1001 malam

Alhamdulillah hari ini blog Cik Awan telah mencapai 1000 hit. Terima kasih kepada pelawat -pelawat blog kerana sudi melawat laman blog ini. Lawatan anda semua adalah tanda sokongan anda kepada kepada kebebasan bersuara kita. Para pelawat digalakkan untuk memberi komen atau pendapat untuk setiap isu yang berlaku.

Setiap komen dan pendapat menunjukkan kita peka dan mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita hendaklah sentiasa mengemukakan pendapat kita untuk menunjukkan perasaan dan buah fikiran kita, walaupun ia tidak semestinya diterima oleh semua orang. Tetapi itulah konsep demokrasi, semua orang bebas untuk memberi pendapat.

Laman Blog adalah satu cara untuk mengemukakan pendapat kita. Jadi amat rugilah kita jika tidak menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya. Jadi kepada sahabat blog sekalian teruskan berjuang melalui saluran laman blog untuk menyampaikan mesej Islam dan pelbagai mesej lagi yang membawa kepada kemenangan Islam.

Terima kasih Cik Awan ucapkan kepada semua yang sudi melawat laman blog Cik Awan yanh tak seberapa ini. Lawatan anda semua adalah sokongan kepada Cik Awan.

"Kurangkan kontroversi , tingkatkan prestasi"

Read Users' Comments ( 1 )

Kera di Hutan Disusukan, Anak dirumah mati kelaparan

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Begitulah suasana yang berlaku di Malaysia sekarang. Cik Awan tertarik dengan ucapan MB Kelantan Tuan Guru mengenai pendaratan minyak yang tidak didaratkan di Kelantan- "tidak tumpah walaupun sesudu teh pun".
Kenapa minyak tidak didaratkan di Kelantan sedangkan minyak tersebut adalah dari Malaysia?
Pada hemat cik Awan kenapa minyak tersebut tidak didaratkan di Kelantan kerana kerajaan pusat pimpinan BN-Umno tidak mahu kelantan menjadi kaya. Mereka lebih rela membayar kepada negara luar yang tiada kena mengena dengan kita. Jika minyak didaratkan di Kelantan, akan banyak bayaran yang diterima oleh kerajaan Kelantan. Ini dibimbangi kerajaan BN-UMNO apabila kerajaan Kelantan mempunyai banyak wang kerajaan dapat melakukan banyak pembangunan dengan wang tersebut.

Di sini jelas kepada kita bahawa UMNO sudah lari dari perjuangan asal mereka iaitu memperjuangkan hak bangsa Melayu. Bukan setakat tidak memperjuangkan hak Melayu malah lebih teruk lagi menafikan hak Melayu. Memperjuangkan Islam lagi jauh- jauh panggang dari api.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang bebas merdeka patut mempunyai fikiran yang terbuka. Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan sesuatu perkara itu berdasarkan Islam. Pembangunan berteraskan Islam. Juga pentadbiran berteraskan Islam. Perjuangan yang tidak berteraskan Islam adalah perjuangan yang sempit dan singkat. Perjuangan tersebut tidak sampai ke akhirat. Perjuangan berteraskan Islam ialah perjuangan yang mempunyai wawasan yang jauh kehadapan melangkaui alam akhirat- alam kekal abadi.

Jadi terserah kepada kita untuk memilih perjuangan yang bersifat sementara atau perjuangan yang menjamin kesejahteraan masa hadapan kita di alam akhiratt

Read Users' Comments ( 0 )

lelaki acuan al-Quran

Read Users' Comments ( 0 )

BERSIH

Kehadiran yang begitu ramai ke perhimpunan BERSIH anjuran lebih kurang 64 parti politik dan NGO menandakan rakyat sedar dengan pemerintahan yang tidak adil sekarang ini.

Walaupun telah terbukti di depan mata, bak kata pepatah " sudah terang lagi bersuluh", kehadiran demonstran melebihi 100 ribu namun media arus perdana hanya meyatakan hanya 4000 sahaja yang hadir. Jumlahnya sama dengan pasukan polis yang bertugas pada masa tersebut. Jika kita kita guna logik akal memang tidak logik. Kerajaan sekarang memang tersepit. Mereka akan cari jalan hendak menipu rakyat.

Walaubagaimanapun Cik Awan mengucapkan tahniah kepada yang menyertai perhimpunan BERSIH walaupun kena mengharungi pelbagai halangan dan cubaan. Ini adalah satu cara untuk menunjukkan rasa ketidakpuas hati kita kepada kerajaan.

Kita harap Perhimpunan BERSIH memberi impak yang positif dan juga dapat membuka mata rakyat keseluruhannya mengenai realiti politik semasa negara kita sekarang ini. Ini adalah satu perjuangan demi keadilan rakyat masa depan.

Read Users' Comments ( 0 )

Selamat Hari Raya Idulfitri

Pada kesempatan ini say ingin mengucapkan selamat hari raya idulfitri kepada semua umat Islam dalam malaysia dan seluruh dunia, yang teristimewa para pelawat blog cik awan.

selamat hari raya dan maaf zahir batin.
bersama -sama kita berdoa agar umur kita dipanjangkan semoga dapat berjumpa dengan ramadan yang akan datang. Insyaallah.

Read Users' Comments ( 0 )

PRK- Hangat?

Kehangatan bahang Pilihanraya Kampus (PRK) semakin terasa. Pelbagai gerakan telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk memastikan pilihanraya dijalankan dengan lancar dan mengikut perancangan. Cik Awan menyokong pihak universiti yang ingin mengadakan pilihanraya ini. Ini menunjukkan bahawa pihak universiti peka bahawa kesedaran politik dikalangan mahasiswa adalah penting dan perlu dipupuk bagi melahirkan pelapis kepada pimpinan negara akan datang.

Harapan Cik Awan agar PRK kali ini dijalankan dengan adil dan telus jika matlamat sebenar PRK diadakan hendak dicapai iaitu melahirkan pelapis di masa akan datang. Jika perjalanan PRK diadakan secara menipu seperti yang lepas-lepas maka matlamat tersebut tidak akan tercapai.

Penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh pihak HEP telah menunjukkan mereka tidak matang dan tidak profesional dalam melakukan kerja mereka. HEP telah mencemarkan nama baik institusi pendidikan iaitu universiti yang mana ia adalah tempat yang melahirkan para intelek yang akan menerajui negara kelak.

Perlaksanaan PRK dengan sistem e-voting contohnya adalah satu contoh penipuan yang berlaku. Dengan sistem ini penipuan amat mudah dilakukan. Pentadbir boleh mengubah sistem tersebut dengan mudah kerana mereka tahu sistem yang mereka buat. Pemantauan sukar dilakukan semua oleh pihak kerana ia bersifat teknikal berbeza dengan sistem biasa iaitu membuang undi atas kertas ia bersifat manual. Ini telah terbukti di sebuah kampus yang telah menjalankan sistem ini.

Itu adalah satu contoh penipuan yang telah dilakukan oleh HEP kearah menguasai politik kampus. BAnyak lagi penipuan yang dilakukan seperti menghadkan borang percalonan, mengubah sistem maklumat pelajar (SMP), dan sebagainya.

Apakah yang nak dibangga-banggakan dengan kemenangan dengan penipuan. "Kalau anak jantan mari kita bertanding secara adil". Ini baru ada maruah.

Maka terjadilah pilihanraya tak ubah seperti perlantikan ketua kelas. HEP melantik mahasiswa yang boleh menjadi orang suruhan mereka bukan mahasiswa yang mempunyai bakat untuk memimpin.

Cik Awan adalah warga Malaysia yang cintakan negara. Cik Awan runsing pada masa yang akan datang pemimpin yang menerajui negara yang lahir dari sistem PRK sekarang ini tidak mampu memainkan peranan seorang pemimpin.

Dengan keberkatan bulan Ramadan ini cik awan harap PRK kali ini berjalan dengan telus dan adil demi kesejahteraan rakyat keseluruhnya.

Read Users' Comments ( 0 )

Nafsu Kita

Kita sedia maklum kisah nafsu dengan Allah taala di awal ciptaannya. Diringkaskan cerita nafsu dapat ditundukkan dengan lapar dan dahaga.

Apabila kita sebut nafsu, lapar dan dahaga terbayang dalam fikiran kita tentang puasa. Puasa memang banyak kelebihan dan manfaatnya daripada segi rohani dan jasmani. Bulan Ramadhan pun dah hampir. Apakah persediaan kita untuk menghadapi Ramadhan kali ini. Harapnya Ramadhan yang akan kita hadapi lebih baik dari bulan Ramadhan yang lepas.

Di sini Cik Awan ingin menulis mengenai cara-cara untuk menundukkan nafsu. Antaranya ialah:

1. kurangkan makan

Makan yang berlebihan menyebabkan kita berasa malas. Kenyang juga menyebabkan otak kita tidak berfungsi dengan baik. Nabi selalu memesan agar kita makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Lebih baik lagi kita berpuasa paling kurang dua hari seminggu iaitu hari isnin dan khamis.

2. Kurangkan tidur

Tidur paling efektif bagi orang dewasa ialah 4- 6 jam sehari. Tidur yang cukup memberi kesihatan kepada tubuh badan kita. Tidur yang berlebihan menyebabkan kita menjadi malas dan kurang produktiviti. Penjadualan hendaklah dilakukan dengan teliti supaya masa kita tidak dihabiskan dengan tidur sahaja.

3. Bercakap yang perlu sahaja

Iman Hasan al-Banna pernah menyebut "Diam aku kerana berfikir dan bercakap aku kerana berzikir". Bercakap secara berlebihan mendedahkan kita kepada banyak maksiat dan dosa seperti mengumpat, mengata, fitnah dan banyak lagi. Kita hendaklah berzikir kepada Allah taala untuk mengelakkan perbuatan seperti mengumpat dan mengata ini.

4. Sabar menempuh ujian

Kehidupan kita tidak lari daripada bermacam-macam bentuk ujian. Nak tak nak kita perlu tempuh ujian tersebut. Lari daripada masalah bukanlah penyelesaian yang baik. Ada yang dapat di atasi dan ada yang tidak. Dapat atau tidak kita mesti sabar dengan kehendakNya. Kita haya mampu merancang hanya Allah sahaja yang menentukannya.

Itulah antara cara untuk menundukkan nafsu kita yang dipetik daripada cendikiawan Islam iaitu Yahya bin Muaz. Bersama-sama kita check balik setara mana nafsu kita adakah nafsu mengusai diri kita atau kita mengusai nafsu kita?

Read Users' Comments ( 2 )

Tahniah Kepada Iraq

Cik Awan ingi mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Iraq yang menjuarai piala Asia baru -baru ini. Walaupun keadaan negara yang tidak aman tetapi mempunyai pasukan bola sepak jauh lebih baik daripada Malaysia. Pasukan bola sepak Malaysia hanya mampu kalah semua perlawanan.

Jika nak dibandingkan dengan kemudahan yang ada di Malaysia paling kurang Malaysia tidak kalah semua perlawanan, seri pun dah kira ok.

Dalam hal ini pelbagai pihak menuding jari nak tunjuk siapa yang bersalah. Bagi Cik Awan tidak penting siapa yang bersalah yang penting tindakan yang berkenaan untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia.

Pada pendapat Cik Awan antara faktor "hampeh"nya bola sepak di Malaysia selain daripada faktor pengurusan yang lemah dan korupsi ialah:

1. Main bola semata-mata nak nama dan masyhur

2. semata-semata nak duit

3. lari daripada konsep asal riadhah

Jika faktor ini dapat di atasi kemungkinan besar prestasi bola sepak kita akan meningkat.

Read Users' Comments ( 0 )

Lambakan Kereta Proton

Dua tiga hari kebelakangan ini heboh dalam telivisyen tentang lambakan kereta proton. Siapa yang nak dipertanggungjawabkan dalam hal ini?
Kerajaan ?
Rakyat?

Bagaimana cara nak lakukan supaya kereta proton laku di pasaran?
Bagi Cik Awan faktor utama rakyat malaysia tidak berminat kepada kereta proton ini kerana kereta proton tidak memenuhi kehendak pengguna berbanding dengan kereta import.

Cik Awan rasa kalau kereta proton dapat menandingi teknologi kereta import ramai akan berminat.

Harga lebih kurang sama mahal kereta import tapi kualiti jauh lebih baik kereta import daripada kereta proton. Jadi tiada sebablah rakyat malaysia lebih suka untuk tidak memilih kereta proton.

Bagi Cik Awan, rakyat malaysia akan memilih kereta proton jika kualiti kereta yang disdiakan setaraf dengan kualiti keret IMPORT.

Read Users' Comments ( 0 )

Wajar tidak bayar PTPTN

Saya berpendapat adalah wajar graduan Melayu tidak membayar hutang kerana kewujudan PTPTN bercanggah denganPerlembagaan Negara- Salahuddin Ayub (siasah 1-7 Julai 2007)
Begitulah ucapan pemimpin yang peka dan selalu mengambil berat tentang hal ehwal rakyat.

Sebagai kerajaan yang menjaga rakyat bukan rakyat yang menjaga kerajaan yang mana rakyat yang memilih kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan rakyatnya terutama para pelajar. Dengan kata lain kerajaan boleh dipanggil sebagai bapa dan rakyat adalah anak yang mana tidak boleh dipersoalkan lagi tanggungjawab bapa untuk menjaga kebajikan anaknya.

Seorang bapa tidak perlu berbangga-bangga bahawa mereka menjaga anak mereka dengan baik kerana memang tanggungjawabnya. Seorang bapa akan dikutuk atau dimaki jika tidak menjaga anak mereka kerana ia telah mengabaikan tanggungjawabnya.

Sebaliknya amat malang sekali sekarang bapa tidak menjalankan tanggungjawabnya iaitu menjaga anaknya. Sepatutnya pelajar Melayu mendapat biasiswa bukannya pinjaman. Tetapi si bapa ini masih mendabik dada bahawa mereka telah berjasa kepada rakyat menjaga kabajikan rakyat dan macam-macam kata-kata manis yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras dan bijak.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa kerajaan telah melanggar Perlembagaan Negara iaitu yang berkaitan dengan Perkara 153 yang mana pelajar melayu mendapat biasiswa untuk belajar. Inilah hak orang melayu yang dinafikan oleh pemimpin Melayu sendiri.

Apakah yang diperjuangkan oleh mereka sedangkan kebajikan kaum sendiri terabai. Adakah ini dikatakan Perjuangan bangsa? Gunalah akal kita yang bijak ini untuk menilai yang mana yang betul dan yang mana yang salah.

Apakah alasan kerajaan untuk menafikan hak orang Melayu yang termaktub jelas dalam Perlembagaan Negara? Tiada duit? Tidak cukup peruntukan? Jika alasan itu diberikan memang wajib kerajaan sekarang disingkirkan kerana tidak pandai menguruskan kewangan.

Ini kerana kerajaan lebih rela bazirkan duit untuk perkara yang "ntah aper-aper" seperti sambutan hari merdeka yang menelan belanja jutaan ringgit yang tidak menyumbang sedikitpun kearah pembangunan modal insan. Itu salah satu contoh banyak lagi program yang diadakan oleh kerajaan yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat keseluruhan.

Siapa yang tak mahu senang? Lebih-lebih lagi hak kita. Jadi bersama-sama kita menilai semula adakah kerajaan sekarang masih relevan untuk memerintah negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan kita termakan budi yang sedikit kita mengatakan mereka baik dan menjalankan tanggingjawab.

Dengan mendapat RM500 kita mengatakan mereka baik sedangkan mereka mendapat ratusan ribu bahkan jutaan ringgit mereka songlapkan duit rakyat. Bersama kita mengkaji, dan buka minda kita dengan melakukan anjakan paradigma sesuai dengan zaman moden ini yang mempunyai pelbagai kemudahan yang cangih.

- Kerajaan merujuk kepada Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional

Read Users' Comments ( 3 )

:: Res Ipsa Liquitor ::: BLOGGERS UNITED WILL NEVER BE DEFEATED

Read Users' Comments ( 0 )

Cara mengawal tekanan

Adakah anda tahu dalam seminggu anda dibebani dengan pelbagai tekanan? Tekanan akan menjadikan kehidupan kita lebih mencabar.

Perubahan gen kita mengambil masa satu juta tahun. Secara psikologinya, manusia zaman sekarang sama dengan manusia 300 tahun dulu, tetapi manusia pada zaman sekarang berubah dalam masa yang singkat.

Pada zaman ini, banyak kemudahan disediakan yang dapat memudahkan kerja seperti membasuh dan mengeringkan pakaian, kemudahan pengangkutan, penyediaan makanan dan kemudahan bekalan elektrik.

Bagaimanapun, ada sesetengah perkara yang boleh mendatangkan tekanan kepada kita seperti bil telefon, kesesakan, penambahan populasi, makanan tiruan, televisyen dan kesibukan jadual harian.

Statistik mengesahkan lebih banyak keputusan dibuat dalam masa sehari berbanding keputusan yang dibuat dalam masa setahun. Tidak hairanlah kita sering mengalami tekanan.

Apa yang anda boleh lakukan apabila berada pada puncak tekanan supaya ia tidak meninggalkan kesan kepada kesihatan, kegembiraan, dan kehidupan anda?

  • Bersenam

    Anda perlu bersenam untuk kebaikan hormon. Darah akan cepat mengalir jika anda berjalan dengan cepat dan ia dapat membantu kesihatan yang lebih baik.

