancing biasa dengan sukan memancing.

Antara etika memancing yang diamalkan di Malaysia ialah:

  • Memancing untuk rekreasi/sukan bukan untuk meraih pendapatan
  • Menjaga alam sekitar
  • Mengamalkan kaedah tangkap dan lepas
  • Menghindari pencemaran
  • Menjaga spesis yang mengalami kepupusan
  • Memastikan tiada spesis yang pelik dibawa keluar dari kawasan habitatnya
  • Meningkatkan pengetahuan tentang spesis yang semakin pupus dan habitatnya

Jadi etika-etika yang telah ditetapkan menafikan mitos yang mengatakan memancing adalah untuk menangkap ikan semata-mata.

Read Users' Comments ( 0 )

Manikam Kalbu

Antara buah tangan yang dibawa balik dari pesta buku antarabangsa yang diadakan di PWTC KL tempoh hari ialah novel Manikam Kalbu tulisan Faisal Tehrani. Setelah mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan novel tersebut di sini cik awan memetik beberapa perenggan daripada novel tersebut untuk dikongsi bersama. Antara perenggan- perenggan yang dipetik ialah seperti berikut:

"Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah, sesiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.’

Sultan Muhammad Syah menghafaz tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.

‘Syarat kedua busana Melayu itu pantang terlalu nipis. Kerana apabila berkain baju terlalu tipis, disitulah tempat setan dan iblis, apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang, sesiapa memakai tembus mata, tanda dirinya di dalam nista.’

Sultan Muhammad Syah amat teruja.

‘Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia terlalu ketat. Tak boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai terlalu ketat, agamanya hilang binasa adat. Sesiapa berbaju terlalu sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang sekali berbaju ketat atau tanda orang teguh beriman pakaian sempit dia jauhkan.’

Sultan Muhammad Syah bersuara, ‘Adapun ayahanda Tuan Guru, kita bermimpi anakanda kita memakai baju entah apa-apa. Gusar sungguh kita. Hendak dikatakan kafir macam Melayu hendak dikatakan Melayu macam kafir laku. Astaghfirullah.’

‘Itulah syarat keempat busana Melayu. Pantang ia mengada-ada. Kerana membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Bila memakai baju tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai baju elok menurut adat supaya tidak membawa mudarat. Ingatlah jika memakai baju elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.’

‘Apakah ada yang lain Tuan Guru?’

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banyak pengetahuan yang didapati daripada novel ini seperti hukum menutup aurat, cara berpakaian mengikut Islam, ilmu fesyen, ilmu menjahit dan banyak lagi. Seronok menikmatinya.

Read Users' Comments ( 2 )

Pulau kapas

Pulau Kapas adalah antara pulau-pulau yang indah dan cantik di Terengganu. Dalam banyak -banyak pulau, Pulau kapas adalah pulau yang paling dekat dengan daratan. Mengambil masa dalam 20 minit sahaja dari jeti marang.

BAgi mereka yang ingin menghirup udara segar Pulau Kapas bolehlah segera ke sana kerana disana terdapat banyak resort yang disediakan. BAnyak aktiviti yang dapat dilakukan termasuklah berkayak, snokerling, mencandat sotong dan bermacam-macam lagi. Yang pastinya akan meninggalkan satu kenangan manis yang tidak dapat dikecap di tempat lain.

Pada kesempatan yang ada, cik awan bersama 8 rakan setia memancing yang lain telah pergi memancing disekitar pulau kapas. Laut yang tenang menggalakkan lagi aktiviti memancing kami.

Sekarang musim mencandat sotong. Jadi kami tak mau untuk tidak mencandat sotong. Sebelum memancing , aktiviti mencandat sotong dahulu dilakukan. Dalam pukul 10 malam baru akviti memancing berjalan.

Cik awan sangat bertuah pada trip kali ini kerana trip ini dapat menaikkan ikan cermin dalam 2 kilo lebih. Antara ikan yang paling besar yang dapat dinaikkan dalam trip ni. Alhamdulillah. Mitak trip yang lain dapat ikan yang lebih besar lagi.

Ini ialah ikan cermin. Berat dalam 2 kilo lebih. mempunyai daya juang yang tinggi. memerlukan ketahanan kepada pemancing. Skill drag amat diperlukan.

Read Users' Comments ( 2 )

Pelakar....

pekabo semua?
harap sihat belako?

TAdi tengok berita kul 8.00 malam ada menyebut mangsa mati kena petir ketika mencandat sotong. Terkejut gajah cik awan dibuatnya. mujurlah cik awan telah membatalkan trip mencandat sotong yang dirancang pada esok hari.

Memanglah dalam masa dua tiga hari cuaca hujan dan ribut-petir, tidak sesuai untuk aktviti ke laut. walaubagaimanapun cik awan akan merancang juga untuk trip kelaut dalam masa terdekat ni bergantung kepada cuaca lah. kalu cuaca baik kita akan ke laut.

Read Users' Comments ( 3 )

Kata-kata semangat..

mmm.. lama dah tak apdet blog. member-member suruh apdet. xpolah arini ambo apdet sket.

ni ada kata-kata semangat untuk kita tatapi bersama.

"Gunakanlah akal fikiran, kerana ia adalah kehidupanyang dengannya hati akan benar-benar hidup" - Sayidina Hasan bin Ali.

"Berfikirlah dan berbuatlah sesuatu sesuai tujuan penciptaanmu kerana Allah tidak menciptakan dirimu secara sia-sia" - Ali Zainal Abidin bin Husein

" Ada tiga perkara yang akan menghancurkan. Orang yang menganggap banyak amal perbuatannya, lupa akan dosa yang dilakukannya dan berasa kagum dengan pendapatnya sendiri." - Muhammad Baqir bin ali Zainal Abidin

"Barang siapa yang keliru dalam sasaran yang dituju, maka segala daya upayanya menjadi sia-sia." - Muhammad Jawad bin Ali

-dipetik dari buku Karya Nan Indah: Faisal Tehrani

*Gambar adalah hiasan

Read Users' Comments ( 0 )

Candat Trip March 2009

Alhamdulillah Cik Awan telah selamat pergi dan pulang untuk candat trip pada 28 mac yang lalu. Di sini Cik Awan nak berkongsi dengan pengunjung setia blog ni tentang trip tempoh hari.

