Ciri-ciri Orang-Orang yang Solatnya Khusyu'

1. Sangat menjaga waktunya, dia terpelihara daripada perbuatan dan perkataan
sia-sia apa lagi maksiat. Jadi, orang-orang yang mensia-siakan waktu suka
berbuat maksiat bererti solatnya berkualiti atau belum khusyu'.

2. Niatnya ikhlas, jarang kecewa terhadap pujian atau penghargaan, dipuji
atau tidak dipuji, dicaci atua tidak dicaci, sama sahaja.

3. Cinta kebersihan kerana sebelum solat, orang harus wudhu' terlebih dahulu
untuk menyucikan diri daripada kotoran atau hadas.

4. Tertib dan disiplin, kerana solat sudah diatur waktunya.

5. Selalu tenang dan toma'ninah, toma'ninah merupakan kombinasi antara tenang
dan konsentrasi.

6. Tawadhu' dan rendah hati, tawadhu' merupakan akhlak Rasulallah.

7. Tercegah dari perbuatan keji dan mungkar, orang lain aman daripada keburukan
dan kejelekannya.

Read Users' Comments ( 1 )

Kek Untuk bulan 11

Read Users' Comments ( 3 )

Mawaddah wa Rahmah

Alhamdulillah dengan segala nikmat dan kurnianya kita dapat pelbagai nikmat termasuklah nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman.

Semalam cik Awan mengikuti satu forum yang bertajuk Nikah Tunai yang dipanelkan oleh ahli panel yang tidak asing bagi kita iaitu YB Senator Hjh Mumtaz Md Nawi, ahli dewan Negara dan Ustaz Hasrizal Mohd Jamil (SaifulIslam.com), penceramah bebas. Forum tersebut berlangsung di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, bermula kira-kira jam 10.00 malam dan berakhir 2 jam selepas itu.

Banyak isu panas dan menarik yang dikupas oleh ahli panel termasuklah tentang mahar atau maskahwin, hantaran, adat bersanding dan pelbagai lagi isu-isu tentang perkahwinan yang menjadi kontroversi sekarang ini. Pelbagai tip persedian sebelum kahwin dan penerusan kebahagiaan rumah tangga juga dihurai dengan lanjut.

Jika kita mengambil pengajaran dan iktibar dari forum tersebut insyaallah perkahwinan akan menjadi institusi yang bahagia. Masalah penceraian juga akan dapat dikurangkan.

Di sini suka Cik Awan untuk berkongsi dengan pembaca tentang pandangan yang diutarakan oleh Ustaz Hasrizal tentang mawaddah dan rahmah. Mawaddah dan Rahmah adalah kurniaan Allah selepas perkahwinan. Bila hadirnya Mawaddah dan rahmah ini?

Mengikut Ustaz Hasrizal, ulamak menyatakan ada 6 peringkat untuk terhasilnya mawaddah. Pertama, Bulan madu. Pada masa ini semuanya indah. Apa yang dilakukan suami cantik, apa yang dilakukan oleh isteri semuanya bagus.

Kedua, bulan bawang. Bulan air mata. Selepas 3-4 tahun berkahwin, warna-warna sebenar suami -isteri kelihatan. Perangai sebenar suami isteri sudah dikenalpasti. Pada waktu ini mulalah. Itu tak kena, ini tak kena dan bermacam-macam objek terbang yang dikenalpasti mendarat.

Ketiga, proses rundingan. Pada peringkat ini suami isteri akan mengenalpasti kesilapan dan kelemahan masing-masing. Suami mengaku kesilapan dan kelemahan dia, isteri juga begitu.

Keempat, penyesuaian. Apabila suami-isteri telah mengetahui kelemahan dan kesilapan masing-masing, segala kekurangan tersebut akan dilengkapi oleh kedua-dua belah pihak. Jika suami yang pandai masak, suami yang tolong masakkan dan jika isteri rajin berkemas, isteri yang yang tolong kemaskan.

Kelima, proses peningkatan. Pada peringkat ini suami-isteri berusaha untuk menjadikan hubungan lebih mesra dan dan bahagia.

Dan yang keenam, pemantapan. Pada peringkat ini suami-isteri akan berusaha untuk memantapkan hubungan mereka. Selepas enam peringkat inilah maka lahirlah mawaddah iaitu kasih sayang antara suami isteri.

Mawaddah akan hadir bersama Rahmah. Rahmah ialah belas ihsan antara suami isteri. Rahmah inilah yang mengukuhkan lagi kasih sayang suami-isteri yang menjadikan hubungan kekal lama walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang memungkinkan hubungan terputus.

Itulah sedikit bingkisan daripada forum "Nikah Tunai" yang dapat kita kongsikan bersama. Bersama-samalah kita membuat persediaan yang secukupnya daripada segi ilmu untuk berkahwin bagi yang belum berkahwin dan bagi yang telah berkahwin tambahlah ilmu untuk proses peningkatan, sesungguhnya ilmu Allah itu luas.

Read Users' Comments ( 2 )

Kata Pujangga untuk direnungi

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang

lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Read Users' Comments ( 0 )

Hadis Hari ini

Mari kita pakat menghafal hadis. Sehari satu hadis, Insyaallah.

حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى التميمي ‏ ‏وأبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏ومحمد بن العلاء الهمداني ‏ ‏جميعا ‏ ‏عن ‏ ‏أبي معاوية ‏ ‏واللفظ ‏ ‏ليحيى ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏أبو معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏إبراهيم ‏ ‏عن ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال ‏
‏كنت أمشي مع ‏ ‏عبد الله ‏ ‏بمنى ‏ ‏فلقيه ‏ ‏عثمان ‏ ‏فقام معه يحدثه فقال له ‏ ‏عثمان ‏ ‏يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏ألا نزوجك ‏ ‏جارية ‏ ‏شابة لعلها تذكرك بعض ما مضى من زمانك قال فقال ‏ ‏عبد الله ‏ ‏لئن قلت ذاك لقد قال لنا رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يا ‏ ‏معشر ‏ ‏الشباب من استطاع منكم ‏ ‏الباءة ‏ ‏فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له ‏ ‏وجاء ‏
‏حدثنا ‏ ‏عثمان بن أبي شيبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏جرير ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏إبراهيم ‏ ‏عن ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال ‏ ‏إني ‏ ‏لأمشي مع ‏ ‏عبد الله بن مسعود ‏ ‏بمنى ‏ ‏إذ لقيه ‏ ‏عثمان بن عفان ‏ ‏فقال ‏ ‏هلم ‏ ‏يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏قال ‏ ‏فاستخلاه ‏ ‏فلما رأى ‏ ‏عبد الله ‏ ‏أن ليست له حاجة قال قال لي تعال يا ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال فجئت فقال له ‏ ‏عثمان ‏ ‏ألا نزوجك يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏جارية ‏ ‏بكرا لعله يرجع إليك من نفسك ما كنت تعهد فقال ‏ ‏عبد الله ‏ ‏لئن قلت ذاك ‏ ‏فذكر بمثل حديث ‏ ‏أبي معاوية ‏

Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra.:

Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu

Read Users' Comments ( 0 )

Selamat Hari Lahir

Dalam musim final exam ni Cik Awan ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat sahabiah yang menyambut hari lahir dalam bulan oktober ini. Semoga panjang umur dan dimurahklan rezeki.

Bagi yang akan menghadapi final exam, selamat menghadapi final exam. Pastikan kita telah membuat persiapan yang rapi. Selalulah minta doa kepada Allah supaya kita dipermudahkan dalam setiap urusan. Amin..

Read Users' Comments ( 5 )

Mabruk Elaikum..

Tahniah kepada sahabat cik awan, kak Nor Syuhada Jopri dengan suaminya abg Husni yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 25 Oktober 2008 lalu. Tahniah. Semoga berbahagia ke anak cucu.

Read Users' Comments ( 0 )

erti persahabatan...

luahan rasa daripada seorang sahabat...

erti persahabatan...

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa,

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu, tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungkanlah…

Read Users' Comments ( 0 )

Permata untuk Isteriku

Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Read Users' Comments ( 2 )

Selamat pengantin baru..

''Welcome to the club!'' biasanya cik awan ucapkan kepada sahabat yang menamatkan zaman bujangnya walaupun cik awan sendiri belum berkahwin. bila agaknya dapat kahwin ni. mmmm bila ek?.

Kita doakan supaya yang belum kahwin tu, cepat-cepat kahwin. Jangan tangguh-tangguh. ada peluang segera kahwin. Insyaallah banyak hikmahnya.

tahniah kepada sahabat cik awan- ayuni dan suaminya kerana sekamat diijab-kabulkan pada hari ini. Tahniah, semoga bahagia ke anak cucu.

Ni ada sedikit pantun unuk yang menjadi baru, pengantin lama dan yang akan menjadi pengantin...

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan

Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai

Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang

Read Users' Comments ( 0 )

al-Qadr

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa
segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Read Users' Comments ( 0 )

Karnival Ramadhan al-Mubarak

Tingkatkan amal..
Tingkatkan ibadah..
Tingkatkan kesabaran..
Tingkatkan Iman..
Karnival Ramadhan..

Read Users' Comments ( 0 )

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan 1429 h.

Read Users' Comments ( 0 )

PTPTN 1 %

Nampaknya Kerajaan Malaysia lebih bertimbang rasa. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Malaysia kerana menurunkan kadar riba daripada 3% kepada 1%.

Situasi pelajar sekarang amat berbeza dengan situasi pelajar dahulu. Sekarang pelajar dibebani pelbagai tekanan. Selain daripada tekanan akademik, pelajar juga dibebani dengan bebanan kos pengajian yang tinggi berikutan kenaikkan harga barang seterusnya menaikkan taraf hidup.

Taraf hidup semakin tinggi, namun kadar pinjaman tidak naik. Pinjaman PTPTN hanya dapat menampung separuh daripada kos pengajian yakni termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup yang asas. Kekurangan ini memaksa mahasiswa untuk mencari pendapatan tambahan dengan mencari kerja sementara.

Pelbagai cara mereka lakukan. Ada yang berniaga kecil-kecilan, menyertai jualan langsung dan pelbagai lagi. Yang sedihnya ada yang terlibat dalam aktiviti pelacuran. Apa peranan pihak universiti untuk mengatasi masalah ini? Di sini Cik Awan mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya menaikkan kadar pinjaman dan menukar status pinjaman kepada biasiswa. Ini baru sejahtera aman dan makmur.