  • Amalkan pemakanan yang betul

    Makanan segera yang mengandungi banyak gula tidak baik untuk kecerdasan otak dan tubuh badan. Amalan pemakanan yang betul dapat membantu minda untuk bertindak terhadap pelbagai benda, selain meningkatkan imunisasi supaya anda dapat berfikir dengan baik.

  • Sentiasa beringat

    Jangan biarkan tekanan menguasai diri anda. Kenal pasti situasi yang mendatangkan tekanan kepada anda. Anda akan dapat menangani tekanan itu bila anda sentiasa peka terhadapnya.

  • Meluahkan perasaan

    Sentiasa berkongsi dengan rakan mengenai tekanan yang dialami oleh anda. Anda tidak akan dibebani oleh tekanan bila anda sentiasa berkongsi dengan orang lain.

  • Kekalkan sikap yang suka berjenaka.

    Sikap ini akan dapat membantu anda untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi.

  • Sentiasa bersyukur dan berterima kasih.

    Sikap ini akan membantu anda untuk melakukan kerja dengan lebih baik.

  • Lakukan sesuatu yang menggembirakan

    Kesibukan menghalang untuk kita berseronok. Jika ada perkara yang menggembirakan, kita harus ambil peluang tersebut.

  • Sentiasa dalam keadaan tenang

    Bila anda mengalami tekanan, lari daripadanya selama beberapa jam untuk anda menenangkan diri seperti berjalan, bertafakur dan mencari tempat yang damai serta sunyi.

  • Memudahkan urusan

    Ringkaskan apa saja yang anda lakukan, jangan bebankan fikiran dengan perkara yang bukan-bukan.

  • Mematikan televisyen

    Elakkan daripada mendengar berita buruk yang boleh mendatangkan tekanan kepada anda.

  • Tidur

    Tidur yang mencukupi dapat membantu anda untuk menyelesaikan tekanan dengan lebih baik. Bila anda dapat menguasainya, tekanan yang dialami akan hilang.

  • Minum air

    Sistem dalam badan akan menjadi lebih stabil bila kandungan air dalam badan mencukupi.

  • - http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Keluarga/20070628070627/Article/

    Read Users' Comments ( 2 )

    Ayam Goreng Halia

    Bahan: Ayam + Halia + Bawang Putih + Bawang Merah + Olive Oil + Sos Tiram + Garam + Gula + Serbuk Kunyit.

    Cara:
    1. Salut ayam dg kunyit + gula + garam
    2. Goreng ayam
    3. Tumis bawang merah (tumbuk kasar) bersama bawang putih + halia (hiris nipis) dlm olive oil
    4. Tambah sos tiram + gula + garam

    5. Tuang atas ayam yg telah digoreng.
    6. Siap untuk dimakan

    Read Users' Comments ( 0 )

    Maria

    Maria adalah sebuah novel karangan Puan Aminah Syenlikoglu. Penulis terkemuka Turki.
    Diterjemah oleh Mohd Rofidzi Dollah.

    Maria adalah novel kisah benar yang dilalui oleh Maria. Latar belakang belakang cerita berlaku pada tahun sekitar 30-an di Jerman dan turki. Maria tinggal di Jerman bersama Ayah, emak dan adik lelakinya. Ia masih belajar dalam jurusan kewartawanan.

    Emak maria menganut kristian katholik yang kuat dan sangat benci kepadaIslam begitu juga dia. Sementara Ayahnya pula adalah ateis yang merancang untuk menghancurkan Islam.

    Maria dam emaknya sangsi dengan ayahnya kerana ayahnya seorang yang ateis dan selalu merahsiakan pergerakkannya. Untuk mendapatkan maklumat Maria menyamar dia juga telah masuk ateis untuk mendapatkan maklumat. Penyamaran berjaya dan ayahnya berjaya.

    Pada masa yang sama, Maria terjumpa dengan Abdul Wahab pelajar yang belajar ditempat yang sama dengan Maria. ABdul wahab adalah pelajar Mesir yang kuat pegangan Islam. Apabila mengetahui bahawa Abdul Wahab orang Islam bermacam-macam soalan ditujukan kepadanya dengan tujuan untuk untuk menghentam Islam. Namun Abdul Wahab bisa menjawab setiap soalan Maria dengan bijak dan tenang. Ternyata Isalam adalah agama fitrah dan logik.

    Setiap jawapan yang diberikan oleh Abdul Wahab ternyata menggoyahkan keyakinan Maria dengan kristian. Dia terasa malu dengan tamparan yang diberikan oleh Abdul Wahab kerana setiap persoalan dapat dijawab dan diterima akal. Ini menyebabkan perasaan ingin tahu tentang Islam lagi mendalam.

    Novel ini juga menceritakan bagaimana kaun ateis ingin menghancurkan Islam dengan pelbagai perancangan yang mana kita dapat melihat hasilnya sekarang. Antaranya ialah umat Islam berasa malu dengan agama mereka iaitu Islam. Segala sruhan dan hukum ISlam sudah tidak dihiraukan lagi . Hasil yang paling jelas pada masa itu ialah turki yang telah jatuh kepada kerajaan sekular Attaturk. Masyarakat turki pada masa itu telah meninggalkan Islam. Islam mereka hanya pada nama. Mereka memandang hanya mengikut eropah atau barat hanya boleh maju. Ikut Islam akan menyebabkan mereka mundur.

    Perjalanan hidup Maria diteruskan lagi ke Turki untuk menyiasat keadaan di sana denagan misi untuk menghancurkan Islam. Syukur kepada tuhan disana maria mendapat hidayah dan memeluk Isalam. Maria menjadi Islam yang inginkan kebenaran. Cintanya kepada Islam lebih dalam daripada islam turki yang lain pada masa tersebut.

    Perjalanan hidupnya lebih mencabar dan menarik ditempuhi oleh maria. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari novel ini. Dalam novel ini kita mengetahui isu -isu yang dimainkan oleh musuh Islam yang ingin menghancurkan Islam.

    Read Users' Comments ( 0 )

    Advencer Si Peniup Ney

    Cik Awan baru selesai membaca novel karangan Faisal Tehrani- Advencer Si Peniup Ney. Novel ini mengisahkan pengembaraan Ustaz Sulaiman yang muda remaja bersam 40 jin Islam ke negeri Fantasia yang rakyatnya mabuk dengan dunia hiburan dan beridealogi hedonism.

    Islam adalah cara hidup yang syumul dan itulah Ustaz Sulaiman bawa kepada rakyat Negeri Fantasia. Islam membenarkan hiburan dan Islam mempunyai cara yang tersendiri untuk berhibur. Berhibur cara Islam akan kembali kepada pencipta kita iaitu Allah taala.

    Pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh Ustaz Sulaiman dalam advencernya diatasi dengan bijak dan dengan ketenangan. Dengan Izin Allah Rakyat dan pemerintah Negeri Fantasia mendapat hidayah dan berubah dari ideologi hedonism kepada berfikrah Islam.
    Advencer diteruskan lagi dan pelbagai pengalaman yang berharga ditemui.

    Realiti sekarang memang idelogi hedonism telah menjadi barah dalam masyarakat kita terutama mahasiswa yang menjadi harapan dan pelapis negara akan datang. Hedonism atau hiburan yang melampau telah menjadi trend yang biasa. Sebenarnya hiburan ini tidak menyumbang sedikitpun kepada pembangunan intelektual mahasiswa sebaliknya menghancurkan masa depan mahasiswa itu sendiri.

    Sekarang kita memerlukan remaja yang berfikiran merdeka dan terbuka untuk merubah paradigma masyarakat supaya berfikiran Islam menuju kearah keredhaan Allah taala..

    Read Users' Comments ( 2 )

    awak senyumlah..

    "Senyum seindah suria,
    Yang membawa cahya,
    Senyumlah dari hati,
    Duniamu berseri.

    Senyum umpama titian,
    Dalam kehidupan,
    Kau tersenyum ku tersenyum,
    Kemesraan menguntum.

    Senyum... kepada semua,
    Senyumanmu amatlah bermakna,
    Senyum... membahagiakan,
    Dengan senyuman terjalinlah ikatan...

    Read Users' Comments ( 0 )

    gunong stong lagi - beliawanis

    Read Users' Comments ( 0 )

    Taniah kepada Pak Lah

    "Abdullah yang kelihatan tampan dan segak mengenakan sepasang baju Melayu berwarna krim, bersongkok dan bersamping songket warna serupa manakala isterinya memakai baju kurung berwarna sedondon dan selendang putih." -utusan online 10 Jun 2007.

    Cik Awan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kita Pak Lah yang melangsungkan perkahwinan kelmarin. Harapnya dengan perkahwinan memberi momentum baru kepada PM untuk meningkatkan prestasi kehidupan dan dalam kerjaya. Sesungguhnya di sebalik kejayaan seseorang lelaki dibelakangnya ada seorang wanita.

    Diharapkan kepada isteri baru PM yang dah menjadi "first lady" dapat memberi dorongan kepada "orang pertama" negara supaya prestasi kerja meningkat supaya harapan rakyat tidak dikecewakan. Harapnya fenomena tidur di dalam mesyuarat tidak berlaku lagi. Dengan perkahwinan ini harapnya memberi semangat baru kepada PM untuk merealisasikan harapan agama, bangsa, dan negara.

    Cik Awan mendoakan agar perkahwinan ini kekal ke anak cucu dan sentiasa mendoakan kebahagian yang kekal abadi. Harapnya Allah akan sentiasa memeberikan taufik dan hidayahnya selalu.

    Read Users' Comments ( 0 )

    cukuplah kematian satu peringatan

    "Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati".

    Begitulah peringatan Allah di dalam al-Quran. Tapi manusia tidak mengambil iktibar daripada peringatan tersebut. Buktinya manusia masih lagi leka dan lalai dengan arus dunia yang tidak menentu. Manusia masih lagi dalam maksiat. Mereka tidak sedar bahawa maut akan datang bila-bila masa tidak mengenal tua atau muda. Sebagai muslim yang bijak, kita hendaklah membuat persiapan untuk menghadapi mati. Semua sedia maklum persiapan menghapi mati ni seperti buat amalan yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Cik Awan tak mahu mengulas panjang tentang persiapan menghadapi mati ni.

    Pada 5 Jun 2007, Cik Awan bersama rakan-rakan seperjuangan melawat pusara Allahyarham Khairul Azri di Pasir Mas. Sudah hampir setahun sahabat Cik Awan ini meninggalkan dunia yang fana ini. Namun kenangan bersama masih lagi segar dalam ingatan. Sumbangan dan jasa sentiasa dikenang dan dihargai. Hanya doa yang dapat diberikan buat sahabatku yang tesayang. Al-Fatihah..

    Read Users' Comments ( 1 )

    Membudayakan budaya kerja ketika Belajar

    Setelah sebulan lebih Cik Awan menjalani latihan industri di Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia kampus kesihatan, banyak perkara yang dipelajari. Selain dapat mengaplikasi dan mengimplementasikan ilmu dan pengetahuan yang dipelajari di universiti ada ilmu baru yang tiada dan tidak dapat diajar didalam kelas.

    Suasana berkerja amat berbeza dengan suasana belajar di kampus. Berkerja memerlukan disiplin yang tinggi. Setiap pekerja perlu tiba di pejabat sebelum pukul 8.10 pagi dan pulang selepas pukul 5.10 petang tiap-tiap hari. Berbeza dengan suasana kampus yang mana pelajar hanya pergi ke kampus jika ada kelas atau urusan lain.
    Jika tidak mahasiswa hanya berada di kolej. Semua maklum, jika berada di kolej masa yang digunakan tidak produktiviti yakni tidak banyak menyumbang kepada pembangunan akademik dan juga modal insan.

    Walaupun kita tiada kelas pada pukul lapan pagi, kita sepatutnya telah berada di kampus pada waktu tersebut. Begitulah pesan pensyarah saya jika kita ingin menjadi pelajar yang berjaya. Gunakan masa belajar di kampus ini dengan semaksima yang mungkin, kerana pada masa inilah peluang kita untuk belajar. Peluang hanya datang sekali. Begitulah penegasan pensyarah saya apabila bertemu denganya.

    Rancanglah sebaiknya aktiviti yang hendak dilakukan semasa berada dikampus. Buatlah samada hendak ulang kaji, buat latihan, membaca, jumpa pensyarah dan macam-macam lagi yang penting aktiviti tersebut menyumbang kepada kecemerlangan akademik kita.

    Di tempat kerja memerlukan kita untuk berkomunikasi dengan staf untuk melakukan kerja kita. Maknanya kita tidak bekerja seorang. Kita bekerja dengan orang. Ini akan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan staf yang lain. Ini berbeza dengan suasana kampus yang mana persekitaran kita hanyalah pelajar dan pensyarah. Ini adalah suasana sebenar kita apabila bekerja nanti dan kita dapat belajar lebih awal.

    Dewasa ini ramai graduan tidak dapat bekerja masalah utamanya ialah tidak mempunyai kemahiran berkomunkasi yang berkesan. Jika kita mengambil kesempatan ini dengan sebaiknya mungkin masalah tadi dapat diatasi.

    Jadi banyak faedahnya jika kita sebagai mahasiswa yang masih lagi belajar membudayakan budaya kerja ketika belajar dikampus. Ini sebahagian sahaja budaya kerja yang saya petik untuk difikirkan bersama. Banyak lagi budaya kerja yang patut kita contohi dan untuk diamalkan dan seterusnya memberi kesan yang baik kepada akademik kita.

    Ini adalah untuk peringatan kita bersama kerana ingat memperingati itu akan memberi menafaat untuk orang yang beriman. Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan. Wallahualam.

    Read Users' Comments ( 0 )

    Stong Wars

    Belum cuba, belum tahu

    Begitulah ungkapan yang dapat disebut apabila dapat menyelesaikan misi ekpedisi Stong '07 anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Kali terakhir Cik Awan mendaki Gunung Stong pada tahun 1999. Alhamdulillah tidak banyak perubahan yang berlaku pada kawasan pergunungan ini. Ini bermakna kawasan ini terpelihara daripada pencemaran dan kemusnahan. Syukur pada Ilahi.

    Ekpedisi ini memakan masa selama 3 hari 2 malam. Pada malam pertama cik Awan bersama 75 peserta lain bermalam di kaki Gunung Stong. Pada keesokkan harinya seawal pukul lapan pagi peserta memulakan perjalanan ke kem Baha. Peserta perlu berkhemah di kem Baha sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Stong.
    Dari kaki gunung ke kem Baha mengambil masa selama 2-2.3o jam dan dari kem Baha ke puncak mengambil masa selama 4 jam.

    Alhamdullah syukur kepada Ilahi kerana cik Awan dapat menawan sekali puncak Gunung Stong buat kali yang kedua. Segala mehnah dan tribulasi dalm perjalanan dapat diharungi dengan tabah. Terima kasih diucapkan kepada teman-teman seperjuangan yang bersama-sama mendaki. Dorongan dan sokongan mereka membuatkan Cik Awan bersemangat dan kuat untuk mendaki dan seterusnya menawan puncak gunong Stong.

    Selain daripada keindahan alam ciptaan Tuhan, banyak pengajaran yang Cik Awan dapat daripada ekpedisi ini. Dalam perjalanan ke puncak Cik Awan rasa betapa lemahnya kita. Gunung ini adalah sebahagian kecil daripada ciptaanNya. Itu pun kita tidak mampu untuk mendakinya. Cuba kita bayangkan hari akhirat kelak. Adakah kita dapat melepasi ujian di padang mahsyar? Adakah kita dapat melepasi titian sirat? Dan macam-macam lagi.

    Ekspedisi ini membuatkan Cik Awan rasa kecil dan sangat lemah. Apabila bergelar makhluk maka ia bersifat lemah. Tiada kuasa yang lebih hebat dari Allah. Hanya Allah tempat pergantungan segala makhluk. Jadi tiada sebab kita tidak bersyukur kepadaNya. Laksanakan semua suruhan dan tinggalkan segala larangan. Insyaallah kita akan menjadi hamba yang beriman.

    Cik Awan rasa bersyukur kerana dapat mengikuti ekspedisi ini dan jika ada peluang akan menyertainya lagi.

    Read Users' Comments ( 0 )

    Bersyukur dan Keimanan

    Allah akan tambahkah nikmat kepada hambanya jika mereka bersyukur dan sebaliknya Allah akan tarik balik nikmatnya jika seseorang itu tidak bersyukur. Kita sebagai hamba kepada pencipta, tiada sebab untuk kita tidak bersyukur kepada Allah taala. Ini kerana semua benda dikurnia olehNya. Mula dari kita sendiri, udara yang kita sedut, makanan, bumi, masa dan macam-macam lagi dianugerahkan oleh Allah kepada kita tanpa dikenakan sebarang bayaranpun kepada kita.

    Apabila nabi kita Muhammad saw. bengkak kakinya disebabkan oleh beribadat, maka Aisyah bertanya kepadanya kenapa beribadat sehingga bengkak kaki sedangkan baginda maksum, bebas dari segala dosa. Nabi menjawab," Salahkan aku menjadi hamba yang bersyukur?". Di sini Nabi ingin mengajar kita bahawa syukur membawa pengertian yang besar dan mendalam dalam kehidupan kita. Ia menggambarkan tahap keimanan kita. Macamana kita nak mengukur samada kita bersyukur atau tidak. Jika kita melihat kepada mafhum ayat al-Quran dan hadis tersebut amalan kita menjadi ukuran. Semakin banyak amal kebajikan kita lakukan secara tidak langsung menunjukkan kita bersyukur kepada Allah. Segala amal perbuatan kita termasuk solat, puasa, bayar zakat dan macam-macam lagi adalah menandakan kita hamba yang bersyukur.

