Mari mengira Rokok

Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa haram bagi mereka tidak merokok tapi nak merokok dan makruh bagi mereka yang lama merokok. Tetapi kena pasang niat nak berhenti merokok.

Di sini cikAwan nak kita melihat merokok dari beberapa sisi. Sisi kesihatan, sisi ekonomi dan sisi sosial. Kesemua sisi tersebut mempunyai pro and kon masing-masing.

Sisi Kesihatan

Semua orang tahu merokok amat berbahaya kepada kesihatan. Bak kata pepatah merokok awet muda. Ye lah tak cukup umur 50 tahun dah passed away.  Kan awet muda tu. Bukan dia sahaja yang awet muda, bahkan juga orang lain yang berada di sekeliling pun diawet mudakan sekali.  Risiko orang yang menghidu asap rokok adalah lebih kurang sama dengan perokok.

Selain daripada itu jika kita ada penyakit merokok akan menambah lagi keterukan penyakit tersebut. Merokok menyumbang kepada penyakit jantung, menaikkan tekanan darah, strok, dan penyakit kordiovarsular yang lain.

Sisi Sosial

Dari segi sosial merokok ini tidak bersifat 1 Malaysia. Tidak semua orang suka merokok. Ada yang tidak boleh bau asap rokok. Busuk, jijik dan sebagainya, walaupun perokok merasakan mereka macho dengan rokoknya.Setiap sedutan adalah mutu gaya keunggulan. Tidak sebenarnya orang di sekeliling menyumpah dan mengeji sebenarnya. Tak nak disumpah orang so, janganlah merokok. Bertimbang rasa lah sket. Silap haribulan boleh berbalah dan memecah belahkan hubungan persaudaraan.

Sisi Ekonomi

Memanglah hasil cukai rokok amatlah tinggi. Kerajaan tak perlu subsidikan harga rokok ni sebab orang akan beli walau semahal mana pun. Harga rokok terpaksa dinaikkan dari semasa ke semasa kerana nak menampung kos promosi bahaya merokok dengan menampal gambar penyakit di kotak rokok. Cadangan CikAwan supaya diharamkan merokok masuk kemalaysia, tarik lesen rokok, seperti menarik lesen dadah.
Rokok takder barulah rakyat tidak merokok. Tarik lesen rokok maknanya kurang lah sumber pendapatan kerajaan malaysia. hmmm carilaha pendapat lain yang lebih berkat. CikAwan yakin pemimpin malaysia oarang yang cerdik-pandai belake. takkan tu jer sumber carilah sumber yang lebih berkat.

Semenjak dari kecil lagi CikAwan suka untuk mengira-ngira rokok ni. Kita ambil harga sokotak rokok dunhill RM 6sekotak. Biasanya perokok hisap 2 kotak sehari.Mari kita mengira.

1 hari =2 kotak = RM12
RM 12 x 30hari = RM360 sebulan
RM360 x 12 bulan = RM4320 setahun

WOW!!
RM 4320 setahun. Dua tahun boleh wat haji dah. tambah 3 tahun lagi dapat kahwin. HMM banyak tu. So, kuatkan semangat kita dengan berhenti merokok dan menyimpan duit rokok itu untuk masa depan kita. Selain mengelakkan membazir bahkan menelamatkan kita di masa depan.

Saya menyeru diri CikAwan dan pembaca semua supaya berhenti merokok (kepada yang merokok) dan menyimpan duit kita untuk masa depan.  Harapan tulisan yang tak seberapa ni dapat merobah diri kita dan menjadikan kita manusia serdik yang berfikir. Wallahu alam. 

Read Users' Comments ( 0 )

Basuhlah pinggan itu

Berada di perantuan dengan tujuan menimba ilmu diteruskan dengan mengutip air hujan emas di negeri orang banyak mengajar cik awan erti kehidupan. Kenapa kita buat itu, ini, kenapa begitu, begini. Alhamdulillah bumi darul runtuh ini banyak terdapat rezeki yang diturunkan Maha Pencipta. Dia akan mengurniakan segala rahmat dan rezekinya kepada hambanya yang bersyukur. Alhamdulillah

Tinggal bersama rakan-rakan taulan yang bersefahaman, cik awan  bahagia. Segala suka, duka, kapet merah, dugaan, onak dan duri dilalui bersama. Cik Awan suka dan bahagia   

Masing-masing ada komitmen. Sibuk dan mungkin kekurangan masa. Ada yang kena buat assignment, lab repot, study esok test, ada exam dan macam-macam lagilah. Cik awan pun begitu menjadi student, gitulah tanggungjawab utama ialah belajar. Belajar semua perkara.

Jika ada  bahan  mentah dirumah Cikawan akan menyiapkan sekadarnya. Kalau tak der pun cikawan akan cari dari kedai berhampiran. "Siap kita akan makan sama-sama." ya kita makan sama. Habis makan cik awan akan clearkan segala pinggan mangkuk.

Selalunya begitulah. Cik awan suka. Ketika sedang memasak cikawan teringat bonda nun jauh di tanah air. Bonda selalu menyuruh cik awan basuh pinggan selepas makan. " basuhlah pingge tuu.." (dialek kelantan). tapi cik awan basuhlah dengan segala keberatan (malas nak basuh). tapi bonda selalu suruh cik awan basuh gak walaupun last-last dia gak yang basuh. Bonda tak pernah serik menyuruh.

Mungkin bonda kecewa dengan sikap cikawan yang mempunyai sindrom akut berat nak melakukan kerja (malas) . Cik awan mitak maaf kepada bonda yang dirindui. sempena ulang tahun kelahiran cik awan yang ke 25  ni , cikawan mengucapkan jutaan terima kasih kerana melahirkan cik awan, membesarkan dengan penuh hikmah, tiada kekurangan kasih sayang ataupun yang berbentuk materialistik, semuanya cukup bagi cik awan. malah ia sudah terlebih jika dibandingkan dengan orang lain. Nanti kita buat kenduri ksyukuran, mitak doa selamat bonda , Ayahanda, adik-adik, kaum kerabat yang lain dan muslimin-muslimat keseluhurannnya.

Pertambahan usia banyak mengajar cikawan erti kehidupan. Cik awan semakin faham kenapa bonda melakukan kerjanya tanpa jemu, tanpa mengharapkan ganjaran daripada orang lain. Bonda melakukannya dengan ikhlas. Ikhlas dengan segalanya. Jika bonda minta bayaran dari setiap kerjanya, berapalah cikawan kena bayar. tak terbayarlah. tapi bonda ikhlas. "Ya Allah kurniakan ikhlas yang kau kurniakan kepada bondaku kepada ku."

Jika kita ikhlas kita akan melakukan sesuatu perkara itu dengan berterusan. tanpa disuruh oelh sesiapa. kita melakukan kerja itu. Tapi nak dapat ikhlas itu agak susah sket. perlu menjalani banyak ujian dan amalan. Ikhlaskan kita dalam membuat sesuatu perkara. sentiasalah memohon kepada Allah supaya dikurniakan ikhlas dalam diri.

Read Users' Comments ( 2 )

Siakap 3R terdampar di DS

Buat pertama kalinya siakap 3rasa terdampar di ds.

Di sini suka saya untuk berkongsi resepi bersama pembaca sekalian. ok. mula-mula sediakan 'awas'. awas dia terdiri daripada:

 1. 1 biji bawang besar
2. 3 ulas bawang putih
3. lengkuas 1 inci
4. halia 1 inci
5. ketumbar
 6. lada burung 10 biji
 7. bawang jeruk 1 biji
-kisar semua bahan awas diatas.
-ikan siakan 400 gram.
- sos cili
 -sos tiram
- nanas dipotong dadu

Cara memasak:

 1. Goreng ikan siakap sehingga garing
 2. tumiskan bawang putih
3. masukkan awas tadi, sos tiram dan sos cili
4. biarkan sampai masak
5. turapkan kuah tadi atas ikan siakap yang digoreng garing tadi
 6. taburkan daun ketumbar atas ikan mengikut kreativiti anda. siap!

 sedia untuk diamakan.
 ok selamat mencoba. Jangan lupa baca bismillah.

Read Users' Comments ( 0 )

GST Rakyat

Cukai barangan dan perkhidmatan (bahasa Inggeris: goods and services tax, GST) atau cukai nilai tambah (bahasa Inggeris: value added tax, VAT) ialah sejenis cukai penggunaan (CT) yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang telah ditambahkan kepada sesuatu produk. Berbanding dengan cukai jualan, VAT/GST dilihat sebagai neutral terhadap bilangan aliran di antara pembuat dan pengguna akhir manakala cukai jualan dikenakan ke atas nilai setiap peringkat (walaupun di Amerika Syarikat dan banyak negara lain, cukai jualan dikenakan hanya pada jualan akhir kepada pengguna akhir, dan satu cukai pengguna hanya kepada pengguna akhir; di sana tidak terdapat cukai yang dibayar pada peringkat pemborongan atau pembuatan). Hasilnya adalah melata (cukai-cukai hiliran dikenakan pada cukai-cukai awal/hulu). VAT ialah sejenis cukai tak langsung, di mana cukai ini dikutip daripada pihak yang tidak menanggung keseluruhan kos cukai. - wikipedia.

Point tentang GST

1. Peniaga dikehendakki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan . GST yang dikutip dibayar kepada kerajaan.
2. GST dikenakan ke atas bekalan yang di cukai iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan.
3. Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.
4. Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.
5. Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).
6. Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.
7. Beban akhirnya ialah pengguna.