Untuk pengetahuan semua musim candat sotong bermula pada bulan 3 hingga bulan 7. Untuk peringkat awal iaitu pada bulan tiga, sotong tidak banyak sangat. Waktu kemuncak sotong banyak ialah pada bulan 6. JAdi hasil yang dapat tidaklah banyak sangat. Walaupun begitu CikAwan berpuas hatii dengan trip kali ni.

Pada petang tersebut hari sudah mendung. Kelihatan awan hitam yang tebal sudah berarak memenuhi angkasa tanah daratan. Namun ia tidak memudarkan semangat Cik Awan untuk meneruskan trip ini.

Pukul 5 petang, Cik Awan bersama 14 orang rakan yang lain berlepas dari pengkalan bukit tunggal.

Kami menaiki bot nelayan jenis A.

Kelihatan masjid kristal yang tersergam indah

Sementara sampai ke tempat mencandat persediaan dilakukan seperti memasang mata candat, joran, memasang mata kail dan sebagainya.

KAmi telah sampai di lokasi mencandat. Kelihatan banyak bot kecil sedang melakukan aktiviti mencandat sotong. Sungguh meriah. Pada waktu malam nanti bot-bot ini akan memasang lampu untuk menarik perhatian sotong. Cahaya lampu akan berada dimana-mana dan suasananya seperti pasar malam. Pasar malam di tengah laut.

Cik Awan dan rakan-rakan sedang melakukan akviti mencandat. HMMM besstnyer.

Antara sotong yang berjaya diangkat. MMM besar juga. Lebih panjang dari selipar saiz 8. Sotong ni dipanggil sotong jarum. Antara sotong yang banyak dicandat. Hati-hati ! Sotong ni suka menyembur dakwatnya. Jadi apabila kita mengangkat sotong pastikan ia habis menyembur dakwatnya dulu baru letak atas bot. Jika tidak, hitam lah pakaian kita dipenuhi dakwat mereka.

Ni lah nasib sotong yang dicandat tadi. Sudah digoreng celup tepungkan. MMmm best rasanya dapat makan sotong yang fresh.

Read Users' Comments ( 9 )

Fishing in Memory

Pejam celik pejam celik sudah 5 tahun Cik Awan berada di bumi terengganu ni. Pelbagai pengalaman dan kenangan telah ditimba dan dilalui. Teringat kenangan -kenangan lama semenjak berada di sini. Terutamanya aktiviti memancing.

Memancing bersama teman seperjuangan

Dapat Ikan pari di pantai tok Jembal
di
pantai tok jembal.

Bergambar dengan penyu yang terdampardi pantai Merang.

Trip kali pertama memancing di laut lepas.

Memancing dalam kampus UMT - dapat ikan bulan

Wall paper memancing khas untuk pengunjung blog CikAwan

Read Users' Comments ( 6 )

Mencari "Gewe"

Tengokkan sahabat cik awan membeli aksesori baru pancing membuatkan cik awan teringat akan hobi yang dah lama tak buat iaitu memancing. Kekangan masa menyebabkan cikawan tidak dapat keluar memancing.

Teringat kepada "gewang" cik awan yang terletak dalam beg pancing. Sudah lama tidak menengoknya. Entah apa dah jadi.

Orang kelantan panggil "gewe". Gewang ni digunakan untuk "memancing" ikan.

Cik Awan beli gewang bukan sekadar untuk memancing tapi sebagai koleksi untuk perhiasan kerana ia mempunyai bentuk yang comel dan menarik.

Setiap bentuk dan warna gewang mempunyai fungsi yang tersendiri. Teknik pancingan yang berbeza memerlukan gewang yang berbeza.

Sasaran ikan bergantung kepada jenis gewang yang digunakan.

Apa yang penting! Gewang ni comel dan cik awan suka untuk buat koleksi.

Read Users' Comments ( 4 )

Warisan Kita

"Guna bahasa Inggerislah" itulah cabaran Pak Samad kepada calon BN untuk pilihanraya kecil yang hampir ni untuk berkempen. Kita tengok sejauh manakah calon BN ni berkempen. Bolehkah mereka meraih sokongan rakyat? Kita tengok nanti.

*Gambar ni dipetik dari blog http://tehranifaisal.blogspot.com/

Read Users' Comments ( 0 )

Tahniah!

Tahniah Kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal atas kejayaannya mendapat 20 A dalam SPM yang lalu. Dengan segala kekangan kehidupan beliau dapat juga dapat 20 A. Sungguh menakjubkan.

Orang lain dengan segala kemudahan pun tidak dapat keputusan tersebut. Tahniah sekali lagi. Ia memberi suntikan motivasi dan semangat kepada Cik Awan untuk berusaha lebih lagi untuk mengecapi kejayaan.

Ia mengajar Cik Awan bahawa kesempitan hidup bukan halangan untuk berjaya. Ia bergantung kepada usaha kita. Jika kita berusaha, InsyaAllah Allah akan mengurniakan kejayaan kepada kita.
Jika kita tidak dapat apa yang kita nak walaupun kita telah usahakan, itu hanyalah ujian Allah kepada kita sejauh mana usaha atau ikhtiar kita. Allah hanya menangguhkan sekejap kejayaan tersebut. Mungkin Allah akan beri pada masa lain atau Allah akan mengurniakan kejayaan tersebut pada hari akhirat kelak.

Allah akan beri cuma lambat bangat sahaja. Kerja kita ialah usaha dan Ikhtiar.

Tahniah sekali lagi kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal

Read Users' Comments ( 0 )

Bantah PPSMI

Read Users' Comments ( 0 )

SAH KE TAK SAH?

Mmmm poning kepale den...

speaker kata sidang DUN sah, umno kata tak sah.

speaker kata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) tak perlu perkenan sultan..
umno kata kena perkenan sultan dulu..

mmm poning,, poning..

yang mana betul ni PT ke umno ni..