    Tiada sebab untuk kita mengabaikan segala suruhan Allah taala. Tiada sebab untuk kita melakukan larangan Allah taala atau denagan kata lain melakukan maksiat.

    Jadilah hamba yang bersyukur. Sentiasalah bersyukur. InsyaAllah dengan menjadi hamba yang bersyukur Allah akan meningkatkan tahap keimanan kita.

    Read Users' Comments ( 0 )

    Perkahwinan : suatu penyelesaian

    Sudah menjadi kebiasaan apabila tiba musim cuti persekolahan maka ramailah yang ingin mengakhiri zaman bujang mereka. Cik Awan pun banyak menerima jemputan sehingga tidak sempat nak pergi yang mana satu. Mana nak sempat satu hari 2,3 jemputan. Kalau yang dekat tidak mengapa, tapi kalau yang jauh kirim salam ajer ler kan?. Walaubagaimanapun jemputan kita kena penuhi. Mana yang termampu kita pergi.

    Sebut pasal kahwin isu yang paling hangat dibahaskan sekarang ini ialah wang hantaran dan juga mas
    kahwin. Ada yang setuju supaya wang hantaran atau mas kahwin tinggi dan ada yang tidak setuju. Masing - masing ada hujah masing-masing dan Cik Awan menghormati pendapat masing - masing kerana setiap pendapat ada pro dan contranya. Terpulang kepada kita untuk menilai samada untuk menerima atau tidak yang penting kahwin mesti dilaksanakan.

    Lain pula dikalangan pelajar-pelajar universiti atau lebih sedap dipanggil mahasiswa.
    Mereka mempunyai pelbagai persepsi mengenai kahwin. Sebahagian besar mereka mempunyai persepsi yang singkat berkaitan dengan perkahwinan. Bagi mereka perkahwinan perkara yang jauh dan tidak perlu difikirkan, tidak sampai masa dan macam -macam lagi.

    Sebaliknya Cik Awan memandang perkahwinan adalah suatu penyelesaian memandangkan masalah yang timbul dalam kampus khususnya dan dalam masyarakat disekeliling kita. Cik Awan suka kait isu ini dengan kampus sebab Cik Awan masih bergiat di dalam kampus. Semua orang tahu bahawa banyak masalah sosial dikalangan mahasiswa sekarang ini semakin meningkat. Antaranya buang anak, zina atau lebih dikenali sebagai seks bebas, mat dan minah rempit dan banyak lagi sehingga malu Cik Awan nak sebut kerana Cik Awan sendiri adalah mahasiswa. Cik Awan fikir perkahwinan sikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah ini. Bagaimana?

    Di sini Cik Awan ingin
    ketengahkan isu "coupling" yang banyak berleluasa dikalangan mahasiswa. Banyaklah alasan mereka mengapa mereka bercoupling. Ada kata fitrah manusia nak bercinta, nak study group dan pelbagai hujah yang dangkal lagi yang mereka sudah tahu bahawa hujah itu tidak boleh diterima. Semua orang sudah tahu bahawa couple ini adalah muqaddimah zina yang membawa kepada pembuangan anak seterusnya menyumbang kepada masalah sosial yang lain. Di sini apakah tindakan pihak universiti dan dan juga ibu bapa dalam menangani masalah ini. Apakah mereka suka untuk menerima "cucu" pada bukan tempatnya? Atau mereka ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini.

    Pada pendapat Cik Awan perkahwinan adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Apabila berkahwin pasangan couple ini menjalankan hubungan yang halal. Tiada masalah
    . Bertentangan dengan sebelum ini mereka menjalinkan hubungan yang haram. Setiap masa mereka berada dalam dosa. Kebanyakan mahasiswa yang couple ini bukanya cemerlang dalam akademik mereka, bahkan ramai yang gagal. Kenapa Cik Awan kata perkahwinan cara
    yang terbaik?

    Telah terbukti ramai mahasiswa yang kahwin semasa belajar ini berjaya dalam pelajaran dan hidup bahagia. Mereka menjadi lebih matang dalam menguruskan kehidupan mereka. Tanggungjawab sebagai suami dan isteri menjadikan mereka lebih matang dan bijak dalam merancang kehidupan m
    ereka. Ini dapat menjana modal insan yang diwar-warkan sekarang ini.

    Bagaimana pula nak melakasanakannya? Perkahwinan ini kompleks. Kos tinggi, Wang hantaran, meminang, kenduri, tok imam... pendek kata susahlah kahwin ni,. lecehlah. Memanglah perkara yang baik susah nak dapatkannya sebalikya perkara yang tak baik senang saja. Nak senang bercouple selepas tu zina dan dapat anak haram. Kan mudah tu.

    Apa nak berkira sangat duit ni. Mana lebih bernilai duit ke maruah?. Duit boleh dicari, maruah kalau hilang tidak boleh dibeli. Mana lebih sayang anak ke duit? Bagi ibu bapa yang sayangkan anak mereka kahwinkan anak mereka yang kuat bercouple yang dalam kategori parah. Tanggung semua kos perkahwinan mereka jika anak tidak bekerja lagi. Nak buat macamanakan tak kahwin kan mereka buat perkara tak senonoh, kahwin kan merek
    a takder duit jadi penyelesaiannya ibu bapa tanggung lah. ke guane?

    Kebanyakan universiti tidak mengambil serius tentang masalah couple ini. Sedangkan mereka tahu couple inilah yang menyumbangkan anak -anak haram kepada mereka. Mereka (universiti) tidak suka kepada anak haram ini tapi tidak marah kepada couple. Kan pelik bunyinya tu. Perkara yang tidak patut berlaku. Kalau tidak suka anak haram kena tidak suka kepada couple, baru betul. Baru padan dengan universiti sebuah institusi bijak pandai. "Mencegah lebih baik dari mengubatinya". Couple tiada anak haram tiada.

    Selain daripada mengadakan kempen kefahaman bahawa budaya couple ini haram disisi Islam, pihak universiti hendaklah menggalakkan mahasiswa untuk berkahwin bagi yang berada dalam kategori parah tadi. Cik Awan cadangkan agar pihak universiti menyediakan dana untuk membantu mahasiswa yang memerlukan bantuan untuk berkahwin. Itu lebih baik daripada menghabiskan duit untuk konsert dan program yang tidak berfaedah yang lain yang sikitpun tidak menyumbang kepda keintelektualan mahasiswa bahkan merosakkan mahasiswa.

    Banyak hikmahnya jika kita membuat apa yang disuruh oleh tuhan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang dikehendaki oleh makhluknya. Perkahwinan adalah arahan d
    aripada Allah taala. Islam is the solution. Islam adalah penyelesaian. Tiada cara lain selain daripada cara Islam. Sekarang setara mana umat Islam sekarang ini betul -betul yakin dengan penyelesaian yang disediakan oleh Islam. Itu terletak pada tahap keimanan masing-masing.

    Cik Awan rasa tidak layak untuk menulis mengenai isu ini tapi atas dasar cakna dan prihatin terhadap masalah mahasiswa Cik Awan suka untuk mengutarakan pandangan dan pendapat untuk difikirkan bersama supaya masalah dikalangan mahasiswa dapat diatasi. Bagi Cik Awan masalah dalah serius dan perlu diatasi segera dan kita tidak mahu nasi telah jadi
    bubur. Mahasiswa hari ini akan menjadi pemimpin negara akan datang. Jika mahasiswa hari rosak maka pemimoin akan datang terdiri daripada pemimpin yang telah rosak yang mana kita telah merasa hari ini kesannya apabila negara dipimpin oleh pemimpin yang rosak akhlaknya. Berlakunya rasuah berlaluasa, bangunan bocor dan sebagainya yang mana rakyat keseluruhannya yang menjadi mangsa.Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada kelamahan diri Cik Awan Sendiri, hakikatnya buruk dan bvaik itu kedua-duanya datang datang Daripada Allah taala. Wallahualam.

    Read Users' Comments ( 0 )

    rahsia pemakanan genius Islam

    Oleh benmoktar

    "Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.

    Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

    1) MADU
    Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan k
    ecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

    CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
    PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

    2) KISMIS

    Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

    CARA MAKAN :
    i)Menghadap Kiblat
    ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
    iii)Baca doa penerang hati
    iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti m
    akan kacang.
    v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

    3) SUSU SEGAR
    Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menamb
    ahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

    CARA MINUM :
    i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
    ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

    4) TELUR
    Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

    5) HALIA
    Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

    CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

    6) LIMAU OREN
    Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

    7) BUAH DELIMA
    Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

    8) DAGING BURUNG MERPATI
    Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

    9) OTAK AYAM
    Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

    10) DAGING AYAM
    Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

    11) DAGING BIRI-BIRI
    Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

    12) HATI
    Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

    13) KEKACANG
    Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

    14) BUAH BADAM
    Untuk meningkatkan kecerdasan.

    15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
    Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

    16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
    Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

    17) BUNGA KOBIS
    Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

    18) BUNGA CENGKEH
    Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

    19) LABU
    Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

    20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
    Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

    21) MINYAK SAPI
    Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

    22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
    Juga membantu meningkatkan akal dan memori
    "

    Read Users' Comments ( 0 )

    Kita pula

    Cik Awan adalah seorang bergelar mahasiswa. Masa berada di kampus kita perlu menumpukan segala aktiviti kita kepada kegiatan yang berbentuk akademik. Munasabah dijadikan alasan bahawa kita tidak dapat untuk membaca selain daripada bahan bacaan akademik kerana memberi tumpuan kepada akademik.

    Sekarang kebanyakan kampus telah memulakan sesi cuti mereka. Maka ramailah pelajar universiti membuat perancangan, pelan strategik dan macam-macam lagi untuk mengisi masa cuti agar masa cuti mereka hanya sekadar cuti. Ada yang mahu mengisi masa cuti dengan bekerja, menyertai tuisyen, menyertai seminar, belajar di pondok dan banyak lagi.

    Bagi mereka yang ingin bekerja memang bagus kerana boleh menambahkan pendapatan da seterusnya dapat menolong sedikit sebanyak keluarga. Dalam keghairahan kita dalam bekerja jangan kita melupakan kita untuk membaca. Luangkan masa kita untuk membaca walau sesibuk mana kita. Bekerja adalah kerja sampingan kita sebagai mahasiswa sebaliknya belajar adalah tugas utama kita. Salah satu cara belajar adalah dengan membaca. Ingatlah bangsa yang berjaya adalah bangsa yang membaca. Kita idak akan kemana jika tidak membuat anjakan paradigma.

    Cik Awan tertarik dengan artikel Saari Sungib dalam harakahdaily.net yang menulisa tentang
    Pentingnya budaya membaca ketika dalam tahanan. Artikel tersebut dituju kepada tahanan dalam penjara. Pada pendapat Cik Awan kenapa artikel ini ditulis kerana tahanan dalam mempunyai masa di dalam penjara. Ini mempunyai persamaan dengan kita iaitu kita mempunyai masa ketika cuti yang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah iaitu membaca.

    Mungkin isu yang kian menular dikalangan mahasiswa khususnya dan kaum melayu amnya ialah mahasiswa tidak minat membaca. Macamana hendak menbaca jika kita tidak minat membaca. Di sini Cik Awan suka untuk memberi cadangan kepada mereka yang mempunyai kurang minat membaca. Ini telah dibuat oleh Cik Awan dan beberapa sahabat, Alhamdulillah ia berkesan.

    1. kita baca bahan bacaan yang ringan seperti novel atau majalah. Carilah novel-novel yang menarik. Banyak terjual di pasaran.
    2. pupuklah diri kita untuk tidak kedekut membelajakan duit untuk membeli buku.
    3. simpan buku tersebut dengan baik, mungkin di masa yang lain kita mempunyai masa yang sesuai untu membaca buku tersebut.

    Semakin banyak buku kita baca munglin akan menambahkan lagi minat kita untuk membaca.

    -bangsa berjaya, bangsa memmbaca-
    -the leader is a reader-

    Read Users' Comments ( 0 )

    Pentingnya budaya membaca ketika dalam tahanan

    Saari Sungib | abuurwah@gmail.com
    Tue | Apr 03, 07 | 05:34:00 PM

    Pembangunan tarbiyyah ruhiyah bagi da'ie Tapol di penjara mesti diiringi dengan pemantapan tarbiyyah fikriyah. Teras tarbiyyah fikriyah adalah membaca dan membaca dan terus membaca.
    Langkah paling utama adalah bagi da'ie TAPOL untuk tidak terlalu akur dengan peraturan bilangan buah buku yang dibenarkan dibawa masuk oleh penjara.
    Peraturan di Kem Kamunting hanya membenarkan enam buah buku pada sesuatu masa dibawa masuk ke dalam blok tahanan. Dalam siri-siri yang lalu saya telah menceritakan bagaimana peraturan ini boleh tidak dipatuhi.
    Jika peraturan ini tidak dapat dirundingkan dengan pihak kem, da'ie TAPOL hendaklah merancang kemasukan bahan-bahan bacaan secara tertib dan teratur.
    Bagi seseorang da'ie, pembangunan tarbiyyah fikriyah hendaklah ada awlawiyyat atau keutamaannya. Jika awlawiyyat ilmu dan fikrah ini betul, insya' Allah akan terbinalah fikrah yang tawazun.
    Pembinaan tarbiyyah fikriyah da'ie TAPOL hendaklah menurut awlawiyyat berikut:

    • Memahami makna dan tafsir Al-Quran
    Jika da'ie itu seorang ustaz atau mantap menguasai bahasa Arab, berazamlah untuk menelaah sebanyak mana kitab tafsir muktabar yang selama ini hanya terletak dalam almari buku di rumah yang tidak kesampaian untuk dibaca kerana ia terlalu sibuk memenuhi undangan ceramah semasa di luar!
    Pilihlah beberapa surah atau ayat dan berazamlah untuk menggali makna dan tafsirnya daripada sekurang-kurangnya satu kitab tafsir klasik seperti tafsir Ibn Kathir atau tafsir At-Tabari dan satu kitab tafsir kontemporari seperti At-Tibyan oleh As-Sabuni atau Fi Zilal Al-Quran oleh Sayyid Qutb.
    Bagi da'ie TAPOL yang tidak menguasai bahasa Arab bolehlah membaca tafsir yang banyak terdapat dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
    Seluruh Fi Zilal Al-Quran sudah terdapat dalam bahasa Melayu. Jangan lupa membaca tafsir revolusioner oleh Sayyid Abul A'la Al-Mawdudi. Da'ie TAPOL juga akan teruja bila membaca nota-nota ringkas tetapi padat oleh Muhammad Asad dalam tafsirnya. Untuk renungan realiti serantau menarik juga diteliti Tafsir Al-Azhar oleh Buya Hamka.
    Bersesuaian dengan manhaj Qurani elok kajian tafsir Al-Quran dimulakan dengan surah-surah Al-Fatihah, Al-Baqarah, Ali-Imran, Ani-Nisa', Al-Ma'idah dan Al-A'raf.
    Sesudah itu mantapkan kefahaman terhadap surah-surah Al-Anfal, At-Tawbah, Yusuf, Al-Isra' atau bani Israel, Al-Kahfi, An-Nur dan Al-Ahzab.
    Selepas itu bentengi kefahaman da'ie TAPOL terhadap tafsir Al-Quran dengan surah-surah Muhammad, Al-Fath dan Al-Hujurat.
    Tafsir ayat-ayat yang merumuskan sifat-sifat da'ie seperti yang terkandung dalam surah-surah Al-Mu'minun, Al-Furqan dan Al-Ma'arij hendaklah juga diteliti.

    • Membaca dan memahami hadith-hadith Nabi s.a.w.
    Memantapkan kefahaman da'ie TAPOL terhadap tafsir surah-surah dalam Al-Quran juga adalah kefahaman terhadap hadith dan syarah hadith yang muktabar.
    Jika da'ie itu seorang ustaz, inilah peluang untuk mentelaah Fathul Bari iaitu syarah Sahih Al-Bukhari oleh Ibn Hajar.
    Dapatkan jilid-jilid hadith Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim. Tetapi saya lebih senang meneliti dan mengamati hadith-hadith yang terkandung dalam kitab Al-Lu'lu wal-Marjan. Ini kerana kitab ini memuatkan semua hadith yang terkandung dalam kedua-dua Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim.
    Da'ie TAPOL juga akan kagum dengan kompilasi hadith dan athar yang disusun oleh Imam Malik dalam Al-Muwatta'.

    • Mendalami sirah nabawiyyah
    Sirah adalah kajian terhadap jalan hidup dan perjuangan Rasulullah s.a.w. Membaca buku-buku sirah dalam penjara amat mengesani jiwa seseorang da'ie TAPOL. Pemahaman terhadap fiqhus-sirah pula mengukuhkan kefahaman da'ie terhadap siasah dan manhaj perjuangan yang ditempuh oleh Rasulullah s.a.w. dalam mendaulatkan Islam.
    Buku sirah tulisan Sayyid Abul Hasan Ali An-Nadawi serta Rahiq Al-Makhtum oleh Safiur Rahman Al-Mubarakpuri dalam karya asal bahasa Arab atau terjemahan bahasa Melayu dan Inggeris pasti akan mengesani jiwa da'ie TAPOL.
    Buku fiqhus-sirah yang menjanjikan pulangan kefahaman yang mantap antaranya adalah buku-buku karya Abdul Hadi Awang, Mustafa As-Siba'i dan Al-Buti.
    Sekiranya ditakdirkan oleh Allah da'ie TAPOL bakal merengkok selama dua tahun di Kem Kamunting, sasarkanlah untuk membaca dan meneliti sekurang-kurangnya lima buah buku sirah nabawiyyah.