*gambar hiasan

Read Users' Comments ( 0 )

Adab Bermusafir

1. Adab bermusafir bermula dari langkah pertama meninggalkan ambang pintu, hingga kemali semula ke rumah.
2. Adab pertama  ialah minta maaf dan minta halal  apa jua kezaliman terhadap orang lain.
3. Adab kedua ialah lunaskan hutang piutang.
4. Mesti berbekalkan wang atau apa jua harta yang halal dan bai, bekalan itu termasuk untuk bantu rakan taulan seperjalanan.
5. Apa jua bekalan hendaklah diniatkan bukan untuk kegunaan diri sendiri bahkan termasuk untuk melegakan kawan teman dan sesiapa jua yang memerlukan bantuan.
6. Berseloroh dengan kadar yang munasabah untuk menimbulkan suasana ceria dalam perjalanan.

Read Users' Comments ( 0 )

Selamat Pengantin Baru

Cik Awan mengucapkan selamat pengantin baru kepada pn. Norlina dan pasangannya En. Ashari. Selamat Bahagia dunia dan akhirat.

Read Users' Comments ( 2 )

Membina Istana Idaman

setiap individu mempunyai istana impian masing-masing. Cik Awan bersyukur kerana dapat membina istana impian dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Tahniah dan Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang memberikan sokongan.

Kompleks Istana Air Mata Rakyat

Istana Nasi Lemak

Istana Hati

Read Users' Comments ( 0 )

projek ayam daging ds semakin maju

kiti diamanahkan sebagai penjaga ayam

Read Users' Comments ( 0 )

the ultimate kitty

Read Users' Comments ( 0 )

SABAR SEBAHAGIAN DARI IMAN : tribute untuk sahabat

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِي

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
    وَالْعَصْرِ
    Demi masa
    إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ 
    Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
    إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 
    kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.      
    Sahabatku, Kehidupan memerlukan kesabaran dalam semua tindakan     Surah al-Asr diatas pun ada menyatakan nak berpesan kepada kebenaran sekali dengan berpesan dengan kesabaran. Setiap tindakan sertakan sekali dengan kesabaran.

Read Users' Comments ( 0 )

2010 : Projek Ayam Daging DS

Read Users' Comments ( 0 )

Tahun 2010

Read Users' Comments ( 0 )

Hilang Barang

"Amalan yang akan dijelaskan ini ialah bertujuan supaya barang yang hilang itu dikembalikan oleh orang yang mencuri. Dalam masa yang sama akibat dari amalan ini mungkin Allah memberi balasan kepada si pencuri, seperti sakit, atau apa-apa bencana yang mungkin melibatkan nyawa. Kerana itu seseorang yang hendak melakukannya perlu memikirkan kemungkinan buruk yang mungkin terjadi kepada pencuri. Adakah barang yang hilang itu sama nilainya dengan bencana yang mungkin diterima oleh pencuri akibat perbuatannya''.

-petikan dari buku perubatan Darussifa' tulisan Dr. Amran Kasimin dan Prof. Dr. Haron Din.

" Jangan mencuri, nanti orang sembahyang hajat, buncit perut."

Teringat semasa kecil-kecil dulu ketika bersembanng dengan kawan-kawan. Budak-budak pun sudah mengerti bahawa mencuri ni tak baik, tuhan marah, berdosa. Kalu orang berdoa sembahyang -buncit perut siapa yang mencuri.

Apa itu mencuri? Definisi yang mudahnya ialah mengambil barang orang tanpa kebenaran.

Jadi jika empunya barang minta balik barangnya cepat-cepat beri balik jangan sampai tuannya berdoa, sembahyang hajat dan sebagainya. Nanti kalau dah buncit perut susah nak berubat.

Read Users' Comments ( 3 )

picture of the day...

ni kucing yang tinggal kat umah sewa. namanya kittun. tapi glamor dengan panggilan kiti.

Read Users' Comments ( 5 )

Diskriminasi Diteruskan Ke atas Kelantan

1. PM Malaysia kata kawasan galian petroleum di luar perairan kelantan dan menyebabkan kelantan tidak layak dapat royalti petroleum dan hanya dapat wang ehsan sahaja.

2. Jika berada di luar perairan kelantan kenapa dapat wang ehsan? Wang ehsan pun sepatutnya tidak dapat kerana kelantan tidak layak kerana ia bukan hak kelantan untuk menerimanya.

3. Begitu juga negeri terengganu yang kawasan galian berada di luar perairan terengganu dan menyebabkan negeri tersebut hanya layak untuk menerima wang ehsan sahaja bukan wang royalti.

4. Walaubagaimanapun, terengganu mendapat wang ehsan tahun 1999 selepas terengganu diperintah oleh PAS. Sebelum itu, pada masa pemerintahan UMNO terengganu molek-molek ada mendapat wang royalti.

5. Walaupun sekian lama mendapat wang royalti dan juga wang ehsan daripada hasil galian petroleum, terengganu masih menggungguli tempat pertama negeri termiskin di semenanjung Malaysia, dan tempat kedua termiskin di Malaysia selepas Sabah. Statistik ini pernah dikeluarkan pada tahun 2006.

6. Ini menunjukkan kelemahan pentadbiran UBN dalam menguruskan hasil mahsul negeri dan negara yang mana kita sedia maklum mengalami ketirisan dalam setiap pengurusannya.

7. Walaupun hasil yang diterima oleh Terengganu banyak tetapi rakyatnya masih miskin. Siapa yang kaya? Ya. tentulah pemimpin UBN yang kaya. Buktinya kita boleh melihat kepada projek-projek pembangunan yang kononnya ingin membasmi kemiskinan seperti Masjid hadhari yang semakin runtuh satu persatu, Stadium yang paling canggih di pantai timur, pun dah runtuh, dan banyak lagi kita dah dengar kerana sudah di gegerkan dalam media massa dan juga media cetak.

8. Setiap keruntuhan sedikit sebanyak membuktikan bahawa setiap projek yang dibawa masuk mengalami ketirisan. Perkara ini terbukti di negeri Terengganu.

9. Perkara yang sama akan dibwa ke Kelantan. Wang ehsan akan disalurkan melalui projek pembangunan atau untuk membasmi kemiskinan. Sejauh manakah kebenaran ini?

10. Adakah nasib yang diterima oleh terengganu  akan berlaku kepada negeri Kelantan juga?

Read Users' Comments ( 2 )

Bajet 2010 : Memacu Dalam Hemat

Bajet Kelantan 2010 'Memacu Dalam Hemat'

1. Penjanaan ekonomi untuk semua rakyat akan diberikan tumpuan khusus terutamanya galakan usahawan.

2. Pembinaan Insan Kamil yang berteraskan taqwa akan dibuat memalui pembangunan modal insan dan perkongsian penderitaan melalui pembelaan golongan daif, miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas.

3. Memacu pembelaan kepada golongan daif, miskin, orang kurang upaya, armalah dan warga emas

sumber : harakahdaily.net

Read Users' Comments ( 1 )

nak apdet

nak apdet blog ... tapi tak sempat lagi..
nak siapkan tesis FYP..
fuh ... poning kepala ..

Read Users' Comments ( 1 )

Empat perkara untuk pulihkan pilihanraya - NIEI

* Dipetik dari Harakah daily.net

KUALA LUMPUR, 12 Okt:
Institut Intergriti Pengundi Kebangsaan (NIEI) mencadangkan empat perkara bagi memulihkan pilihan raya di negara ini kerana apa yang ada sekarang mencemarkan pilihanraya.

Ini kerana, pilihan raya yang berlaku di Bagan Pinang telah tercemar. Ia sepatutnya telus, bebas dan adil.

Apa yang berlaku adalah,

1) ketidak telusan pengundian pos;

2) rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji,

3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi; dan

4) Perbelanjaan berkempen.

Demikian kenyataan yang dibuat NIEI dalam satu kenyataan medianya berdasarkan pemerhatian mereka dalam pilihan raya kecil itu baru-baru ini.

Berikut adalah kenyataan penuh NIEI:

National Institute for Electoral Integrity (NIEI) telah memantau perjalanan pilihanraya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Bagan Pinang (N 31) bermula dari hari penamaan calon pada 3 Oktober sehinggalah berakhirnya proses pengundian pada 11 Oktober 2009.

Didalam pemantauan pilihanraya, terdapat dua kaedah yakni stationary monitoring (pemantau ditugaskan untuk tunggu disetiap tempat mengundi) dan mobile monitoring (pemantau bergerak).

ImageNIEI menggunakan kaedah mobile monitoring dimana pemantau-pemantau NIEI bergerak untuk memantau perjalanan pilihanraya di dalam kawasan N 31 bermula dari proses penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.

Di dalam pemantauan NIEI di kerusi N 31, terdapat beberapa perkara yang telah mencemarkan PRK yang seharusnya telus, bebas dan adil.

Diantaranya ialah:

1) Ketidak telusan pengundian pos

Terdapat dakwaan bahawa senarai pengundi pos tentera yang diwartakan dan diberikan kepada calon-calon yang bertanding berbeza dari senarai pengundi pos tentera yang dipaparkan pada hari mengundi pos 8 dan 9 Oktober 2009. Selain daripada itu, terdapat juga dakwaan bahawa terdapat pengundi-pengundi pos yang didaftarkan lebih dari satu kem serta persara-persara tentera masih lagi terdapat dalam daftar pengundi pos.

Yang lebih menyedihkan lagi, SPR langsung tidak mengendahkan syak wasangka ini dan tidak membersihkan nama mereka dan maruah sebagai badan penggendali pilihanraya tidak dipertahankan.

Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengundian pos tidak lagi dipertikaikan pada masa akan datang, NIEI mencadangkan agar kaedah dan prosedur pengundian pos hendaklah dikaji semula dan diubah supaya ianya telus dan diyakini oleh rakyat. Image

Dari pengalaman pemerhatian NIEI di luar negara, Thailand dan Filipina yang mengalami konflik ganas, pengundian secara normal digunakan bagi anggota tentera mereka. Pusat pengundian yang dikendali sepenuhnya oleh SPR � serta hak-hak yang sama bagi agen parti, pemantau tempatan dan pemerhati antrabangsa � dibuka di dalam kem-kem tentera.

Jika terdapat undi pos tentera, ianya akan dikendalikan sepenuhnya oleh SPR negara tersebut. Tidak timbul langsung kontraversi senarai nama pengundi anggota tentera di sana.

2) Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji

Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji masih lagi berleluasa dalam PRK N 31 Bagan Pinang. Pemberiaan projek-projek kerajaan kepada penduduk Bagan Pinang semasa tempoh berkempen dilakukan secara berleluasa. Banyak kementerian-kementerian seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna digunakan untuk memberikan �rasuah politik� kepada pengundi Bagan Pinang secara terbuka.

Selain daripada itu, penyalahgunaan jentera kerajaan turut dilakukan secara berleluasa. Kedua-dua pihak yang bertanding dilihat menyalahgunakan harta rakyat terutama kenderaan milik kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Manakala UMNO-BN memonopoli dewan orang ramai, sekolah, KEMAS dan JKKK sebagai markas parti.

Amalan ini adalah satu kesalahan besar kerana seharusnya harta milik kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh digunakan bagi parti-parti politik yang bertanding semasa berkempen dalam pilihanraya.

Untuk memastikan pilihanraya akan datang adil kepada semua pihak yang bertanding, NIEI mencadangkan agar politik wang, janji peruntukan projek, projek kilat, salahguna jentera negara dan salahguna kemudahan awam hendaklah dihapuskan.

Di negara-negara jiran, terutamanya Thailand, Nepal dan Taiwan amalan ini diharamkan. Kesalahan bersabit dengannya akan diambil tindakan keras, iaitu SPRnya akan membatalkan calon bersalah daripada bertanding, atau dibatalkan kemenangan mereka.

Untuk menghapuskan amalan ini, undang-undang anti rasuah politik dan penyalahgunaan harta awam hendaklah digubal seperti yang dilaksanakan di Thailand dan Taiwan.

3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi

Amalan merayu undi dan tukang sorak telah menyebabkan ketegangan berlaku pada hari mengundi. Apabila perayu-perayu undi dari kedua-dua parti politik bersaing untuk merayu undi berhampiran dengan tempat pembuangan undi, ianya menggangu pengundi-pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

ImageSelain daripada itu kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik untuk mengangkut pengundi turut menyesakkan keadaan dihadapan tempat pembuangan undi yang biasanya dilaksanakan di sekolah.

Bagi memastikan pengundi-pengundi dapat berfikir dengan tenang sebelum masuk ke tempat pembuangan undi, NIEI menyarankan agar amalan merayu undi, tukang sorak dan penyediaan kemudahan pengangkutan untuk mengangkut pengundi dihapuskan.

Sebagai ganti, tempoh berkempen bolehlah diperpanjang seperti dua minggu bagi pilihanraya kecil dan sebulan bagi pilihanraya umum. Parti-parti politik bukan kerajaan yang sering tidak mendapat tempat di media arus perdana aktif berkempen pada hari mengundi oleh kerana tidak mendapat liputan yang adil oleh media arus perdana dan tempoh berkempen yang singkat, jika tempoh berkempen diperpanjangkan, semua pihak akan mendapat masa yang cukup untuk berkempen.

Selain daripada itu, SPR bolehlah menyediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi seperti van, kereta dan motosikal sebagai alternatif kepada kenderaan-kenderaan yang disediakan oleh parti politik.

4) Perbelanjaan berkempen

ImageDalam PRK Bagan Pinang, dapat disimpulkan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk berkempen bagi calon BN, Tan Sri Isa Samad telahpun melebihi had yang ditetapkan iaitu RM 100,000 bagi calon DUN. Menurut Seksyen 19(1) (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum hendaklah berbelanja tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu untuk calon Parlimen RM200,000 dan calon DUN RM100,000.

Akta ini harus digubal semula dan harus menyatakan bahawa ianya termasuklah kepada parti politik yang menyokong sesuatu calon tersebut. Kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) bolehlah dilakukan untuk memperketatkan lagi pemantauan perbelanjaan kempen.

NIEI berharap agar isu-isu yang dibangkitan akan diambil perhatian serius oleh SPR agar perjalanan pilihanraya di Malaysia dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Semua parti politik yang bertanding diseru agar bekerjasama bagi memastikan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia menjadi lebih adil, telus dan saksama. Pilihanraya yang berkredibiliti akan meyakinkan lagi rakyat dengan amalan demokrasi di Malaysia._

Read Users' Comments ( 0 )

Oktober : Bulan Bahasa Kebangsaan

Izinkan Cik Awan untuk menulis gaya Che Det..

1. Bulan bahasa adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai satu bahasa atau 1bahasa untuk mencapai perpaduan serta bahasa komunikasi.

2. Kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dirancakkan lagi sepanjang bulan ini (Oktober) supaya penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat akan melata.

3. Kerajaan juga akan mulai memperkenalkan Anugerah Tokoh Ilmuwan Negara iaitu sebagai satu pengiktirafan kepada ilmuwan negara yang memberikan komitmen dalam usaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa budaya tinggi.

Read Users' Comments ( 0 )

photo of the day

PIS NO WOR! NO SMOKING!

Read Users' Comments ( 0 )

Pelajar Usahawan

"Berani menanggung risiko" Adalah slogan bagi yang ingin bergelar usahawan. Tahniah kepada pelajar UMT yang mengambil kursus Keusahawanan yang membuka gerai masing-masing di dewan Sultan Mizan .

Cik Awan berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh pelajar yang terlibat mengenai produk masing-masing. Produk biasa tapi apabila ditambah nilai akan meningkatkan lagi harga produk tersebut.

Antara yang menarik perhatian ialah produk yang dijual oleh syarikat Dodol enterprise. Dodol yang biasa dijual dikedai berperisa pandan dan durian sahaja, tapi di gerai tersebut terdapat dodol berperisa strawberi, pisang dan oren. Susah nak dapat tempat lain.

Tauke Serunding enterprise - Pejuang serunding nasional

Penulis bersama tauke ABC services - syarikat perkhidmatan mengecat dll.

Read Users' Comments ( 1 )

Pasca Ramadan

Alhamdulillah kita telah berjaya menghadapi Ramadan al-mubarak dan kita meraikannya dengan merayakan Aidilfitri yang mulia.

Apabila kita merayakan Aidilfitri bermakna kita telah berjaya membersihkan diri dari segala kekotoran yang ada pada diri kita dengan tarbiah ramadan dan kita telah kembali kepada fitrah kita iaitu bersih dari segala dosa seperti kita mula-mula lahir ke dunia dahulu.

Jadi jangan kita cemarkan diri kita yangh bersih ini dengan tabiat buruk kita sebelum ini. Dalam Ramadan lalu pelbagai amalan pembersih jiwa seperti membaca koran, sembahyang sunat, zikir, sedekah dan banyak lagi kita lakukan yang mana menjadikan kita lebih bersih dan kembali kepada fitrah kita yang asal iaitu bersih.

Jadi, jangan biarkan ia berlalu bersama ramadan yang meninggalkan kita, jadikan amalan tersebut sebagai amalan kita walaupun ramaan meninggalkan kita. Sepertimana kita melakukan amalan tersebut dalam bulan ramadan lakukan juga dalam bulan -bulan yang lain. Jika kita dapat meneruskan dalam bulan yang lain, menandakan ramadan sebelum ini dapat mentarbiahkan diri kita. Ini adalah satu kejayaan yang besar bagi kita.

Marilah kita meneruskan amalan baik kita dalam Ramadan dalam bulan-bulan yang lain.

ke arah membina "1 UMMAH"

Read Users' Comments ( 0 )

Sibuk Mencari Tanda

Alhamdulillah kita telah masuk dalam fasa ke-3 dalam bulan Ramadan. Fasa pembebasan dari api neraka, juga terkandung malam laitul qadar.

Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang maksud-Nya: Dan sesiapa yang bangun mendirikan lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu. (riwayat Bukhari)

Kita suka suka untuk menyebut tentang tanda-tandanya sahaja, bahkan kalau tanya kanak-kanak hingusan pun tahu tanda-tanda lailatul qadar ini. Nak bagi tahu kepada kita bahawa tersohornya lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Tapi berapa ramai yang mengejar atau nak mengutip keberkatan malam tersebut? Senario yang biasa berlaku di tempat kita ialah ramai yang suka mengunjungi masjid ataupun surau pada awal ramadan sahaja. semakin lama ramadan semakin kurang yang berada di masjid.

Kebanyakannya lebih suka menghabiskan masa malamnya untuk membuat kuih, shopping beli baju raya dan sebagainya. Memanglah semua perkara ni penting, tapi bahagikanlah masa malam kita untuk mengutip segala keberkatan ramadan. Amatlah rugi bagi kita jika terlepas semua kebaikan dan ganjaran ramadan tersebut. Nak tunggu ramadan akan datang? Tidak tentu kita dapat menemui ramdan akan datang.

JAdi bersama-sama lah kita memanfaatkan ramdan yang berbaki beberapa hari lagi ni. Teringat slogan ramadan zaman muda-muda dulu " Tiap-tiap malam, malam lailatul qadar".

Selamat ramadan, dan selamat hari raya.