Read Users' Comments ( 0 )

Takkan Melayu di Dunia

'' Takkan Melayu Hilang di Dunia'', kata-kata yang pernah dilaungkan oleh lagenda Laksamana Hang Tuah. Sampai bilakah ungkapan ini akan bertahan?

Dengan situasi yang tidak menentu sekarang ini Melayu dah semakin terhakis di tanah tumpah darah sendiri. Puak yang memperjuangkan bangsa Melayu sendiri pun menafikan hak Melayu. Biasiswa untuk pelajar Melayu sudah lama ditarik walaupun hak tersebut termaktub dalam perlembagaan, kuota-kuota untuk Melayu dalam pelbagai medan termasuk institusi pendidikan, sektor kerajaan juga dikecilkan.

Kerajaan perlu mengkaji balik sebelum membuat keputusan yang berkaitan hak bangsa melayu. Kerajaan perlu mengkaji tanap kemampuan bangsa Melayu dalam menyaingi bangsa-bangsa lain. Semakin lama Melayu terkebelakang tidak mampu untuk bersaing denagn bangsa lain.

Kerajaan perlu menyediakan formula atau mekanisma untuk membangunkan danmemperkasakan bangsa. Sudah banyak program yang dijalankan kerajaan, tapi seauh mana kesan dan pemantuan yang dilakukan?

Sekarang banyak isu yang timbul yang menghakis hak Melayu dan secara tidak langsung mengganggukan kedaulatan Raja-Raja.

''Forum Memeluk Islam'' yang dianjurkan oleh Bar Council sedikit sebanyak menggangu-gugat hak dan maruah orang Melayu dan Islam. Apa hak mereka untuk memincangkan hak orang Islam yang jelas termaktub dalam perlembagaan.

Semakin hari mereka (non muslim) telah berani membincang perkara yang bukan urusan mereka. Apa tindakan kerajaan yang kononya memperjuangkan hak bangsa Melayu dalam isu ini.

Walupun begitu, ada juga pihak yang baru membuka mata. Beberapa NGO melayu bangun untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka termasuklah Gabungan Pelajar Melayu Semenanung (GPMS). Alhamdulillah GPMS masih lagi ada kesedaran mengenai Islam.

Kenapa sekarang? Isu ini sudah lama timbul. Ia timbul dengan penubuhan InterFaith Comission (IFC) beberapa tahun dulu tapi Perdana Menteri hadhari pada waktu itu hanya mengatakan ''Kita tangguh dulu''. Tengok sekarang mereka sudah berani melakukan tindakan sesuka hati mereka. Bar Caouncil adalah sebahagian dari IFC.

Kalau kita ulangkaji balik banyak perkara yang dituntut oleh IFC pada awal penubuhannya. Antaranya ialah menghapuskan perkataan Islam pada mykad. Apabila perkataan itu dihapuskan maknanya semua orang sama. Kita tidak akan mengetahui agamanya berdasarkan kad pengenalan mereka.

Lupakan ideologi perjuangan parti masing-masing, sekarang kita Umat Islam mesti bersatu atas dasar Islam untuk memperjuangkan hak dan maruah Islam. Hanya Islam yang menjamin kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Perjuangan Islam adalah perjuangan universal. Semua orang boleh menyertai perjuangan Islam. Menjadi kewajipan semua orang Islam untuk bersatu untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

Read Users' Comments ( 0 )

Pengat Durian

Menyelusuri jalan nak ke kampus kelihatan banyak buah durian yang dijual oleh penduduk tempatan. Terliur juga nak makan raja buah ini. Terinagt pula buah durian kat kampung. Makan buah bersama keluarga, mesti best.

Dah masak ke belum buah- buahan kat kampung ni? Harapnya belum masak lagi. Tunggu Cik Awan balik kampung dulu lah . Kalau dah masak melepaslah hajat nak makan bu
ah tahun ini.

Tadi selepas solat isya' kat surau ada jamuan makan pengat durian. Biasanya pengat durian ni Cik Awam makan dengan pulut atau roti tapi kat teganu ni makan dengan roti jala gulung. Ni first time makan gini. Best juge.

Lepas ni hajatnya nak cuba buat sendiri pengat durian ni. Special punyer. Kat bawah ni ada bahan-bahan dan cara nak membuatnya.

Bahan- bahan:

2 mangkuk isi durian
1 biji kelapa parut
2 keping gula melaka 2 senduk gula pasir (mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara nak membuat :

si durian disiat-siat menjadi kecil mengikut kesukaan anda. Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir. Kemudian, jerangkan ke atas api dan kacau perlahan-lahan hingga empuk. Perah santan kelapa anggaran dua mangkuk kemudian masukkan ke dalam periuk tadi bersama daun pandan. Masukkan juga sedikit garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasanya. Setelah cukup masak bolehlah diangkat.

Kepada sesiapa yang nak buat pengat ni jangan lupa ajak Cik Awan sekali. Kita makan bersama lagi best. Selamat mencuba !!

Read Users' Comments ( 0 )

Tahniah kepada Graduasi..

Read Users' Comments ( 0 )

Bloggers of the World, Unite for Charity

By Bilal Randeree

My name is Bilal and I am a blogger. Who is a blogger? A blogger is someone who keeps a blog. What is a blog? A blog is basically a journal that is available on the Web.

Whole blog communities have sprung up around topics that put people into contact with one another where they can learn, share ideas, make friends, and even do business with people having similar interests from around the world. Blogging is another modern-day platform that influences how the youth of today connect, interact, and engage with their peers.

But like every medium out there, the Internet can be used for good or bad. The online environment could sometimes be an obstacle, presenting many immoral features, which deter us from thinking, knowing, and practicing Islam daily. We need to contribute toward the spiritual, moral, and physical development of the youth and the community. An important aspect of our Islamic identity is the development and encouragement of social service and charity work.

(For those who give in charity, men and women, and loan to Allah a beautiful loan, it will be increased manifold, and they will have a noble reward.) (Al-Hadid 57:18)

Blogs are one of the effective tools that help in spreading and discussing charitable ideas and activities among youth.

But unfortunately, not many people are using their blogs for this purpose, in spite of the influential role it plays.

*Cik Awan memetik post ini dari Islam Online.

Cik Awan bersetujulah dengan usaha yang dilakukan oleh Bilal Randaree supaya blogger bergabung untuk melakukan kegiatan amal. Di Malaysia kita semua tahu bahawa blogger membawa pengaruh yang besar dan berat impaknya. Kita dapat melihat keputusan pilihanraya yang lalu sebagai buktinya.

Sebuah kerajaan yang lama dan kuat kononnya hampir ditumbangkan dengan kuasa blogger ini.

Selain daripada itu para blogger boleh memainkan peranan masing-masing bagi meningkatkan daya intelektual rakyat Malaysia dengan menghantar artikel -artikel yang dapat membangunkan dan membuka minda masyarakat.

Read Users' Comments ( 2 )

Cukuplah mati itu sebagai satu peringatan,,

Ini kali kedua Cik Awan menulis tentang mati. "..cukuplah kematian itu sebagai satu peringatan.." Menjadi fardhu kifayah kepada kita untuk solat jenazah apabila ada kematian dikawasan kita. Sebentar tadi Cik Awan pergi solat jenazah berhampiran dengan perumahan yang didiami. Suasana nya cukup menginsafkan.

Besar harapan supaya kematian ini menjadi satu titik tolak kepad
a kita yang masih hidup kearah yang lebih baik. Nabi pernah bersabda, " Orang yang bijak ialah orang yang selalu mengingati mati..". Jelaslah kepada kita kematian itu sebenarnya adalah peringatan kepada kita yang masih masih hidup.

Di bawah ini sedikit panduan solat jenazah buat peringatan kita yang sering terlupa.

LAFAZ NIAT

1. Mayat lelaki:

( Sahaja aku sembahyang atas ini lelaki empat takbir fardu kifayah menjadi makmum(imam) kerana Allah Taala).

2. Mayat perempuan:

( Sahaja aku sembahyang atas ini perempuan empat takbir fardu kifayah menjadi makmum(imam) kerana Allah Taala).

3. Niat umum hadir dan ghaib, lelaki atau perempuan,

(Sahaja aku sembahyang atas mayat yang disembahyangkan oleh imam menjadi makmum, kerana Allah Taala).

3. Berdiri Betul - Sembahyang dikerjakan dengan berdiri lurus tanpa sebarang rukuk dan sujud atau sebagainya.

4. 4 kali takbir termaksuk takbiratul ihram - tidak perlu mengangkat tangan selain daripada takbir yang pertama sahaja.

5. Membaca Al-Fatihah - Membaca Al-Fatihah sesudah takbir pertama

6. Selawat ke atas Nabi - Membaca selawat sesuda
h takbir kedua, sekurang-kurangnya bacaan Selawat ialah:

7. Doa bagi jenazah - Membaca doa sesudah takbir ketiga, sekurang-kurangnya ialah

Doa khusus bagi si mayat juga buat seluruh kaum muslim yang Dibaca oleh rasulullah WAS sebagaimana dalam hadis dari Abu Hurairah, katanya rasulullah SAW berdoa sewaktu menyembahyangkan jenazah. Doanya ialah :

Ertinya : "Ya Allah, ampunilah dosa kami semua, yang masih hidup dan yang sudah mati, orang kecil dan besar, lelaki dan wanita dan yang hadir serta yg ghaib. Ya Allah orang-orang yang Engkau hidupkan di antara kami, hidupkan dalam agama Islam, dan yang Engkau matikan di antara kami, matikanlah dalam iman. Ya Allah, janganlah terhalang kami dari pahalanya dan janganlah kami disesatkan sepeninggalnya ." (Riwayat Ahmad Dan Ashab Al-sunan)

Kalau yang disembahyangkan itu anak-anak hendaklah dibacakan

Ertinya : " Ya Allah, jadikanlah dia bagi kami titipan dan simpanan." (Riwayat Bukhari dan Al_Baihaqi)

8. Memberi salam - Sudah
i sembahyang jenazah dengan salam sekali ke kiri dan sekali ke kanan sesudah keempat. Lafaznya

Read Users' Comments ( 1 )

Happy Father's Day

Read Users' Comments ( 0 )

Menteri mesti berkorban, bukan rakyat!

Saya ingin mengulas kenyataan menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna yang mempertahankan tindakan kabinet menaikkan harga petrol dan diesel di sebuah stesen televisyen kelmarin.

apa ertinya subsidi petrol 060608Antaranya, Datuk Shahrir Samad yang menyatakan “rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan harga minyak” kerana kerajaan membekalkan subsidi.