    • Mendalami sirah sahabah dan solafus soleh
    Jika sirah Nabi s.a.w memberi panduan tentang jalan dan manhaj perjuangan Rasulullah s.a.w, kajian terhadap sirah sahabah dan salafus soleh pula mengukuhkan kefahaman tentang golongan yang mendukung dan perjuangkan siarah dan tariqatus sunnah Rasulullah s.a.w.
    Kajian sirah para sahabah awla dimulakan dengan meneliti riwayat hidup dan perjuangan al-'asyarah al-mubasysyirah atau sepuluh sahabah yang dijanjikan syurga dan kesemua ummahatul mu'minin.
    Jiwa da'ie TAPOL khususnya ketika di penjara pasti merasakan betapa kerdilnya apa yang sedang dilaluinya berbanding dengan pengorbanan besar para sahabah dan sahabiyah seperti Al-Barra' bin Malik Al-Ansary, 'Asim bin Thabit, Fatimah Az-Zahra', Ummu Aiman, Safiyyah binti Abdul Muttalib, Bilal bin Rabah, Asma' binti Abu Bakar, Hussein bin Ali bin Abi Talib, Hasan bin Ali bin Abi Talib, Mus'ab bin Umayr, Khabbab bin Aarat, Khubaib bin Adiy, Sumayyah, Ammar dan ayahnya Yasir, Hanzalah bin Musayyidi, 'Ukkasyah bin Mihsan, Muadh bin Jabal, Abu Ayyub Khalid bin Zaid Al-Ansary, Anas bin Malik, Zaid bin Harithah, Usamah bin Zaid, Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Rawaha, Tufail bin Amar Ad-Dausy, Salman Al-Farisi, Zaid bin Al-Khattab, Suhaib Ar-Rumi, Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Salam, Abdullah bin Abbas, Nu'aim bin Mas'ud, Amru bin Al-As, Abdullah bin Amru bin Al-As, Khalid bin Al-Walid, Abu Musa Al-Ashaary, Nu'man bin Muqarrin Al-Muzany, Abu Darda', Umayr bin Saad, 'Ikrimah bin Abu Jahl, Abu Zar Al-Ghifari, 'Uqbah bin Amir Al-Humahy, Hakim bin Hazam, Zaid bin Thabit, Rabiah bin Kaab, Muhammad bin Maslamah, Huzaifah bin Yaman, Salim maula Abu Huzaifah dan ramai nama-nama besar lain.
    Di kalangan tabi'in dan solafus soleh kajilah pula riwayat hidup Umar bin Abdul Aziz, 'Urwah bin Zubayr, Hisham bin 'Urwah, Muthanna bin Harithah Asy-Syaibani, Hasan Al-Basri, Az-Zuhri, Asy-Sya'bi, Hammad, Abu Hanifah Nu'man bin Thabit, Muhammad Hasan Asy-Syaibani, Abu Yusuf Ya'qub bin Ibrahim, Malik, Syafie, Ahmad bin Hanbal, Ali bin Hussein As-Sajjad, Muhammad Al-Baqir, Jaafar As-Sodiq, Musa Al-Kazim, Ali bin Musa Ar-Ridha, Muhammad Al-Jawad, Muhallab bin Abi Sufra, Hasan Al-Askari, Al-'Izz Ibn Salam, Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim, Ibn Kathir, Shah Waliyullah Ad-Dahlewi, Imaduddin Al-Zanki, Nuruddin Al-Zanki dan Salahuddin Al-Ayyubi.

    • Menghayati kisah pejuang-pejuang Islam dan golongan tertindas dalam penjara

    Memang derita ditahan tanpa bicara dalam penjara. Namun derita tersebut menjadi terlalu kecil dan bahkan akan bertukar menjana kekuatan apabila da'ie TAPOL membaca kisah kehidupan pejuang-pejuang Islam ditahan dalam penjara seperti Hasan Al-Hudhaibi, Abdul Qadir Awdah, Sayyid Qutb, Umar At-Tilmesani, Muhammad Hamid Abu Nasr, Mustafa Masyhur, Sayyid Abul A'la Al-Mawdudi, Badiuzzaman Said An-Nursi, Ali Shariati, Ruhulah Musawi Al-Khomeini, Ahmad Yasin dan Abdul Aziz Rantisi.
    Tidak ada ruginya membaca pengalaman pejuang-pejuang yang dipenjara seperti Mahatma Gandhi di penjara penjajah British di India, Antonio Gramsci seorang ahli politik dan falsafah dalam penjara di Itali, Nelson Mandela dalam penjara di Robben Island dan Imam Abdulla Harun di Afrika Selatan, Malika Oufkir selama 20 tahun di penjara padang pasir Maghribi, Ani Panchen di penjara penjajah China di Tibet, Wei Jinsheng dalam penjara selama 20 tahun di bawah rejim Deng Xiao Ping, Mumia Abu Jamal pejuang kulit hitam dan Leonard Peltier pejuang Red Indian di penjara Amerika Syarikat dan K'tut Tantri pejuang kemerdekaan yang merengkok dalam penjara ketika pendudukan Jepun di Indonesia.
    Membaca kisah Lim Chin Siong dan Pak Said Zahari di penjara Singapura serta pengalaman Buya Hamka semasa orde lama dan Pramoedya Ananta Toer semasa rejim Seokarno dan orde baru Soeharto di Indonesia pasti menyuntik semangat kepada da'ie TAPOL.

    • Mempelbagaikan bacaan dalam pelbagai bidang
    Jika ada ruang masa untuk membaca akhbar harian pro-kerajaan yang dibenarkan masuk rebutlah peluang tersebut. Biasanya akhbar-akhbar tersebut telah ditapis yang bermakna ada bahagian-bahagian berita yang telah dikerat dan digunting daripada dada-dada akhbar tersebut. Sebelum akhbar-akhbar tersebut diambil semula, pastikan rencana-rencana menarik dikerat dan disimpan dengan baik untuk dijadikan bahan-bahan rujukan kemudian hari.
    Jika ada peluang peguam membawa masuk akhbar-akhbar alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan bacalah setiap isi kandungannya sebaik-baiknya. Itulah sumber berita alternatif untuk mengimbangi propaganda Umno-BN dalam akhbar-akhbar utama. Ia juga memberi perspektif sebenar terhadap apa yang didapati daripada berita di TV yang ditonton dalam penjara.
    Berikan juga sedikit waktu untuk melihat-lihat dan membaca rencana daripada majalah tempatan dan antarabangsa yang dapat dibawa masuk ke dalam.
    Selain itu pastikan keluarga anda membawa melalui peguam potongan berita dan rencana yang dicetak daripada daripada internet. Bacaan bahan-bahan internet amat terkemaskini.
    Bagi yang berjiwa dan berminat dengan fiksyen bolehlah juga membaca buku-buku tersebut. Alang-alang membaca novel saya syorkan bacalah empat buah buku karya Pramoedya Ananta Toer di bawah Edisi Pembebasan Karya Pulau Puru. Empat buah buku ini terdiri daripada Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca.
    Selain itu bacalah juga buku tentang sejarah dunia, falsafah, perubatan dan kesihatan, pemakanan dan gerakerja latihan fizikal, sains dan sains Islam dan juga karya-karya kartunis politik luar negara dan tempatan seperti Zunar.

    • Tingkatkan bacaan buku-buku sejarah politik tanah air
    Sebagai aktivis sosio-politik, da'ie TAPOL hendaklah juga meningkatkan kefahaman dan maklumat tentang sejarah politik dan perkembangan politik tanahair.
    Buku-buku Malaysian Politics under Mahathir oleh R.S. Milne & Diane K. Mauzy, Paradoxes of Mahathirism oleh Khoo Boo Teik dan Malaysia: Mahathirism, Hegemony and the New Opposition oleh John Hilley rasanya adalah tiga buah buku yang amat wajar dibaca oleh da'ie aktivis dalam politik Malaysia.
    Selepas itu pengukuhan juga perlu dilanjutkan dengan membaca buku Beyond Mahathir: Malaysian Politics and its Discontents juga oleh Khoo Boo Teik.
    Malangnya buku-buku karya penulis-penulis politik tanahair biasanya amat sukar dibenarkan masuk ke Kem Kamunting. Buku-buku karya Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Sayuti Omar sudah hampir pasti tidak dibenarkan masuk ke sana!

    • Mendalami dan buat penyelidikan tentang ISA
    Da'ie TAPOL juga jangan lupa untuk membaca dan memahami latarbelakang sejarah akta zalim ISA.
    Inilah peluang yang terbaik untuk mendalami ISA kerana da'ie TAPOL sedang melalui penindasan itu sendiri.
    Dapatkan buku-buku tentang ISA. Apapun kritikan terhadap penulisnya, tesis Phd dengan tajuk Freedom under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy oleh Rais Yatim adalah satu bahan yang perlu diteliti oleh da'ie TAPOL.
    Selain itu buku ke-8 yang sempat saya hasilkan semasa berada di Kem Kamunting, iaitu ISA Undang-undang Haram...Wajib Dimansuhkan: Apa Pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan? juga boleh dijadikan rujukan.
    Selain itu bacalah sendiri teks akta ISA itu untuk menyelami betapa hebatkan manipulasi perbuatan manusia untuk terus mengekalkan kuasa dengan sanggup menindas hak rakyat.

    Read Users' Comments ( 0 )

    Cik Siti Wan Kembang

    Oleh Khairul Anuar Abdul Samad- bh online

    Wanita pertama perintah sebuah negeri selama 67 tahun bermula 1610 tidak pernah berkahwin

    RAMAI pasti terpinga-pinga atau menggelengkan kepala jika ditanya siapakah Cik Wan Kembang.

    Namun bila disebut Cik Siti Wan Kembang, orang pasti mengaitkan nama wanita itu dengan Kelantan hingga menjadi antara nama timangan negeri berkenaan yang turut bergelar Serambi Makkah.

    Berdasarkan catatan sejarah, nama sebenar raja keenam memerintah Kelantan dari keturunan Iskandar Shah itu ialah Cik Wan Kembang, yang diberikan ayahandanya, Sultan Ahmad.

    Berdasarkan buku ringkasan cerita Kelantan, karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, gelaran "Siti" diberikan seorang pedagang Arab yang membahasakan Cik Wan Kembang dengan "Siti".

    Ketika mengadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu membahasakan beliau dengan "Siti" dan panggilan "Siti" itu didengar beberapa orang yang berada di balai mengadap.

    Lalu seorang daripada kumpulan itu bertanya apakah erti "Siti" sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.

    Terdapat juga sumber sejarah menyatakan beliau turut digelar panggilan Paduka Cik Siti.

    Buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid, terbitan Pustaka Al-Ahliah (1962), Siti bererti tuan (perempuan) yang layak digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah negeri.

    Dalam usia empat tahun, Cik Siti Wan Kembang kehilangan kasih sayang ayah yang mangkat menyebabkan pucuk pemerintahan Kelantan diambil alih Raja Husin.

    Sejarah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Kelantan bermula pada 1610. Berdasarkan sumber sejarah tempatan, dalam usia 30 tahun, beliau dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin.

    Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, Hulu Kelantan yang kemudiannya ditukar nama sebagai Gunung Chintawangsa, terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Nama gunung itu kekal hingga kini.

    Sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar terutama Arab dan China datang berdagang di negerinya membuatkan nama Cik Siti Wan Kembang terkenal.

    Walaupun seorang wanita, sebagai pemerintah, Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah memastikan negeri di bawah penguasaannya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

    Kerana bimbangkan pemerintahan di Gunung Chintawangsa akan diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat pemerintahan saja.

    Beliau membuat keputusan meninggalkan Gunung Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu, beliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong.

    Di kota pentadbiran baru itu, beliau membina sebuah taman bunga sebagai tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan dengan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong, yang kini terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

    Apabila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya yang mendiami Gunung Ayam (berhampiran Sungai Nenggiri, kini Hulu Kelantan), membawa pelbagai persembahan untuk beliau.

    Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan pada sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini.

    Di sebalik kecantikannya, Cik Siti Wan Kembang tidak bersuami walaupun ramai raja dan anak raja datang meminangnya. Ramai ditolak Cik Siti Wan Kembang dengan alasan tidak terlintas dihatinya untuk bersuami.

    Lama kelamaan, keadaan itu membuatkan Cik Siti Wan Kembang berasa kesunyian hidup sendirian. Apabila melihat Puteri Saadong, (Puteri Raja Loyor) ketika mengadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat mengambil puteri itu sebagai anak angkatnya.

    Rundingan di antara Raja Loyor dan permaisurinya berakhir dengan kerelaan mereka menyerahkan Puteri Saadong untuk dijaga Cik Siti Wan Kembang.

    Puteri Saadong adalah seorang gadis ayu serta cantik dan digelar penduduk Gunung Chintawangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu sampai kepada pengetahuan maharaja Siam yang menghantar utusan meminangnya tetapi ditolak Cik Siti Wan Kembang.

    Menyedari Raja Siam akan menimbulkan masalah berikutan penolakan lamaran itu, Cik Siti Wan Kembang mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah (sepupunya) dari Jembal sebelum dimahkotakan di Kota Tegayong dan kemudian berpindah ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

    Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah dan Puteri Saadong sebagai pemerintah Kelantan.

    Selepas pelantikan itu, Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Gunong Chintawangsa, kota pemerintahan awalnya dan selepas itu kisahnya tidak diketahui lagi.

    Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan selama 67 tahun, antara 1610 dan 1677 dengan dua pusat pemerintahan iaitu Kota Tegayong dan Gunung Chintawangsa.

    FAKTA

  • Nama asal Cik Wan Kembang
  • Kematian ayah sejak usia empat tahun
  • Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah
  • Menjadi raja dalam usia 30 tahun pada 1610
  • Pusat pemerintahan, Gunung Chinta Wangsa dan Kota Tegayong
  • Tidak berkahwin dan menjadikan Puteri Saadong sebagai anak angkatnya
  • Binatang kesayangan adalah kijang dan menjadikan binatang itu sebagai lambang negeri
  • Memerintah Kelantan selama 67 tahun

  • Read Users' Comments ( 0 )

    gambar saudara kita yang tidak kenal erti kalah dalam perjuangan..

    Read Users' Comments ( 0 )

    cik awan the return

    cik awan adalah penulis amatur yang baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan. pada cik awan menulis pada blog ini adalah satu medan yang sesuai untuk mengasah bakat ataupun untuk untuk melatih kita untuk menulis disamping kita boleh berkongsi pendapat,saranan dan sebagainya.

    cik awan suka berkata begitu kerana cik awan terkilan dengan suasana kampus sekarang ini yang suram tidak bermaya tanpa dihiasi ceria kerana tiada siraman tunggaknya. tunggak utama sesebuah kampus ialah mahasiswa. mahasiswa sekarang ini tidak mampu untuk mencorakkan suasana kampus. macamana mereka hendak mencorakkan suasana jika mereka tidak mempunyai pengetahuan dan tidak mendepani isu semasa.

    selain daripada itu mahasiswa juga perlu mempunyai kemahiran untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan yang mereka ada. pada cik awan kemahiran ini amat penting kerana perkara yang kita hendak sampaikan akan jadi bermanfaat jika mesej tersebut difahami oleh odeon kita.

    mahasiswa perlu mendepani isu semasa di samping mempunyai akademik yang cemerlang. mahasiswa perlu daya intelek yang tinggi supaya tajuk mahasiswa setanding tarafnya..

    Read Users' Comments ( 0 )

    panadol

    DON'T TAKE PANADOL AND PANADOL ACTI FAST AND PANADOL SOLUBLE (ESP.PPL HAVE GASTRIC).

    FYI... One real story from a guy...

    My husband was working in a hospital as an IT engineer, as the hospital is planning to set up a database of its patient. And he knows some of the doctor quite well.

    The doctors used to tell him that whenever they have a headache, they are not willing to take PANADOL (PARACETMOL). In fact,they will turn to Chinese Herbal Medicine or find other alternatives.

    This is because Panadol is toxic to the body, and it harms the liver. According to the doctor, Panadol will reside in the body for at least 5 years. And according to the doctor, there used to be an incident where an air stewardess consumes a lot of panadol during her menstrual as she needs to stand all the time. She's now in her early 30's, and she needs to wash her kidney (DIALYSIS) every month.

    As said by the doctor that whenever we have a headache, that's because it is due to the electron/Ion imbalance in the brain. As an alternative solution to cope with this matter, they suggested that we buy 1 or 2 cans of isotonic drink ( eg.100PLUS), and mix it with drinking water according to a ratio of 1:1 or 1:2 (simply, it means one cup 100plus, one cup water.or 2 cups water).

    Me and my husband have tried this on several occasions, and it seems to work well.

    Another method will be to submerge your feet in a basin of warm water so that it bring the blood pressure down from your throbbing head.

    As Panadol is a pain killer, the more Panadol you take, the lesser would be your threshold for pain (your endurance level for pain).

    We all will fall ill as we aged, for woman, we would need to go through childbirth. Imagine that we had spent our entire life popping quite a substantial amount of Panadol (Pain Killer) when you need to have a surgery or operation, you will need a much more amount of general anesthetic to numb your surgical pain than the average person who seldom or rarely takes Panadol. If you have a very high intake of Panadol throughout your life (Migraine, Menstrual cramps) it is very likely that normal general anesthetic will have no effects on you as your body is pumped full with panadol and your body is so used to pain killer that you would need a much stronger pain killer, Morphine??

    Value your life, THINK b4 you easily pop that familiar pill into your mouth again. Please send this to people you care about.