*gambar hiasan

Read Users' Comments ( 0 )

Buka Puasa

Alhamdulillah Ramadan kali ini Cik Awan dapat menjalani Ibadah puasa dengan baik. Pejam celik-celik hanya berbaki beberapa hari lagi ramadan nak meninggalkan kita. Harapnya kita semua dapat menemui Ramadan yang akan datang.

Read Users' Comments ( 0 )

Terawih

Bersama Reduan dan Muha cik Awan sempat bersolat terawih di masjid kristal. Masjid Kristal adalah antara destinasi solat terawih cik Awan.

Cahaya yang terpancar daripada lampu yang pelbagai warna menanbahkan lagi keindahan masjid ini. Siapa yang yang belum pernah kesini mesti terpegun.

Bacaan al-Quran yang lancar dan merdu dari imam yang diimpot khas dari Mesir, menambahkan lagi tahap kekhusukkan CikAwan. Tambah lagi hawa sejuk yang dihasilkan oleh penghawa dingin menjadikan suasana sangat selesa.

Harapnya bukan dalam Bulan ramadan sahaja masjid ini diimarahkan. Bulan-bulan lain juga begitu.

Read Users' Comments ( 0 )

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Read Users' Comments ( 0 )

Bersama kita berdoa

Read Users' Comments ( 0 )

Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya

Pn Rohayah Bt Yahaya
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Suka Cik awan nak berkongsi maklumat dengan saudara - saudari tentang ceramah yang di sampaikan oleh Pn Rohayah yang bertajuk "Membina Budaya Membaca" di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) UMT.

Ceramah tersebut sempena penutup minggu Kenali PSNZ yang telah berlangsung selama tiga hari. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk pameran jabatan perpustakaan, pesta buku, kuiz dan banyak lagi.

Cik Awan juga tidak ketinggalan untuk menyertai kuiz kenali PSNZ dan alhamdulillah dapat hadiah. Terima kasih kepada pihak PSNZ. Lain kali kalu cik awan masuk bertanding, bagilah menang.

Balik kepada ceramah "Membina Budaya membaca" tadi beberapa point penting yang dapat cik awan tangkap ialah:

Definisi Budaya Membaca
Amalan membaca apa-apa jenis bahan samada di dalam bentuk cetak/digital di mana-mana jua dari dalam bas, keratapi, kapal terbang, klinik mahupun di tempat-tempat formal seperti perpustakaan, bilik kuliah dan pejabat.

Budaya membaca adalah berkait rapat dengan budaya ilmu kerana proses pembacaan akan turut mematangkan fikiran seseorang individu.

Dalam ceramah tersebut Pn Rohayah menjelaskan mengapa masih menjadi masalah untuk membaca kerana:

1. Belum wujud budaya membaca dalam masyarakat kita dan penumpuan lebih kepada budaya
chatting dan lepak.
2. Pengaruh kuat media elektronik ke atas budaya ingin membaca yang telah mengalih
perhatian daripada membaca kepada ingin menonton.
3. Sikap kebanyakkan masyarakat Malaysia sangat berkira jika hendak membeli bahan
bacaan, tetapi tidak pula begitu semasa membeli bahan-bahan mewah.
4. Membaca dianggap sebagai suatu prosesyang terlalu intelektual khusus untuk satu
golongan tertentu sahaja dan bukan untuk semua golongan.
5. Mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang sentiasa membuang masa dengan berbual-bual
kosong serta lain-lain aktiviti yang tidak bermanafaat .
6. Kurangnya perpustakaan awam yang mudah dikunjungi.
7. Harga buku yang mahal serta tidak meminati bahan bacaan yang serius.
8. Cabaran era ICT mendedahkan ahli masyarakat terutama golongan remaja kearah menonton
televisyen, pergi ke supermarket, menggunakan telefon bimbit, menunggang motosikal serta
melepak bersama-sama rakan-rakan.

Faedah Membaca

1. Mampu meningkatkan daya pemikiran dan keintelektualan seseorang individu.
2. menjadikan individu itu lebih matang dan mampat serta dapat berdaya saing.
3. Mempunyai keterampilan, personality yang menawan dan mantap serta berkeyakinan
diri yang tinggi.
4. Menghaluskan budi pekerti serta mengeluarkan kata-kata yang boleh boleh menjadi penawar
kepada mereka yang sedang berduka.
5. Boleh membuat keputusan yang tidak boleh diperkotak-katikkan lagi.
6. Berinovatif serta terbuka kepada idea baru.
7. Kehidupan tidak seperti katak di bawah tempurung kerana sentiasa mengikuti perkembangan
semasa.
8. Mempunyai tahap emosi yang kuat kerana mereka yang membaca dengan penuh penghayatan akan
mempunyai jiwa yang tenang dan stabil.

Read Users' Comments ( 0 )

Syurga ada 8 Pintu

Beberapa hari lepas satu sms sampai ke dalam hanset Cik Awan. Mmmm sms dari sahabat yang lebih muda daripada Cik Awan bertanyakan tentang hadis yang berkaitan dengan ramadan.

Hadis tersebut ialah :

Apabila tibanya Ramadhan, terbukalah segenap pintu syurga, tertutup rapatlah segala pintu neraka dan syaitan dibelenggu kesemuanya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Cik awan tambah lagi bahawa Allah akan buka kesemua 8 pintu syurganya dan menutup 7 pintu nerakanya.

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah:
Berikut ialah mengenai Neraka:

Nama-nama pintu neraka

Neraka tempat penyiksaan itu kemudian banyak disebut orang dengan nama Jahannam. Jahannam itu memiliki 7 pintu, setiap pintu (tingkat), telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari para makhluk-Nya. Pintu (tingkat) neraka yang disebutkan didalam Al Qur'an adalah:

  • Hawiyah
    Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, yaitu mereka yang selama hidup didunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslim laki dan perempuan yang tidak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan jilbab, bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutra dan emas, mencari rejeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. Surah Al-Qari'ah.
  • Jahiim
    Neraka sebagai tempat penyiksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan disiksa oleh para sesembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah, karena syirik berarti menganggap bahwa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan bisa pula menganggap bahwa ada Tuhan selain Allah. Surah Asy-Syu'ara' dan Surah As-Saffat.
  • Saqar
    Neraka untuk orang munafik, yaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka mengetahui bahwa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. Surah Al-Muddassir.
  • Lazhaa
    Neraka yang disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mau bersedekah, membayar zakat, atau bahkan memasang muka masam apabila ada orang miskin datang meminta bantuan. Surah Al-Ma’arij.
  • Huthamah
    Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak atau platina, mereka yang serakah tidak mau mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan kepada manusia pengumpul harta. Surah Al-Humazah.
  • Sa'iir
    Neraka yang diisi oleh orang-orang kafir dan orang yang memakan harta anak yatim. Surah Al-Ahzab, Surah An-Nisa', Surah Al-Fath dan Surah Luqman.
  • Wail
    Neraka yang disediakan untuk para pengusaha atau pedagang yang licik, dengan cara mengurangi berat timbangan, mencalokan barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat-lipat. Barang dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan kedalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. Surah Al-Tatfif dan Surah At-Tur.

Neraka dipegang (ditahan) oleh tujuh puluh ribu tali, dan setiap talinya di pegang oleh tujuh puluh ribu malaikat.

Perkhabaran mengenai syurga dan neraka telah termaktub dalam Quran dan juga hadis. Harapannya ia akan memberi kesan kepada tahap ketakwaan dan keimanan kita. InsyaAllah ia akan memberi kesan kepada orang yang beriman.

Ramadan akan tiba. Selamat menghadapi bulan ibadat. Selamat beribadat.

Read Users' Comments ( 2 )

Pendekar Laut

Tahniah kepada dua ahli baru team pendekar laut. TAhniah kerana dapat menharungi ombak gelombang yang memeningkan kepala dan meloyakan tekak.

Read Users' Comments ( 0 )

Sabtu, 29 Mei 2010

Mari mengira Rokok

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:47 PG 0 ulasan
Dr Yusuf al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa haram bagi mereka tidak merokok tapi nak merokok dan makruh bagi mereka yang lama merokok. Tetapi kena pasang niat nak berhenti merokok.

Di sini cikAwan nak kita melihat merokok dari beberapa sisi. Sisi kesihatan, sisi ekonomi dan sisi sosial. Kesemua sisi tersebut mempunyai pro and kon masing-masing.

Sisi Kesihatan

Semua orang tahu merokok amat berbahaya kepada kesihatan. Bak kata pepatah merokok awet muda. Ye lah tak cukup umur 50 tahun dah passed away.  Kan awet muda tu. Bukan dia sahaja yang awet muda, bahkan juga orang lain yang berada di sekeliling pun diawet mudakan sekali.  Risiko orang yang menghidu asap rokok adalah lebih kurang sama dengan perokok.

Selain daripada itu jika kita ada penyakit merokok akan menambah lagi keterukan penyakit tersebut. Merokok menyumbang kepada penyakit jantung, menaikkan tekanan darah, strok, dan penyakit kordiovarsular yang lain.

Sisi Sosial

Dari segi sosial merokok ini tidak bersifat 1 Malaysia. Tidak semua orang suka merokok. Ada yang tidak boleh bau asap rokok. Busuk, jijik dan sebagainya, walaupun perokok merasakan mereka macho dengan rokoknya.Setiap sedutan adalah mutu gaya keunggulan. Tidak sebenarnya orang di sekeliling menyumpah dan mengeji sebenarnya. Tak nak disumpah orang so, janganlah merokok. Bertimbang rasa lah sket. Silap haribulan boleh berbalah dan memecah belahkan hubungan persaudaraan.