Read Users' Comments ( 0 )

UMNO N THE KING

Read Users' Comments ( 0 )

Lets Unite!

Read Users' Comments ( 0 )

Dai'e Business Minded

Apabila kita sebut business atau perniagaan maka akan terbayang dalam minda kita
duit, barang dagangan, pelanggan, keuntungan dan lain lagi.Memang begitulah realiti
dunia perniagaan ada pelanggan, barang dagangan dan wang. Bergantung kepada diri
kita sebagai peniaga untuk menjana perniagaan untuk menghasilkan seberapa
banyak jualan dengan menarik minat pelanggan kepada kita.Seperti yang telah disebutkan tadi elemen utama dalam perniagaan dalam pengamatan
saya dalam beberapa hari saya membuka gerai sempena minggu JKPP UMT ialah peniaga,
pelanggan wang dan barang dagangan. Elemen ini juga boleh disebut sebagai rukun dalam
perniagaan.

Sebagai mana yang kita tahu dakwah juga mempunyai beberapa rukun yang ada persamaan dengan
rukun perniagaan tersebut. Rukun dakwah ialah dai'e (pendakwah), mad'u, maudhu' (tajuk) dan
uslub (gaya).Disini kita nampak persamaannya. Pendakwah sama dengan peniaga, mad'u sama
dengan pelanggan, tajuk sama dengan barang dagangan dan uslub sama dengan wang.

Apakah kepentingan dai'e business minded ini? Adakah dai'e yang pandai berniaga?
Disini kita nak mengambil pendekatan berniaga dalam berdakwah.

Kenapa menggunakan pendekatan berniaga? Kita semua tahu kita terlibat dengan perniagaan,
selalunya kita akan membuatnya dengan bersungguh-sungguh.Jika kita buat cincai-cincai saja
ia tidak menjadi dan menyumbang kepada kerugian. Peniaga pantang kalau sebut rugi-rugi ni.

Biasanya kita akan bersungguh-sungguh untuk menarik pelanggan supaya membeli barang kita. Kita
memujuk mereka dengan menyatakan kebaikan barang kita dan kenapa mereka harus membelinya.
Bergantung kepada kemahiran peniaga untuk mempengaruhi pelanggan untuk membeli barang.

Jika pelanggan yakin dengan penerangan dan kualiti barang kita, insyaAllah mereka akan beli
barang kita. Begitu juga dalam berdakwah mad'u adalah pelanggan kita. Kita akan beri full
service kepada mereka. Maudhu' adalah barang dagangan kita. Kita mesti tahu kualiti dan kelebihan
barang kita. Kita akan memberi penerangan kepada pelanggan sehingga puas hati.

Uslub atau gaya adalah wang atau tawaran harga yang ditawarkan kepada pelanggan.
Jika ia memuaskan hati, pelanggan akan membelinya. Jika mad'u mengikut kata kita maknanya
dakwah kita berkesan seperti mana berkesannya kita memujuk pelanggan setelah mereka membeli
barangan kita.

Selain daripada itu peniaga tidak memilih pelanggan mereka. Semua orang adalah adalah sasaran mereka.
Yang penting barang habis dijual. Jika kita membuat demikian maknanya kita menyempitkan ruang lingkup
pelanggan kita Begitu juga kita sebagai dai'e, hendaklah tidak memilih
sasaran dakwah kita.

Semua orang adalah sasaran dakwah kita. Jangan kita dakwah hanya kepada orang yang sama fikiran
kita sahaja.Sasaran kita ialah semua orang disekeliling kita tidak ia kecil atau besar, tua atau muda,
orang kampung atau orang bandar islam atau non muslim.

Sasaran dakwah tidak menjadi masalah, yang penting uslub atau gaya dakwah mesti betul. Sesungguhnya
kita memahami suasana di tempat kita. InsyaAllah kita tahu caranya. Itu atas kebijakan kita.
Kita lebih tahu macamana hendak mengaplikasikan ''hikmah'' dalam berdakwah di tempat kita.

Dalam beberapa tahun saya melibatkan diri dalam perniagaan, banyak benda telah dipelajari.
Belajar teori dalam kelas tidak sama dengan praktikal di medan sebenar. Praktikal mengajar
saya banyak perkara. Banyak saya belajar dari ilmu perniagaan. Ilmu kemanusiaan banyak terdapat
dalam perniagaan.Sebab itu Allah taala mentarbiah nabi pada peringkat awal dengan berniaga.

Berniaga melatih kita berfikir untuk memajukan diri dari semasa ke semasa. Peniaga akan
meletakkan diri mereka pada tahap yang paling maksimum. Begitu juga kita sebagai pendakwah,
pejuang agama Allah taala mestilah meletakkan Islam pada kedudukan yang paling atas.

Harapan saya agar tulisan ini dapat memberi sumbangan idea unuk sama berfikir kearah
menjadi pendakwah, peniaga, dan pendakwah busines minded.

Read Users' Comments ( 2 )

Selasa, 18 Ogos 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 5:09 PTG 0 ulasan

Bersama kita berdoa

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:56 PTG 0 ulasan

Sabtu, 1 Ogos 2009

Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 3:30 PTG 0 ulasan
Pn Rohayah Bt Yahaya
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Suka Cik awan nak berkongsi maklumat dengan saudara - saudari tentang ceramah yang di sampaikan oleh Pn Rohayah yang bertajuk "Membina Budaya Membaca" di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) UMT.

Ceramah tersebut sempena penutup minggu Kenali PSNZ yang telah berlangsung selama tiga hari. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk pameran jabatan perpustakaan, pesta buku, kuiz dan banyak lagi.

Cik Awan juga tidak ketinggalan untuk menyertai kuiz kenali PSNZ dan alhamdulillah dapat hadiah. Terima kasih kepada pihak PSNZ. Lain kali kalu cik awan masuk bertanding, bagilah menang.

Balik kepada ceramah "Membina Budaya membaca" tadi beberapa point penting yang dapat cik awan tangkap ialah:

Definisi Budaya Membaca
Amalan membaca apa-apa jenis bahan samada di dalam bentuk cetak/digital di mana-mana jua dari dalam bas, keratapi, kapal terbang, klinik mahupun di tempat-tempat formal seperti perpustakaan, bilik kuliah dan pejabat.