Pertama, subsidi dalam bentuk wang pos RM150 setahun bagi pengguna motosikal bawah 250cc dan RM625 setahun bagi kereta bawah 2000cc.

(Ingat: Wang ini hanya diperolehi sewaktu memperbaharui cukai jalan)

Ulasan saya: Mari kita buat kiraan berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.

(i) Bagi motosikal bawah 250cc:

Subsidi setahun: RM150.00
Subsidi sebulan: RM12.50
Harga petrol kini: RM2.70 seliter

Satu tangki penuh petrol (motosikal EX5 class) lebih kurang 4 liter, dan boleh digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja lebih kurang tiga hari. (Dalam kes saya ini, jarak rumah ke pejabat, 20km).

Jumlah wang yang digunakan untuk membayar petrol selepas kenaikan harga petrol (andaian: 20 hari berkerja sebulan)

= RM2.70 x 4 liter x 20 hari (dibahagikan 3 hari)
= RM72 sebulan - RM12.50 (subsidi)
= RM59.50

Jumlah dibayar sebelum kenaikan harga (andaian: 20 hari berkerja sebulan)
= RM1.92 x 4 liter x 20 hari (dibahagikan 3 hari)
= RM51.20

Kenaikan yang ditanggung sebulan: RM59.50 - RM 51.20 = RM8.30 @ 16% sebulan.

(ii) Bagi kereta bawah 2000cc

Subsidi setahun: RM625.00
Subsidi sebulan: RM52.08
Harga petrol kini: RM2.70 seliter

Satu tangki penuh petrol (Kancil 660cc) lebih kurang 30 liter, dan boleh digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja kira-kira lima hari (Dalam kes isteri saya, jarak rumah ke pejabat, 15km)

Jumlah wang yang digunakan untuk membayar petrol selepas kenaikan harga petrol (andaian: 20 hari berkerja sebulan):
= RM2.70 x 30 liter x 20 hari (dibahagikan 5 hari)
= RM324.00 - RM52.08 (subsidi)
= RM271.92

Jumlah dibayar sebelum kenaikan harga (andaian: 20 hari berkerja sebulan):
= RM1.92 x 30 liter x 20 hari (dibahagikan 5 hari)
= RM178.32

Kenaikan yang ditanggung sebulan: RM271.92 - RM230.40 = RM41.52 @ 18% sebulan.

Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Tetapi harus diingat semakin banyak kita menggunakan petrol, maka makin banyak lagilah jumlah kenaikan yang dirasai. Maknanya semakin jauh tempat bekerja seseorang, semakin banyak petrol digunakan dan semakin banyak lagilah peratusan kenaikan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Sebenarnya, golongan yang untung akibat penstrukturan semula subsidi ini mereka yang tinggal dekat dengan tempat kerja atau pengguna minyak jarak dekat.

Masalahnya, bukan semua golongan berpendapatan rendah membuat perjalanan jarak dekat, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar.

Contohnya di Klang, kebanyakan pekerja tidak tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di bandar tersebut.

Kebanyakan mereka tinggal di kawasan kampung seperti Banting atau Kuala Selangor. Jadi penstrukturan semula subsidi akan membebankan golongan ini.

Kedua, ‘teori domino’ – kenaikan harga barangan lain akibat harga petrol – tidak akan berlaku kerana ia khususnya tepung, gula, beras sudah mendapat subsidi tertentu.

Ulasan saya: Skrip lama diulang tayang, daripada Datuk Mohd Shafie Apdal dan menteri sebelumnya sampailah Shahrir semuanya berkata harga barangan lain tidak akan naik, tetapi realitinya lepas itu semua harga barang naik atas alasan kos pengangkutan meningkat!

Menteri bercakap berdegar-degar di media, menyatakan kerajaan akan memantau tetapi akhirnya pemantauan entah ke mana, tindakan entah ke mana, golongan yang sengsara tetap juga rakyat marhaen.

Ketiga, rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan menghadapi kenaikan harga minyak dunia.

Ulasan saya: Dari dulu, kini dan selamanya rakyat kena berkorban demi negara sedangkan menteri-menteri yang membuat keputusan tidak pernah mengambil langkah berkorban demi rakyat.

Apa salahnya, dalam menghadapi kenaikan harga minyak, para menteri membuat keputusan memotong elaun wakil rakyat – misalnya 20 peratus – atau mengumumkan elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai.

Misalnya lagi, bentuk satu tabung khas hasil potongan elaun wakil-wakil rakyat dan menteri bagi menangani kenaikan harga minyak.

Sayangnya, tidak berlaku. Hanya rakyat disuruh berkorban sedangkan menteri dan wakil rakyat khususnya BN mendapat elaun itu, elaun ini, kereta percuma, minyak percuma, makan percuma, minum percuma, tuntutan (claim) sana, tuntutan sini.

Tidak cukup dengan semua itu, rembat lagi duit rakyat sana sini!

Bagaimana mereka meminta kita berkorban, padahal dia orang selaku pemimpin tidak menunjukkan yang dia orang mahu sama-sama berkorban.

Keempat, akhir sekali, mengubah gaya hidup rakyat (kenyataan ini bukan datang daripada Shahrir tetapi satu persatuan pengguna berpengaruh).

Mahu ubah bagaimana sebab harga semua barang naik, termasuk barangan asasi juga turut naik! Masakan harus sampai ke tahap perlu makan ubi kayu semula, kemudian memakai baju daripada kain guni?

Saya fikir, mereka yang kena mengubah gaya hidup bukan rakyat marhaean biasa yang semakin lama semakin ditindas, tetapi para menteri dan wakil rakyat khususnya BN.

Rakyat semakin lama semakin lapar, semakin lama semakin merempat di bumi sendiri. Kesimpulannya, lu pikirlah sendiri…

sumber : http://www.malaysiakini.com/

Read Users' Comments ( 0 )

Harga Petrol Naik : Hadiah Kerajaan Kepada Rakyat

Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Malaysia atas hadiah yang diberikan kepada kita selepas tidak sampai tiga bulan memerintah. Ini adalah hadiah yang besar diberikan iaitu kenaikan harga petrol sebanyak 41% dan diesel sebanyak 63.3%.

Jika sebelum kenaikan kita hanya memerlukan hanya RM 40 untuk penuhkan tangki kereta kancil tapi sekarang ia akan mencapai hampir RM 60 hingga ke RM 70, bertambah satu kali ganda beban rakyat Malaysia untuk ditanggung. Ini baru harga petrol yang naik, lepas ini harga barang lain pula akan menyusul.

Tahun lepas dengan kenaikan sedikit demi sedikit harga petrolpun "beradong" harga barang lain naik. Ini 78 sen Cik Awan tidak tahu apa akan berlaku lepas ini. Mungkin tukar kerajaan kot.

Cik Awan tidak tahu bagaimana Kerajaan menilai atau mengkaji untuk menaikkan harga minyak ni. Adakah kerajaan semata-mata menilai kerana harga minyak dunia naik dan tidak mampu untuk menanggung subsidi? Adakah dengan keuntungan Petronas tidak mampu untuk menanggung subsidi tersebut? Adakah kerajaan mengkaji taraf hidup rakyat Malaysia secara keseluruhannya? Adakah rakyat mampu untuk menanggung beban yang bertambah ini?

Pemimpin kerajaan tidak rasa semua ini (beban rakyat) kerana mereka bergerak kesana kemari menggunakan kereta kerajaan yang ditnggung oleh rakyat dan kemudahan lain yang ditanggung oleh rakyat. Cik Awan mempersoalkan semua atas capacity rakyat biasa. Persoalan ini mungkin betul dan mungkin silap tapi ia perlu untuk difikirkan bersama.

Itu daripada aspek rakyat. Bagaimana pula bebanan yang ditanggung pelajar universiti. Kebanyakan pelajar universiti menerima PTPTN untuk menampung kos pengajian mereka. Taraf hidup semakin naik tetapi jumlah pinjaman tidak naik. Adakah mereka perlu mengambil tindakan untuk "ubah cara hidup" yang hebat diwar-warkan oleh pemimpin negara kita sebelum ini? Tetapi sejauh manakah ia dapat meringankan beban pelajar.

Dengan situasi yang semakin teruk ini menunjukkan pemimpin kerajaan Malaysia sekarang sudah tidak mampu untuk mentadbir. Kita sebagai rakyat yang bijak kena membuat penilaian. Adakah pemimpin seperti ini mampu untuk memerintah. Jika tidak mampu bagi orang lain yang memerintah. Ramai lagi figure-figure yang bijak dan layak untuk memerintah.

Dengan kenaikan harga petrol ini sudah cukup bukti bahawa kerajaan sekarang ini tidak mampu untuk menjaga kebajikan rakyat. Di mana slogan "selamat aman dan makmur" yang dibising-bisingkan sebelum ini? Apa yang selamat? Apa yang aman? Apa yang makmur? Jika rakyat susah nak mati menanggung beban.

Sudah tiba masanya rakyat untuk menilai dan membuat perubahan. Jangan takut untuk membuat perubahan kerana apa yang berlaku sekarang ini memaksa kita untuk membuat perubahan. Berilah kepada orang lain untuk memerintah Malaysia.

Read Users' Comments ( 1 )

UTUSAN ONLINE: Kotak rokok berimej ngeri mulai 1 Disember

KUALA LUMPUR 31 Mei - Mulai 1 Disember ini, kotak-kotak rokok akan dicetak dengan gambar penyakit kronik termasuk kanser paru-paru akibat merokok sebagai langkah peringatan keras dan pencegahan tabiat berkenaan di kalangan orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, amaran kesihatan terbaru itu akan merangkumi 40 peratus gambar penyakit tersebut di bahagian hadapan kotak rokok dan 60 peratus lagi di bahagian belakang.

Menurutnya, istilah-istilah seperti rendah atau 'ringan' kandungan tar dan nikotina yang tertera di kotak rokok selama ini tidak lagi akan dibenarkan.

Katanya, ini kerana ia memberi gambaran seolah-olah rokok selamat dihisap disebabkan kandungan bahan berkenaan rendah.

"Untuk peringkat permulaan, enam keping gambar penyakit berlainan berkaitan tabiat merokok akan digunakan secara bergilir-gilir selama dua tahun.

"Industri rokok diberi tempoh enam bulan untuk mematuhinya sebelum peraturan baru itu dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Disember nanti.

"Jika masih gagal berbuat demikian selepas daripada tarikh itu, kompaun sehingga RM5,000 akan dikenakan kepada pengusaha rokok," katanya pada sidang akhbar di Stadium Latihan Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil di sini hari ini.