Sisi Ekonomi

Memanglah hasil cukai rokok amatlah tinggi. Kerajaan tak perlu subsidikan harga rokok ni sebab orang akan beli walau semahal mana pun. Harga rokok terpaksa dinaikkan dari semasa ke semasa kerana nak menampung kos promosi bahaya merokok dengan menampal gambar penyakit di kotak rokok. Cadangan CikAwan supaya diharamkan merokok masuk kemalaysia, tarik lesen rokok, seperti menarik lesen dadah.
Rokok takder barulah rakyat tidak merokok. Tarik lesen rokok maknanya kurang lah sumber pendapatan kerajaan malaysia. hmmm carilaha pendapat lain yang lebih berkat. CikAwan yakin pemimpin malaysia oarang yang cerdik-pandai belake. takkan tu jer sumber carilah sumber yang lebih berkat.

Semenjak dari kecil lagi CikAwan suka untuk mengira-ngira rokok ni. Kita ambil harga sokotak rokok dunhill RM 6sekotak. Biasanya perokok hisap 2 kotak sehari.Mari kita mengira.

1 hari =2 kotak = RM12
RM 12 x 30hari = RM360 sebulan
RM360 x 12 bulan = RM4320 setahun

WOW!!
RM 4320 setahun. Dua tahun boleh wat haji dah. tambah 3 tahun lagi dapat kahwin. HMM banyak tu. So, kuatkan semangat kita dengan berhenti merokok dan menyimpan duit rokok itu untuk masa depan kita. Selain mengelakkan membazir bahkan menelamatkan kita di masa depan.

Saya menyeru diri CikAwan dan pembaca semua supaya berhenti merokok (kepada yang merokok) dan menyimpan duit kita untuk masa depan.  Harapan tulisan yang tak seberapa ni dapat merobah diri kita dan menjadikan kita manusia serdik yang berfikir. Wallahu alam. 

Khamis, 6 Mei 2010

Basuhlah pinggan itu

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:01 PG 2 ulasan
Berada di perantuan dengan tujuan menimba ilmu diteruskan dengan mengutip air hujan emas di negeri orang banyak mengajar cik awan erti kehidupan. Kenapa kita buat itu, ini, kenapa begitu, begini. Alhamdulillah bumi darul runtuh ini banyak terdapat rezeki yang diturunkan Maha Pencipta. Dia akan mengurniakan segala rahmat dan rezekinya kepada hambanya yang bersyukur. Alhamdulillah

Tinggal bersama rakan-rakan taulan yang bersefahaman, cik awan  bahagia. Segala suka, duka, kapet merah, dugaan, onak dan duri dilalui bersama. Cik Awan suka dan bahagia   

Masing-masing ada komitmen. Sibuk dan mungkin kekurangan masa. Ada yang kena buat assignment, lab repot, study esok test, ada exam dan macam-macam lagilah. Cik awan pun begitu menjadi student, gitulah tanggungjawab utama ialah belajar. Belajar semua perkara.

Jika ada  bahan  mentah dirumah Cikawan akan menyiapkan sekadarnya. Kalau tak der pun cikawan akan cari dari kedai berhampiran. "Siap kita akan makan sama-sama." ya kita makan sama. Habis makan cik awan akan clearkan segala pinggan mangkuk.

Selalunya begitulah. Cik awan suka. Ketika sedang memasak cikawan teringat bonda nun jauh di tanah air. Bonda selalu menyuruh cik awan basuh pinggan selepas makan. " basuhlah pingge tuu.." (dialek kelantan). tapi cik awan basuhlah dengan segala keberatan (malas nak basuh). tapi bonda selalu suruh cik awan basuh gak walaupun last-last dia gak yang basuh. Bonda tak pernah serik menyuruh.

Mungkin bonda kecewa dengan sikap cikawan yang mempunyai sindrom akut berat nak melakukan kerja (malas) . Cik awan mitak maaf kepada bonda yang dirindui. sempena ulang tahun kelahiran cik awan yang ke 25  ni , cikawan mengucapkan jutaan terima kasih kerana melahirkan cik awan, membesarkan dengan penuh hikmah, tiada kekurangan kasih sayang ataupun yang berbentuk materialistik, semuanya cukup bagi cik awan. malah ia sudah terlebih jika dibandingkan dengan orang lain. Nanti kita buat kenduri ksyukuran, mitak doa selamat bonda , Ayahanda, adik-adik, kaum kerabat yang lain dan muslimin-muslimat keseluhurannnya.

Pertambahan usia banyak mengajar cikawan erti kehidupan. Cik awan semakin faham kenapa bonda melakukan kerjanya tanpa jemu, tanpa mengharapkan ganjaran daripada orang lain. Bonda melakukannya dengan ikhlas. Ikhlas dengan segalanya. Jika bonda minta bayaran dari setiap kerjanya, berapalah cikawan kena bayar. tak terbayarlah. tapi bonda ikhlas. "Ya Allah kurniakan ikhlas yang kau kurniakan kepada bondaku kepada ku."

Jika kita ikhlas kita akan melakukan sesuatu perkara itu dengan berterusan. tanpa disuruh oelh sesiapa. kita melakukan kerja itu. Tapi nak dapat ikhlas itu agak susah sket. perlu menjalani banyak ujian dan amalan. Ikhlaskan kita dalam membuat sesuatu perkara. sentiasalah memohon kepada Allah supaya dikurniakan ikhlas dalam diri.

Sabtu, 1 Mei 2010

Siakap 3R terdampar di DS

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:47 PTG 0 ulasan
Buat pertama kalinya siakap 3rasa terdampar di ds.

Di sini suka saya untuk berkongsi resepi bersama pembaca sekalian. ok. mula-mula sediakan 'awas'. awas dia terdiri daripada:

 1. 1 biji bawang besar
2. 3 ulas bawang putih
3. lengkuas 1 inci
4. halia 1 inci
5. ketumbar
 6. lada burung 10 biji
 7. bawang jeruk 1 biji
-kisar semua bahan awas diatas.
-ikan siakan 400 gram.
- sos cili
 -sos tiram
- nanas dipotong dadu

Cara memasak:

 1. Goreng ikan siakap sehingga garing
 2. tumiskan bawang putih
3. masukkan awas tadi, sos tiram dan sos cili
4. biarkan sampai masak
5. turapkan kuah tadi atas ikan siakap yang digoreng garing tadi
 6. taburkan daun ketumbar atas ikan mengikut kreativiti anda. siap!

 sedia untuk diamakan.
 ok selamat mencoba. Jangan lupa baca bismillah.

GST Rakyat

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 1:04 PTG 0 ulasan
Cukai barangan dan perkhidmatan (bahasa Inggeris: goods and services tax, GST) atau cukai nilai tambah (bahasa Inggeris: value added tax, VAT) ialah sejenis cukai penggunaan (CT) yang dikenakan ke atas apa sahaja nilai yang telah ditambahkan kepada sesuatu produk. Berbanding dengan cukai jualan, VAT/GST dilihat sebagai neutral terhadap bilangan aliran di antara pembuat dan pengguna akhir manakala cukai jualan dikenakan ke atas nilai setiap peringkat (walaupun di Amerika Syarikat dan banyak negara lain, cukai jualan dikenakan hanya pada jualan akhir kepada pengguna akhir, dan satu cukai pengguna hanya kepada pengguna akhir; di sana tidak terdapat cukai yang dibayar pada peringkat pemborongan atau pembuatan). Hasilnya adalah melata (cukai-cukai hiliran dikenakan pada cukai-cukai awal/hulu). VAT ialah sejenis cukai tak langsung, di mana cukai ini dikutip daripada pihak yang tidak menanggung keseluruhan kos cukai. - wikipedia.

Point tentang GST

1. Peniaga dikehendakki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan . GST yang dikutip dibayar kepada kerajaan.
2. GST dikenakan ke atas bekalan yang di cukai iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan.
3. Peniaga bayar GST bila membeli barangan dan perkhidmatan. Biasanya mereka boleh menuntut kembali kredit “cukai input ” kepada GST yang dibayar.
4. Kredit “ cukai input ” ditampung semula dari GST yang dikutip.
5. Jika caj GST melebihi kredit “ cukai input ” bagi satu tempoh , peniaga perlu remit GST kepada kerajaan. Jika kredit “cukai Input” melebihi GST yang dicaj, peniaga akan biasanya mendapat wangnya semula (refund).
6. Kesan akhirnya peniaga mengenakan caj GST tetapi tidak menyimpannya dan membayar GST tetapi mendapat kredit “cukai input”.
7. Beban akhirnya ialah pengguna.

*gambar hiasan

Jumaat, 23 April 2010

Adab Bermusafir

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:46 PG 0 ulasan
1. Adab bermusafir bermula dari langkah pertama meninggalkan ambang pintu, hingga kemali semula ke rumah.
2. Adab pertama  ialah minta maaf dan minta halal  apa jua kezaliman terhadap orang lain.
3. Adab kedua ialah lunaskan hutang piutang.
4. Mesti berbekalkan wang atau apa jua harta yang halal dan bai, bekalan itu termasuk untuk bantu rakan taulan seperjalanan.
5. Apa jua bekalan hendaklah diniatkan bukan untuk kegunaan diri sendiri bahkan termasuk untuk melegakan kawan teman dan sesiapa jua yang memerlukan bantuan.
6. Berseloroh dengan kadar yang munasabah untuk menimbulkan suasana ceria dalam perjalanan.

Ahad, 31 Januari 2010

Selamat Pengantin Baru

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 2:48 PTG 2 ulasan
Cik Awan mengucapkan selamat pengantin baru kepada pn. Norlina dan pasangannya En. Ashari. Selamat Bahagia dunia dan akhirat.