Budaya membaca adalah berkait rapat dengan budaya ilmu kerana proses pembacaan akan turut mematangkan fikiran seseorang individu.

Dalam ceramah tersebut Pn Rohayah menjelaskan mengapa masih menjadi masalah untuk membaca kerana:

1. Belum wujud budaya membaca dalam masyarakat kita dan penumpuan lebih kepada budaya
chatting dan lepak.
2. Pengaruh kuat media elektronik ke atas budaya ingin membaca yang telah mengalih
perhatian daripada membaca kepada ingin menonton.
3. Sikap kebanyakkan masyarakat Malaysia sangat berkira jika hendak membeli bahan
bacaan, tetapi tidak pula begitu semasa membeli bahan-bahan mewah.
4. Membaca dianggap sebagai suatu prosesyang terlalu intelektual khusus untuk satu
golongan tertentu sahaja dan bukan untuk semua golongan.
5. Mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang sentiasa membuang masa dengan berbual-bual
kosong serta lain-lain aktiviti yang tidak bermanafaat .
6. Kurangnya perpustakaan awam yang mudah dikunjungi.
7. Harga buku yang mahal serta tidak meminati bahan bacaan yang serius.
8. Cabaran era ICT mendedahkan ahli masyarakat terutama golongan remaja kearah menonton
televisyen, pergi ke supermarket, menggunakan telefon bimbit, menunggang motosikal serta
melepak bersama-sama rakan-rakan.

Faedah Membaca

1. Mampu meningkatkan daya pemikiran dan keintelektualan seseorang individu.
2. menjadikan individu itu lebih matang dan mampat serta dapat berdaya saing.
3. Mempunyai keterampilan, personality yang menawan dan mantap serta berkeyakinan
diri yang tinggi.
4. Menghaluskan budi pekerti serta mengeluarkan kata-kata yang boleh boleh menjadi penawar
kepada mereka yang sedang berduka.
5. Boleh membuat keputusan yang tidak boleh diperkotak-katikkan lagi.
6. Berinovatif serta terbuka kepada idea baru.
7. Kehidupan tidak seperti katak di bawah tempurung kerana sentiasa mengikuti perkembangan
semasa.
8. Mempunyai tahap emosi yang kuat kerana mereka yang membaca dengan penuh penghayatan akan
mempunyai jiwa yang tenang dan stabil.

Selasa, 28 Julai 2009

Syurga ada 8 Pintu

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:34 PG 2 ulasan

Beberapa hari lepas satu sms sampai ke dalam hanset Cik Awan. Mmmm sms dari sahabat yang lebih muda daripada Cik Awan bertanyakan tentang hadis yang berkaitan dengan ramadan.

Hadis tersebut ialah :

Apabila tibanya Ramadhan, terbukalah segenap pintu syurga, tertutup rapatlah segala pintu neraka dan syaitan dibelenggu kesemuanya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Cik awan tambah lagi bahawa Allah akan buka kesemua 8 pintu syurganya dan menutup 7 pintu nerakanya.

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah:
Berikut ialah mengenai Neraka:

Nama-nama pintu neraka

Neraka tempat penyiksaan itu kemudian banyak disebut orang dengan nama Jahannam. Jahannam itu memiliki 7 pintu, setiap pintu (tingkat), telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari para makhluk-Nya. Pintu (tingkat) neraka yang disebutkan didalam Al Qur'an adalah:

  • Hawiyah
    Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, yaitu mereka yang selama hidup didunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslim laki dan perempuan yang tidak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan jilbab, bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutra dan emas, mencari rejeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. Surah Al-Qari'ah.
  • Jahiim
    Neraka sebagai tempat penyiksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan disiksa oleh para sesembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah, karena syirik berarti menganggap bahwa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan bisa pula menganggap bahwa ada Tuhan selain Allah. Surah Asy-Syu'ara' dan Surah As-Saffat.
  • Saqar
    Neraka untuk orang munafik, yaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka mengetahui bahwa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. Surah Al-Muddassir.
  • Lazhaa
    Neraka yang disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mau bersedekah, membayar zakat, atau bahkan memasang muka masam apabila ada orang miskin datang meminta bantuan. Surah Al-Ma’arij.
  • Huthamah
    Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak atau platina, mereka yang serakah tidak mau mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan kepada manusia pengumpul harta. Surah Al-Humazah.
  • Sa'iir
    Neraka yang diisi oleh orang-orang kafir dan orang yang memakan harta anak yatim. Surah Al-Ahzab, Surah An-Nisa', Surah Al-Fath dan Surah Luqman.
  • Wail
    Neraka yang disediakan untuk para pengusaha atau pedagang yang licik, dengan cara mengurangi berat timbangan, mencalokan barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat-lipat. Barang dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan kedalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. Surah Al-Tatfif dan Surah At-Tur.

Neraka dipegang (ditahan) oleh tujuh puluh ribu tali, dan setiap talinya di pegang oleh tujuh puluh ribu malaikat.

Perkhabaran mengenai syurga dan neraka telah termaktub dalam Quran dan juga hadis. Harapannya ia akan memberi kesan kepada tahap ketakwaan dan keimanan kita. InsyaAllah ia akan memberi kesan kepada orang yang beriman.

Ramadan akan tiba. Selamat menghadapi bulan ibadat. Selamat beribadat.

Ahad, 12 Julai 2009

Pendekar Laut

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:10 PTG 0 ulasan
Tahniah kepada dua ahli baru team pendekar laut. TAhniah kerana dapat menharungi ombak gelombang yang memeningkan kepala dan meloyakan tekak.

Isnin, 15 Jun 2009

Masa untuk Sahabat

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:52 PG 4 ulasan
Alhamdulillah, Tuhan memberikan masa untuk berjumpa sahabat-sahabat walaupun sibuk dengan kerja dan tanggungjawab. Bersama-samalah kita merafa' kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah taala.

