Sibuk Mencari Tanda

Alhamdulillah kita telah masuk dalam fasa ke-3 dalam bulan Ramadan. Fasa pembebasan dari api neraka, juga terkandung malam laitul qadar.

Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang maksud-Nya: Dan sesiapa yang bangun mendirikan lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu. (riwayat Bukhari)

Kita suka suka untuk menyebut tentang tanda-tandanya sahaja, bahkan kalau tanya kanak-kanak hingusan pun tahu tanda-tanda lailatul qadar ini. Nak bagi tahu kepada kita bahawa tersohornya lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Tapi berapa ramai yang mengejar atau nak mengutip keberkatan malam tersebut? Senario yang biasa berlaku di tempat kita ialah ramai yang suka mengunjungi masjid ataupun surau pada awal ramadan sahaja. semakin lama ramadan semakin kurang yang berada di masjid.

Kebanyakannya lebih suka menghabiskan masa malamnya untuk membuat kuih, shopping beli baju raya dan sebagainya. Memanglah semua perkara ni penting, tapi bahagikanlah masa malam kita untuk mengutip segala keberkatan ramadan. Amatlah rugi bagi kita jika terlepas semua kebaikan dan ganjaran ramadan tersebut. Nak tunggu ramadan akan datang? Tidak tentu kita dapat menemui ramdan akan datang.

JAdi bersama-sama lah kita memanfaatkan ramdan yang berbaki beberapa hari lagi ni. Teringat slogan ramadan zaman muda-muda dulu " Tiap-tiap malam, malam lailatul qadar".

Selamat ramadan, dan selamat hari raya.

*gambar hiasan

0 ulasan:

Selasa, 15 September 2009

Sibuk Mencari Tanda

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:21 PTG

0 ulasan on "Sibuk Mencari Tanda"