Jumaat, 29 Januari 2010

Membina Istana Idaman

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 6:06 PTG 0 ulasan
setiap individu mempunyai istana impian masing-masing. Cik Awan bersyukur kerana dapat membina istana impian dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Tahniah dan Terima kasih saya ucapkan kepada sahabat-sahabat yang memberikan sokongan.

Kompleks Istana Air Mata Rakyat

Istana Nasi Lemak

Istana Hati

Rabu, 27 Januari 2010

projek ayam daging ds semakin maju

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:20 PTG 0 ulasan

kiti diamanahkan sebagai penjaga ayam

Khamis, 21 Januari 2010

the ultimate kitty

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:37 PTG 0 ulasan

Khamis, 14 Januari 2010

SABAR SEBAHAGIAN DARI IMAN : tribute untuk sahabat

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:58 PG 0 ulasan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِي

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
    وَالْعَصْرِ
    Demi masa
    إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ 
    Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
    إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ 
    kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.      
    Sahabatku, Kehidupan memerlukan kesabaran dalam semua tindakan     Surah al-Asr diatas pun ada menyatakan nak berpesan kepada kebenaran sekali dengan berpesan dengan kesabaran. Setiap tindakan sertakan sekali dengan kesabaran.

Selasa, 5 Januari 2010

2010 : Projek Ayam Daging DS

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:25 PTG 0 ulasan

Jumaat, 1 Januari 2010

Tahun 2010

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 8:48 PG 0 ulasan

Selasa, 8 Disember 2009

Hilang Barang

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 3:36 PTG 3 ulasan
"Amalan yang akan dijelaskan ini ialah bertujuan supaya barang yang hilang itu dikembalikan oleh orang yang mencuri. Dalam masa yang sama akibat dari amalan ini mungkin Allah memberi balasan kepada si pencuri, seperti sakit, atau apa-apa bencana yang mungkin melibatkan nyawa. Kerana itu seseorang yang hendak melakukannya perlu memikirkan kemungkinan buruk yang mungkin terjadi kepada pencuri. Adakah barang yang hilang itu sama nilainya dengan bencana yang mungkin diterima oleh pencuri akibat perbuatannya''.

-petikan dari buku perubatan Darussifa' tulisan Dr. Amran Kasimin dan Prof. Dr. Haron Din.

" Jangan mencuri, nanti orang sembahyang hajat, buncit perut."

Teringat semasa kecil-kecil dulu ketika bersembanng dengan kawan-kawan. Budak-budak pun sudah mengerti bahawa mencuri ni tak baik, tuhan marah, berdosa. Kalu orang berdoa sembahyang -buncit perut siapa yang mencuri.

Apa itu mencuri? Definisi yang mudahnya ialah mengambil barang orang tanpa kebenaran.

Jadi jika empunya barang minta balik barangnya cepat-cepat beri balik jangan sampai tuannya berdoa, sembahyang hajat dan sebagainya. Nanti kalau dah buncit perut susah nak berubat.

Isnin, 23 November 2009

picture of the day...

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 5:32 PTG 5 ulasan

ni kucing yang tinggal kat umah sewa. namanya kittun. tapi glamor dengan panggilan kiti.

Ahad, 8 November 2009

Diskriminasi Diteruskan Ke atas Kelantan

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:00 PTG 2 ulasan

1. PM Malaysia kata kawasan galian petroleum di luar perairan kelantan dan menyebabkan kelantan tidak layak dapat royalti petroleum dan hanya dapat wang ehsan sahaja.

2. Jika berada di luar perairan kelantan kenapa dapat wang ehsan? Wang ehsan pun sepatutnya tidak dapat kerana kelantan tidak layak kerana ia bukan hak kelantan untuk menerimanya.

3. Begitu juga negeri terengganu yang kawasan galian berada di luar perairan terengganu dan menyebabkan negeri tersebut hanya layak untuk menerima wang ehsan sahaja bukan wang royalti.

4. Walaubagaimanapun, terengganu mendapat wang ehsan tahun 1999 selepas terengganu diperintah oleh PAS. Sebelum itu, pada masa pemerintahan UMNO terengganu molek-molek ada mendapat wang royalti.

5. Walaupun sekian lama mendapat wang royalti dan juga wang ehsan daripada hasil galian petroleum, terengganu masih menggungguli tempat pertama negeri termiskin di semenanjung Malaysia, dan tempat kedua termiskin di Malaysia selepas Sabah. Statistik ini pernah dikeluarkan pada tahun 2006.

6. Ini menunjukkan kelemahan pentadbiran UBN dalam menguruskan hasil mahsul negeri dan negara yang mana kita sedia maklum mengalami ketirisan dalam setiap pengurusannya.

7. Walaupun hasil yang diterima oleh Terengganu banyak tetapi rakyatnya masih miskin. Siapa yang kaya? Ya. tentulah pemimpin UBN yang kaya. Buktinya kita boleh melihat kepada projek-projek pembangunan yang kononnya ingin membasmi kemiskinan seperti Masjid hadhari yang semakin runtuh satu persatu, Stadium yang paling canggih di pantai timur, pun dah runtuh, dan banyak lagi kita dah dengar kerana sudah di gegerkan dalam media massa dan juga media cetak.

8. Setiap keruntuhan sedikit sebanyak membuktikan bahawa setiap projek yang dibawa masuk mengalami ketirisan. Perkara ini terbukti di negeri Terengganu.

9. Perkara yang sama akan dibwa ke Kelantan. Wang ehsan akan disalurkan melalui projek pembangunan atau untuk membasmi kemiskinan. Sejauh manakah kebenaran ini?

10. Adakah nasib yang diterima oleh terengganu  akan berlaku kepada negeri Kelantan juga?

Isnin, 26 Oktober 2009

Bajet 2010 : Memacu Dalam Hemat

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 3:08 PTG 1 ulasan
Bajet Kelantan 2010 'Memacu Dalam Hemat'

1. Penjanaan ekonomi untuk semua rakyat akan diberikan tumpuan khusus terutamanya galakan usahawan.

2. Pembinaan Insan Kamil yang berteraskan taqwa akan dibuat memalui pembangunan modal insan dan perkongsian penderitaan melalui pembelaan golongan daif, miskin, orang kurang upaya, anak yatim, armalah dan warga emas.

3. Memacu pembelaan kepada golongan daif, miskin, orang kurang upaya, armalah dan warga emas

sumber : harakahdaily.net

Selasa, 20 Oktober 2009

nak apdet

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 3:11 PG 1 ulasan
nak apdet blog ... tapi tak sempat lagi..
nak siapkan tesis FYP..
fuh ... poning kepala ..

Selasa, 13 Oktober 2009

Empat perkara untuk pulihkan pilihanraya - NIEI

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:28 PG 0 ulasan
* Dipetik dari Harakah daily.net

KUALA LUMPUR, 12 Okt:
Institut Intergriti Pengundi Kebangsaan (NIEI) mencadangkan empat perkara bagi memulihkan pilihan raya di negara ini kerana apa yang ada sekarang mencemarkan pilihanraya.

Ini kerana, pilihan raya yang berlaku di Bagan Pinang telah tercemar. Ia sepatutnya telus, bebas dan adil.

Apa yang berlaku adalah,

1) ketidak telusan pengundian pos;

2) rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji,

3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi; dan

4) Perbelanjaan berkempen.

Demikian kenyataan yang dibuat NIEI dalam satu kenyataan medianya berdasarkan pemerhatian mereka dalam pilihan raya kecil itu baru-baru ini.

Berikut adalah kenyataan penuh NIEI:

National Institute for Electoral Integrity (NIEI) telah memantau perjalanan pilihanraya kecil (PRK) bagi kerusi DUN Bagan Pinang (N 31) bermula dari hari penamaan calon pada 3 Oktober sehinggalah berakhirnya proses pengundian pada 11 Oktober 2009.

Didalam pemantauan pilihanraya, terdapat dua kaedah yakni stationary monitoring (pemantau ditugaskan untuk tunggu disetiap tempat mengundi) dan mobile monitoring (pemantau bergerak).

ImageNIEI menggunakan kaedah mobile monitoring dimana pemantau-pemantau NIEI bergerak untuk memantau perjalanan pilihanraya di dalam kawasan N 31 bermula dari proses penamaan calon, tempoh berkempen dan hari mengundi.

Di dalam pemantauan NIEI di kerusi N 31, terdapat beberapa perkara yang telah mencemarkan PRK yang seharusnya telus, bebas dan adil.

Diantaranya ialah:

1) Ketidak telusan pengundian pos

Terdapat dakwaan bahawa senarai pengundi pos tentera yang diwartakan dan diberikan kepada calon-calon yang bertanding berbeza dari senarai pengundi pos tentera yang dipaparkan pada hari mengundi pos 8 dan 9 Oktober 2009. Selain daripada itu, terdapat juga dakwaan bahawa terdapat pengundi-pengundi pos yang didaftarkan lebih dari satu kem serta persara-persara tentera masih lagi terdapat dalam daftar pengundi pos.

Yang lebih menyedihkan lagi, SPR langsung tidak mengendahkan syak wasangka ini dan tidak membersihkan nama mereka dan maruah sebagai badan penggendali pilihanraya tidak dipertahankan.

Oleh yang demikian, bagi memastikan proses pengundian pos tidak lagi dipertikaikan pada masa akan datang, NIEI mencadangkan agar kaedah dan prosedur pengundian pos hendaklah dikaji semula dan diubah supaya ianya telus dan diyakini oleh rakyat. Image

Dari pengalaman pemerhatian NIEI di luar negara, Thailand dan Filipina yang mengalami konflik ganas, pengundian secara normal digunakan bagi anggota tentera mereka. Pusat pengundian yang dikendali sepenuhnya oleh SPR � serta hak-hak yang sama bagi agen parti, pemantau tempatan dan pemerhati antrabangsa � dibuka di dalam kem-kem tentera.