Terdahulu, Tiong Lai merasmikan Hari Tanpa Tembakau peringkat kebangsaan 2008 yang bertemakan 'Belia Benci Rokok'.

Berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Mobiditi Ketiga 2006, sebanyak 2.73 juta orang menghisap sebanyak 33 juta batang rokok sehari dengan perbelanjaan sejumlah RM8.59 juta sehari.

Kesemua langkah terbaru itu, kata beliau, akan dilaksanakan selepas pindaan yang dibuat pada Peraturan-Peraturan Langkah Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Tambahnya, ia turut konsisten dengan peruntukan Artikel 11, Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau WHO (FCTC) (pembungkusan dan pelabelan).

Katanya, pindaan berkaitan langkah itu telah diluluskan oleh Kabinet pada awal tahun ini.

Mengulas lanjut, Tiong Lai memberitahu, penjualan rokok juga tidak boleh dilakukan dalam bentuk promosi, diskaun serta edisi terhad, selain dijual bersama bahan lain untuk menarik minat orang ramai.

''Umpamanya, jualan pakej rokok tidak boleh lagi dijual dengan pemetik api,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, semua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok berkuat kuasa serta-merta.

Mengenai penguatkuasaan pula, beliau berkata, pegawai kementerian akan turun padang bagi memastikan peraturan itu dipatuhi.

---------------------------------------------------------------------------------------------

*Cik Awan:

Mengapa luluskan lesen jual rokok? Hapuskan semua lesen jual rokok baru tak beli rokok. Mereka(kerajaan) jual lepas tu larang orang untuk beli rokok, kan pelik tu?

Read Users' Comments ( 0 )

Baju Kurung atau Baju Kurang

Hebat diperkatakan isu pakaian seragam untuk perempuan di sekolah. Islam telah menyediakan penyelesaian awal-awal lagi. Dalam al-Quran telah menyatakan cara untuk mencegah perkara yang tidak diingini seperti gangguan seksual, rogol dan sebagainya.

Begitulah gaya al-Quran mengambil kaedah mencegah lebih baik daripada merawat. Al-Quran menyuruh kita untuk menutup aurat mula dari bawah lutut bagi lelaki dan semua bahagian kecuali tapak tangan dan muka bagi wanita. InsyaAllah perkara seperti gangguan seksual dan rogol tidak akan berlaku jika kita mengikut segala arahan daripada pencipta kita.

Cik Awan mencadangkan agar pakaian seragam sekolah menepati etika pakaian Islam seperti melabuhkan tudung dan tidak begitu ketat bagi perempuan. Apabila kita mengikut segala arahan daripada pencipta kita insyaallah kebaikan yang akan kita perolehi.

Cik Awan harap kesedaran untuk kembali kepada Islam meluas keseluruh masyarakat dari setinggi - tinggi golongan hingga ke peringkat paling bawah. Pelbagai hikmah yang kita rasai apabila kita menghikut Islam. "Islam is the solution" Islam ialah penyelesai segala masalah.
Oleh mari kembali kembali kepada Islam. Ambillah Islam secara keseluruhannya.

Read Users' Comments ( 2 )

Kembalikan Royalti Rakyat Terengganu

Read Users' Comments ( 0 )

Biar betapa jauh..

Read Users' Comments ( 0 )

Tun..

Read Users' Comments ( 0 )

Kenangan

Read Users' Comments ( 2 )

wahai anakku..

Read Users' Comments ( 0 )

Peringatan buat diriku yang alpa

Di sini cik Awan petik ulasan naqib cik Awan mengenai isu menyimpan gambar yang bukan muhrim kita. Bersama kita renung dan hayati adakah kita mengalami situasi tersebut. Kalau kita terlibat cepat-cepat kita jauhi.

Assalamualaikum...

Dalam mazhab syafi'e, asal sesuatu perkara ini adalah harus sehingga ada dalil yang jelas yang mengharamkannya. Dalam bab menyimpan gambar non muhrim ini, ianya kembali kepada dua persoalan iaitu persoalan aurat dan persoalan fitnah. Ana rasa semua kita sudah jelas tentang aurat, tetapi apabila menyentuh tentang persoalan fitnah, kita terlupa fitnah juga boleh berlaku ke atas diri sendiri, dok khayal, dok tringat sokmo2,ngoya, lagha dan sebagainya. Kita juga seharusnya sedaya upaya untuk menutup fitnah yang mungkin daripada orang lain kepada diri kita. Sebenarnya konsep menyimpan gambar ini juga berhubung kait dengan persoalan ikhtilat kita secara tidak langsung. Islam menutup semua pintu fitnah demi untuk menjaga kemashlatan dan kehormatan umatnya. Apabila menghuraikan ayat "Janganlah mendekati zina" ramai ulama' tafsir yang telah menggariskan perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kepada zina termasuk zina hati, zina mata, dan sebagainya (boleh refer kepada blog ust hasrizal, artikel mufti perlis, dsb).

Memang berlaku khilaf di kalangan fuqaha' tentang menyimpan gambar wanita bukan muhrim..Ada yang kata boleh selagi mana tidak khayal@membawa kepada lagha dan lalai kepada Allah SWT dan ada kata memang tak boleh sebab dia membuka kepada pintu-pintu fitnah yang lebih besar.FirmanNya:

"Dan sungguh Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang Ia haramkan atas kamu." (al-An'am: 119)

Perkara halal yang sudah jelas, boleh terus dilakukan dan dalam persoalan haram sudah jelas juga, samasekali tidak ada rukhsah untuk mengerjakannya, selama masih dalam keadaan normal.

Tetapi di sebalik dua situasi itu iaitu antara halal dan haram terdapat satu lagi persoalan yang mesti kita perhatikan iaitu syubhah. Syubhah merupakan sesuatu tidak begitu jelas antara halal dan haramnya bagi manusia. Hal ini boleh terjadi mungkin karena tasyabbuh dalil dan mungkin kerana tidak jelasnya jalan untuk menerapkan nas (dalil) yang ada terhadap suatu peristiwa atau hukum.Terhadap persoalan ini Islam memberikan suatu garis yang disebut Wara' (suatu sikap berhati-hati karena takut berbuat haram). Di mana dengan sifat itu seorang muslim diharuskan untuk menjauhkan diri dari masalah yang masih syubhat, supaya dia tidak terjerumus untuk berbuat kepada sesuatu yang haram.

Dasar kepada prinsip ini ialah sabda Nabi yang mengatakan:

"Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhah), banyak orang yang tidak tahu: apakah dia masuk kepada yang halal atau kepada yang haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat,. dan barangsiapa mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan iatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula, bahwa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan." (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi, dan riwayat ini adalah lafaz Tarmizi).

Bagi ana, dalam isu ini, adalah lebih baik kita kembali kepada prinsip saddudz dzara'i, iaitu menutup pintu ke arah kemaksiatan tanpa kompromi.Maka apa saja yang dapat membangkitkan syahwat dan membuka pintu fitnah sama ada oleh lelaki atau perempuan, serta mendorong orang untuk berbuat maksiat atau paling tidak mendekatkan perbuatan maksiat, atau yang memberikan jalan-jalan untuk berbuat maksiat, maka Islam melarangnya demi untuk menutup jalan berbuat haram dan menjaga daripada perbuatan yang merosakkan.

Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang bermaksud : "Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu," telah mengatakan bahawa : maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Cara seperti itu lebih baik untuk menghilangkan perasaan-perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan, fitnah yang boleh dilemparkan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Menyambung huraian Imam Al-Qurtubi ini, Prof. Dr. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa-Fatwa Kontemporari, Jilid II telah menegaskan bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya dengan masalah dengan perempuan yang tidak halal baginya (begitu juga sebaliknya). Oleh karena itu menjauhi perkara tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi. Maksudnya seperti dalam kaedah Fiqh "Al-Wiqayah Khair Min Al-'Illaj" (mencegah lebih baik daripada merawat).

p/s : Kalu yang simpan gambar kena jauhi, apatah lagi kalu telefon sampai berjam-jam@telefon setiap hari (dalam perkara yang bukan syari'e), bersms sokmo-sokmo sampai lagho,atau lebih teruk berjumpa/bawa balik ke rumah/dsb (i.Allah nanti kita buka plak topik dalam isu berjumpa dengan "awek" ni)...

Wallahu A'lam

Read Users' Comments ( 0 )

Peringatan buat diriku yang alpa

Read Users' Comments ( 0 )

Mengira hari yang berbaki..

Read Users' Comments ( 0 )

Welcome to the club..

Cik Awan ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan seperjuangan kerana telah memasuki gerbang perkahwinan. Tahniah.. tahniah.. semoga bahagia hingga ke anak cucu cicit, ciat,.. cicak..

Read Users' Comments ( 2 )

Jumaat, 19 Disember 2008

Ciri-ciri Orang-Orang yang Solatnya Khusyu'

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 6:27 PTG 1 ulasan
1. Sangat menjaga waktunya, dia terpelihara daripada perbuatan dan perkataan
sia-sia apa lagi maksiat. Jadi, orang-orang yang mensia-siakan waktu suka
berbuat maksiat bererti solatnya berkualiti atau belum khusyu'.

2. Niatnya ikhlas, jarang kecewa terhadap pujian atau penghargaan, dipuji
atau tidak dipuji, dicaci atua tidak dicaci, sama sahaja.

3. Cinta kebersihan kerana sebelum solat, orang harus wudhu' terlebih dahulu
untuk menyucikan diri daripada kotoran atau hadas.

4. Tertib dan disiplin, kerana solat sudah diatur waktunya.

5. Selalu tenang dan toma'ninah, toma'ninah merupakan kombinasi antara tenang
dan konsentrasi.

6. Tawadhu' dan rendah hati, tawadhu' merupakan akhlak Rasulallah.

7. Tercegah dari perbuatan keji dan mungkar, orang lain aman daripada keburukan
dan kejelekannya.

Sabtu, 29 November 2008

Kek Untuk bulan 11

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 12:08 PG 3 ulasan

Khamis, 13 November 2008

Mawaddah wa Rahmah

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:13 PG 2 ulasan
Alhamdulillah dengan segala nikmat dan kurnianya kita dapat pelbagai nikmat termasuklah nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman.

Semalam cik Awan mengikuti satu forum yang bertajuk Nikah Tunai yang dipanelkan oleh ahli panel yang tidak asing bagi kita iaitu YB Senator Hjh Mumtaz Md Nawi, ahli dewan Negara dan Ustaz Hasrizal Mohd Jamil (SaifulIslam.com), penceramah bebas. Forum tersebut berlangsung di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, bermula kira-kira jam 10.00 malam dan berakhir 2 jam selepas itu.