Cik Awan bersyukur kerana tidak untuk memberi alasan untuk tidak menghadirinya. Alhamdulillah. Teringat tazkirah yang disampaikan oleh bro Amin al-magneti yang bertajuk "Ukhuwah terbina, Generasi Perkasa" banyak memberi kesan. Ia menceritakan betapa ukhuwah memberi impak yang besar kepada sesuatu generasi dakwah.

Antara mutiara ilmu yang dikutip daripada tazkirah tersebut ialah kita sebagai generasi dakwah mesti proaktif. Proaktif. Setiap generasi dakwah mesti mempunyai sikap proaktif. Barulah dakwah kita terkedepan dan dapat meminpin zaman.

Selain daripada itu generasi dakwah mesti pandai membuat keputusan. Membuat keputusan bukan mencipta alasan. Banyak gerak kerja dakwah sekarang tidak berjaya sekarang kerana pendakwah suka untuk mencipta alasan. Buatlah keputusan sebaik-baiknya dan jangan sesekali mencipta alasan. Insyaallah segala perancangan kita berjaya.

Pagi: masih berkelambu

Bersama-sama kita menghayati lagu Raihan yang bertajuk Bersatu. Hayatilah sebikatanya. InsyaAllah ada hikmah di sebaliknya.

Menjadi harapan untukku menyaksikan

Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati

Buangkan yang keruh ambillah yang jernih

Tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan

Lupakanlah segala persengketaan

Hubungkan kembali tali persaudaraan

Kerna orang beriman itu bersaudara

Saling bertolong bantu berkasih mesra

Agar generasi kita di masa hadapan

Bangga dengan apa yang kita wariskan

Menjadi harapan untukku menyaksikan

Umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh

Yang berat sama dipikul

Yang ringan dijinjing sama

Sepakat membawa berkat asas hidup bermasyarakat

Amalkan hidup yang sihat selamat dunia akhirat

Lupakanlah segala persengketaan

Hubungkan kembali tali persaudaraan ( 2X )

Kerna orang beriman itu bersaudara

Saling bertolong bantu berkasih mesra

Agar generasi kita di masa hadapan

Bangga dengan apa yang kita wariskan

Rabu, 10 Jun 2009

Pembunuhan beramai-ramai

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:13 PG 0 ulasan
SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).- Utusan Malaysia

Sebak hati cik Awan apabila membaca berita pembunuhan jemaah masjid tersebut. Sebenarnya konflik di Thailand tidak pernah surut semenjak ia bermula 2-3 puluh tahun yang lalu. Cuma media yang tidak highligthkannya.

Sebenarnya isu di Thailand ni ataupun cik Awan lebih suka panggil Siam ni adalah isu penghapusan etnik umat Islam di tanah siam. Ia bukan semata-mata konflik antara kaum tapi kerajaan Siam yang hendak menghapuskan umat Islam di tanah Siam. Ia sama juga seperti isu Israel yang membunuh rakyat Palestin, Puak Serb membunuh umat Islam di Bosnia dan banyak lagi tempat di dunia ni tapi kita tidak mengambil peduli.

Buktinya tentera yang membunuh rakyat bukannya sesetengah kaum lain yang membunuh umat Islam. Jadi sekarang umat Islam di Siam sedang menghadapi sebuah kerajaan. Mampukah mereka? Mesti kita akan menjawab, tidak mampu.

Begitulah juga yang berlaku di Palestin tapi apa tindakan kita sebagai umat Islam. Hanya mampu untuk memberi sedikit sumbangan kewangan dan diiringi dengan doa. Mungkin itu sahaja yang dilakukan oleh kita atas capacity kita orang perseorangan. Tapi apa pula yang dilakukan OIC yang mana kita sedia maklum, ia adalah satu organisasi Islam yang memperjuangkan hak negara umat Islam. Apakah tindakan Malaysia dalam menangani
isu umat Islam di peringkat antarabangsa. Tambah lagi Malaysia adalah ketua negara OIC.

"Sesungguhnya orang-orang beriman i
tu bersaudara.Sebab itu damaikanlah

(perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu
dan
bertakwalah kepada Allah,
supaya kamu mendapat rahmat."
(Al-Hujurat: 10)

Umat Islam beruntung kerana diikat ikatan
akidahyang mana lebih kuat daripada
ikatan
darahketurunan.Ikatan ini tidak putus. Ikatan
ini hinggake akhirat.
Umat Islam sudah lama
tidak mengambilberat antara satu sama lain
selepas kejatuhan
khilafah Turki Uthmaniah. Ini
yang menyebabkan
umat Islam lemah. Sudah tiba masa kita
untuk
mencipta satu formula baru supaya semua umat
Islam di dunia untuk bersatu
kembali. Bersatu
adalah salah satu cara untuk mengembalikan darjat Islam iaitu
di tempat yang paling tinggi.
Jangan tunggu lebih ramai umat Islam dibunuh baru kita melatah nak mencari formula untuk

menenangkan keadaan. Cukup. Tragedi-tragedi yang berlaku sebelum sudah cukup memeritkan

kita.

Ahad, 7 Jun 2009

Macam Raya dah

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 2:54 PTG 6 ulasan
Fuh! banyak sungguh kereta atas jalan raya. Jem dibuatnya. Mujurlah Cik Awan dah bawa roti dalam kereta. Macam hari raya dah..

Alhamdulillah, walaupun jalan raya sesak Cik Awan berjaya juga pergi ke dua tempat majlis perkahwinan. Ada empat jemputan semuanya, tapi hanya sempat pergi dua aje. Di Kuala Krai dua, satu di Pasir Mas dan satu di Peringat. Sempat pergi Kuala Krai dan PAsir Mas jer. Minta maaf lah kepada member kerana tak sempat pergi.

Tahniahlah kepada sahabat-sahabat Cik Awan yang telah mengakhiri zaman bujangnya. Kita berdoa agar bahagia buat selama-lamanya.

Pasangan bahagia : En. Shahril dan Pn. Shamsiah

Dari kiri En. Izzat, En. Amre, Encik Zulkifli dan pengantin

Di suatu majlis perkahwinan yang lain. Bersama keluarga En. Khairil Amri.

Khamis, 4 Jun 2009

DAULAT TUANKU!

