UTUSAN ONLINE: Kotak rokok berimej ngeri mulai 1 Disember

KUALA LUMPUR 31 Mei - Mulai 1 Disember ini, kotak-kotak rokok akan dicetak dengan gambar penyakit kronik termasuk kanser paru-paru akibat merokok sebagai langkah peringatan keras dan pencegahan tabiat berkenaan di kalangan orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, amaran kesihatan terbaru itu akan merangkumi 40 peratus gambar penyakit tersebut di bahagian hadapan kotak rokok dan 60 peratus lagi di bahagian belakang.

Menurutnya, istilah-istilah seperti rendah atau 'ringan' kandungan tar dan nikotina yang tertera di kotak rokok selama ini tidak lagi akan dibenarkan.

Katanya, ini kerana ia memberi gambaran seolah-olah rokok selamat dihisap disebabkan kandungan bahan berkenaan rendah.

"Untuk peringkat permulaan, enam keping gambar penyakit berlainan berkaitan tabiat merokok akan digunakan secara bergilir-gilir selama dua tahun.

"Industri rokok diberi tempoh enam bulan untuk mematuhinya sebelum peraturan baru itu dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Disember nanti.

"Jika masih gagal berbuat demikian selepas daripada tarikh itu, kompaun sehingga RM5,000 akan dikenakan kepada pengusaha rokok," katanya pada sidang akhbar di Stadium Latihan Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil di sini hari ini.

Terdahulu, Tiong Lai merasmikan Hari Tanpa Tembakau peringkat kebangsaan 2008 yang bertemakan 'Belia Benci Rokok'.

Berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Mobiditi Ketiga 2006, sebanyak 2.73 juta orang menghisap sebanyak 33 juta batang rokok sehari dengan perbelanjaan sejumlah RM8.59 juta sehari.

Kesemua langkah terbaru itu, kata beliau, akan dilaksanakan selepas pindaan yang dibuat pada Peraturan-Peraturan Langkah Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Tambahnya, ia turut konsisten dengan peruntukan Artikel 11, Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau WHO (FCTC) (pembungkusan dan pelabelan).

Katanya, pindaan berkaitan langkah itu telah diluluskan oleh Kabinet pada awal tahun ini.

Mengulas lanjut, Tiong Lai memberitahu, penjualan rokok juga tidak boleh dilakukan dalam bentuk promosi, diskaun serta edisi terhad, selain dijual bersama bahan lain untuk menarik minat orang ramai.

''Umpamanya, jualan pakej rokok tidak boleh lagi dijual dengan pemetik api,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, semua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok berkuat kuasa serta-merta.

Mengenai penguatkuasaan pula, beliau berkata, pegawai kementerian akan turun padang bagi memastikan peraturan itu dipatuhi.

---------------------------------------------------------------------------------------------

*Cik Awan:

Mengapa luluskan lesen jual rokok? Hapuskan semua lesen jual rokok baru tak beli rokok. Mereka(kerajaan) jual lepas tu larang orang untuk beli rokok, kan pelik tu?

Read Users' Comments ( 0 )

Ahad, 1 Jun 2008

UTUSAN ONLINE: Kotak rokok berimej ngeri mulai 1 Disember

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:09 PG 0 ulasan