Banyak isu panas dan menarik yang dikupas oleh ahli panel termasuklah tentang mahar atau maskahwin, hantaran, adat bersanding dan pelbagai lagi isu-isu tentang perkahwinan yang menjadi kontroversi sekarang ini. Pelbagai tip persedian sebelum kahwin dan penerusan kebahagiaan rumah tangga juga dihurai dengan lanjut.

Jika kita mengambil pengajaran dan iktibar dari forum tersebut insyaallah perkahwinan akan menjadi institusi yang bahagia. Masalah penceraian juga akan dapat dikurangkan.

Di sini suka Cik Awan untuk berkongsi dengan pembaca tentang pandangan yang diutarakan oleh Ustaz Hasrizal tentang mawaddah dan rahmah. Mawaddah dan Rahmah adalah kurniaan Allah selepas perkahwinan. Bila hadirnya Mawaddah dan rahmah ini?

Mengikut Ustaz Hasrizal, ulamak menyatakan ada 6 peringkat untuk terhasilnya mawaddah. Pertama, Bulan madu. Pada masa ini semuanya indah. Apa yang dilakukan suami cantik, apa yang dilakukan oleh isteri semuanya bagus.

Kedua, bulan bawang. Bulan air mata. Selepas 3-4 tahun berkahwin, warna-warna sebenar suami -isteri kelihatan. Perangai sebenar suami isteri sudah dikenalpasti. Pada waktu ini mulalah. Itu tak kena, ini tak kena dan bermacam-macam objek terbang yang dikenalpasti mendarat.

Ketiga, proses rundingan. Pada peringkat ini suami isteri akan mengenalpasti kesilapan dan kelemahan masing-masing. Suami mengaku kesilapan dan kelemahan dia, isteri juga begitu.

Keempat, penyesuaian. Apabila suami-isteri telah mengetahui kelemahan dan kesilapan masing-masing, segala kekurangan tersebut akan dilengkapi oleh kedua-dua belah pihak. Jika suami yang pandai masak, suami yang tolong masakkan dan jika isteri rajin berkemas, isteri yang yang tolong kemaskan.

Kelima, proses peningkatan. Pada peringkat ini suami-isteri berusaha untuk menjadikan hubungan lebih mesra dan dan bahagia.

Dan yang keenam, pemantapan. Pada peringkat ini suami-isteri akan berusaha untuk memantapkan hubungan mereka. Selepas enam peringkat inilah maka lahirlah mawaddah iaitu kasih sayang antara suami isteri.

Mawaddah akan hadir bersama Rahmah. Rahmah ialah belas ihsan antara suami isteri. Rahmah inilah yang mengukuhkan lagi kasih sayang suami-isteri yang menjadikan hubungan kekal lama walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang memungkinkan hubungan terputus.

Itulah sedikit bingkisan daripada forum "Nikah Tunai" yang dapat kita kongsikan bersama. Bersama-samalah kita membuat persediaan yang secukupnya daripada segi ilmu untuk berkahwin bagi yang belum berkahwin dan bagi yang telah berkahwin tambahlah ilmu untuk proses peningkatan, sesungguhnya ilmu Allah itu luas.

Rabu, 12 November 2008

Kata Pujangga untuk direnungi

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 1:18 PTG 0 ulasan
"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..

Dia datangkan petir dan kilat..

kita menangis dan tertanya-tanya,

kemana hilangnya sinar..

Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas

kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang

lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Khamis, 6 November 2008

Hadis Hari ini

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:47 PG 0 ulasan
Mari kita pakat menghafal hadis. Sehari satu hadis, Insyaallah.

حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى التميمي ‏ ‏وأبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏ومحمد بن العلاء الهمداني ‏ ‏جميعا ‏ ‏عن ‏ ‏أبي معاوية ‏ ‏واللفظ ‏ ‏ليحيى ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏أبو معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏إبراهيم ‏ ‏عن ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال ‏
‏كنت أمشي مع ‏ ‏عبد الله ‏ ‏بمنى ‏ ‏فلقيه ‏ ‏عثمان ‏ ‏فقام معه يحدثه فقال له ‏ ‏عثمان ‏ ‏يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏ألا نزوجك ‏ ‏جارية ‏ ‏شابة لعلها تذكرك بعض ما مضى من زمانك قال فقال ‏ ‏عبد الله ‏ ‏لئن قلت ذاك لقد قال لنا رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يا ‏ ‏معشر ‏ ‏الشباب من استطاع منكم ‏ ‏الباءة ‏ ‏فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له ‏ ‏وجاء ‏
‏حدثنا ‏ ‏عثمان بن أبي شيبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏جرير ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏إبراهيم ‏ ‏عن ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال ‏ ‏إني ‏ ‏لأمشي مع ‏ ‏عبد الله بن مسعود ‏ ‏بمنى ‏ ‏إذ لقيه ‏ ‏عثمان بن عفان ‏ ‏فقال ‏ ‏هلم ‏ ‏يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏قال ‏ ‏فاستخلاه ‏ ‏فلما رأى ‏ ‏عبد الله ‏ ‏أن ليست له حاجة قال قال لي تعال يا ‏ ‏علقمة ‏ ‏قال فجئت فقال له ‏ ‏عثمان ‏ ‏ألا نزوجك يا ‏ ‏أبا عبد الرحمن ‏ ‏جارية ‏ ‏بكرا لعله يرجع إليك من نفسك ما كنت تعهد فقال ‏ ‏عبد الله ‏ ‏لئن قلت ذاك ‏ ‏فذكر بمثل حديث ‏ ‏أبي معاوية ‏

Hadis riwayat Abdullah bin Mas`ud ra.:

Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu

Jumaat, 31 Oktober 2008

Selamat Hari Lahir

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:06 PTG 5 ulasan
Dalam musim final exam ni Cik Awan ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada sahabat sahabiah yang menyambut hari lahir dalam bulan oktober ini. Semoga panjang umur dan dimurahklan rezeki.

Bagi yang akan menghadapi final exam, selamat menghadapi final exam. Pastikan kita telah membuat persiapan yang rapi. Selalulah minta doa kepada Allah supaya kita dipermudahkan dalam setiap urusan. Amin..

Isnin, 27 Oktober 2008

Mabruk Elaikum..

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:46 PG 0 ulasan
Tahniah kepada sahabat cik awan, kak Nor Syuhada Jopri dengan suaminya abg Husni yang telah melangsungkan perkahwinannya pada 25 Oktober 2008 lalu. Tahniah. Semoga berbahagia ke anak cucu.

Ahad, 26 Oktober 2008

erti persahabatan...

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 8:34 PTG 0 ulasan
luahan rasa daripada seorang sahabat...

erti persahabatan...

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa,

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti...kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia;dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu, tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu. Renungkanlah…

Rabu, 15 Oktober 2008

Permata untuk Isteriku

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:30 PTG 2 ulasan
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku

Khamis, 9 Oktober 2008

Selamat pengantin baru..

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 8:42 PTG 0 ulasan
''Welcome to the club!'' biasanya cik awan ucapkan kepada sahabat yang menamatkan zaman bujangnya walaupun cik awan sendiri belum berkahwin. bila agaknya dapat kahwin ni. mmmm bila ek?.

Kita doakan supaya yang belum kahwin tu, cepat-cepat kahwin. Jangan tangguh-tangguh. ada peluang segera kahwin. Insyaallah banyak hikmahnya.

tahniah kepada sahabat cik awan- ayuni dan suaminya kerana sekamat diijab-kabulkan pada hari ini. Tahniah, semoga bahagia ke anak cucu.

Ni ada sedikit pantun unuk yang menjadi baru, pengantin lama dan yang akan menjadi pengantin...

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan

Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai

Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang

Selasa, 23 September 2008

al-Qadr

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:12 PG 0 ulasan

BismillahirRahmanirRahim
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa
segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

Sabtu, 13 September 2008

Karnival Ramadhan al-Mubarak

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:48 PG 0 ulasan

Tingkatkan amal..
Tingkatkan ibadah..
Tingkatkan kesabaran..
Tingkatkan Iman..
Karnival Ramadhan..

Khamis, 4 September 2008

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Al-Mubarak

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:55 PG 0 ulasan
Selamat menjalani ibadah dalam bulan Ramadhan 1429 h.

Khamis, 14 Ogos 2008

PTPTN 1 %

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 6:49 PG 0 ulasan

Nampaknya Kerajaan Malaysia lebih bertimbang rasa. Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Malaysia kerana menurunkan kadar riba daripada 3% kepada 1%.

Situasi pelajar sekarang amat berbeza dengan situasi pelajar dahulu. Sekarang pelajar dibebani pelbagai tekanan. Selain daripada tekanan akademik, pelajar juga dibebani dengan bebanan kos pengajian yang tinggi berikutan kenaikkan harga barang seterusnya menaikkan taraf hidup.

Taraf hidup semakin tinggi, namun kadar pinjaman tidak naik. Pinjaman PTPTN hanya dapat menampung separuh daripada kos pengajian yakni termasuk yuran pengajian dan kos sara hidup yang asas. Kekurangan ini memaksa mahasiswa untuk mencari pendapatan tambahan dengan mencari kerja sementara.

Pelbagai cara mereka lakukan. Ada yang berniaga kecil-kecilan, menyertai jualan langsung dan pelbagai lagi. Yang sedihnya ada yang terlibat dalam aktiviti pelacuran. Apa peranan pihak universiti untuk mengatasi masalah ini? Di sini Cik Awan mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya menaikkan kadar pinjaman dan menukar status pinjaman kepada biasiswa. Ini baru sejahtera aman dan makmur.

Rabu, 13 Ogos 2008

Takkan Melayu di Dunia

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:47 PG 0 ulasan

'' Takkan Melayu Hilang di Dunia'', kata-kata yang pernah dilaungkan oleh lagenda Laksamana Hang Tuah. Sampai bilakah ungkapan ini akan bertahan?

Dengan situasi yang tidak menentu sekarang ini Melayu dah semakin terhakis di tanah tumpah darah sendiri. Puak yang memperjuangkan bangsa Melayu sendiri pun menafikan hak Melayu. Biasiswa untuk pelajar Melayu sudah lama ditarik walaupun hak tersebut termaktub dalam perlembagaan, kuota-kuota untuk Melayu dalam pelbagai medan termasuk institusi pendidikan, sektor kerajaan juga dikecilkan.