    Read Users' Comments ( 0 )

    Sabtu, 1 Disember 2007

    1001 malam

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:38 PG 1 ulasan
    Alhamdulillah hari ini blog Cik Awan telah mencapai 1000 hit. Terima kasih kepada pelawat -pelawat blog kerana sudi melawat laman blog ini. Lawatan anda semua adalah tanda sokongan anda kepada kepada kebebasan bersuara kita. Para pelawat digalakkan untuk memberi komen atau pendapat untuk setiap isu yang berlaku.

    Setiap komen dan pendapat menunjukkan kita peka dan mengambil berat terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Kita hendaklah sentiasa mengemukakan pendapat kita untuk menunjukkan perasaan dan buah fikiran kita, walaupun ia tidak semestinya diterima oleh semua orang. Tetapi itulah konsep demokrasi, semua orang bebas untuk memberi pendapat.

    Laman Blog adalah satu cara untuk mengemukakan pendapat kita. Jadi amat rugilah kita jika tidak menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya. Jadi kepada sahabat blog sekalian teruskan berjuang melalui saluran laman blog untuk menyampaikan mesej Islam dan pelbagai mesej lagi yang membawa kepada kemenangan Islam.

    Terima kasih Cik Awan ucapkan kepada semua yang sudi melawat laman blog Cik Awan yanh tak seberapa ini. Lawatan anda semua adalah sokongan kepada Cik Awan.

    "Kurangkan kontroversi , tingkatkan prestasi"

    Selasa, 20 November 2007

    Kera di Hutan Disusukan, Anak dirumah mati kelaparan

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:39 PG 0 ulasan

    Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Begitulah suasana yang berlaku di Malaysia sekarang. Cik Awan tertarik dengan ucapan MB Kelantan Tuan Guru mengenai pendaratan minyak yang tidak didaratkan di Kelantan- "tidak tumpah walaupun sesudu teh pun".
    Kenapa minyak tidak didaratkan di Kelantan sedangkan minyak tersebut adalah dari Malaysia?
    Pada hemat cik Awan kenapa minyak tersebut tidak didaratkan di Kelantan kerana kerajaan pusat pimpinan BN-Umno tidak mahu kelantan menjadi kaya. Mereka lebih rela membayar kepada negara luar yang tiada kena mengena dengan kita. Jika minyak didaratkan di Kelantan, akan banyak bayaran yang diterima oleh kerajaan Kelantan. Ini dibimbangi kerajaan BN-UMNO apabila kerajaan Kelantan mempunyai banyak wang kerajaan dapat melakukan banyak pembangunan dengan wang tersebut.

    Di sini jelas kepada kita bahawa UMNO sudah lari dari perjuangan asal mereka iaitu memperjuangkan hak bangsa Melayu. Bukan setakat tidak memperjuangkan hak Melayu malah lebih teruk lagi menafikan hak Melayu. Memperjuangkan Islam lagi jauh- jauh panggang dari api.

    Kita sebagai rakyat Malaysia yang bebas merdeka patut mempunyai fikiran yang terbuka. Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan sesuatu perkara itu berdasarkan Islam. Pembangunan berteraskan Islam. Juga pentadbiran berteraskan Islam. Perjuangan yang tidak berteraskan Islam adalah perjuangan yang sempit dan singkat. Perjuangan tersebut tidak sampai ke akhirat. Perjuangan berteraskan Islam ialah perjuangan yang mempunyai wawasan yang jauh kehadapan melangkaui alam akhirat- alam kekal abadi.

    Jadi terserah kepada kita untuk memilih perjuangan yang bersifat sementara atau perjuangan yang menjamin kesejahteraan masa hadapan kita di alam akhiratt

    Ahad, 18 November 2007

    lelaki acuan al-Quran

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:18 PG 0 ulasan

    Isnin, 12 November 2007

    BERSIH

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:36 PTG 0 ulasan

    Kehadiran yang begitu ramai ke perhimpunan BERSIH anjuran lebih kurang 64 parti politik dan NGO menandakan rakyat sedar dengan pemerintahan yang tidak adil sekarang ini.

    Walaupun telah terbukti di depan mata, bak kata pepatah " sudah terang lagi bersuluh", kehadiran demonstran melebihi 100 ribu namun media arus perdana hanya meyatakan hanya 4000 sahaja yang hadir. Jumlahnya sama dengan pasukan polis yang bertugas pada masa tersebut. Jika kita kita guna logik akal memang tidak logik. Kerajaan sekarang memang tersepit. Mereka akan cari jalan hendak menipu rakyat.

    Walaubagaimanapun Cik Awan mengucapkan tahniah kepada yang menyertai perhimpunan BERSIH walaupun kena mengharungi pelbagai halangan dan cubaan. Ini adalah satu cara untuk menunjukkan rasa ketidakpuas hati kita kepada kerajaan.

    Kita harap Perhimpunan BERSIH memberi impak yang positif dan juga dapat membuka mata rakyat keseluruhannya mengenai realiti politik semasa negara kita sekarang ini. Ini adalah satu perjuangan demi keadilan rakyat masa depan.

    Isnin, 8 Oktober 2007

    Selamat Hari Raya Idulfitri

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 3:54 PTG 0 ulasan
    Pada kesempatan ini say ingin mengucapkan selamat hari raya idulfitri kepada semua umat Islam dalam malaysia dan seluruh dunia, yang teristimewa para pelawat blog cik awan.

    selamat hari raya dan maaf zahir batin.
    bersama -sama kita berdoa agar umur kita dipanjangkan semoga dapat berjumpa dengan ramadan yang akan datang. Insyaallah.

    Isnin, 24 September 2007

    PRK- Hangat?

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:24 PTG 0 ulasan

    Kehangatan bahang Pilihanraya Kampus (PRK) semakin terasa. Pelbagai gerakan telah dijalankan oleh pelbagai pihak untuk memastikan pilihanraya dijalankan dengan lancar dan mengikut perancangan. Cik Awan menyokong pihak universiti yang ingin mengadakan pilihanraya ini. Ini menunjukkan bahawa pihak universiti peka bahawa kesedaran politik dikalangan mahasiswa adalah penting dan perlu dipupuk bagi melahirkan pelapis kepada pimpinan negara akan datang.

    Harapan Cik Awan agar PRK kali ini dijalankan dengan adil dan telus jika matlamat sebenar PRK diadakan hendak dicapai iaitu melahirkan pelapis di masa akan datang. Jika perjalanan PRK diadakan secara menipu seperti yang lepas-lepas maka matlamat tersebut tidak akan tercapai.

    Penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh pihak HEP telah menunjukkan mereka tidak matang dan tidak profesional dalam melakukan kerja mereka. HEP telah mencemarkan nama baik institusi pendidikan iaitu universiti yang mana ia adalah tempat yang melahirkan para intelek yang akan menerajui negara kelak.

    Perlaksanaan PRK dengan sistem e-voting contohnya adalah satu contoh penipuan yang berlaku. Dengan sistem ini penipuan amat mudah dilakukan. Pentadbir boleh mengubah sistem tersebut dengan mudah kerana mereka tahu sistem yang mereka buat. Pemantauan sukar dilakukan semua oleh pihak kerana ia bersifat teknikal berbeza dengan sistem biasa iaitu membuang undi atas kertas ia bersifat manual. Ini telah terbukti di sebuah kampus yang telah menjalankan sistem ini.

    Itu adalah satu contoh penipuan yang telah dilakukan oleh HEP kearah menguasai politik kampus. BAnyak lagi penipuan yang dilakukan seperti menghadkan borang percalonan, mengubah sistem maklumat pelajar (SMP), dan sebagainya.

    Apakah yang nak dibangga-banggakan dengan kemenangan dengan penipuan. "Kalau anak jantan mari kita bertanding secara adil". Ini baru ada maruah.

    Maka terjadilah pilihanraya tak ubah seperti perlantikan ketua kelas. HEP melantik mahasiswa yang boleh menjadi orang suruhan mereka bukan mahasiswa yang mempunyai bakat untuk memimpin.

    Cik Awan adalah warga Malaysia yang cintakan negara. Cik Awan runsing pada masa yang akan datang pemimpin yang menerajui negara yang lahir dari sistem PRK sekarang ini tidak mampu memainkan peranan seorang pemimpin.

    Dengan keberkatan bulan Ramadan ini cik awan harap PRK kali ini berjalan dengan telus dan adil demi kesejahteraan rakyat keseluruhnya.

    Isnin, 3 September 2007

    Nafsu Kita

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:58 PG 2 ulasan

    Kita sedia maklum kisah nafsu dengan Allah taala di awal ciptaannya. Diringkaskan cerita nafsu dapat ditundukkan dengan lapar dan dahaga.

    Apabila kita sebut nafsu, lapar dan dahaga terbayang dalam fikiran kita tentang puasa. Puasa memang banyak kelebihan dan manfaatnya daripada segi rohani dan jasmani. Bulan Ramadhan pun dah hampir. Apakah persediaan kita untuk menghadapi Ramadhan kali ini. Harapnya Ramadhan yang akan kita hadapi lebih baik dari bulan Ramadhan yang lepas.

    Di sini Cik Awan ingin menulis mengenai cara-cara untuk menundukkan nafsu. Antaranya ialah:

    1. kurangkan makan

    Makan yang berlebihan menyebabkan kita berasa malas. Kenyang juga menyebabkan otak kita tidak berfungsi dengan baik. Nabi selalu memesan agar kita makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Lebih baik lagi kita berpuasa paling kurang dua hari seminggu iaitu hari isnin dan khamis.

    2. Kurangkan tidur

    Tidur paling efektif bagi orang dewasa ialah 4- 6 jam sehari. Tidur yang cukup memberi kesihatan kepada tubuh badan kita. Tidur yang berlebihan menyebabkan kita menjadi malas dan kurang produktiviti. Penjadualan hendaklah dilakukan dengan teliti supaya masa kita tidak dihabiskan dengan tidur sahaja.

    3. Bercakap yang perlu sahaja

    Iman Hasan al-Banna pernah menyebut "Diam aku kerana berfikir dan bercakap aku kerana berzikir". Bercakap secara berlebihan mendedahkan kita kepada banyak maksiat dan dosa seperti mengumpat, mengata, fitnah dan banyak lagi. Kita hendaklah berzikir kepada Allah taala untuk mengelakkan perbuatan seperti mengumpat dan mengata ini.

    4. Sabar menempuh ujian

    Kehidupan kita tidak lari daripada bermacam-macam bentuk ujian. Nak tak nak kita perlu tempuh ujian tersebut. Lari daripada masalah bukanlah penyelesaian yang baik. Ada yang dapat di atasi dan ada yang tidak. Dapat atau tidak kita mesti sabar dengan kehendakNya. Kita haya mampu merancang hanya Allah sahaja yang menentukannya.

    Itulah antara cara untuk menundukkan nafsu kita yang dipetik daripada cendikiawan Islam iaitu Yahya bin Muaz. Bersama-sama kita check balik setara mana nafsu kita adakah nafsu mengusai diri kita atau kita mengusai nafsu kita?

    Isnin, 6 Ogos 2007

    Tahniah Kepada Iraq

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:07 PG 0 ulasan

    Cik Awan ingi mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Iraq yang menjuarai piala Asia baru -baru ini. Walaupun keadaan negara yang tidak aman tetapi mempunyai pasukan bola sepak jauh lebih baik daripada Malaysia. Pasukan bola sepak Malaysia hanya mampu kalah semua perlawanan.

    Jika nak dibandingkan dengan kemudahan yang ada di Malaysia paling kurang Malaysia tidak kalah semua perlawanan, seri pun dah kira ok.

    Dalam hal ini pelbagai pihak menuding jari nak tunjuk siapa yang bersalah. Bagi Cik Awan tidak penting siapa yang bersalah yang penting tindakan yang berkenaan untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia.

    Pada pendapat Cik Awan antara faktor "hampeh"nya bola sepak di Malaysia selain daripada faktor pengurusan yang lemah dan korupsi ialah:

    1. Main bola semata-mata nak nama dan masyhur

    2. semata-semata nak duit

    3. lari daripada konsep asal riadhah

    Jika faktor ini dapat di atasi kemungkinan besar prestasi bola sepak kita akan meningkat.

    Khamis, 2 Ogos 2007

    Lambakan Kereta Proton

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 2:35 PTG 0 ulasan

    Dua tiga hari kebelakangan ini heboh dalam telivisyen tentang lambakan kereta proton. Siapa yang nak dipertanggungjawabkan dalam hal ini?
    Kerajaan ?
    Rakyat?

    Bagaimana cara nak lakukan supaya kereta proton laku di pasaran?
    Bagi Cik Awan faktor utama rakyat malaysia tidak berminat kepada kereta proton ini kerana kereta proton tidak memenuhi kehendak pengguna berbanding dengan kereta import.

    Cik Awan rasa kalau kereta proton dapat menandingi teknologi kereta import ramai akan berminat.

    Harga lebih kurang sama mahal kereta import tapi kualiti jauh lebih baik kereta import daripada kereta proton. Jadi tiada sebablah rakyat malaysia lebih suka untuk tidak memilih kereta proton.

    Bagi Cik Awan, rakyat malaysia akan memilih kereta proton jika kualiti kereta yang disdiakan setaraf dengan kualiti keret IMPORT.

    Selasa, 3 Julai 2007

    Wajar tidak bayar PTPTN

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 7:11 PTG 3 ulasan

    Saya berpendapat adalah wajar graduan Melayu tidak membayar hutang kerana kewujudan PTPTN bercanggah denganPerlembagaan Negara- Salahuddin Ayub (siasah 1-7 Julai 2007)
    Begitulah ucapan pemimpin yang peka dan selalu mengambil berat tentang hal ehwal rakyat.

    Sebagai kerajaan yang menjaga rakyat bukan rakyat yang menjaga kerajaan yang mana rakyat yang memilih kerajaan sepatutnya menjaga kebajikan rakyatnya terutama para pelajar. Dengan kata lain kerajaan boleh dipanggil sebagai bapa dan rakyat adalah anak yang mana tidak boleh dipersoalkan lagi tanggungjawab bapa untuk menjaga kebajikan anaknya.

    Seorang bapa tidak perlu berbangga-bangga bahawa mereka menjaga anak mereka dengan baik kerana memang tanggungjawabnya. Seorang bapa akan dikutuk atau dimaki jika tidak menjaga anak mereka kerana ia telah mengabaikan tanggungjawabnya.

    Sebaliknya amat malang sekali sekarang bapa tidak menjalankan tanggungjawabnya iaitu menjaga anaknya. Sepatutnya pelajar Melayu mendapat biasiswa bukannya pinjaman. Tetapi si bapa ini masih mendabik dada bahawa mereka telah berjasa kepada rakyat menjaga kabajikan rakyat dan macam-macam kata-kata manis yang tidak dapat diterima oleh akal yang waras dan bijak.

    Sudah terang lagi bersuluh bahawa kerajaan telah melanggar Perlembagaan Negara iaitu yang berkaitan dengan Perkara 153 yang mana pelajar melayu mendapat biasiswa untuk belajar. Inilah hak orang melayu yang dinafikan oleh pemimpin Melayu sendiri.

    Apakah yang diperjuangkan oleh mereka sedangkan kebajikan kaum sendiri terabai. Adakah ini dikatakan Perjuangan bangsa? Gunalah akal kita yang bijak ini untuk menilai yang mana yang betul dan yang mana yang salah.

    Apakah alasan kerajaan untuk menafikan hak orang Melayu yang termaktub jelas dalam Perlembagaan Negara? Tiada duit? Tidak cukup peruntukan? Jika alasan itu diberikan memang wajib kerajaan sekarang disingkirkan kerana tidak pandai menguruskan kewangan.

    Ini kerana kerajaan lebih rela bazirkan duit untuk perkara yang "ntah aper-aper" seperti sambutan hari merdeka yang menelan belanja jutaan ringgit yang tidak menyumbang sedikitpun kearah pembangunan modal insan. Itu salah satu contoh banyak lagi program yang diadakan oleh kerajaan yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat keseluruhan.

    Siapa yang tak mahu senang? Lebih-lebih lagi hak kita. Jadi bersama-sama kita menilai semula adakah kerajaan sekarang masih relevan untuk memerintah negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan kita termakan budi yang sedikit kita mengatakan mereka baik dan menjalankan tanggingjawab.

    Dengan mendapat RM500 kita mengatakan mereka baik sedangkan mereka mendapat ratusan ribu bahkan jutaan ringgit mereka songlapkan duit rakyat. Bersama kita mengkaji, dan buka minda kita dengan melakukan anjakan paradigma sesuai dengan zaman moden ini yang mempunyai pelbagai kemudahan yang cangih.

    - Kerajaan merujuk kepada Kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Barisan Nasional

    Khamis, 28 Jun 2007

    :: Res Ipsa Liquitor ::: BLOGGERS UNITED WILL NEVER BE DEFEATED

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 3:32 PTG 0 ulasan

    Cara mengawal tekanan

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 2:51 PTG 2 ulasan

    Adakah anda tahu dalam seminggu anda dibebani dengan pelbagai tekanan? Tekanan akan menjadikan kehidupan kita lebih mencabar.

    Perubahan gen kita mengambil masa satu juta tahun. Secara psikologinya, manusia zaman sekarang sama dengan manusia 300 tahun dulu, tetapi manusia pada zaman sekarang berubah dalam masa yang singkat.

    Pada zaman ini, banyak kemudahan disediakan yang dapat memudahkan kerja seperti membasuh dan mengeringkan pakaian, kemudahan pengangkutan, penyediaan makanan dan kemudahan bekalan elektrik.