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 1:21 PTG 0 ulasan

Pukullah Tabuh..!

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:31 PTG 0 ulasan

Cik Awan ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada sahabat-sahabat yang telah mengakhiri zaman bujang mereka. Sama-sama minta doa agar bahagia ke anak cucu.

Rabu, 3 Jun 2009

Tak usah hadkan subjek

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:21 PTG 0 ulasan
Terbaru kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) nak hadkan pengambilan subjek untuk SPM akan datang. Tak usahlah. Batalkan niat tersebut. Lebih baik teruskan sahaja sistem yang sedia ada. Perabis duit rakyat sahaja.

Di sini cik Awan tidak nampak faedah yang diperolehi daripada penghadan pengambilan subjek tersebut melainkan kepentingan politik yang mahu dijaga oleh kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN).

Ini kerana dua tahun kebalakangan ini, pelajar yang menyandang untuk anugerah terbaik jatuh kepada pelajar sekolah yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu bukan sekolah kementerian Pelajaran. Kementerian terpaksa memansuhkan anugerah tersebut kerana tiada pelajar dari sekolah kementerian yang akan menggondol anugerah tersebut. Kayu ukur anugerah tersebut ialah jumlah subjek yang diambil pelajar. Dengan itu Pelajar sekolah KPM tidak akan mendapat anugerah kerana jumlah subjek sekolah YIK lebih banyak berbanding dengan sekolah KPM.

Ini memalukan kementerian kerana dengan segala kemudahan yang disediakan kepada sekolah mereka tak mampu melahirkan pelajar secemerlang pelajar sekolah YIK yang serba kekurangan.

Bagi menutup kelemahan mereka, KPM menghadkan subjek untuk SPM yang akan datang supaya semua pelajar di Malaysia mengambil jumlah subjek yang sama walaupun dalam aliran yang berbeza.

Survey yang telah dibuat oleh surat khabar tempatan hari ini menunjukkan ramai yang tidak bersetuju dengan sistem baru tersebut. Antara pendapat yang dikeluarkan ialah, Ia akan menyekat kebebasan pelajar untuk memilih subjek seterusnya membantutkan potensi pelajar.

Isu PPSMI pun belum selesai lagi KPM nak ubah sistem subjek SPM pula. Cadangan Cik Awan agar keseluruhan sistem pendidikan di Malaysia mesti dikaji semula. Sistem pendidikan Malaysia mestilah sesuai dengan kepelbagaian agama dan bangsa di Malaysia. Sistem Pendidikan yang digunakan sekarang ini ialah sistem pendidikan British yang ditinggalkan 50 tahun yang lalu.

Cik Awan tidak nampak sistem pendidikan British ini dapat melahirkan manusia yang bertamadun dan berakhlak mulia.

Selasa, 2 Jun 2009

Dah Runtuh dah..

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:24 PTG 2 ulasan

Dalam pukul 9.30 pagi tadi kita dikejutkan dengan keruntuhan bumbung stadium terbuka Gong Badak. Walaupun bagaimanapun ia tidak melibatkan korban nyawa. Hanya sebuah kereta dan beberapa buah motor yang ditimbus.

Hari ini sudah setahun lebih umur stadium ini setelah dirasmikan pada 10 Mei tahun lalu. Kejadian ini sebenarnya tidak mengejutkan Cik awan kerana sudah dalam jangkaan kerana struktur bumbung yang tidak rata menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan binaan tersebut.

Semasa bergiat aktif dengan MAMPAT tahun lepas, Cik Awan telah membuat siasatan kenapa bumbung stadium tersebut tidak rata. Kita telah panjangkan kepada pihak yang berkuasa iaitu JKR dan kontraktor yang terlibat. Tapi tiada respon positif yang diperolehi.

Sekarang bumbung stadium sudah runtuh. Dengan kos RM 450 juta tidak sepatutnya runtuh dalam masa setahun lebih. Siapa yang patut dipertanggungjawabkan?

Ahad, 31 Mei 2009

Pancing!

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 5:59 PTG 0 ulasan

Rabu, 27 Mei 2009

camry

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:39 PTG 0 ulasan

Selasa, 26 Mei 2009

Etika Sukan Memancing

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 2:46 PTG 0 ulasan

Ramai yang mengatakan bahawa memancing ialah untuk menangkap ikan seberapa banyak yang boleh. Itu adalah mitos semata-mata. Itu adalah satu pandangan yang sangat salah sekali.

Dalam sukan memancing (sport fishing) ada beberapa etika yang perlu diikuti oleh para pemancing. Etika inilah yang membezakan antara memancing biasa dengan sukan memancing.

Antara etika memancing yang diamalkan di Malaysia ialah:

  • Memancing untuk rekreasi/sukan bukan untuk meraih pendapatan
  • Menjaga alam sekitar
  • Mengamalkan kaedah tangkap dan lepas
  • Menghindari pencemaran
  • Menjaga spesis yang mengalami kepupusan
  • Memastikan tiada spesis yang pelik dibawa keluar dari kawasan habitatnya
  • Meningkatkan pengetahuan tentang spesis yang semakin pupus dan habitatnya

Jadi etika-etika yang telah ditetapkan menafikan mitos yang mengatakan memancing adalah untuk menangkap ikan semata-mata.

Isnin, 25 Mei 2009

Manikam Kalbu

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:51 PTG 2 ulasan
Antara buah tangan yang dibawa balik dari pesta buku antarabangsa yang diadakan di PWTC KL tempoh hari ialah novel Manikam Kalbu tulisan Faisal Tehrani. Setelah mengambil masa yang agak lama untuk menghabiskan novel tersebut di sini cik awan memetik beberapa perenggan daripada novel tersebut untuk dikongsi bersama. Antara perenggan- perenggan yang dipetik ialah seperti berikut:

"Syarat pertama busana Melayu itu hendaklah pantang membuka aurat. Sesiapa memakai terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat. Tanda orang yang tidak semenggah, berkain baju berdedah-dedah, sesiapa memakai singkap-menyingkap, tanda dirinya tidak beradab. Adat orang Melayu jati, berkain baju berhati-hati.’

