BAgi mereka yang ingin menghirup udara segar Pulau Kapas bolehlah segera ke sana kerana disana terdapat banyak resort yang disediakan. BAnyak aktiviti yang dapat dilakukan termasuklah berkayak, snokerling, mencandat sotong dan bermacam-macam lagi. Yang pastinya akan meninggalkan satu kenangan manis yang tidak dapat dikecap di tempat lain.
Pada kesempatan yang ada, cik awan bersama 8 rakan setia memancing yang lain telah pergi memancing disekitar pulau kapas. Laut yang tenang menggalakkan lagi aktiviti memancing kami.
Sekarang musim mencandat sotong. Jadi kami tak mau untuk tidak mencandat sotong. Sebelum memancing , aktiviti mencandat sotong dahulu dilakukan. Dalam pukul 10 malam baru akv
Cik awan sangat bertuah pada trip kali ini kerana trip ini dapat menaikkan ikan cermin dalam 2 kilo lebih. Antara ikan yang paling besar yang dapat dinaikkan dalam trip ni. Alhamdulillah. Mitak trip yang lain dapat ikan yang lebih besar lagi.
Ini ialah ikan cermin. Berat dalam 2 kilo lebih. mempunyai daya juang yang tinggi. memerlukan ketahanan kepada pemancing. Skill drag amat diperlukan.