    Bagaimanapun, ada sesetengah perkara yang boleh mendatangkan tekanan kepada kita seperti bil telefon, kesesakan, penambahan populasi, makanan tiruan, televisyen dan kesibukan jadual harian.

    Statistik mengesahkan lebih banyak keputusan dibuat dalam masa sehari berbanding keputusan yang dibuat dalam masa setahun. Tidak hairanlah kita sering mengalami tekanan.

    Apa yang anda boleh lakukan apabila berada pada puncak tekanan supaya ia tidak meninggalkan kesan kepada kesihatan, kegembiraan, dan kehidupan anda?

  • Bersenam

    Anda perlu bersenam untuk kebaikan hormon. Darah akan cepat mengalir jika anda berjalan dengan cepat dan ia dapat membantu kesihatan yang lebih baik.

  • Amalkan pemakanan yang betul

    Makanan segera yang mengandungi banyak gula tidak baik untuk kecerdasan otak dan tubuh badan. Amalan pemakanan yang betul dapat membantu minda untuk bertindak terhadap pelbagai benda, selain meningkatkan imunisasi supaya anda dapat berfikir dengan baik.

  • Sentiasa beringat

    Jangan biarkan tekanan menguasai diri anda. Kenal pasti situasi yang mendatangkan tekanan kepada anda. Anda akan dapat menangani tekanan itu bila anda sentiasa peka terhadapnya.

  • Meluahkan perasaan

    Sentiasa berkongsi dengan rakan mengenai tekanan yang dialami oleh anda. Anda tidak akan dibebani oleh tekanan bila anda sentiasa berkongsi dengan orang lain.

  • Kekalkan sikap yang suka berjenaka.

    Sikap ini akan dapat membantu anda untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi.

  • Sentiasa bersyukur dan berterima kasih.

    Sikap ini akan membantu anda untuk melakukan kerja dengan lebih baik.

  • Lakukan sesuatu yang menggembirakan

    Kesibukan menghalang untuk kita berseronok. Jika ada perkara yang menggembirakan, kita harus ambil peluang tersebut.

  • Sentiasa dalam keadaan tenang

    Bila anda mengalami tekanan, lari daripadanya selama beberapa jam untuk anda menenangkan diri seperti berjalan, bertafakur dan mencari tempat yang damai serta sunyi.

  • Memudahkan urusan

    Ringkaskan apa saja yang anda lakukan, jangan bebankan fikiran dengan perkara yang bukan-bukan.

  • Mematikan televisyen

    Elakkan daripada mendengar berita buruk yang boleh mendatangkan tekanan kepada anda.

  • Tidur

    Tidur yang mencukupi dapat membantu anda untuk menyelesaikan tekanan dengan lebih baik. Bila anda dapat menguasainya, tekanan yang dialami akan hilang.

  • Minum air

    Sistem dalam badan akan menjadi lebih stabil bila kandungan air dalam badan mencukupi.

  • - http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Keluarga/20070628070627/Article/

    Rabu, 27 Jun 2007

    Ayam Goreng Halia

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:37 PTG 0 ulasan

    Bahan: Ayam + Halia + Bawang Putih + Bawang Merah + Olive Oil + Sos Tiram + Garam + Gula + Serbuk Kunyit.

    Cara:
    1. Salut ayam dg kunyit + gula + garam
    2. Goreng ayam
    3. Tumis bawang merah (tumbuk kasar) bersama bawang putih + halia (hiris nipis) dlm olive oil
    4. Tambah sos tiram + gula + garam

    5. Tuang atas ayam yg telah digoreng.
    6. Siap untuk dimakan

    Khamis, 21 Jun 2007

    Maria

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:08 PTG 0 ulasan
    Maria adalah sebuah novel karangan Puan Aminah Syenlikoglu. Penulis terkemuka Turki.
    Diterjemah oleh Mohd Rofidzi Dollah.

    Maria adalah novel kisah benar yang dilalui oleh Maria. Latar belakang belakang cerita berlaku pada tahun sekitar 30-an di Jerman dan turki. Maria tinggal di Jerman bersama Ayah, emak dan adik lelakinya. Ia masih belajar dalam jurusan kewartawanan.

    Emak maria menganut kristian katholik yang kuat dan sangat benci kepadaIslam begitu juga dia. Sementara Ayahnya pula adalah ateis yang merancang untuk menghancurkan Islam.

    Maria dam emaknya sangsi dengan ayahnya kerana ayahnya seorang yang ateis dan selalu merahsiakan pergerakkannya. Untuk mendapatkan maklumat Maria menyamar dia juga telah masuk ateis untuk mendapatkan maklumat. Penyamaran berjaya dan ayahnya berjaya.

    Pada masa yang sama, Maria terjumpa dengan Abdul Wahab pelajar yang belajar ditempat yang sama dengan Maria. ABdul wahab adalah pelajar Mesir yang kuat pegangan Islam. Apabila mengetahui bahawa Abdul Wahab orang Islam bermacam-macam soalan ditujukan kepadanya dengan tujuan untuk untuk menghentam Islam. Namun Abdul Wahab bisa menjawab setiap soalan Maria dengan bijak dan tenang. Ternyata Isalam adalah agama fitrah dan logik.

    Setiap jawapan yang diberikan oleh Abdul Wahab ternyata menggoyahkan keyakinan Maria dengan kristian. Dia terasa malu dengan tamparan yang diberikan oleh Abdul Wahab kerana setiap persoalan dapat dijawab dan diterima akal. Ini menyebabkan perasaan ingin tahu tentang Islam lagi mendalam.

    Novel ini juga menceritakan bagaimana kaun ateis ingin menghancurkan Islam dengan pelbagai perancangan yang mana kita dapat melihat hasilnya sekarang. Antaranya ialah umat Islam berasa malu dengan agama mereka iaitu Islam. Segala sruhan dan hukum ISlam sudah tidak dihiraukan lagi . Hasil yang paling jelas pada masa itu ialah turki yang telah jatuh kepada kerajaan sekular Attaturk. Masyarakat turki pada masa itu telah meninggalkan Islam. Islam mereka hanya pada nama. Mereka memandang hanya mengikut eropah atau barat hanya boleh maju. Ikut Islam akan menyebabkan mereka mundur.

    Perjalanan hidup Maria diteruskan lagi ke Turki untuk menyiasat keadaan di sana denagan misi untuk menghancurkan Islam. Syukur kepada tuhan disana maria mendapat hidayah dan memeluk Isalam. Maria menjadi Islam yang inginkan kebenaran. Cintanya kepada Islam lebih dalam daripada islam turki yang lain pada masa tersebut.

    Perjalanan hidupnya lebih mencabar dan menarik ditempuhi oleh maria. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari novel ini. Dalam novel ini kita mengetahui isu -isu yang dimainkan oleh musuh Islam yang ingin menghancurkan Islam.

    Selasa, 19 Jun 2007

    Advencer Si Peniup Ney

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:24 PG 2 ulasan

    Cik Awan baru selesai membaca novel karangan Faisal Tehrani- Advencer Si Peniup Ney. Novel ini mengisahkan pengembaraan Ustaz Sulaiman yang muda remaja bersam 40 jin Islam ke negeri Fantasia yang rakyatnya mabuk dengan dunia hiburan dan beridealogi hedonism.

    Islam adalah cara hidup yang syumul dan itulah Ustaz Sulaiman bawa kepada rakyat Negeri Fantasia. Islam membenarkan hiburan dan Islam mempunyai cara yang tersendiri untuk berhibur. Berhibur cara Islam akan kembali kepada pencipta kita iaitu Allah taala.

    Pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi oleh Ustaz Sulaiman dalam advencernya diatasi dengan bijak dan dengan ketenangan. Dengan Izin Allah Rakyat dan pemerintah Negeri Fantasia mendapat hidayah dan berubah dari ideologi hedonism kepada berfikrah Islam.
    Advencer diteruskan lagi dan pelbagai pengalaman yang berharga ditemui.

    Realiti sekarang memang idelogi hedonism telah menjadi barah dalam masyarakat kita terutama mahasiswa yang menjadi harapan dan pelapis negara akan datang. Hedonism atau hiburan yang melampau telah menjadi trend yang biasa. Sebenarnya hiburan ini tidak menyumbang sedikitpun kepada pembangunan intelektual mahasiswa sebaliknya menghancurkan masa depan mahasiswa itu sendiri.

    Sekarang kita memerlukan remaja yang berfikiran merdeka dan terbuka untuk merubah paradigma masyarakat supaya berfikiran Islam menuju kearah keredhaan Allah taala..

    awak senyumlah..

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 8:49 PG 0 ulasan
    "Senyum seindah suria,
    Yang membawa cahya,
    Senyumlah dari hati,
    Duniamu berseri.

    Senyum umpama titian,
    Dalam kehidupan,
    Kau tersenyum ku tersenyum,
    Kemesraan menguntum.

    Senyum... kepada semua,
    Senyumanmu amatlah bermakna,
    Senyum... membahagiakan,
    Dengan senyuman terjalinlah ikatan...

    Ahad, 17 Jun 2007

    gunong stong lagi - beliawanis

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:20 PTG 0 ulasan

    Ahad, 10 Jun 2007

    Taniah kepada Pak Lah

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 8:41 PG 0 ulasan

    "Abdullah yang kelihatan tampan dan segak mengenakan sepasang baju Melayu berwarna krim, bersongkok dan bersamping songket warna serupa manakala isterinya memakai baju kurung berwarna sedondon dan selendang putih." -utusan online 10 Jun 2007.

    Cik Awan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kita Pak Lah yang melangsungkan perkahwinan kelmarin. Harapnya dengan perkahwinan memberi momentum baru kepada PM untuk meningkatkan prestasi kehidupan dan dalam kerjaya. Sesungguhnya di sebalik kejayaan seseorang lelaki dibelakangnya ada seorang wanita.

    Diharapkan kepada isteri baru PM yang dah menjadi "first lady" dapat memberi dorongan kepada "orang pertama" negara supaya prestasi kerja meningkat supaya harapan rakyat tidak dikecewakan. Harapnya fenomena tidur di dalam mesyuarat tidak berlaku lagi. Dengan perkahwinan ini harapnya memberi semangat baru kepada PM untuk merealisasikan harapan agama, bangsa, dan negara.

    Cik Awan mendoakan agar perkahwinan ini kekal ke anak cucu dan sentiasa mendoakan kebahagian yang kekal abadi. Harapnya Allah akan sentiasa memeberikan taufik dan hidayahnya selalu.

    Rabu, 6 Jun 2007

    cukuplah kematian satu peringatan

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:39 PG 1 ulasan

    "Setiap yang bernyawa pasti akan menemui mati".

    Begitulah peringatan Allah di dalam al-Quran. Tapi manusia tidak mengambil iktibar daripada peringatan tersebut. Buktinya manusia masih lagi leka dan lalai dengan arus dunia yang tidak menentu. Manusia masih lagi dalam maksiat. Mereka tidak sedar bahawa maut akan datang bila-bila masa tidak mengenal tua atau muda. Sebagai muslim yang bijak, kita hendaklah membuat persiapan untuk menghadapi mati. Semua sedia maklum persiapan menghapi mati ni seperti buat amalan yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang. Cik Awan tak mahu mengulas panjang tentang persiapan menghadapi mati ni.

    Pada 5 Jun 2007, Cik Awan bersama rakan-rakan seperjuangan melawat pusara Allahyarham Khairul Azri di Pasir Mas. Sudah hampir setahun sahabat Cik Awan ini meninggalkan dunia yang fana ini. Namun kenangan bersama masih lagi segar dalam ingatan. Sumbangan dan jasa sentiasa dikenang dan dihargai. Hanya doa yang dapat diberikan buat sahabatku yang tesayang. Al-Fatihah..

    Khamis, 31 Mei 2007

    Membudayakan budaya kerja ketika Belajar

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:40 PG 0 ulasan

    Setelah sebulan lebih Cik Awan menjalani latihan industri di Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi, Universiti Sains Malaysia kampus kesihatan, banyak perkara yang dipelajari. Selain dapat mengaplikasi dan mengimplementasikan ilmu dan pengetahuan yang dipelajari di universiti ada ilmu baru yang tiada dan tidak dapat diajar didalam kelas.

    Suasana berkerja amat berbeza dengan suasana belajar di kampus. Berkerja memerlukan disiplin yang tinggi. Setiap pekerja perlu tiba di pejabat sebelum pukul 8.10 pagi dan pulang selepas pukul 5.10 petang tiap-tiap hari. Berbeza dengan suasana kampus yang mana pelajar hanya pergi ke kampus jika ada kelas atau urusan lain.
    Jika tidak mahasiswa hanya berada di kolej. Semua maklum, jika berada di kolej masa yang digunakan tidak produktiviti yakni tidak banyak menyumbang kepada pembangunan akademik dan juga modal insan.

    Walaupun kita tiada kelas pada pukul lapan pagi, kita sepatutnya telah berada di kampus pada waktu tersebut. Begitulah pesan pensyarah saya jika kita ingin menjadi pelajar yang berjaya. Gunakan masa belajar di kampus ini dengan semaksima yang mungkin, kerana pada masa inilah peluang kita untuk belajar. Peluang hanya datang sekali. Begitulah penegasan pensyarah saya apabila bertemu denganya.

    Rancanglah sebaiknya aktiviti yang hendak dilakukan semasa berada dikampus. Buatlah samada hendak ulang kaji, buat latihan, membaca, jumpa pensyarah dan macam-macam lagi yang penting aktiviti tersebut menyumbang kepada kecemerlangan akademik kita.

    Di tempat kerja memerlukan kita untuk berkomunikasi dengan staf untuk melakukan kerja kita. Maknanya kita tidak bekerja seorang. Kita bekerja dengan orang. Ini akan meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan staf yang lain. Ini berbeza dengan suasana kampus yang mana persekitaran kita hanyalah pelajar dan pensyarah. Ini adalah suasana sebenar kita apabila bekerja nanti dan kita dapat belajar lebih awal.

    Dewasa ini ramai graduan tidak dapat bekerja masalah utamanya ialah tidak mempunyai kemahiran berkomunkasi yang berkesan. Jika kita mengambil kesempatan ini dengan sebaiknya mungkin masalah tadi dapat diatasi.

    Jadi banyak faedahnya jika kita sebagai mahasiswa yang masih lagi belajar membudayakan budaya kerja ketika belajar dikampus. Ini sebahagian sahaja budaya kerja yang saya petik untuk difikirkan bersama. Banyak lagi budaya kerja yang patut kita contohi dan untuk diamalkan dan seterusnya memberi kesan yang baik kepada akademik kita.

    Ini adalah untuk peringatan kita bersama kerana ingat memperingati itu akan memberi menafaat untuk orang yang beriman. Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan. Wallahualam.

    Isnin, 28 Mei 2007

    Stong Wars

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:29 PG 0 ulasan
    Belum cuba, belum tahu

    Begitulah ungkapan yang dapat disebut apabila dapat menyelesaikan misi ekpedisi Stong '07 anjuran Kerajaan Negeri Kelantan. Kali terakhir Cik Awan mendaki Gunung Stong pada tahun 1999. Alhamdulillah tidak banyak perubahan yang berlaku pada kawasan pergunungan ini. Ini bermakna kawasan ini terpelihara daripada pencemaran dan kemusnahan. Syukur pada Ilahi.

    Ekpedisi ini memakan masa selama 3 hari 2 malam. Pada malam pertama cik Awan bersama 75 peserta lain bermalam di kaki Gunung Stong. Pada keesokkan harinya seawal pukul lapan pagi peserta memulakan perjalanan ke kem Baha. Peserta perlu berkhemah di kem Baha sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Stong.
    Dari kaki gunung ke kem Baha mengambil masa selama 2-2.3o jam dan dari kem Baha ke puncak mengambil masa selama 4 jam.

    Alhamdullah syukur kepada Ilahi kerana cik Awan dapat menawan sekali puncak Gunung Stong buat kali yang kedua. Segala mehnah dan tribulasi dalm perjalanan dapat diharungi dengan tabah. Terima kasih diucapkan kepada teman-teman seperjuangan yang bersama-sama mendaki. Dorongan dan sokongan mereka membuatkan Cik Awan bersemangat dan kuat untuk mendaki dan seterusnya menawan puncak gunong Stong.

    Selain daripada keindahan alam ciptaan Tuhan, banyak pengajaran yang Cik Awan dapat daripada ekpedisi ini. Dalam perjalanan ke puncak Cik Awan rasa betapa lemahnya kita. Gunung ini adalah sebahagian kecil daripada ciptaanNya. Itu pun kita tidak mampu untuk mendakinya. Cuba kita bayangkan hari akhirat kelak. Adakah kita dapat melepasi ujian di padang mahsyar? Adakah kita dapat melepasi titian sirat? Dan macam-macam lagi.

    Ekspedisi ini membuatkan Cik Awan rasa kecil dan sangat lemah. Apabila bergelar makhluk maka ia bersifat lemah. Tiada kuasa yang lebih hebat dari Allah. Hanya Allah tempat pergantungan segala makhluk. Jadi tiada sebab kita tidak bersyukur kepadaNya. Laksanakan semua suruhan dan tinggalkan segala larangan. Insyaallah kita akan menjadi hamba yang beriman.

    Cik Awan rasa bersyukur kerana dapat mengikuti ekspedisi ini dan jika ada peluang akan menyertainya lagi.

    Selasa, 22 Mei 2007

    Bersyukur dan Keimanan

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:14 PG 0 ulasan

    Allah akan tambahkah nikmat kepada hambanya jika mereka bersyukur dan sebaliknya Allah akan tarik balik nikmatnya jika seseorang itu tidak bersyukur. Kita sebagai hamba kepada pencipta, tiada sebab untuk kita tidak bersyukur kepada Allah taala. Ini kerana semua benda dikurnia olehNya. Mula dari kita sendiri, udara yang kita sedut, makanan, bumi, masa dan macam-macam lagi dianugerahkan oleh Allah kepada kita tanpa dikenakan sebarang bayaranpun kepada kita.