Sultan Muhammad Syah menghafaz tutur Tuan Guru Haji Nuh Ha Mim.

‘Syarat kedua busana Melayu itu pantang terlalu nipis. Kerana apabila berkain baju terlalu tipis, disitulah tempat setan dan iblis, apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang, sesiapa memakai tembus mata, tanda dirinya di dalam nista.’

Sultan Muhammad Syah amat teruja.

‘Syarat ketiga busana Melayu itu mestilah pantang ia terlalu ketat. Tak boleh sama sekali menampak lekuk atau liku di tubuh. Ingatlah apabila memakai terlalu ketat, agamanya hilang binasa adat. Sesiapa berbaju terlalu sempit, imannya malap jiwanya sakit. Ingatlah anakanda Muhammad, tanda Melayu memegang adat pantang sekali berbaju ketat atau tanda orang teguh beriman pakaian sempit dia jauhkan.’

Sultan Muhammad Syah bersuara, ‘Adapun ayahanda Tuan Guru, kita bermimpi anakanda kita memakai baju entah apa-apa. Gusar sungguh kita. Hendak dikatakan kafir macam Melayu hendak dikatakan Melayu macam kafir laku. Astaghfirullah.’

‘Itulah syarat keempat busana Melayu. Pantang ia mengada-ada. Kerana membuat baju harus sejudu, jangan suka tiru-meniru, supaya tak hilang maruah Melayu. Bila memakai baju tahukan diri, supaya tak lupa diri sendiri, kala memakai baju elok menurut adat supaya tidak membawa mudarat. Ingatlah jika memakai baju elok menutupi badan, supaya tidak disusupi setan.’

‘Apakah ada yang lain Tuan Guru?’

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Banyak pengetahuan yang didapati daripada novel ini seperti hukum menutup aurat, cara berpakaian mengikut Islam, ilmu fesyen, ilmu menjahit dan banyak lagi. Seronok menikmatinya.

Ahad, 24 Mei 2009

Pulau kapas

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:13 PTG 2 ulasan
Pulau Kapas adalah antara pulau-pulau yang indah dan cantik di Terengganu. Dalam banyak -banyak pulau, Pulau kapas adalah pulau yang paling dekat dengan daratan. Mengambil masa dalam 20 minit sahaja dari jeti marang.

BAgi mereka yang ingin menghirup udara segar Pulau Kapas bolehlah segera ke sana kerana disana terdapat banyak resort yang disediakan. BAnyak aktiviti yang dapat dilakukan termasuklah berkayak, snokerling, mencandat sotong dan bermacam-macam lagi. Yang pastinya akan meninggalkan satu kenangan manis yang tidak dapat dikecap di tempat lain.

Pada kesempatan yang ada, cik awan bersama 8 rakan setia memancing yang lain telah pergi memancing disekitar pulau kapas. Laut yang tenang menggalakkan lagi aktiviti memancing kami.

Sekarang musim mencandat sotong. Jadi kami tak mau untuk tidak mencandat sotong. Sebelum memancing , aktiviti mencandat sotong dahulu dilakukan. Dalam pukul 10 malam baru akviti memancing berjalan.

Cik awan sangat bertuah pada trip kali ini kerana trip ini dapat menaikkan ikan cermin dalam 2 kilo lebih. Antara ikan yang paling besar yang dapat dinaikkan dalam trip ni. Alhamdulillah. Mitak trip yang lain dapat ikan yang lebih besar lagi.

Ini ialah ikan cermin. Berat dalam 2 kilo lebih. mempunyai daya juang yang tinggi. memerlukan ketahanan kepada pemancing. Skill drag amat diperlukan.

Isnin, 11 Mei 2009

Pelakar....

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:27 PG 3 ulasan

pekabo semua?
harap sihat belako?

TAdi tengok berita kul 8.00 malam ada menyebut mangsa mati kena petir ketika mencandat sotong. Terkejut gajah cik awan dibuatnya. mujurlah cik awan telah membatalkan trip mencandat sotong yang dirancang pada esok hari.

Memanglah dalam masa dua tiga hari cuaca hujan dan ribut-petir, tidak sesuai untuk aktviti ke laut. walaubagaimanapun cik awan akan merancang juga untuk trip kelaut dalam masa terdekat ni bergantung kepada cuaca lah. kalu cuaca baik kita akan ke laut.

Isnin, 20 April 2009

Kata-kata semangat..

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 2:20 PTG 0 ulasan
mmm.. lama dah tak apdet blog. member-member suruh apdet. xpolah arini ambo apdet sket.

ni ada kata-kata semangat untuk kita tatapi bersama.

"Gunakanlah akal fikiran, kerana ia adalah kehidupanyang dengannya hati akan benar-benar hidup" - Sayidina Hasan bin Ali.

"Berfikirlah dan berbuatlah sesuatu sesuai tujuan penciptaanmu kerana Allah tidak menciptakan dirimu secara sia-sia" - Ali Zainal Abidin bin Husein

" Ada tiga perkara yang akan menghancurkan. Orang yang menganggap banyak amal perbuatannya, lupa akan dosa yang dilakukannya dan berasa kagum dengan pendapatnya sendiri." - Muhammad Baqir bin ali Zainal Abidin

"Barang siapa yang keliru dalam sasaran yang dituju, maka segala daya upayanya menjadi sia-sia." - Muhammad Jawad bin Ali

-dipetik dari buku Karya Nan Indah: Faisal Tehrani

*Gambar adalah hiasan

Isnin, 30 Mac 2009

Candat Trip March 2009

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:17 PTG 9 ulasan
Alhamdulillah Cik Awan telah selamat pergi dan pulang untuk candat trip pada 28 mac yang lalu. Di sini Cik Awan nak berkongsi dengan pengunjung setia blog ni tentang trip tempoh hari.

Untuk pengetahuan semua musim candat sotong bermula pada bulan 3 hingga bulan 7. Untuk peringkat awal iaitu pada bulan tiga, sotong tidak banyak sangat. Waktu kemuncak sotong banyak ialah pada bulan 6. JAdi hasil yang dapat tidaklah banyak sangat. Walaupun begitu CikAwan berpuas hatii dengan trip kali ni.