Jika terdapat undi pos tentera, ianya akan dikendalikan sepenuhnya oleh SPR negara tersebut. Tidak timbul langsung kontraversi senarai nama pengundi anggota tentera di sana.

2) Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji

Rasuah politik, penyalahgunaan jentera kerajaan dan politik janji masih lagi berleluasa dalam PRK N 31 Bagan Pinang. Pemberiaan projek-projek kerajaan kepada penduduk Bagan Pinang semasa tempoh berkempen dilakukan secara berleluasa. Banyak kementerian-kementerian seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Kementerian Pendidikan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna digunakan untuk memberikan �rasuah politik� kepada pengundi Bagan Pinang secara terbuka.

Selain daripada itu, penyalahgunaan jentera kerajaan turut dilakukan secara berleluasa. Kedua-dua pihak yang bertanding dilihat menyalahgunakan harta rakyat terutama kenderaan milik kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Manakala UMNO-BN memonopoli dewan orang ramai, sekolah, KEMAS dan JKKK sebagai markas parti.

Amalan ini adalah satu kesalahan besar kerana seharusnya harta milik kementerian, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh digunakan bagi parti-parti politik yang bertanding semasa berkempen dalam pilihanraya.

Untuk memastikan pilihanraya akan datang adil kepada semua pihak yang bertanding, NIEI mencadangkan agar politik wang, janji peruntukan projek, projek kilat, salahguna jentera negara dan salahguna kemudahan awam hendaklah dihapuskan.

Di negara-negara jiran, terutamanya Thailand, Nepal dan Taiwan amalan ini diharamkan. Kesalahan bersabit dengannya akan diambil tindakan keras, iaitu SPRnya akan membatalkan calon bersalah daripada bertanding, atau dibatalkan kemenangan mereka.

Untuk menghapuskan amalan ini, undang-undang anti rasuah politik dan penyalahgunaan harta awam hendaklah digubal seperti yang dilaksanakan di Thailand dan Taiwan.

3) Perayu undi, tukang sorak dan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik pada hari mengundi

Amalan merayu undi dan tukang sorak telah menyebabkan ketegangan berlaku pada hari mengundi. Apabila perayu-perayu undi dari kedua-dua parti politik bersaing untuk merayu undi berhampiran dengan tempat pembuangan undi, ianya menggangu pengundi-pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

ImageSelain daripada itu kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh parti politik untuk mengangkut pengundi turut menyesakkan keadaan dihadapan tempat pembuangan undi yang biasanya dilaksanakan di sekolah.

Bagi memastikan pengundi-pengundi dapat berfikir dengan tenang sebelum masuk ke tempat pembuangan undi, NIEI menyarankan agar amalan merayu undi, tukang sorak dan penyediaan kemudahan pengangkutan untuk mengangkut pengundi dihapuskan.

Sebagai ganti, tempoh berkempen bolehlah diperpanjang seperti dua minggu bagi pilihanraya kecil dan sebulan bagi pilihanraya umum. Parti-parti politik bukan kerajaan yang sering tidak mendapat tempat di media arus perdana aktif berkempen pada hari mengundi oleh kerana tidak mendapat liputan yang adil oleh media arus perdana dan tempoh berkempen yang singkat, jika tempoh berkempen diperpanjangkan, semua pihak akan mendapat masa yang cukup untuk berkempen.

Selain daripada itu, SPR bolehlah menyediakan kenderaan untuk mengangkut pengundi seperti van, kereta dan motosikal sebagai alternatif kepada kenderaan-kenderaan yang disediakan oleh parti politik.

4) Perbelanjaan berkempen

ImageDalam PRK Bagan Pinang, dapat disimpulkan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk berkempen bagi calon BN, Tan Sri Isa Samad telahpun melebihi had yang ditetapkan iaitu RM 100,000 bagi calon DUN. Menurut Seksyen 19(1) (a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya umum hendaklah berbelanja tidak melebihi had yang ditetapkan iaitu untuk calon Parlimen RM200,000 dan calon DUN RM100,000.

Akta ini harus digubal semula dan harus menyatakan bahawa ianya termasuklah kepada parti politik yang menyokong sesuatu calon tersebut. Kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC) bolehlah dilakukan untuk memperketatkan lagi pemantauan perbelanjaan kempen.

NIEI berharap agar isu-isu yang dibangkitan akan diambil perhatian serius oleh SPR agar perjalanan pilihanraya di Malaysia dapat menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Semua parti politik yang bertanding diseru agar bekerjasama bagi memastikan proses perjalanan pilihanraya di Malaysia menjadi lebih adil, telus dan saksama. Pilihanraya yang berkredibiliti akan meyakinkan lagi rakyat dengan amalan demokrasi di Malaysia._

Isnin, 12 Oktober 2009

Oktober : Bulan Bahasa Kebangsaan

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:04 PTG 0 ulasan
Izinkan Cik Awan untuk menulis gaya Che Det..

1. Bulan bahasa adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat tentang kepentingan bahasa kebangsaan sebagai satu bahasa atau 1bahasa untuk mencapai perpaduan serta bahasa komunikasi.

2. Kegiatan bahasa dan persuratan kebangsaan akan dirancakkan lagi sepanjang bulan ini (Oktober) supaya penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat akan melata.

3. Kerajaan juga akan mulai memperkenalkan Anugerah Tokoh Ilmuwan Negara iaitu sebagai satu pengiktirafan kepada ilmuwan negara yang memberikan komitmen dalam usaha mengangkat martabat bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu, bahasa kemajuan dan bahasa budaya tinggi.

Ahad, 11 Oktober 2009

photo of the day

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 2:28 PG 0 ulasan
PIS NO WOR! NO SMOKING!

Khamis, 8 Oktober 2009

Pelajar Usahawan

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 3:27 PTG 1 ulasan
"Berani menanggung risiko" Adalah slogan bagi yang ingin bergelar usahawan. Tahniah kepada pelajar UMT yang mengambil kursus Keusahawanan yang membuka gerai masing-masing di dewan Sultan Mizan .

Cik Awan berpuas hati dengan penerangan yang diberikan oleh pelajar yang terlibat mengenai produk masing-masing. Produk biasa tapi apabila ditambah nilai akan meningkatkan lagi harga produk tersebut.

Antara yang menarik perhatian ialah produk yang dijual oleh syarikat Dodol enterprise. Dodol yang biasa dijual dikedai berperisa pandan dan durian sahaja, tapi di gerai tersebut terdapat dodol berperisa strawberi, pisang dan oren. Susah nak dapat tempat lain.

Tauke Serunding enterprise - Pejuang serunding nasional

Penulis bersama tauke ABC services - syarikat perkhidmatan mengecat dll.

Rabu, 30 September 2009

Pasca Ramadan

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 1:16 PTG 0 ulasan

Alhamdulillah kita telah berjaya menghadapi Ramadan al-mubarak dan kita meraikannya dengan merayakan Aidilfitri yang mulia.

Apabila kita merayakan Aidilfitri bermakna kita telah berjaya membersihkan diri dari segala kekotoran yang ada pada diri kita dengan tarbiah ramadan dan kita telah kembali kepada fitrah kita iaitu bersih dari segala dosa seperti kita mula-mula lahir ke dunia dahulu.

Jadi jangan kita cemarkan diri kita yangh bersih ini dengan tabiat buruk kita sebelum ini. Dalam Ramadan lalu pelbagai amalan pembersih jiwa seperti membaca koran, sembahyang sunat, zikir, sedekah dan banyak lagi kita lakukan yang mana menjadikan kita lebih bersih dan kembali kepada fitrah kita yang asal iaitu bersih.

Jadi, jangan biarkan ia berlalu bersama ramadan yang meninggalkan kita, jadikan amalan tersebut sebagai amalan kita walaupun ramaan meninggalkan kita. Sepertimana kita melakukan amalan tersebut dalam bulan ramadan lakukan juga dalam bulan -bulan yang lain. Jika kita dapat meneruskan dalam bulan yang lain, menandakan ramadan sebelum ini dapat mentarbiahkan diri kita. Ini adalah satu kejayaan yang besar bagi kita.

Marilah kita meneruskan amalan baik kita dalam Ramadan dalam bulan-bulan yang lain.

ke arah membina "1 UMMAH"

Selasa, 15 September 2009

Sibuk Mencari Tanda

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:21 PTG 0 ulasan

Alhamdulillah kita telah masuk dalam fasa ke-3 dalam bulan Ramadan. Fasa pembebasan dari api neraka, juga terkandung malam laitul qadar.

Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang maksud-Nya: Dan sesiapa yang bangun mendirikan lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu. (riwayat Bukhari)

Kita suka suka untuk menyebut tentang tanda-tandanya sahaja, bahkan kalau tanya kanak-kanak hingusan pun tahu tanda-tanda lailatul qadar ini. Nak bagi tahu kepada kita bahawa tersohornya lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Tapi berapa ramai yang mengejar atau nak mengutip keberkatan malam tersebut? Senario yang biasa berlaku di tempat kita ialah ramai yang suka mengunjungi masjid ataupun surau pada awal ramadan sahaja. semakin lama ramadan semakin kurang yang berada di masjid.

