Pasca Ramadan

Alhamdulillah kita telah berjaya menghadapi Ramadan al-mubarak dan kita meraikannya dengan merayakan Aidilfitri yang mulia.

Apabila kita merayakan Aidilfitri bermakna kita telah berjaya membersihkan diri dari segala kekotoran yang ada pada diri kita dengan tarbiah ramadan dan kita telah kembali kepada fitrah kita iaitu bersih dari segala dosa seperti kita mula-mula lahir ke dunia dahulu.

Jadi jangan kita cemarkan diri kita yangh bersih ini dengan tabiat buruk kita sebelum ini. Dalam Ramadan lalu pelbagai amalan pembersih jiwa seperti membaca koran, sembahyang sunat, zikir, sedekah dan banyak lagi kita lakukan yang mana menjadikan kita lebih bersih dan kembali kepada fitrah kita yang asal iaitu bersih.

Jadi, jangan biarkan ia berlalu bersama ramadan yang meninggalkan kita, jadikan amalan tersebut sebagai amalan kita walaupun ramaan meninggalkan kita. Sepertimana kita melakukan amalan tersebut dalam bulan ramadan lakukan juga dalam bulan -bulan yang lain. Jika kita dapat meneruskan dalam bulan yang lain, menandakan ramadan sebelum ini dapat mentarbiahkan diri kita. Ini adalah satu kejayaan yang besar bagi kita.

Marilah kita meneruskan amalan baik kita dalam Ramadan dalam bulan-bulan yang lain.

ke arah membina "1 UMMAH"

Read Users' Comments ( 0 )

Sibuk Mencari Tanda

Alhamdulillah kita telah masuk dalam fasa ke-3 dalam bulan Ramadan. Fasa pembebasan dari api neraka, juga terkandung malam laitul qadar.

Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang maksud-Nya: Dan sesiapa yang bangun mendirikan lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu. (riwayat Bukhari)

Kita suka suka untuk menyebut tentang tanda-tandanya sahaja, bahkan kalau tanya kanak-kanak hingusan pun tahu tanda-tanda lailatul qadar ini. Nak bagi tahu kepada kita bahawa tersohornya lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Tapi berapa ramai yang mengejar atau nak mengutip keberkatan malam tersebut? Senario yang biasa berlaku di tempat kita ialah ramai yang suka mengunjungi masjid ataupun surau pada awal ramadan sahaja. semakin lama ramadan semakin kurang yang berada di masjid.

Kebanyakannya lebih suka menghabiskan masa malamnya untuk membuat kuih, shopping beli baju raya dan sebagainya. Memanglah semua perkara ni penting, tapi bahagikanlah masa malam kita untuk mengutip segala keberkatan ramadan. Amatlah rugi bagi kita jika terlepas semua kebaikan dan ganjaran ramadan tersebut. Nak tunggu ramadan akan datang? Tidak tentu kita dapat menemui ramdan akan datang.

JAdi bersama-sama lah kita memanfaatkan ramdan yang berbaki beberapa hari lagi ni. Teringat slogan ramadan zaman muda-muda dulu " Tiap-tiap malam, malam lailatul qadar".

Selamat ramadan, dan selamat hari raya.

*gambar hiasan

Read Users' Comments ( 0 )

Buka Puasa

Alhamdulillah Ramadan kali ini Cik Awan dapat menjalani Ibadah puasa dengan baik. Pejam celik-celik hanya berbaki beberapa hari lagi ramadan nak meninggalkan kita. Harapnya kita semua dapat menemui Ramadan yang akan datang.

Read Users' Comments ( 0 )

Terawih

Bersama Reduan dan Muha cik Awan sempat bersolat terawih di masjid kristal. Masjid Kristal adalah antara destinasi solat terawih cik Awan.

Cahaya yang terpancar daripada lampu yang pelbagai warna menanbahkan lagi keindahan masjid ini. Siapa yang yang belum pernah kesini mesti terpegun.