Kerajaan perlu mengkaji balik sebelum membuat keputusan yang berkaitan hak bangsa melayu. Kerajaan perlu mengkaji tanap kemampuan bangsa Melayu dalam menyaingi bangsa-bangsa lain. Semakin lama Melayu terkebelakang tidak mampu untuk bersaing denagn bangsa lain.

Kerajaan perlu menyediakan formula atau mekanisma untuk membangunkan danmemperkasakan bangsa. Sudah banyak program yang dijalankan kerajaan, tapi seauh mana kesan dan pemantuan yang dilakukan?

Sekarang banyak isu yang timbul yang menghakis hak Melayu dan secara tidak langsung mengganggukan kedaulatan Raja-Raja.

''Forum Memeluk Islam'' yang dianjurkan oleh Bar Council sedikit sebanyak menggangu-gugat hak dan maruah orang Melayu dan Islam. Apa hak mereka untuk memincangkan hak orang Islam yang jelas termaktub dalam perlembagaan.

Semakin hari mereka (non muslim) telah berani membincang perkara yang bukan urusan mereka. Apa tindakan kerajaan yang kononya memperjuangkan hak bangsa Melayu dalam isu ini.

Walupun begitu, ada juga pihak yang baru membuka mata. Beberapa NGO melayu bangun untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka termasuklah Gabungan Pelajar Melayu Semenanung (GPMS). Alhamdulillah GPMS masih lagi ada kesedaran mengenai Islam.

Kenapa sekarang? Isu ini sudah lama timbul. Ia timbul dengan penubuhan InterFaith Comission (IFC) beberapa tahun dulu tapi Perdana Menteri hadhari pada waktu itu hanya mengatakan ''Kita tangguh dulu''. Tengok sekarang mereka sudah berani melakukan tindakan sesuka hati mereka. Bar Caouncil adalah sebahagian dari IFC.

Kalau kita ulangkaji balik banyak perkara yang dituntut oleh IFC pada awal penubuhannya. Antaranya ialah menghapuskan perkataan Islam pada mykad. Apabila perkataan itu dihapuskan maknanya semua orang sama. Kita tidak akan mengetahui agamanya berdasarkan kad pengenalan mereka.

Lupakan ideologi perjuangan parti masing-masing, sekarang kita Umat Islam mesti bersatu atas dasar Islam untuk memperjuangkan hak dan maruah Islam. Hanya Islam yang menjamin kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Perjuangan Islam adalah perjuangan universal. Semua orang boleh menyertai perjuangan Islam. Menjadi kewajipan semua orang Islam untuk bersatu untuk mengembalikan kegemilangan Islam.

Selasa, 22 Julai 2008

Pengat Durian

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:18 PTG 0 ulasan
Menyelusuri jalan nak ke kampus kelihatan banyak buah durian yang dijual oleh penduduk tempatan. Terliur juga nak makan raja buah ini. Terinagt pula buah durian kat kampung. Makan buah bersama keluarga, mesti best.

Dah masak ke belum buah- buahan kat kampung ni? Harapnya belum masak lagi. Tunggu Cik Awan balik kampung dulu lah . Kalau dah masak melepaslah hajat nak makan bu
ah tahun ini.

Tadi selepas solat isya' kat surau ada jamuan makan pengat durian. Biasanya pengat durian ni Cik Awam makan dengan pulut atau roti tapi kat teganu ni makan dengan roti jala gulung. Ni first time makan gini. Best juge.

Lepas ni hajatnya nak cuba buat sendiri pengat durian ni. Special punyer. Kat bawah ni ada bahan-bahan dan cara nak membuatnya.

Bahan- bahan:

2 mangkuk isi durian
1 biji kelapa parut
2 keping gula melaka 2 senduk gula pasir (mengikut rasa)
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara-cara nak membuat :

si durian disiat-siat menjadi kecil mengikut kesukaan anda. Masukkan isi durian ke dalam periuk bersama gula melaka dan gula pasir. Kemudian, jerangkan ke atas api dan kacau perlahan-lahan hingga empuk. Perah santan kelapa anggaran dua mangkuk kemudian masukkan ke dalam periuk tadi bersama daun pandan. Masukkan juga sedikit garam secukup rasa. Kacau perlahan-lahan hingga mendidih, kemudian sesuaikan rasanya. Setelah cukup masak bolehlah diangkat.

Kepada sesiapa yang nak buat pengat ni jangan lupa ajak Cik Awan sekali. Kita makan bersama lagi best. Selamat mencuba !!

Selasa, 15 Julai 2008

Tahniah kepada Graduasi..

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:26 PTG 0 ulasan

Rabu, 18 Jun 2008

Bloggers of the World, Unite for Charity

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:38 PG 2 ulasan

By Bilal Randeree

My name is Bilal and I am a blogger. Who is a blogger? A blogger is someone who keeps a blog. What is a blog? A blog is basically a journal that is available on the Web.

Whole blog communities have sprung up around topics that put people into contact with one another where they can learn, share ideas, make friends, and even do business with people having similar interests from around the world. Blogging is another modern-day platform that influences how the youth of today connect, interact, and engage with their peers.

But like every medium out there, the Internet can be used for good or bad. The online environment could sometimes be an obstacle, presenting many immoral features, which deter us from thinking, knowing, and practicing Islam daily. We need to contribute toward the spiritual, moral, and physical development of the youth and the community. An important aspect of our Islamic identity is the development and encouragement of social service and charity work.

(For those who give in charity, men and women, and loan to Allah a beautiful loan, it will be increased manifold, and they will have a noble reward.) (Al-Hadid 57:18)

Blogs are one of the effective tools that help in spreading and discussing charitable ideas and activities among youth.

But unfortunately, not many people are using their blogs for this purpose, in spite of the influential role it plays.

*Cik Awan memetik post ini dari Islam Online.

Cik Awan bersetujulah dengan usaha yang dilakukan oleh Bilal Randaree supaya blogger bergabung untuk melakukan kegiatan amal. Di Malaysia kita semua tahu bahawa blogger membawa pengaruh yang besar dan berat impaknya. Kita dapat melihat keputusan pilihanraya yang lalu sebagai buktinya.

Sebuah kerajaan yang lama dan kuat kononnya hampir ditumbangkan dengan kuasa blogger ini.

Selain daripada itu para blogger boleh memainkan peranan masing-masing bagi meningkatkan daya intelektual rakyat Malaysia dengan menghantar artikel -artikel yang dapat membangunkan dan membuka minda masyarakat.

Isnin, 16 Jun 2008

Cukuplah mati itu sebagai satu peringatan,,

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:50 PG 1 ulasan
Ini kali kedua Cik Awan menulis tentang mati. "..cukuplah kematian itu sebagai satu peringatan.." Menjadi fardhu kifayah kepada kita untuk solat jenazah apabila ada kematian dikawasan kita. Sebentar tadi Cik Awan pergi solat jenazah berhampiran dengan perumahan yang didiami. Suasana nya cukup menginsafkan.

Besar harapan supaya kematian ini menjadi satu titik tolak kepad
a kita yang masih hidup kearah yang lebih baik. Nabi pernah bersabda, " Orang yang bijak ialah orang yang selalu mengingati mati..". Jelaslah kepada kita kematian itu sebenarnya adalah peringatan kepada kita yang masih masih hidup.

Di bawah ini sedikit panduan solat jenazah buat peringatan kita yang sering terlupa.

LAFAZ NIAT

1. Mayat lelaki:

( Sahaja aku sembahyang atas ini lelaki empat takbir fardu kifayah menjadi makmum(imam) kerana Allah Taala).

2. Mayat perempuan:

( Sahaja aku sembahyang atas ini perempuan empat takbir fardu kifayah menjadi makmum(imam) kerana Allah Taala).

3. Niat umum hadir dan ghaib, lelaki atau perempuan,

(Sahaja aku sembahyang atas mayat yang disembahyangkan oleh imam menjadi makmum, kerana Allah Taala).

3. Berdiri Betul - Sembahyang dikerjakan dengan berdiri lurus tanpa sebarang rukuk dan sujud atau sebagainya.

4. 4 kali takbir termaksuk takbiratul ihram - tidak perlu mengangkat tangan selain daripada takbir yang pertama sahaja.

5. Membaca Al-Fatihah - Membaca Al-Fatihah sesudah takbir pertama

6. Selawat ke atas Nabi - Membaca selawat sesuda
h takbir kedua, sekurang-kurangnya bacaan Selawat ialah:

7. Doa bagi jenazah - Membaca doa sesudah takbir ketiga, sekurang-kurangnya ialah

Doa khusus bagi si mayat juga buat seluruh kaum muslim yang Dibaca oleh rasulullah WAS sebagaimana dalam hadis dari Abu Hurairah, katanya rasulullah SAW berdoa sewaktu menyembahyangkan jenazah. Doanya ialah :

Ertinya : "Ya Allah, ampunilah dosa kami semua, yang masih hidup dan yang sudah mati, orang kecil dan besar, lelaki dan wanita dan yang hadir serta yg ghaib. Ya Allah orang-orang yang Engkau hidupkan di antara kami, hidupkan dalam agama Islam, dan yang Engkau matikan di antara kami, matikanlah dalam iman. Ya Allah, janganlah terhalang kami dari pahalanya dan janganlah kami disesatkan sepeninggalnya ." (Riwayat Ahmad Dan Ashab Al-sunan)

Kalau yang disembahyangkan itu anak-anak hendaklah dibacakan

Ertinya : " Ya Allah, jadikanlah dia bagi kami titipan dan simpanan." (Riwayat Bukhari dan Al_Baihaqi)

8. Memberi salam - Sudah
i sembahyang jenazah dengan salam sekali ke kiri dan sekali ke kanan sesudah keempat. Lafaznya

Ahad, 15 Jun 2008

Happy Father's Day

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 8:17 PG 0 ulasan

Rabu, 11 Jun 2008

Menteri mesti berkorban, bukan rakyat!

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 5:16 PTG 0 ulasan
Saya ingin mengulas kenyataan menteri perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna yang mempertahankan tindakan kabinet menaikkan harga petrol dan diesel di sebuah stesen televisyen kelmarin.

apa ertinya subsidi petrol 060608Antaranya, Datuk Shahrir Samad yang menyatakan “rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan harga minyak” kerana kerajaan membekalkan subsidi.

Pertama, subsidi dalam bentuk wang pos RM150 setahun bagi pengguna motosikal bawah 250cc dan RM625 setahun bagi kereta bawah 2000cc.