Kebanyakannya lebih suka menghabiskan masa malamnya untuk membuat kuih, shopping beli baju raya dan sebagainya. Memanglah semua perkara ni penting, tapi bahagikanlah masa malam kita untuk mengutip segala keberkatan ramadan. Amatlah rugi bagi kita jika terlepas semua kebaikan dan ganjaran ramadan tersebut. Nak tunggu ramadan akan datang? Tidak tentu kita dapat menemui ramdan akan datang.

JAdi bersama-sama lah kita memanfaatkan ramdan yang berbaki beberapa hari lagi ni. Teringat slogan ramadan zaman muda-muda dulu " Tiap-tiap malam, malam lailatul qadar".

Selamat ramadan, dan selamat hari raya.

*gambar hiasan

Ahad, 13 September 2009

Buka Puasa

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 5:34 PTG 0 ulasan
Alhamdulillah Ramadan kali ini Cik Awan dapat menjalani Ibadah puasa dengan baik. Pejam celik-celik hanya berbaki beberapa hari lagi ramadan nak meninggalkan kita. Harapnya kita semua dapat menemui Ramadan yang akan datang.

Terawih

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 5:22 PTG 0 ulasan

Bersama Reduan dan Muha cik Awan sempat bersolat terawih di masjid kristal. Masjid Kristal adalah antara destinasi solat terawih cik Awan.

Cahaya yang terpancar daripada lampu yang pelbagai warna menanbahkan lagi keindahan masjid ini. Siapa yang yang belum pernah kesini mesti terpegun.

Bacaan al-Quran yang lancar dan merdu dari imam yang diimpot khas dari Mesir, menambahkan lagi tahap kekhusukkan CikAwan. Tambah lagi hawa sejuk yang dihasilkan oleh penghawa dingin menjadikan suasana sangat selesa.

Harapnya bukan dalam Bulan ramadan sahaja masjid ini diimarahkan. Bulan-bulan lain juga begitu.

Selasa, 18 Ogos 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadan

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 5:09 PTG 0 ulasan

Bersama kita berdoa

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:56 PTG 0 ulasan

Sabtu, 1 Ogos 2009

Bangsa Membaca, Bangsa Berjaya

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 3:30 PTG 0 ulasan
Pn Rohayah Bt Yahaya
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu

Suka Cik awan nak berkongsi maklumat dengan saudara - saudari tentang ceramah yang di sampaikan oleh Pn Rohayah yang bertajuk "Membina Budaya Membaca" di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) UMT.

Ceramah tersebut sempena penutup minggu Kenali PSNZ yang telah berlangsung selama tiga hari. Pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk pameran jabatan perpustakaan, pesta buku, kuiz dan banyak lagi.

Cik Awan juga tidak ketinggalan untuk menyertai kuiz kenali PSNZ dan alhamdulillah dapat hadiah. Terima kasih kepada pihak PSNZ. Lain kali kalu cik awan masuk bertanding, bagilah menang.

Balik kepada ceramah "Membina Budaya membaca" tadi beberapa point penting yang dapat cik awan tangkap ialah:

Definisi Budaya Membaca
Amalan membaca apa-apa jenis bahan samada di dalam bentuk cetak/digital di mana-mana jua dari dalam bas, keratapi, kapal terbang, klinik mahupun di tempat-tempat formal seperti perpustakaan, bilik kuliah dan pejabat.

Budaya membaca adalah berkait rapat dengan budaya ilmu kerana proses pembacaan akan turut mematangkan fikiran seseorang individu.

Dalam ceramah tersebut Pn Rohayah menjelaskan mengapa masih menjadi masalah untuk membaca kerana:

1. Belum wujud budaya membaca dalam masyarakat kita dan penumpuan lebih kepada budaya
chatting dan lepak.
2. Pengaruh kuat media elektronik ke atas budaya ingin membaca yang telah mengalih
perhatian daripada membaca kepada ingin menonton.
3. Sikap kebanyakkan masyarakat Malaysia sangat berkira jika hendak membeli bahan
bacaan, tetapi tidak pula begitu semasa membeli bahan-bahan mewah.
4. Membaca dianggap sebagai suatu prosesyang terlalu intelektual khusus untuk satu
golongan tertentu sahaja dan bukan untuk semua golongan.
5. Mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang sentiasa membuang masa dengan berbual-bual
kosong serta lain-lain aktiviti yang tidak bermanafaat .
6. Kurangnya perpustakaan awam yang mudah dikunjungi.
7. Harga buku yang mahal serta tidak meminati bahan bacaan yang serius.
8. Cabaran era ICT mendedahkan ahli masyarakat terutama golongan remaja kearah menonton
televisyen, pergi ke supermarket, menggunakan telefon bimbit, menunggang motosikal serta
melepak bersama-sama rakan-rakan.

Faedah Membaca

1. Mampu meningkatkan daya pemikiran dan keintelektualan seseorang individu.
2. menjadikan individu itu lebih matang dan mampat serta dapat berdaya saing.
3. Mempunyai keterampilan, personality yang menawan dan mantap serta berkeyakinan
diri yang tinggi.
4. Menghaluskan budi pekerti serta mengeluarkan kata-kata yang boleh boleh menjadi penawar
kepada mereka yang sedang berduka.
5. Boleh membuat keputusan yang tidak boleh diperkotak-katikkan lagi.
6. Berinovatif serta terbuka kepada idea baru.
7. Kehidupan tidak seperti katak di bawah tempurung kerana sentiasa mengikuti perkembangan
semasa.
8. Mempunyai tahap emosi yang kuat kerana mereka yang membaca dengan penuh penghayatan akan
mempunyai jiwa yang tenang dan stabil.

Selasa, 28 Julai 2009

Syurga ada 8 Pintu

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:34 PG 2 ulasan

Beberapa hari lepas satu sms sampai ke dalam hanset Cik Awan. Mmmm sms dari sahabat yang lebih muda daripada Cik Awan bertanyakan tentang hadis yang berkaitan dengan ramadan.

Hadis tersebut ialah :

Apabila tibanya Ramadhan, terbukalah segenap pintu syurga, tertutup rapatlah segala pintu neraka dan syaitan dibelenggu kesemuanya.”

Riwayat Bukhari dan Muslim

Cik awan tambah lagi bahawa Allah akan buka kesemua 8 pintu syurganya dan menutup 7 pintu nerakanya.

Tingkatan dan nama-nama syurga ialah:
Berikut ialah mengenai Neraka:

Nama-nama pintu neraka

Neraka tempat penyiksaan itu kemudian banyak disebut orang dengan nama Jahannam. Jahannam itu memiliki 7 pintu, setiap pintu (tingkat), telah ditetapkan untuk golongan tertentu dari para makhluk-Nya. Pintu (tingkat) neraka yang disebutkan didalam Al Qur'an adalah:

  • Hawiyah
    Neraka yang diperuntukkan atas orang-orang yang ringan timbangan amalnya, yaitu mereka yang selama hidup didunia mengerjakan kebaikan bercampur dengan keburukan. Orang muslim laki dan perempuan yang tidak tanduknya tidak sesuai dengan ajaran agama Islam, seperti para wanita muslim yang tidak menggunakan jilbab, bagi para lelaki muslim yang sering memakai sutra dan emas, mencari rejeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan sebagainya, Hawiyah adalah sebagai tempat tinggalnya. Surah Al-Qari'ah.
  • Jahiim
    Neraka sebagai tempat penyiksaan orang-orang musyrik atau orang yang menyekutukan Allah. Mereka akan disiksa oleh para sesembahan mereka. Dalam ajaran Islam syirik adalah sebagai salah satu dosa paling besar menurut Allah, karena syirik berarti menganggap bahwa ada makhluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat Allah dan bisa pula menganggap bahwa ada Tuhan selain Allah. Surah Asy-Syu'ara' dan Surah As-Saffat.
  • Saqar
    Neraka untuk orang munafik, yaitu orang yang mendustakan perintah Allah dan rasul. Mereka mengetahui bahwa Allah sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Muhammad, tetapi mereka meremehkan syariat Islam. Surah Al-Muddassir.
  • Lazhaa
    Neraka yang disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang miskin. Bagi mereka yang tidak mau bersedekah, membayar zakat, atau bahkan memasang muka masam apabila ada orang miskin datang meminta bantuan. Surah Al-Ma’arij.
  • Huthamah
    Neraka yang disediakan untuk orang yang gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak atau platina, mereka yang serakah tidak mau mengeluarkan zakat harta dan menghina orang miskin. Di neraka ini harta yang mereka kumpulkan akan dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksaan kepada manusia pengumpul harta. Surah Al-Humazah.
  • Sa'iir
    Neraka yang diisi oleh orang-orang kafir dan orang yang memakan harta anak yatim. Surah Al-Ahzab, Surah An-Nisa', Surah Al-Fath dan Surah Luqman.
  • Wail
    Neraka yang disediakan untuk para pengusaha atau pedagang yang licik, dengan cara mengurangi berat timbangan, mencalokan barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat-lipat. Barang dagangan mereka akan dibakar dan dimasukkan kedalam perut mereka sebagai azab dosa-dosa mereka. Surah Al-Tatfif dan Surah At-Tur.

Neraka dipegang (ditahan) oleh tujuh puluh ribu tali, dan setiap talinya di pegang oleh tujuh puluh ribu malaikat.

Perkhabaran mengenai syurga dan neraka telah termaktub dalam Quran dan juga hadis. Harapannya ia akan memberi kesan kepada tahap ketakwaan dan keimanan kita. InsyaAllah ia akan memberi kesan kepada orang yang beriman.

Ramadan akan tiba. Selamat menghadapi bulan ibadat. Selamat beribadat.

Ahad, 12 Julai 2009

Pendekar Laut

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:10 PTG 0 ulasan