    Apabila nabi kita Muhammad saw. bengkak kakinya disebabkan oleh beribadat, maka Aisyah bertanya kepadanya kenapa beribadat sehingga bengkak kaki sedangkan baginda maksum, bebas dari segala dosa. Nabi menjawab," Salahkan aku menjadi hamba yang bersyukur?". Di sini Nabi ingin mengajar kita bahawa syukur membawa pengertian yang besar dan mendalam dalam kehidupan kita. Ia menggambarkan tahap keimanan kita. Macamana kita nak mengukur samada kita bersyukur atau tidak. Jika kita melihat kepada mafhum ayat al-Quran dan hadis tersebut amalan kita menjadi ukuran. Semakin banyak amal kebajikan kita lakukan secara tidak langsung menunjukkan kita bersyukur kepada Allah. Segala amal perbuatan kita termasuk solat, puasa, bayar zakat dan macam-macam lagi adalah menandakan kita hamba yang bersyukur.

    Tiada sebab untuk kita mengabaikan segala suruhan Allah taala. Tiada sebab untuk kita melakukan larangan Allah taala atau denagan kata lain melakukan maksiat.

    Jadilah hamba yang bersyukur. Sentiasalah bersyukur. InsyaAllah dengan menjadi hamba yang bersyukur Allah akan meningkatkan tahap keimanan kita.

    Ahad, 20 Mei 2007

    Perkahwinan : suatu penyelesaian

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:27 PG 0 ulasan
    Sudah menjadi kebiasaan apabila tiba musim cuti persekolahan maka ramailah yang ingin mengakhiri zaman bujang mereka. Cik Awan pun banyak menerima jemputan sehingga tidak sempat nak pergi yang mana satu. Mana nak sempat satu hari 2,3 jemputan. Kalau yang dekat tidak mengapa, tapi kalau yang jauh kirim salam ajer ler kan?. Walaubagaimanapun jemputan kita kena penuhi. Mana yang termampu kita pergi.

    Sebut pasal kahwin isu yang paling hangat dibahaskan sekarang ini ialah wang hantaran dan juga mas
    kahwin. Ada yang setuju supaya wang hantaran atau mas kahwin tinggi dan ada yang tidak setuju. Masing - masing ada hujah masing-masing dan Cik Awan menghormati pendapat masing - masing kerana setiap pendapat ada pro dan contranya. Terpulang kepada kita untuk menilai samada untuk menerima atau tidak yang penting kahwin mesti dilaksanakan.

    Lain pula dikalangan pelajar-pelajar universiti atau lebih sedap dipanggil mahasiswa.
    Mereka mempunyai pelbagai persepsi mengenai kahwin. Sebahagian besar mereka mempunyai persepsi yang singkat berkaitan dengan perkahwinan. Bagi mereka perkahwinan perkara yang jauh dan tidak perlu difikirkan, tidak sampai masa dan macam -macam lagi.

    Sebaliknya Cik Awan memandang perkahwinan adalah suatu penyelesaian memandangkan masalah yang timbul dalam kampus khususnya dan dalam masyarakat disekeliling kita. Cik Awan suka kait isu ini dengan kampus sebab Cik Awan masih bergiat di dalam kampus. Semua orang tahu bahawa banyak masalah sosial dikalangan mahasiswa sekarang ini semakin meningkat. Antaranya buang anak, zina atau lebih dikenali sebagai seks bebas, mat dan minah rempit dan banyak lagi sehingga malu Cik Awan nak sebut kerana Cik Awan sendiri adalah mahasiswa. Cik Awan fikir perkahwinan sikit sebanyak dapat menyelesaikan masalah ini. Bagaimana?

    Di sini Cik Awan ingin
    ketengahkan isu "coupling" yang banyak berleluasa dikalangan mahasiswa. Banyaklah alasan mereka mengapa mereka bercoupling. Ada kata fitrah manusia nak bercinta, nak study group dan pelbagai hujah yang dangkal lagi yang mereka sudah tahu bahawa hujah itu tidak boleh diterima. Semua orang sudah tahu bahawa couple ini adalah muqaddimah zina yang membawa kepada pembuangan anak seterusnya menyumbang kepada masalah sosial yang lain. Di sini apakah tindakan pihak universiti dan dan juga ibu bapa dalam menangani masalah ini. Apakah mereka suka untuk menerima "cucu" pada bukan tempatnya? Atau mereka ada cara tersendiri untuk menyelesaikan masalah ini.

    Pada pendapat Cik Awan perkahwinan adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Apabila berkahwin pasangan couple ini menjalankan hubungan yang halal. Tiada masalah
    . Bertentangan dengan sebelum ini mereka menjalinkan hubungan yang haram. Setiap masa mereka berada dalam dosa. Kebanyakan mahasiswa yang couple ini bukanya cemerlang dalam akademik mereka, bahkan ramai yang gagal. Kenapa Cik Awan kata perkahwinan cara
    yang terbaik?

    Telah terbukti ramai mahasiswa yang kahwin semasa belajar ini berjaya dalam pelajaran dan hidup bahagia. Mereka menjadi lebih matang dalam menguruskan kehidupan mereka. Tanggungjawab sebagai suami dan isteri menjadikan mereka lebih matang dan bijak dalam merancang kehidupan m
    ereka. Ini dapat menjana modal insan yang diwar-warkan sekarang ini.

    Bagaimana pula nak melakasanakannya? Perkahwinan ini kompleks. Kos tinggi, Wang hantaran, meminang, kenduri, tok imam... pendek kata susahlah kahwin ni,. lecehlah. Memanglah perkara yang baik susah nak dapatkannya sebalikya perkara yang tak baik senang saja. Nak senang bercouple selepas tu zina dan dapat anak haram. Kan mudah tu.

    Apa nak berkira sangat duit ni. Mana lebih bernilai duit ke maruah?. Duit boleh dicari, maruah kalau hilang tidak boleh dibeli. Mana lebih sayang anak ke duit? Bagi ibu bapa yang sayangkan anak mereka kahwinkan anak mereka yang kuat bercouple yang dalam kategori parah. Tanggung semua kos perkahwinan mereka jika anak tidak bekerja lagi. Nak buat macamanakan tak kahwin kan mereka buat perkara tak senonoh, kahwin kan merek
    a takder duit jadi penyelesaiannya ibu bapa tanggung lah. ke guane?

    Kebanyakan universiti tidak mengambil serius tentang masalah couple ini. Sedangkan mereka tahu couple inilah yang menyumbangkan anak -anak haram kepada mereka. Mereka (universiti) tidak suka kepada anak haram ini tapi tidak marah kepada couple. Kan pelik bunyinya tu. Perkara yang tidak patut berlaku. Kalau tidak suka anak haram kena tidak suka kepada couple, baru betul. Baru padan dengan universiti sebuah institusi bijak pandai. "Mencegah lebih baik dari mengubatinya". Couple tiada anak haram tiada.

    Selain daripada mengadakan kempen kefahaman bahawa budaya couple ini haram disisi Islam, pihak universiti hendaklah menggalakkan mahasiswa untuk berkahwin bagi yang berada dalam kategori parah tadi. Cik Awan cadangkan agar pihak universiti menyediakan dana untuk membantu mahasiswa yang memerlukan bantuan untuk berkahwin. Itu lebih baik daripada menghabiskan duit untuk konsert dan program yang tidak berfaedah yang lain yang sikitpun tidak menyumbang kepda keintelektualan mahasiswa bahkan merosakkan mahasiswa.

    Banyak hikmahnya jika kita membuat apa yang disuruh oleh tuhan. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang dikehendaki oleh makhluknya. Perkahwinan adalah arahan d
    aripada Allah taala. Islam is the solution. Islam adalah penyelesaian. Tiada cara lain selain daripada cara Islam. Sekarang setara mana umat Islam sekarang ini betul -betul yakin dengan penyelesaian yang disediakan oleh Islam. Itu terletak pada tahap keimanan masing-masing.

    Cik Awan rasa tidak layak untuk menulis mengenai isu ini tapi atas dasar cakna dan prihatin terhadap masalah mahasiswa Cik Awan suka untuk mengutarakan pandangan dan pendapat untuk difikirkan bersama supaya masalah dikalangan mahasiswa dapat diatasi. Bagi Cik Awan masalah dalah serius dan perlu diatasi segera dan kita tidak mahu nasi telah jadi
    bubur. Mahasiswa hari ini akan menjadi pemimpin negara akan datang. Jika mahasiswa hari rosak maka pemimoin akan datang terdiri daripada pemimpin yang telah rosak yang mana kita telah merasa hari ini kesannya apabila negara dipimpin oleh pemimpin yang rosak akhlaknya. Berlakunya rasuah berlaluasa, bangunan bocor dan sebagainya yang mana rakyat keseluruhannya yang menjadi mangsa.Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang daripada kelamahan diri Cik Awan Sendiri, hakikatnya buruk dan bvaik itu kedua-duanya datang datang Daripada Allah taala. Wallahualam.

    Rabu, 16 Mei 2007

    rahsia pemakanan genius Islam

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 2:27 PTG 0 ulasan
    Oleh benmoktar

    "Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.

    Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

    1) MADU
    Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan k
    ecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

    CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
    PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

    2) KISMIS

    Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

    CARA MAKAN :
    i)Menghadap Kiblat
    ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
    iii)Baca doa penerang hati
    iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti m
    akan kacang.
    v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

    3) SUSU SEGAR
    Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menamb
    ahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

    CARA MINUM :
    i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
    ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

    4) TELUR
    Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

    5) HALIA
    Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

    CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

    6) LIMAU OREN
    Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

    7) BUAH DELIMA
    Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

    8) DAGING BURUNG MERPATI
    Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

    9) OTAK AYAM
    Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

    10) DAGING AYAM
    Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

    11) DAGING BIRI-BIRI
    Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

    12) HATI
    Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

    13) KEKACANG
    Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

    14) BUAH BADAM
    Untuk meningkatkan kecerdasan.

    15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
    Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

    16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
    Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

    17) BUNGA KOBIS
    Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

    18) BUNGA CENGKEH
    Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

    19) LABU
    Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

    20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
    Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

    21) MINYAK SAPI
    Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

    22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
    Juga membantu meningkatkan akal dan memori
    "

    Khamis, 26 April 2007

    Kita pula

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 8:04 PG 0 ulasan
    Cik Awan adalah seorang bergelar mahasiswa. Masa berada di kampus kita perlu menumpukan segala aktiviti kita kepada kegiatan yang berbentuk akademik. Munasabah dijadikan alasan bahawa kita tidak dapat untuk membaca selain daripada bahan bacaan akademik kerana memberi tumpuan kepada akademik.

    Sekarang kebanyakan kampus telah memulakan sesi cuti mereka. Maka ramailah pelajar universiti membuat perancangan, pelan strategik dan macam-macam lagi untuk mengisi masa cuti agar masa cuti mereka hanya sekadar cuti. Ada yang mahu mengisi masa cuti dengan bekerja, menyertai tuisyen, menyertai seminar, belajar di pondok dan banyak lagi.

    Bagi mereka yang ingin bekerja memang bagus kerana boleh menambahkan pendapatan da seterusnya dapat menolong sedikit sebanyak keluarga. Dalam keghairahan kita dalam bekerja jangan kita melupakan kita untuk membaca. Luangkan masa kita untuk membaca walau sesibuk mana kita. Bekerja adalah kerja sampingan kita sebagai mahasiswa sebaliknya belajar adalah tugas utama kita. Salah satu cara belajar adalah dengan membaca. Ingatlah bangsa yang berjaya adalah bangsa yang membaca. Kita idak akan kemana jika tidak membuat anjakan paradigma.

    Cik Awan tertarik dengan artikel Saari Sungib dalam harakahdaily.net yang menulisa tentang
    Pentingnya budaya membaca ketika dalam tahanan. Artikel tersebut dituju kepada tahanan dalam penjara. Pada pendapat Cik Awan kenapa artikel ini ditulis kerana tahanan dalam mempunyai masa di dalam penjara. Ini mempunyai persamaan dengan kita iaitu kita mempunyai masa ketika cuti yang perlu diisi dengan perkara yang berfaedah iaitu membaca.

    Mungkin isu yang kian menular dikalangan mahasiswa khususnya dan kaum melayu amnya ialah mahasiswa tidak minat membaca. Macamana hendak menbaca jika kita tidak minat membaca. Di sini Cik Awan suka untuk memberi cadangan kepada mereka yang mempunyai kurang minat membaca. Ini telah dibuat oleh Cik Awan dan beberapa sahabat, Alhamdulillah ia berkesan.

    1. kita baca bahan bacaan yang ringan seperti novel atau majalah. Carilah novel-novel yang menarik. Banyak terjual di pasaran.
    2. pupuklah diri kita untuk tidak kedekut membelajakan duit untuk membeli buku.
    3. simpan buku tersebut dengan baik, mungkin di masa yang lain kita mempunyai masa yang sesuai untu membaca buku tersebut.

    Semakin banyak buku kita baca munglin akan menambahkan lagi minat kita untuk membaca.

    -bangsa berjaya, bangsa memmbaca-
    -the leader is a reader-

    Pentingnya budaya membaca ketika dalam tahanan

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 7:57 PG 0 ulasan
    Saari Sungib | abuurwah@gmail.com
    Tue | Apr 03, 07 | 05:34:00 PM

    Pembangunan tarbiyyah ruhiyah bagi da'ie Tapol di penjara mesti diiringi dengan pemantapan tarbiyyah fikriyah. Teras tarbiyyah fikriyah adalah membaca dan membaca dan terus membaca.
    Langkah paling utama adalah bagi da'ie TAPOL untuk tidak terlalu akur dengan peraturan bilangan buah buku yang dibenarkan dibawa masuk oleh penjara.
    Peraturan di Kem Kamunting hanya membenarkan enam buah buku pada sesuatu masa dibawa masuk ke dalam blok tahanan. Dalam siri-siri yang lalu saya telah menceritakan bagaimana peraturan ini boleh tidak dipatuhi.
    Jika peraturan ini tidak dapat dirundingkan dengan pihak kem, da'ie TAPOL hendaklah merancang kemasukan bahan-bahan bacaan secara tertib dan teratur.
    Bagi seseorang da'ie, pembangunan tarbiyyah fikriyah hendaklah ada awlawiyyat atau keutamaannya. Jika awlawiyyat ilmu dan fikrah ini betul, insya' Allah akan terbinalah fikrah yang tawazun.
    Pembinaan tarbiyyah fikriyah da'ie TAPOL hendaklah menurut awlawiyyat berikut:

    • Memahami makna dan tafsir Al-Quran
    Jika da'ie itu seorang ustaz atau mantap menguasai bahasa Arab, berazamlah untuk menelaah sebanyak mana kitab tafsir muktabar yang selama ini hanya terletak dalam almari buku di rumah yang tidak kesampaian untuk dibaca kerana ia terlalu sibuk memenuhi undangan ceramah semasa di luar!
    Pilihlah beberapa surah atau ayat dan berazamlah untuk menggali makna dan tafsirnya daripada sekurang-kurangnya satu kitab tafsir klasik seperti tafsir Ibn Kathir atau tafsir At-Tabari dan satu kitab tafsir kontemporari seperti At-Tibyan oleh As-Sabuni atau Fi Zilal Al-Quran oleh Sayyid Qutb.
    Bagi da'ie TAPOL yang tidak menguasai bahasa Arab bolehlah membaca tafsir yang banyak terdapat dalam bahasa Melayu dan Inggeris.
    Seluruh Fi Zilal Al-Quran sudah terdapat dalam bahasa Melayu. Jangan lupa membaca tafsir revolusioner oleh Sayyid Abul A'la Al-Mawdudi. Da'ie TAPOL juga akan teruja bila membaca nota-nota ringkas tetapi padat oleh Muhammad Asad dalam tafsirnya. Untuk renungan realiti serantau menarik juga diteliti Tafsir Al-Azhar oleh Buya Hamka.
    Bersesuaian dengan manhaj Qurani elok kajian tafsir Al-Quran dimulakan dengan surah-surah Al-Fatihah, Al-Baqarah, Ali-Imran, Ani-Nisa', Al-Ma'idah dan Al-A'raf.
    Sesudah itu mantapkan kefahaman terhadap surah-surah Al-Anfal, At-Tawbah, Yusuf, Al-Isra' atau bani Israel, Al-Kahfi, An-Nur dan Al-Ahzab.
    Selepas itu bentengi kefahaman da'ie TAPOL terhadap tafsir Al-Quran dengan surah-surah Muhammad, Al-Fath dan Al-Hujurat.
    Tafsir ayat-ayat yang merumuskan sifat-sifat da'ie seperti yang terkandung dalam surah-surah Al-Mu'minun, Al-Furqan dan Al-Ma'arij hendaklah juga diteliti.

    • Membaca dan memahami hadith-hadith Nabi s.a.w.
    Memantapkan kefahaman da'ie TAPOL terhadap tafsir surah-surah dalam Al-Quran juga adalah kefahaman terhadap hadith dan syarah hadith yang muktabar.
    Jika da'ie itu seorang ustaz, inilah peluang untuk mentelaah Fathul Bari iaitu syarah Sahih Al-Bukhari oleh Ibn Hajar.
    Dapatkan jilid-jilid hadith Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim. Tetapi saya lebih senang meneliti dan mengamati hadith-hadith yang terkandung dalam kitab Al-Lu'lu wal-Marjan. Ini kerana kitab ini memuatkan semua hadith yang terkandung dalam kedua-dua Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim.
    Da'ie TAPOL juga akan kagum dengan kompilasi hadith dan athar yang disusun oleh Imam Malik dalam Al-Muwatta'.