Pada petang tersebut hari sudah mendung. Kelihatan awan hitam yang tebal sudah berarak memenuhi angkasa tanah daratan. Namun ia tidak memudarkan semangat Cik Awan untuk meneruskan trip ini.

Pukul 5 petang, Cik Awan bersama 14 orang rakan yang lain berlepas dari pengkalan bukit tunggal.

Kami menaiki bot nelayan jenis A.

Kelihatan masjid kristal yang tersergam indah

Sementara sampai ke tempat mencandat persediaan dilakukan seperti memasang mata candat, joran, memasang mata kail dan sebagainya.

KAmi telah sampai di lokasi mencandat. Kelihatan banyak bot kecil sedang melakukan aktiviti mencandat sotong. Sungguh meriah. Pada waktu malam nanti bot-bot ini akan memasang lampu untuk menarik perhatian sotong. Cahaya lampu akan berada dimana-mana dan suasananya seperti pasar malam. Pasar malam di tengah laut.

Cik Awan dan rakan-rakan sedang melakukan akviti mencandat. HMMM besstnyer.

Antara sotong yang berjaya diangkat. MMM besar juga. Lebih panjang dari selipar saiz 8. Sotong ni dipanggil sotong jarum. Antara sotong yang banyak dicandat. Hati-hati ! Sotong ni suka menyembur dakwatnya. Jadi apabila kita mengangkat sotong pastikan ia habis menyembur dakwatnya dulu baru letak atas bot. Jika tidak, hitam lah pakaian kita dipenuhi dakwat mereka.

Ni lah nasib sotong yang dicandat tadi. Sudah digoreng celup tepungkan. MMmm best rasanya dapat makan sotong yang fresh.

Sabtu, 28 Mac 2009

Fishing in Memory

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:51 PG 6 ulasan
Pejam celik pejam celik sudah 5 tahun Cik Awan berada di bumi terengganu ni. Pelbagai pengalaman dan kenangan telah ditimba dan dilalui. Teringat kenangan -kenangan lama semenjak berada di sini. Terutamanya aktiviti memancing.

Memancing bersama teman seperjuangan

Dapat Ikan pari di pantai tok Jembal
di
pantai tok jembal.

Bergambar dengan penyu yang terdampardi pantai Merang.

Trip kali pertama memancing di laut lepas.

Memancing dalam kampus UMT - dapat ikan bulan

Wall paper memancing khas untuk pengunjung blog CikAwan

Jumaat, 20 Mac 2009

Mencari "Gewe"

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:35 PTG 4 ulasan

Tengokkan sahabat cik awan membeli aksesori baru pancing membuatkan cik awan teringat akan hobi yang dah lama tak buat iaitu memancing. Kekangan masa menyebabkan cikawan tidak dapat keluar memancing.

Teringat kepada "gewang" cik awan yang terletak dalam beg pancing. Sudah lama tidak menengoknya. Entah apa dah jadi.

Orang kelantan panggil "gewe". Gewang ni digunakan untuk "memancing" ikan.

Cik Awan beli gewang bukan sekadar untuk memancing tapi sebagai koleksi untuk perhiasan kerana ia mempunyai bentuk yang comel dan menarik.

Setiap bentuk dan warna gewang mempunyai fungsi yang tersendiri. Teknik pancingan yang berbeza memerlukan gewang yang berbeza.

Sasaran ikan bergantung kepada jenis gewang yang digunakan.

Apa yang penting! Gewang ni comel dan cik awan suka untuk buat koleksi.

Selasa, 17 Mac 2009

Warisan Kita

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:06 PG 0 ulasan

"Guna bahasa Inggerislah" itulah cabaran Pak Samad kepada calon BN untuk pilihanraya kecil yang hampir ni untuk berkempen. Kita tengok sejauh manakah calon BN ni berkempen. Bolehkah mereka meraih sokongan rakyat? Kita tengok nanti.

*Gambar ni dipetik dari blog http://tehranifaisal.blogspot.com/

Ahad, 15 Mac 2009

Tahniah!

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:05 PG 0 ulasan

Tahniah Kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal atas kejayaannya mendapat 20 A dalam SPM yang lalu. Dengan segala kekangan kehidupan beliau dapat juga dapat 20 A. Sungguh menakjubkan.

Orang lain dengan segala kemudahan pun tidak dapat keputusan tersebut. Tahniah sekali lagi. Ia memberi suntikan motivasi dan semangat kepada Cik Awan untuk berusaha lebih lagi untuk mengecapi kejayaan.

Ia mengajar Cik Awan bahawa kesempitan hidup bukan halangan untuk berjaya. Ia bergantung kepada usaha kita. Jika kita berusaha, InsyaAllah Allah akan mengurniakan kejayaan kepada kita.
Jika kita tidak dapat apa yang kita nak walaupun kita telah usahakan, itu hanyalah ujian Allah kepada kita sejauh mana usaha atau ikhtiar kita. Allah hanya menangguhkan sekejap kejayaan tersebut. Mungkin Allah akan beri pada masa lain atau Allah akan mengurniakan kejayaan tersebut pada hari akhirat kelak.

Allah akan beri cuma lambat bangat sahaja. Kerja kita ialah usaha dan Ikhtiar.

Tahniah sekali lagi kepada Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal

Ahad, 8 Mac 2009

Bantah PPSMI

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:24 PG 0 ulasan

Isnin, 2 Mac 2009

SAH KE TAK SAH?

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:43 PTG 0 ulasan
Mmmm poning kepale den...

speaker kata sidang DUN sah, umno kata tak sah.

speaker kata mengikut Perintah Tetap Dewan Negeri (PT) tak perlu perkenan sultan..
umno kata kena perkenan sultan dulu..

mmm poning,, poning..

yang mana betul ni PT ke umno ni..

Khamis, 26 Februari 2009

UMNO N THE KING

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:29 PTG 0 ulasan

Lets Unite!

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:22 PTG 0 ulasan

Rabu, 4 Februari 2009

Dai'e Business Minded

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:08 PG 2 ulasan