(Ingat: Wang ini hanya diperolehi sewaktu memperbaharui cukai jalan)

Ulasan saya: Mari kita buat kiraan berapa sebenarnya subsidi yang dipulangkan.

(i) Bagi motosikal bawah 250cc:

Subsidi setahun: RM150.00
Subsidi sebulan: RM12.50
Harga petrol kini: RM2.70 seliter

Satu tangki penuh petrol (motosikal EX5 class) lebih kurang 4 liter, dan boleh digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja lebih kurang tiga hari. (Dalam kes saya ini, jarak rumah ke pejabat, 20km).

Jumlah wang yang digunakan untuk membayar petrol selepas kenaikan harga petrol (andaian: 20 hari berkerja sebulan)

= RM2.70 x 4 liter x 20 hari (dibahagikan 3 hari)
= RM72 sebulan - RM12.50 (subsidi)
= RM59.50

Jumlah dibayar sebelum kenaikan harga (andaian: 20 hari berkerja sebulan)
= RM1.92 x 4 liter x 20 hari (dibahagikan 3 hari)
= RM51.20

Kenaikan yang ditanggung sebulan: RM59.50 - RM 51.20 = RM8.30 @ 16% sebulan.

(ii) Bagi kereta bawah 2000cc

Subsidi setahun: RM625.00
Subsidi sebulan: RM52.08
Harga petrol kini: RM2.70 seliter

Satu tangki penuh petrol (Kancil 660cc) lebih kurang 30 liter, dan boleh digunakan untuk ulang-alik ke tempat kerja kira-kira lima hari (Dalam kes isteri saya, jarak rumah ke pejabat, 15km)

Jumlah wang yang digunakan untuk membayar petrol selepas kenaikan harga petrol (andaian: 20 hari berkerja sebulan):
= RM2.70 x 30 liter x 20 hari (dibahagikan 5 hari)
= RM324.00 - RM52.08 (subsidi)
= RM271.92

Jumlah dibayar sebelum kenaikan harga (andaian: 20 hari berkerja sebulan):
= RM1.92 x 30 liter x 20 hari (dibahagikan 5 hari)
= RM178.32

Kenaikan yang ditanggung sebulan: RM271.92 - RM230.40 = RM41.52 @ 18% sebulan.

Pengiraan di atas hanya mengandaikan penggunaan petrol bulanan untuk berulang-alik ke tempat kerja.

Tetapi harus diingat semakin banyak kita menggunakan petrol, maka makin banyak lagilah jumlah kenaikan yang dirasai. Maknanya semakin jauh tempat bekerja seseorang, semakin banyak petrol digunakan dan semakin banyak lagilah peratusan kenaikan harga yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Sebenarnya, golongan yang untung akibat penstrukturan semula subsidi ini mereka yang tinggal dekat dengan tempat kerja atau pengguna minyak jarak dekat.

Masalahnya, bukan semua golongan berpendapatan rendah membuat perjalanan jarak dekat, khususnya mereka yang tinggal di kawasan pinggir bandar.

Contohnya di Klang, kebanyakan pekerja tidak tinggal di Klang kerana tidak mampu menyewa rumah di bandar tersebut.

Kebanyakan mereka tinggal di kawasan kampung seperti Banting atau Kuala Selangor. Jadi penstrukturan semula subsidi akan membebankan golongan ini.

Kedua, ‘teori domino’ – kenaikan harga barangan lain akibat harga petrol – tidak akan berlaku kerana ia khususnya tepung, gula, beras sudah mendapat subsidi tertentu.

Ulasan saya: Skrip lama diulang tayang, daripada Datuk Mohd Shafie Apdal dan menteri sebelumnya sampailah Shahrir semuanya berkata harga barangan lain tidak akan naik, tetapi realitinya lepas itu semua harga barang naik atas alasan kos pengangkutan meningkat!

Menteri bercakap berdegar-degar di media, menyatakan kerajaan akan memantau tetapi akhirnya pemantauan entah ke mana, tindakan entah ke mana, golongan yang sengsara tetap juga rakyat marhaen.

Ketiga, rakyat perlu bersama-sama membantu kerajaan menghadapi kenaikan harga minyak dunia.

Ulasan saya: Dari dulu, kini dan selamanya rakyat kena berkorban demi negara sedangkan menteri-menteri yang membuat keputusan tidak pernah mengambil langkah berkorban demi rakyat.

Apa salahnya, dalam menghadapi kenaikan harga minyak, para menteri membuat keputusan memotong elaun wakil rakyat – misalnya 20 peratus – atau mengumumkan elaun wakil rakyat akan dikenakan cukai.

Misalnya lagi, bentuk satu tabung khas hasil potongan elaun wakil-wakil rakyat dan menteri bagi menangani kenaikan harga minyak.

Sayangnya, tidak berlaku. Hanya rakyat disuruh berkorban sedangkan menteri dan wakil rakyat khususnya BN mendapat elaun itu, elaun ini, kereta percuma, minyak percuma, makan percuma, minum percuma, tuntutan (claim) sana, tuntutan sini.

Tidak cukup dengan semua itu, rembat lagi duit rakyat sana sini!

Bagaimana mereka meminta kita berkorban, padahal dia orang selaku pemimpin tidak menunjukkan yang dia orang mahu sama-sama berkorban.

Keempat, akhir sekali, mengubah gaya hidup rakyat (kenyataan ini bukan datang daripada Shahrir tetapi satu persatuan pengguna berpengaruh).

Mahu ubah bagaimana sebab harga semua barang naik, termasuk barangan asasi juga turut naik! Masakan harus sampai ke tahap perlu makan ubi kayu semula, kemudian memakai baju daripada kain guni?

Saya fikir, mereka yang kena mengubah gaya hidup bukan rakyat marhaean biasa yang semakin lama semakin ditindas, tetapi para menteri dan wakil rakyat khususnya BN.

Rakyat semakin lama semakin lapar, semakin lama semakin merempat di bumi sendiri. Kesimpulannya, lu pikirlah sendiri…

sumber : http://www.malaysiakini.com/

Rabu, 4 Jun 2008

Harga Petrol Naik : Hadiah Kerajaan Kepada Rakyat

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:20 PTG 1 ulasan
Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Malaysia atas hadiah yang diberikan kepada kita selepas tidak sampai tiga bulan memerintah. Ini adalah hadiah yang besar diberikan iaitu kenaikan harga petrol sebanyak 41% dan diesel sebanyak 63.3%.

Jika sebelum kenaikan kita hanya memerlukan hanya RM 40 untuk penuhkan tangki kereta kancil tapi sekarang ia akan mencapai hampir RM 60 hingga ke RM 70, bertambah satu kali ganda beban rakyat Malaysia untuk ditanggung. Ini baru harga petrol yang naik, lepas ini harga barang lain pula akan menyusul.

Tahun lepas dengan kenaikan sedikit demi sedikit harga petrolpun "beradong" harga barang lain naik. Ini 78 sen Cik Awan tidak tahu apa akan berlaku lepas ini. Mungkin tukar kerajaan kot.

Cik Awan tidak tahu bagaimana Kerajaan menilai atau mengkaji untuk menaikkan harga minyak ni. Adakah kerajaan semata-mata menilai kerana harga minyak dunia naik dan tidak mampu untuk menanggung subsidi? Adakah dengan keuntungan Petronas tidak mampu untuk menanggung subsidi tersebut? Adakah kerajaan mengkaji taraf hidup rakyat Malaysia secara keseluruhannya? Adakah rakyat mampu untuk menanggung beban yang bertambah ini?

Pemimpin kerajaan tidak rasa semua ini (beban rakyat) kerana mereka bergerak kesana kemari menggunakan kereta kerajaan yang ditnggung oleh rakyat dan kemudahan lain yang ditanggung oleh rakyat. Cik Awan mempersoalkan semua atas capacity rakyat biasa. Persoalan ini mungkin betul dan mungkin silap tapi ia perlu untuk difikirkan bersama.

Itu daripada aspek rakyat. Bagaimana pula bebanan yang ditanggung pelajar universiti. Kebanyakan pelajar universiti menerima PTPTN untuk menampung kos pengajian mereka. Taraf hidup semakin naik tetapi jumlah pinjaman tidak naik. Adakah mereka perlu mengambil tindakan untuk "ubah cara hidup" yang hebat diwar-warkan oleh pemimpin negara kita sebelum ini? Tetapi sejauh manakah ia dapat meringankan beban pelajar.

Dengan situasi yang semakin teruk ini menunjukkan pemimpin kerajaan Malaysia sekarang sudah tidak mampu untuk mentadbir. Kita sebagai rakyat yang bijak kena membuat penilaian. Adakah pemimpin seperti ini mampu untuk memerintah. Jika tidak mampu bagi orang lain yang memerintah. Ramai lagi figure-figure yang bijak dan layak untuk memerintah.

Dengan kenaikan harga petrol ini sudah cukup bukti bahawa kerajaan sekarang ini tidak mampu untuk menjaga kebajikan rakyat. Di mana slogan "selamat aman dan makmur" yang dibising-bisingkan sebelum ini? Apa yang selamat? Apa yang aman? Apa yang makmur? Jika rakyat susah nak mati menanggung beban.

Sudah tiba masanya rakyat untuk menilai dan membuat perubahan. Jangan takut untuk membuat perubahan kerana apa yang berlaku sekarang ini memaksa kita untuk membuat perubahan. Berilah kepada orang lain untuk memerintah Malaysia.

Ahad, 1 Jun 2008

UTUSAN ONLINE: Kotak rokok berimej ngeri mulai 1 Disember

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:09 PG 0 ulasan
KUALA LUMPUR 31 Mei - Mulai 1 Disember ini, kotak-kotak rokok akan dicetak dengan gambar penyakit kronik termasuk kanser paru-paru akibat merokok sebagai langkah peringatan keras dan pencegahan tabiat berkenaan di kalangan orang ramai.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai berkata, amaran kesihatan terbaru itu akan merangkumi 40 peratus gambar penyakit tersebut di bahagian hadapan kotak rokok dan 60 peratus lagi di bahagian belakang.

Menurutnya, istilah-istilah seperti rendah atau 'ringan' kandungan tar dan nikotina yang tertera di kotak rokok selama ini tidak lagi akan dibenarkan.

Katanya, ini kerana ia memberi gambaran seolah-olah rokok selamat dihisap disebabkan kandungan bahan berkenaan rendah.