Bacaan al-Quran yang lancar dan merdu dari imam yang diimpot khas dari Mesir, menambahkan lagi tahap kekhusukkan CikAwan. Tambah lagi hawa sejuk yang dihasilkan oleh penghawa dingin menjadikan suasana sangat selesa.

Harapnya bukan dalam Bulan ramadan sahaja masjid ini diimarahkan. Bulan-bulan lain juga begitu.

Read Users' Comments ( 0 )

Rabu, 30 September 2009

Pasca Ramadan

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 1:16 PTG 0 ulasan

Alhamdulillah kita telah berjaya menghadapi Ramadan al-mubarak dan kita meraikannya dengan merayakan Aidilfitri yang mulia.

Apabila kita merayakan Aidilfitri bermakna kita telah berjaya membersihkan diri dari segala kekotoran yang ada pada diri kita dengan tarbiah ramadan dan kita telah kembali kepada fitrah kita iaitu bersih dari segala dosa seperti kita mula-mula lahir ke dunia dahulu.

Jadi jangan kita cemarkan diri kita yangh bersih ini dengan tabiat buruk kita sebelum ini. Dalam Ramadan lalu pelbagai amalan pembersih jiwa seperti membaca koran, sembahyang sunat, zikir, sedekah dan banyak lagi kita lakukan yang mana menjadikan kita lebih bersih dan kembali kepada fitrah kita yang asal iaitu bersih.

Jadi, jangan biarkan ia berlalu bersama ramadan yang meninggalkan kita, jadikan amalan tersebut sebagai amalan kita walaupun ramaan meninggalkan kita. Sepertimana kita melakukan amalan tersebut dalam bulan ramadan lakukan juga dalam bulan -bulan yang lain. Jika kita dapat meneruskan dalam bulan yang lain, menandakan ramadan sebelum ini dapat mentarbiahkan diri kita. Ini adalah satu kejayaan yang besar bagi kita.

Marilah kita meneruskan amalan baik kita dalam Ramadan dalam bulan-bulan yang lain.

ke arah membina "1 UMMAH"

Selasa, 15 September 2009

Sibuk Mencari Tanda

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:21 PTG 0 ulasan

Alhamdulillah kita telah masuk dalam fasa ke-3 dalam bulan Ramadan. Fasa pembebasan dari api neraka, juga terkandung malam laitul qadar.

Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang maksud-Nya: Dan sesiapa yang bangun mendirikan lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu. (riwayat Bukhari)

Kita suka suka untuk menyebut tentang tanda-tandanya sahaja, bahkan kalau tanya kanak-kanak hingusan pun tahu tanda-tanda lailatul qadar ini. Nak bagi tahu kepada kita bahawa tersohornya lailatul qadar. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Tapi berapa ramai yang mengejar atau nak mengutip keberkatan malam tersebut? Senario yang biasa berlaku di tempat kita ialah ramai yang suka mengunjungi masjid ataupun surau pada awal ramadan sahaja. semakin lama ramadan semakin kurang yang berada di masjid.

Kebanyakannya lebih suka menghabiskan masa malamnya untuk membuat kuih, shopping beli baju raya dan sebagainya. Memanglah semua perkara ni penting, tapi bahagikanlah masa malam kita untuk mengutip segala keberkatan ramadan. Amatlah rugi bagi kita jika terlepas semua kebaikan dan ganjaran ramadan tersebut. Nak tunggu ramadan akan datang? Tidak tentu kita dapat menemui ramdan akan datang.

JAdi bersama-sama lah kita memanfaatkan ramdan yang berbaki beberapa hari lagi ni. Teringat slogan ramadan zaman muda-muda dulu " Tiap-tiap malam, malam lailatul qadar".

Selamat ramadan, dan selamat hari raya.

*gambar hiasan

Ahad, 13 September 2009

Buka Puasa

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 5:34 PTG 0 ulasan
Alhamdulillah Ramadan kali ini Cik Awan dapat menjalani Ibadah puasa dengan baik. Pejam celik-celik hanya berbaki beberapa hari lagi ramadan nak meninggalkan kita. Harapnya kita semua dapat menemui Ramadan yang akan datang.

Terawih

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 5:22 PTG 0 ulasan