    • Mendalami sirah nabawiyyah
    Sirah adalah kajian terhadap jalan hidup dan perjuangan Rasulullah s.a.w. Membaca buku-buku sirah dalam penjara amat mengesani jiwa seseorang da'ie TAPOL. Pemahaman terhadap fiqhus-sirah pula mengukuhkan kefahaman da'ie terhadap siasah dan manhaj perjuangan yang ditempuh oleh Rasulullah s.a.w. dalam mendaulatkan Islam.
    Buku sirah tulisan Sayyid Abul Hasan Ali An-Nadawi serta Rahiq Al-Makhtum oleh Safiur Rahman Al-Mubarakpuri dalam karya asal bahasa Arab atau terjemahan bahasa Melayu dan Inggeris pasti akan mengesani jiwa da'ie TAPOL.
    Buku fiqhus-sirah yang menjanjikan pulangan kefahaman yang mantap antaranya adalah buku-buku karya Abdul Hadi Awang, Mustafa As-Siba'i dan Al-Buti.
    Sekiranya ditakdirkan oleh Allah da'ie TAPOL bakal merengkok selama dua tahun di Kem Kamunting, sasarkanlah untuk membaca dan meneliti sekurang-kurangnya lima buah buku sirah nabawiyyah.

    • Mendalami sirah sahabah dan solafus soleh
    Jika sirah Nabi s.a.w memberi panduan tentang jalan dan manhaj perjuangan Rasulullah s.a.w, kajian terhadap sirah sahabah dan salafus soleh pula mengukuhkan kefahaman tentang golongan yang mendukung dan perjuangkan siarah dan tariqatus sunnah Rasulullah s.a.w.
    Kajian sirah para sahabah awla dimulakan dengan meneliti riwayat hidup dan perjuangan al-'asyarah al-mubasysyirah atau sepuluh sahabah yang dijanjikan syurga dan kesemua ummahatul mu'minin.
    Jiwa da'ie TAPOL khususnya ketika di penjara pasti merasakan betapa kerdilnya apa yang sedang dilaluinya berbanding dengan pengorbanan besar para sahabah dan sahabiyah seperti Al-Barra' bin Malik Al-Ansary, 'Asim bin Thabit, Fatimah Az-Zahra', Ummu Aiman, Safiyyah binti Abdul Muttalib, Bilal bin Rabah, Asma' binti Abu Bakar, Hussein bin Ali bin Abi Talib, Hasan bin Ali bin Abi Talib, Mus'ab bin Umayr, Khabbab bin Aarat, Khubaib bin Adiy, Sumayyah, Ammar dan ayahnya Yasir, Hanzalah bin Musayyidi, 'Ukkasyah bin Mihsan, Muadh bin Jabal, Abu Ayyub Khalid bin Zaid Al-Ansary, Anas bin Malik, Zaid bin Harithah, Usamah bin Zaid, Jaafar bin Abi Talib, Abdullah bin Rawaha, Tufail bin Amar Ad-Dausy, Salman Al-Farisi, Zaid bin Al-Khattab, Suhaib Ar-Rumi, Abdullah bin Mas'ud, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Salam, Abdullah bin Abbas, Nu'aim bin Mas'ud, Amru bin Al-As, Abdullah bin Amru bin Al-As, Khalid bin Al-Walid, Abu Musa Al-Ashaary, Nu'man bin Muqarrin Al-Muzany, Abu Darda', Umayr bin Saad, 'Ikrimah bin Abu Jahl, Abu Zar Al-Ghifari, 'Uqbah bin Amir Al-Humahy, Hakim bin Hazam, Zaid bin Thabit, Rabiah bin Kaab, Muhammad bin Maslamah, Huzaifah bin Yaman, Salim maula Abu Huzaifah dan ramai nama-nama besar lain.
    Di kalangan tabi'in dan solafus soleh kajilah pula riwayat hidup Umar bin Abdul Aziz, 'Urwah bin Zubayr, Hisham bin 'Urwah, Muthanna bin Harithah Asy-Syaibani, Hasan Al-Basri, Az-Zuhri, Asy-Sya'bi, Hammad, Abu Hanifah Nu'man bin Thabit, Muhammad Hasan Asy-Syaibani, Abu Yusuf Ya'qub bin Ibrahim, Malik, Syafie, Ahmad bin Hanbal, Ali bin Hussein As-Sajjad, Muhammad Al-Baqir, Jaafar As-Sodiq, Musa Al-Kazim, Ali bin Musa Ar-Ridha, Muhammad Al-Jawad, Muhallab bin Abi Sufra, Hasan Al-Askari, Al-'Izz Ibn Salam, Ibn Taymiyyah, Ibn Qayyim, Ibn Kathir, Shah Waliyullah Ad-Dahlewi, Imaduddin Al-Zanki, Nuruddin Al-Zanki dan Salahuddin Al-Ayyubi.

    • Menghayati kisah pejuang-pejuang Islam dan golongan tertindas dalam penjara

    Memang derita ditahan tanpa bicara dalam penjara. Namun derita tersebut menjadi terlalu kecil dan bahkan akan bertukar menjana kekuatan apabila da'ie TAPOL membaca kisah kehidupan pejuang-pejuang Islam ditahan dalam penjara seperti Hasan Al-Hudhaibi, Abdul Qadir Awdah, Sayyid Qutb, Umar At-Tilmesani, Muhammad Hamid Abu Nasr, Mustafa Masyhur, Sayyid Abul A'la Al-Mawdudi, Badiuzzaman Said An-Nursi, Ali Shariati, Ruhulah Musawi Al-Khomeini, Ahmad Yasin dan Abdul Aziz Rantisi.
    Tidak ada ruginya membaca pengalaman pejuang-pejuang yang dipenjara seperti Mahatma Gandhi di penjara penjajah British di India, Antonio Gramsci seorang ahli politik dan falsafah dalam penjara di Itali, Nelson Mandela dalam penjara di Robben Island dan Imam Abdulla Harun di Afrika Selatan, Malika Oufkir selama 20 tahun di penjara padang pasir Maghribi, Ani Panchen di penjara penjajah China di Tibet, Wei Jinsheng dalam penjara selama 20 tahun di bawah rejim Deng Xiao Ping, Mumia Abu Jamal pejuang kulit hitam dan Leonard Peltier pejuang Red Indian di penjara Amerika Syarikat dan K'tut Tantri pejuang kemerdekaan yang merengkok dalam penjara ketika pendudukan Jepun di Indonesia.
    Membaca kisah Lim Chin Siong dan Pak Said Zahari di penjara Singapura serta pengalaman Buya Hamka semasa orde lama dan Pramoedya Ananta Toer semasa rejim Seokarno dan orde baru Soeharto di Indonesia pasti menyuntik semangat kepada da'ie TAPOL.

    • Mempelbagaikan bacaan dalam pelbagai bidang
    Jika ada ruang masa untuk membaca akhbar harian pro-kerajaan yang dibenarkan masuk rebutlah peluang tersebut. Biasanya akhbar-akhbar tersebut telah ditapis yang bermakna ada bahagian-bahagian berita yang telah dikerat dan digunting daripada dada-dada akhbar tersebut. Sebelum akhbar-akhbar tersebut diambil semula, pastikan rencana-rencana menarik dikerat dan disimpan dengan baik untuk dijadikan bahan-bahan rujukan kemudian hari.
    Jika ada peluang peguam membawa masuk akhbar-akhbar alternatif seperti Harakah dan Suara Keadilan bacalah setiap isi kandungannya sebaik-baiknya. Itulah sumber berita alternatif untuk mengimbangi propaganda Umno-BN dalam akhbar-akhbar utama. Ia juga memberi perspektif sebenar terhadap apa yang didapati daripada berita di TV yang ditonton dalam penjara.
    Berikan juga sedikit waktu untuk melihat-lihat dan membaca rencana daripada majalah tempatan dan antarabangsa yang dapat dibawa masuk ke dalam.
    Selain itu pastikan keluarga anda membawa melalui peguam potongan berita dan rencana yang dicetak daripada daripada internet. Bacaan bahan-bahan internet amat terkemaskini.
    Bagi yang berjiwa dan berminat dengan fiksyen bolehlah juga membaca buku-buku tersebut. Alang-alang membaca novel saya syorkan bacalah empat buah buku karya Pramoedya Ananta Toer di bawah Edisi Pembebasan Karya Pulau Puru. Empat buah buku ini terdiri daripada Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca.
    Selain itu bacalah juga buku tentang sejarah dunia, falsafah, perubatan dan kesihatan, pemakanan dan gerakerja latihan fizikal, sains dan sains Islam dan juga karya-karya kartunis politik luar negara dan tempatan seperti Zunar.

    • Tingkatkan bacaan buku-buku sejarah politik tanah air
    Sebagai aktivis sosio-politik, da'ie TAPOL hendaklah juga meningkatkan kefahaman dan maklumat tentang sejarah politik dan perkembangan politik tanahair.
    Buku-buku Malaysian Politics under Mahathir oleh R.S. Milne & Diane K. Mauzy, Paradoxes of Mahathirism oleh Khoo Boo Teik dan Malaysia: Mahathirism, Hegemony and the New Opposition oleh John Hilley rasanya adalah tiga buah buku yang amat wajar dibaca oleh da'ie aktivis dalam politik Malaysia.
    Selepas itu pengukuhan juga perlu dilanjutkan dengan membaca buku Beyond Mahathir: Malaysian Politics and its Discontents juga oleh Khoo Boo Teik.
    Malangnya buku-buku karya penulis-penulis politik tanahair biasanya amat sukar dibenarkan masuk ke Kem Kamunting. Buku-buku karya Ahmad Lutfi Othman dan Mohd Sayuti Omar sudah hampir pasti tidak dibenarkan masuk ke sana!

    • Mendalami dan buat penyelidikan tentang ISA
    Da'ie TAPOL juga jangan lupa untuk membaca dan memahami latarbelakang sejarah akta zalim ISA.
    Inilah peluang yang terbaik untuk mendalami ISA kerana da'ie TAPOL sedang melalui penindasan itu sendiri.
    Dapatkan buku-buku tentang ISA. Apapun kritikan terhadap penulisnya, tesis Phd dengan tajuk Freedom under Executive Power in Malaysia: A Study of Executive Supremacy oleh Rais Yatim adalah satu bahan yang perlu diteliti oleh da'ie TAPOL.
    Selain itu buku ke-8 yang sempat saya hasilkan semasa berada di Kem Kamunting, iaitu ISA Undang-undang Haram...Wajib Dimansuhkan: Apa Pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan? juga boleh dijadikan rujukan.
    Selain itu bacalah sendiri teks akta ISA itu untuk menyelami betapa hebatkan manipulasi perbuatan manusia untuk terus mengekalkan kuasa dengan sanggup menindas hak rakyat.

    Rabu, 25 April 2007

    Cik Siti Wan Kembang

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:02 PG 0 ulasan

    Oleh Khairul Anuar Abdul Samad- bh online

    Wanita pertama perintah sebuah negeri selama 67 tahun bermula 1610 tidak pernah berkahwin

    RAMAI pasti terpinga-pinga atau menggelengkan kepala jika ditanya siapakah Cik Wan Kembang.

    Namun bila disebut Cik Siti Wan Kembang, orang pasti mengaitkan nama wanita itu dengan Kelantan hingga menjadi antara nama timangan negeri berkenaan yang turut bergelar Serambi Makkah.

    Berdasarkan catatan sejarah, nama sebenar raja keenam memerintah Kelantan dari keturunan Iskandar Shah itu ialah Cik Wan Kembang, yang diberikan ayahandanya, Sultan Ahmad.

    Berdasarkan buku ringkasan cerita Kelantan, karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, gelaran "Siti" diberikan seorang pedagang Arab yang membahasakan Cik Wan Kembang dengan "Siti".

    Ketika mengadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu membahasakan beliau dengan "Siti" dan panggilan "Siti" itu didengar beberapa orang yang berada di balai mengadap.

    Lalu seorang daripada kumpulan itu bertanya apakah erti "Siti" sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai.

    Terdapat juga sumber sejarah menyatakan beliau turut digelar panggilan Paduka Cik Siti.

    Buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid, terbitan Pustaka Al-Ahliah (1962), Siti bererti tuan (perempuan) yang layak digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah negeri.

    Dalam usia empat tahun, Cik Siti Wan Kembang kehilangan kasih sayang ayah yang mangkat menyebabkan pucuk pemerintahan Kelantan diambil alih Raja Husin.

    Sejarah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Kelantan bermula pada 1610. Berdasarkan sumber sejarah tempatan, dalam usia 30 tahun, beliau dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin.

    Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, Hulu Kelantan yang kemudiannya ditukar nama sebagai Gunung Chintawangsa, terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Nama gunung itu kekal hingga kini.

    Sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar terutama Arab dan China datang berdagang di negerinya membuatkan nama Cik Siti Wan Kembang terkenal.

    Walaupun seorang wanita, sebagai pemerintah, Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah memastikan negeri di bawah penguasaannya sentiasa berada dalam keadaan selamat.

    Kerana bimbangkan pemerintahan di Gunung Chintawangsa akan diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat pemerintahan saja.

    Beliau membuat keputusan meninggalkan Gunung Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu, beliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong.

    Di kota pentadbiran baru itu, beliau membina sebuah taman bunga sebagai tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan dengan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong, yang kini terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

    Apabila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya yang mendiami Gunung Ayam (berhampiran Sungai Nenggiri, kini Hulu Kelantan), membawa pelbagai persembahan untuk beliau.

    Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambang kijang pada wang emas negeri selain diabadikan pada sebahagian lambang kebesaran Kelantan yang kekal hingga kini.

    Di sebalik kecantikannya, Cik Siti Wan Kembang tidak bersuami walaupun ramai raja dan anak raja datang meminangnya. Ramai ditolak Cik Siti Wan Kembang dengan alasan tidak terlintas dihatinya untuk bersuami.

    Lama kelamaan, keadaan itu membuatkan Cik Siti Wan Kembang berasa kesunyian hidup sendirian. Apabila melihat Puteri Saadong, (Puteri Raja Loyor) ketika mengadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat mengambil puteri itu sebagai anak angkatnya.

    Rundingan di antara Raja Loyor dan permaisurinya berakhir dengan kerelaan mereka menyerahkan Puteri Saadong untuk dijaga Cik Siti Wan Kembang.

    Puteri Saadong adalah seorang gadis ayu serta cantik dan digelar penduduk Gunung Chintawangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu sampai kepada pengetahuan maharaja Siam yang menghantar utusan meminangnya tetapi ditolak Cik Siti Wan Kembang.

    Menyedari Raja Siam akan menimbulkan masalah berikutan penolakan lamaran itu, Cik Siti Wan Kembang mengahwinkan Puteri Saadong dengan Raja Abdullah (sepupunya) dari Jembal sebelum dimahkotakan di Kota Tegayong dan kemudian berpindah ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.

    Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah dan Puteri Saadong sebagai pemerintah Kelantan.

    Selepas pelantikan itu, Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Gunong Chintawangsa, kota pemerintahan awalnya dan selepas itu kisahnya tidak diketahui lagi.

    Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan selama 67 tahun, antara 1610 dan 1677 dengan dua pusat pemerintahan iaitu Kota Tegayong dan Gunung Chintawangsa.

    FAKTA

  • Nama asal Cik Wan Kembang
  • Kematian ayah sejak usia empat tahun
  • Raja Kelantan ke enam dari keturunan Sultan Iskandar Shah
  • Menjadi raja dalam usia 30 tahun pada 1610
  • Pusat pemerintahan, Gunung Chinta Wangsa dan Kota Tegayong
  • Tidak berkahwin dan menjadikan Puteri Saadong sebagai anak angkatnya
  • Binatang kesayangan adalah kijang dan menjadikan binatang itu sebagai lambang negeri
  • Memerintah Kelantan selama 67 tahun
  • Selasa, 24 April 2007

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:38 PTG 0 ulasan
    gambar saudara kita yang tidak kenal erti kalah dalam perjuangan..

    cik awan the return

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 8:59 PTG 0 ulasan
    cik awan adalah penulis amatur yang baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan. pada cik awan menulis pada blog ini adalah satu medan yang sesuai untuk mengasah bakat ataupun untuk untuk melatih kita untuk menulis disamping kita boleh berkongsi pendapat,saranan dan sebagainya.

    cik awan suka berkata begitu kerana cik awan terkilan dengan suasana kampus sekarang ini yang suram tidak bermaya tanpa dihiasi ceria kerana tiada siraman tunggaknya. tunggak utama sesebuah kampus ialah mahasiswa. mahasiswa sekarang ini tidak mampu untuk mencorakkan suasana kampus. macamana mereka hendak mencorakkan suasana jika mereka tidak mempunyai pengetahuan dan tidak mendepani isu semasa.

    selain daripada itu mahasiswa juga perlu mempunyai kemahiran untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan yang mereka ada. pada cik awan kemahiran ini amat penting kerana perkara yang kita hendak sampaikan akan jadi bermanfaat jika mesej tersebut difahami oleh odeon kita.

    mahasiswa perlu mendepani isu semasa di samping mempunyai akademik yang cemerlang. mahasiswa perlu daya intelek yang tinggi supaya tajuk mahasiswa setanding tarafnya..

    panadol

    Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 8:37 PTG 0 ulasan