"Untuk peringkat permulaan, enam keping gambar penyakit berlainan berkaitan tabiat merokok akan digunakan secara bergilir-gilir selama dua tahun.

"Industri rokok diberi tempoh enam bulan untuk mematuhinya sebelum peraturan baru itu dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Disember nanti.

"Jika masih gagal berbuat demikian selepas daripada tarikh itu, kompaun sehingga RM5,000 akan dikenakan kepada pengusaha rokok," katanya pada sidang akhbar di Stadium Latihan Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil di sini hari ini.

Terdahulu, Tiong Lai merasmikan Hari Tanpa Tembakau peringkat kebangsaan 2008 yang bertemakan 'Belia Benci Rokok'.

Berdasarkan hasil Tinjauan Kesihatan dan Mobiditi Ketiga 2006, sebanyak 2.73 juta orang menghisap sebanyak 33 juta batang rokok sehari dengan perbelanjaan sejumlah RM8.59 juta sehari.

Kesemua langkah terbaru itu, kata beliau, akan dilaksanakan selepas pindaan yang dibuat pada Peraturan-Peraturan Langkah Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Tambahnya, ia turut konsisten dengan peruntukan Artikel 11, Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau WHO (FCTC) (pembungkusan dan pelabelan).

Katanya, pindaan berkaitan langkah itu telah diluluskan oleh Kabinet pada awal tahun ini.

Mengulas lanjut, Tiong Lai memberitahu, penjualan rokok juga tidak boleh dilakukan dalam bentuk promosi, diskaun serta edisi terhad, selain dijual bersama bahan lain untuk menarik minat orang ramai.

''Umpamanya, jualan pakej rokok tidak boleh lagi dijual dengan pemetik api,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, semua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diisytiharkan sebagai kawasan larangan merokok berkuat kuasa serta-merta.

Mengenai penguatkuasaan pula, beliau berkata, pegawai kementerian akan turun padang bagi memastikan peraturan itu dipatuhi.

---------------------------------------------------------------------------------------------

*Cik Awan:

Mengapa luluskan lesen jual rokok? Hapuskan semua lesen jual rokok baru tak beli rokok. Mereka(kerajaan) jual lepas tu larang orang untuk beli rokok, kan pelik tu?

Rabu, 28 Mei 2008

Baju Kurung atau Baju Kurang

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 9:13 PTG 2 ulasan
Hebat diperkatakan isu pakaian seragam untuk perempuan di sekolah. Islam telah menyediakan penyelesaian awal-awal lagi. Dalam al-Quran telah menyatakan cara untuk mencegah perkara yang tidak diingini seperti gangguan seksual, rogol dan sebagainya.

Begitulah gaya al-Quran mengambil kaedah mencegah lebih baik daripada merawat. Al-Quran menyuruh kita untuk menutup aurat mula dari bawah lutut bagi lelaki dan semua bahagian kecuali tapak tangan dan muka bagi wanita. InsyaAllah perkara seperti gangguan seksual dan rogol tidak akan berlaku jika kita mengikut segala arahan daripada pencipta kita.

Cik Awan mencadangkan agar pakaian seragam sekolah menepati etika pakaian Islam seperti melabuhkan tudung dan tidak begitu ketat bagi perempuan. Apabila kita mengikut segala arahan daripada pencipta kita insyaallah kebaikan yang akan kita perolehi.

Cik Awan harap kesedaran untuk kembali kepada Islam meluas keseluruh masyarakat dari setinggi - tinggi golongan hingga ke peringkat paling bawah. Pelbagai hikmah yang kita rasai apabila kita menghikut Islam. "Islam is the solution" Islam ialah penyelesai segala masalah.
Oleh mari kembali kembali kepada Islam. Ambillah Islam secara keseluruhannya.

Khamis, 22 Mei 2008

Kembalikan Royalti Rakyat Terengganu

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:30 PTG 0 ulasan

Biar betapa jauh..

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 1:01 PG 0 ulasan

Selasa, 20 Mei 2008

Tun..

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 2:16 PTG 0 ulasan

Khamis, 15 Mei 2008

Kenangan

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 4:35 PTG 2 ulasan

Selasa, 29 April 2008

wahai anakku..

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 2:55 PTG 0 ulasan

Ahad, 6 April 2008

Peringatan buat diriku yang alpa

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:16 PTG 0 ulasan
Di sini cik Awan petik ulasan naqib cik Awan mengenai isu menyimpan gambar yang bukan muhrim kita. Bersama kita renung dan hayati adakah kita mengalami situasi tersebut. Kalau kita terlibat cepat-cepat kita jauhi.

Assalamualaikum...

Dalam mazhab syafi'e, asal sesuatu perkara ini adalah harus sehingga ada dalil yang jelas yang mengharamkannya. Dalam bab menyimpan gambar non muhrim ini, ianya kembali kepada dua persoalan iaitu persoalan aurat dan persoalan fitnah. Ana rasa semua kita sudah jelas tentang aurat, tetapi apabila menyentuh tentang persoalan fitnah, kita terlupa fitnah juga boleh berlaku ke atas diri sendiri, dok khayal, dok tringat sokmo2,ngoya, lagha dan sebagainya. Kita juga seharusnya sedaya upaya untuk menutup fitnah yang mungkin daripada orang lain kepada diri kita. Sebenarnya konsep menyimpan gambar ini juga berhubung kait dengan persoalan ikhtilat kita secara tidak langsung. Islam menutup semua pintu fitnah demi untuk menjaga kemashlatan dan kehormatan umatnya. Apabila menghuraikan ayat "Janganlah mendekati zina" ramai ulama' tafsir yang telah menggariskan perkara-perkara yang boleh mendekatkan diri kepada zina termasuk zina hati, zina mata, dan sebagainya (boleh refer kepada blog ust hasrizal, artikel mufti perlis, dsb).

Memang berlaku khilaf di kalangan fuqaha' tentang menyimpan gambar wanita bukan muhrim..Ada yang kata boleh selagi mana tidak khayal@membawa kepada lagha dan lalai kepada Allah SWT dan ada kata memang tak boleh sebab dia membuka kepada pintu-pintu fitnah yang lebih besar.FirmanNya:

"Dan sungguh Allah telah menerangkan kepadamu apa-apa yang Ia haramkan atas kamu." (al-An'am: 119)

Perkara halal yang sudah jelas, boleh terus dilakukan dan dalam persoalan haram sudah jelas juga, samasekali tidak ada rukhsah untuk mengerjakannya, selama masih dalam keadaan normal.

Tetapi di sebalik dua situasi itu iaitu antara halal dan haram terdapat satu lagi persoalan yang mesti kita perhatikan iaitu syubhah. Syubhah merupakan sesuatu tidak begitu jelas antara halal dan haramnya bagi manusia. Hal ini boleh terjadi mungkin karena tasyabbuh dalil dan mungkin kerana tidak jelasnya jalan untuk menerapkan nas (dalil) yang ada terhadap suatu peristiwa atau hukum.Terhadap persoalan ini Islam memberikan suatu garis yang disebut Wara' (suatu sikap berhati-hati karena takut berbuat haram). Di mana dengan sifat itu seorang muslim diharuskan untuk menjauhkan diri dari masalah yang masih syubhat, supaya dia tidak terjerumus untuk berbuat kepada sesuatu yang haram.

Dasar kepada prinsip ini ialah sabda Nabi yang mengatakan:

"Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhah), banyak orang yang tidak tahu: apakah dia masuk kepada yang halal atau kepada yang haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat,. dan barangsiapa mengerjakan sedikitpun daripadanya hampir-hampir ia akan iatuh ke dalam haram, sebagaimana orang yang menggembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir-hampir akan jatuh kepadanya. Ingatlah! Bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingat pula, bahwa daerah larangan Allah itu ialah semua yang diharamkan." (Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi, dan riwayat ini adalah lafaz Tarmizi).

Bagi ana, dalam isu ini, adalah lebih baik kita kembali kepada prinsip saddudz dzara'i, iaitu menutup pintu ke arah kemaksiatan tanpa kompromi.Maka apa saja yang dapat membangkitkan syahwat dan membuka pintu fitnah sama ada oleh lelaki atau perempuan, serta mendorong orang untuk berbuat maksiat atau paling tidak mendekatkan perbuatan maksiat, atau yang memberikan jalan-jalan untuk berbuat maksiat, maka Islam melarangnya demi untuk menutup jalan berbuat haram dan menjaga daripada perbuatan yang merosakkan.

Imam Qurthubi dalam menafsirkan firman Allah yang berkenaan dengan isteri-isteri Nabi, iaitu yang tersebut dalam surah al-Ahzab ayat 53, yang bermaksud : "Apabila kamu minta sesuatu (makanan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari balik tabir. Kerana yang demikian itu lebih dapat membersihkan hati-hati kamu dan hati-hati mereka itu," telah mengatakan bahawa : maksudnya perasaan-perasaan yang timbul dari orang laki-laki terhadap orang perempuan, dan perasaan-perasaan perempuan terhadap laki-laki. Cara seperti itu lebih baik untuk menghilangkan perasaan-perasaan bimbang dan lebih dapat menjauhkan dari tuduhan yang bukan-bukan, fitnah yang boleh dilemparkan dan lebih positif untuk melindungi keluarga.

Menyambung huraian Imam Al-Qurtubi ini, Prof. Dr. Yusof Qardhawi di dalam bukunya Fatwa-Fatwa Kontemporari, Jilid II telah menegaskan bahawa manusia tidak boleh percaya pada diri sendiri dalam hubungannya dengan masalah dengan perempuan yang tidak halal baginya (begitu juga sebaliknya). Oleh karena itu menjauhi perkara tersebut akan lebih baik dan lebih dapat melindungi. Maksudnya seperti dalam kaedah Fiqh "Al-Wiqayah Khair Min Al-'Illaj" (mencegah lebih baik daripada merawat).

p/s : Kalu yang simpan gambar kena jauhi, apatah lagi kalu telefon sampai berjam-jam@telefon setiap hari (dalam perkara yang bukan syari'e), bersms sokmo-sokmo sampai lagho,atau lebih teruk berjumpa/bawa balik ke rumah/dsb (i.Allah nanti kita buka plak topik dalam isu berjumpa dengan "awek" ni)...

Wallahu A'lam

Peringatan buat diriku yang alpa

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:34 PG 0 ulasan

Rabu, 2 April 2008

Mengira hari yang berbaki..

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 10:25 PTG 0 ulasan

Rabu, 26 Mac 2008

Welcome to the club..

Dicatat oleh Cik Awan Butirstar di 11:33 PTG 2 ulasan